Ph Tidak Umum Calon Mb Tetapi Ramai Berpotensi Syed Ibrahim


 




Pakatan Harapan (PH) mengambil pendekatan tidak mengumumkan calon Menteri Besar (MB) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi meredakan rasa 'meluat' rakyat terhadap ahli politik.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, oleh kerana rakyat Johor menolak 'PRN paksa' maka sekiranya PH menamakan calon MB maka tidak banyak beza naratif politik PH dengan BN dan PN yang berebut kuasa.
"Dalam PH, Muda hal ini (calon MB) tak dibincang.
"Saya rasa itu lebih baik kerana kita setuju PRN ini dipaksa. Kalau kita sebut calon MB sama sahaja dengan mereka. Rakyat dah muak politik, nanti tak keluar mengundi pula.
"Bagi saya kita kena fokus, ini cara yang betul. Bila kita dah menang nanti maka boleh bincang calon MB. Calon berpotensi ramai.
"Adakah itu perkiraan saya waktu pilih calon, ya ada. Tetapi untuk bincang sebagai perkara pokok (calon MB), tidak," katanya dalam temubual bersama Sinar Harian.
Mengenai manifesto pula, Ahli Parlimen Ledang itu mengakui hal itu masih dibincangkan dalam kalangan pimpinan PH.
Namun katanya, beliau lebih teruja jika manifesto dapat dilakukan bersama parti pembangkang lain. Biar pun tidak sama ayatnya tetapi mempunyai konsep yang sama.
"Pandangan peribadi saya, mesti bersama dalam hal ini. Bagi saya mungkin kita tidak boleh duduk bersama sain manifesto itu tetapi kita pada konsepnya sama. Contoh macam tolak kleptokrat, kluster mahkamah. Kita semua juga setuju tawaran bela rakyat.
"Tawaran rumah mampu milik. Semua perkara dasar yang tak ada masalah kita bersama. Ia boleh jadi tawaran bersama sebagai pembangkang yang sedia untuk mengambil alih kerajaan," katanya
Ditanya sama ada pembangkang akan mampu membentuk kerajaan biar pun tidak mempunyai persefahaman sebelum memasuki PRN, Syed Ibrahim berkata, hal itu tidak sukar kerana perbincangan boleh dilakukan sama ada sebelum atau sesudah kerajaan dibentuk bagi menentukan dasar pemerintahan negeri.
"Kalau akan datang (pada 12 Mac) ada kerusi dimenangi oleh Amanah, DAP, Pejuang, Muda maka kita bincang baik baik untuk gabung sebagai kerajaan campuran. Masing masing ada ruang dia.
"Saya nampak ke hadapan perkara itu perlu dirancang dengan baik untuk memimpin negeri Johor," ujarnya .

 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/ph-tidak-umum-calon-mb-tetapi-ramai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keadilan Tidak Akan Bantu Muda Jika Kekalkan Calon Di Dun Larkin Syed Ibrahim

Keadilan Tidak Akan Bantu Muda Jika Kekalkan Calon Di Dun Larkin Syed Ibrahim

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 182 hits
Keputusan mengejut Muda meletakkan calon di DUN Larkin yang telah dipersetujui akan ditandingi oleh calon KEADILAN boleh mengundang tindak balas negatif Walau bagaimanapun menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor Syed Ibrahim...
Keadilan Umum 7 Calon Tiada Kerusi Diberi Ke Parti Lain

Keadilan Umum 7 Calon Tiada Kerusi Diberi Ke Parti Lain

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 213 hits
KEADILAN mengumumkan 7 lagi calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Johor sekaligus melengkapkan 20 kerusi kesemuanya Tiada satu kerusi pun diberikan kepada Muda Dalam ucapan pengumuman calon di Kampung Kopok Baru petang tadi P...
Umno Tukar Calon Kurang 24 Jam Selepas Umum

Umno Tukar Calon Kurang 24 Jam Selepas Umum

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 176 hits
Setiausaha Pemuda BN Fadzmel Fadzil berkata pertukaran calon itu dibuat atas keputusan pucuk pimpinan parti PETALING JAYA Umno membuat pertukaran calon di sekurang kurangnya dua kerusi Dewan Undangan Negeri bagi pilihan raya negeri Johor ku...
Anwar Ibrahim Bersama Calon Pkr N27 Layang Layang Maszlee Malik

Anwar Ibrahim Bersama Calon Pkr N27 Layang Layang Maszlee Malik

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 198 hits
JELAJAH DUN LAYANG LAYANG Bersama calon KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri Layang Layang Dr Maszlee Malik malam ini
Anak Muda Guna Minda Rasional Tolak Bn Pn Demi Masa Hadapan Syed Ibrahim

Anak Muda Guna Minda Rasional Tolak Bn Pn Demi Masa Hadapan Syed Ibrahim

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 328 hits
Pusingan terakhir kempen Pilihan Raya Negeri Johor menyaksikan BN menyajikan himpunan besar dan pelbagai pelancaran program untuk memamaikan minda pengundi bagi meneruskan kemenangan mereka Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Joh...
Hilang Kepercayaan Ketua Bersatu Mersing Umum Keluar Parti Akan Sokong Calon Bn

Hilang Kepercayaan Ketua Bersatu Mersing Umum Keluar Parti Akan Sokong Calon Bn

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 184 hits
MERSING Ketua bahagian Bersatu Mersing Laili Yusof mengumumkan keluar parti selepas mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Bersatu Pengumuman itu dibuat pada majlis makan tengah hari yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri Datuk ...
Pkr Selesai Umum 20 Calon Prn Johor

Pkr Selesai Umum 20 Calon Prn Johor

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 299 hits
bharian com myOleh Februari 19 2022 9 10pmAnwar bersama calon PKR bagi Zon Tengah dan Zon Timur selepas pengumuman calon akhir PKR bagi PRN Johor di Dewan Serbaguna Kampung Kopok Baru di sini hari ini STR OMAR AHMADPASIR GUDANG Parti Keadil...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Andainya Aku Pergi Dahulu 2025

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Puding Dadih Mangga

Branding Bermula Dari Packaging Bukan Sekadar Logo

Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan