Ph Plus Akan Dijemput Bincang Strategi Masa Depan Pembangkang



Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi mandat oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk menjemput kesemua ketua-ketua parti pembangkang untuk berbincang menentukan hala tuju perjuangan pembangkang di Malaysia.
Menurut kenyataan Majlis Presiden hari ini, perbincangan tersebut juga bertujuan untuk menjemput parti-parti pembangkang berkenaan menyertai atau bekerjasama dengan PH secara rasmi.
“Hal ini selaras dengan ketetapan Pemukiman Kepimpinan PH di Port Dickson pada bulan April yang menyatakan keterbukaan Pakatan Harapan berunding dan bekerjasama serta menggembleng seluruh tenaga di bawah konsep ‘Khemah Besar’ demi memantapkan blok pembangkang yang merangkumi 105 Ahli Parlimen.
“Pertemuan tersebut antara lain akan membincangkan isu-isu politik semasa serta persiapan bagi menghadapi sidang Parlimen yang bakal bermula 6 September, dengan kemungkinan satu sidang khas diadakan lebih awal untuk membahaskan usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri serta mengisi kekosongan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ekoran peletakan jawatan Datuk Seri Azlina Othman Said,” kata kenyataan berkenaan.
Kenyataan Majlis Presiden itu juga menegaskan fokus utama PH adalah ke arah menjadi Pembangkang yang berkesan dengan mengutarakan kritikan, teguran, syor dan pandangan yang membina serta bertanggungjawab, selain membentangkan cadangan alternatif yang bersesuaian kepada dasar-dasar Kerajaan, terutama berkait usaha menangani Covid-19, menghidupkan semula ekonomi, serta menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat.
“PH akan mengutamakan reformasi institusi termasuk Parlimen, reformasi fiskal, reformasi perundangan termasuk Undi 18 dan Akta Anti Lompat Parti, penambahbaikan Pelan Pemulihan Negara, serta menegaskan kebebasan sistem kehakiman yang tidak patut dikacau ganggu oleh mana-mana pihak.
“PH juga akan pertimbang jemputan PM baru Datuk Seri Ismail Sabri untuk menyertai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 demi memastikan ia dibuat secara ikhlas untuk menangani pandemik dan kemelesetan ekonomi serta bukan sekadar tangkap muat atau menjadi ‘rubber stamp’ kepada pandangan Kerajaan semata-mata,” kata kenyataan itu lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32911

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Untuk Bangunkan Sabah Dengan Strategi Baharu Kata Bung

Masa Untuk Bangunkan Sabah Dengan Strategi Baharu Kata Bung

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 313 hits
Bung Moktar Radin berkata Umno perlu berbincang dengan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dan menyusun strategi baharu KOTA KINABALU Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin mengulangi komitmen partinya untuk menjaga keutuhan kerajaan Gabungan Rakya...
Shuib Melahirkan Rasa Bimbang Terhadap Masa Depan Ayash

Shuib Melahirkan Rasa Bimbang Terhadap Masa Depan Ayash

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 213 hits
Pelawak dan usahawan Shuib 37 memilih untuk mendapatkan susu ibu dalam kalangan keluarga sendiri untuk anak pramatangnya Ayash Affan Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata dia memutuskan untuk menjadikan sepupunya sebag...
Tolak Anggapan Anak Adalah Investasi Masa Depan Orang Tua Wendy Walters Bukan Hubungan Bisnis

Tolak Anggapan Anak Adalah Investasi Masa Depan Orang Tua Wendy Walters Bukan Hubungan Bisnis

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 289 hits
Wendy merasa kesal karena ada komentar warganet yang bilang kalau tujuan punya anak adalah agar ada yang mengurus saat tua nanti
Harapan Kepada Agong Dan Majlis Raja Raja Pilihlah Pm Yang Boleh Selamatkan Masa Depan Negara

Harapan Kepada Agong Dan Majlis Raja Raja Pilihlah Pm Yang Boleh Selamatkan Masa Depan Negara

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 285 hits
Petang ini Majlis Raja Raja akan bermesyuarat untuk memutuskan siapa Perdana Menteri yang akan dipilih menerajui negara bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mahiaddin Md Yasin Walaupun Yang Dipertuan Agong telah memanggil menghadap 114...
Shuib Pilih Sepupu Sebagai Ibu Susuan Ayash Affan Ambil Kira Semua Demi Masa Depan Anak

Shuib Pilih Sepupu Sebagai Ibu Susuan Ayash Affan Ambil Kira Semua Demi Masa Depan Anak

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 566 hits
Selepas doktor mencadangkan untuk cuba beri susu ibu kepada bayi pramatang yang dilahirkan oleh arwah Siti Sarah pelawak dan usahawan Shuib 37 membuat keputusan untuk memilih mendapatkan susu ibu dalam kalangan ahli keluarga sendiri untuk A...
Fikir Masa Depan Anak Shuib Pilih Sepupu Jadi Ibu Susuan Ayash Affan

Fikir Masa Depan Anak Shuib Pilih Sepupu Jadi Ibu Susuan Ayash Affan

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 461 hits
Fikir Masa Depan Anak Shuib Pilih Sepupu Jadi Ibu Susuan Ayash AffanSource https www rotikaya com fikir masa depan anak shuib pilih sepupu jadi ibu susuan ayash affan FikirMasaDepanAnakShuibPilihSepupuJadiIbuSusuanAyashAffan
Bersatu Tiada Masa Depan Dalam Pru15 Penganalisis Politik

Bersatu Tiada Masa Depan Dalam Pru15 Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 269 hits
M Fakhrull HalimBaru sahaja tiga hari tumbang kerajaan Perikatan Nasional disebut sebut bakal kembali memegang tampuk kuasa tidak lama lagi Dengan nama Ismail Sabri Yaakob dari Umno menjadi buah mulut sebagai antara calon utama mengisi jawa...
Pemimpin Tertinggi Pembangkang Bincang Cadangan Kerajaan Perpaduan

Pemimpin Tertinggi Pembangkang Bincang Cadangan Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 279 hits
August 16 2021 Pemimpin parti pembangkang termasuk dari Sabah dan Sarawak mengadakan mesyuarat secara maya di ibu pejabat PKR untuk mencadangkan calon perdana menteri dengan sokongan kuat PETALING JAYA Pemimpin tertinggi parti pembangkang t...
Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025

Magnitude 5 7 Quake Hits Indonesia S East Java Near Holiday Island Bali Agency Says

Paracetamol Vaccines Won T Cause Autism Says Health Ministry

Your Countries Are Going To Hell Trump Tells Europe

Ciri Ciri Makanan Kucing Yang Bagus Sihat Panduan Pemilik Kucing

Barnsbury House By Architecture For London A Grade Ii Listed Georgian Home In The Barnsbury Conservation Area


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ultimate Beef Cheeks With Beer Recipe

Lucky Cup Menu Signature Drinks Must Try Favorites

Sekadar Penjelasan Ringkas

Drama Mutiara Dalam Debuan Kabus

Bila Mati Korang Rasa Roh Akan Balik Rumah Tak

Ikan Bilis Kentang Tumis Suhun Lauk Simple Tapi Paling Laju Habis