Ph Kekal Mendahului Di Pulai Simpang Jeram


 



PRK JOHOR | Pertembungan bagi merebut kerusi Parlimen Pulai diselubungi awan mendung dan angin kencang, mempengaruhi jumlah pengundi yang keluar hari ini.
Keputusan di Pulai akan menentukan sama ada Perdana Menteri Anwar Ibrahim memiliki majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat atau tidak.
Satu lagi PRK yang berlangsung hari ini adalah di DUN Simpang Jeram.
Ikuti laporan langsung Malaysiakini untuk perkembangan terkini PRK Pulai dan Simpang Jeram.

PH lepasi 10,000 undi di Simpang Jeram8 malam: PH melepasi 10,000 undi di Simpang Jeram, menurut keputusan tidak rasmi.
PH dilaporkan mendapat 10,333 undi di kerusi DUN itu manakala PN mendapat 7,839 undi.
Di Pulai, PH kian melebarkan jurang dengan 9,212 undi, meninggalkan PN yang mendapat 5,520 undi.
7.50 petang: Keputusan tidak rasmi terbaru menunjukkan PH kekal mendahului di Pulai dan Simpang Jeram.
Di Pulai, PH setakat ini mendapat 8,322 undi manakala PN ketinggalan dengan 5,422 undi.
Di Simpang Jeram pula, PH setakat ini mendapat 6,858 undi dan PN sebanyak 4,616 undi.
PH mendahului di Pulai
7.25 petang: Keputusan tidak rasmi di Pulai menunjukkan PH sedang mendahului dengan 4,574 undi setakat ini.
PN sedikit ketinggalan dengan 2,305 undi, manakala calon bebas meraih 48 undi.
Di Simpang Jeram, PH mendahului dengan 178 undi setakat ini, manakala PN dengan 95 undi dan calon bebas mendapat empat undi.
Terdahulu, undi pos di Simpang Jeram yang dikira SPR menunjukkan PN mendapat 61 undi dan PH dengan 36 undi. Terdapat lima undi rosak.
PH, BN berkumpul di lokasi berbeza
7.15 petang: Di Pulai, PH dan BN akan mengikuti kiraan tidak rasmi di lokasi berbeza.
PH dijangka akan berkumpul di Dataran Taman Dahlia pada jam lapan malam, manakala penyokong BN di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat.
Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi juga dijangka hadir ke kompleks itu.
PN pula akan berkumpul di pusat operasi kempen mereka di Jalan Rawa, Perling. Ia terletak bersebelahan dengan pejabat MCA Pulai.
Bagaimanapun tiada perkumpulan untuk Simpang Jeram. Kedua-dua wakil calon PH dan PN berkata mereka akan berada di pusat kiraan undi SPR di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar.
PH berdepan risiko di Pulai
6.45 petang: Dengan kadar keluar mengundi di Pulai dijangka bawah 50 peratus, PH dalam keadaan sukar walaupun menang di kerusi itu dengan meraih 55 peratus undi pada PRU15.
Pada PRU itu, PN mendapat 26.9 peratus undi.
Ini bermakna jika semua yang memilih PN pada PRU lalu keluar hari ini dan kekal mengundi gabungan itu, PN mampu meraih lebih separuh daripada undi hari ini dan seterusnya merampas Pulai daripada PH.
Selain itu, PRN di enam negeri sebelum ini menunjukkan PN berjaya meraih sokongan penyokong BN.
Bagaimanapun keadaan berbeza jika cuaca mendung di Pulai hari ini turut menjejaskan jumlah penyokong PN yang keluar mengundi.
Kadar sangat rendah
6.30 petang: Menurut kemas kini terakhir Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam empat petang, kadar keluar mengundi di Pulai hanya 42 peratus - jauh berbeza berbanding kadar 70.96 peratus pada PRU15.
Kadar keluar mengundi di Simpang Jeram sedikit baik, iaitu 56 peratus.
Sebagai perbandingan, purata kadar keluar mengundi ketika PRN enam negeri pada 12 Ogos lalu adalah sekitar 70 peratus. - Mkini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/09/ph-kekal-mendahului-di-pulai-simpang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ilham Centre Sengit Tetapi Ph Masih Dahului Pulai Simpang Jeram

Ilham Centre Sengit Tetapi Ph Masih Dahului Pulai Simpang Jeram

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 134 hits
HarapanDaily comSITI NUR ZAWANI Biarpun DUN Simpang Jeram disebut sebut sebagai kerusi panas yang akan jatuh ke tangan Perikatan Nasional namun Pakatan Harapan dijangka mendahului pihak lawan dengan sedikit kelebihan Ketua Penyelidikan Ilha...
Yoursay In Pulai And Simpang Jeram Bangsa Johor Has Won

Yoursay In Pulai And Simpang Jeram Bangsa Johor Has Won

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 190 hits
YOURSAY Unity govt best combination to rule country for the foreseeable future Gerard Lourdesamy Congratulations to Pakatan Harapan and BN on a well deserved victory despite the that should have favoured Perikatan Nasional The Johor voters ...
Realignments And Dealignment In Pulai Simpang Jeram

Realignments And Dealignment In Pulai Simpang Jeram

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 180 hits
The unity government won both incumbent seats in the Johor by elections of Pulai and Simpang Jeram last weekend The victories speak to the importance of the legacy of the late Salahuddin Ayub whose memory was acknowledged by those who voted...
Umno Umpama Pak Kaduk Menang Sorak Kampung Tergadai Dalam Prk Pulai Simpang Jeram

Umno Umpama Pak Kaduk Menang Sorak Kampung Tergadai Dalam Prk Pulai Simpang Jeram

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 150 hits
malaysianuw com myKemenangan PH bermaksud kedua dua kerusi ini akan terus menjadi milik Amanah selagi PH BN bekerjasama Sebetulnya saya agak pelik apabila pemimpin Umno dan penyokong penyokong Umdap dan Umnozahid bersorak sakan dengan kemen...
Tahniah Ph Pertahan Kerusi Pulai Dan Simpang Jeram

Tahniah Ph Pertahan Kerusi Pulai Dan Simpang Jeram

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 202 hits
Berikut adalah keputusan rasmi bagi PRK Pulai dan Simpang Jeram Di Pulai PH melalui Suhaizan Kaiat berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 18 641 undi Di Simpang Jeram pula calon PH Nazri Abdul Rahman menang dengan majoriti 3 514 ...
Harapan On Track To Win Simpang Jeram Leads In Pulai

Harapan On Track To Win Simpang Jeram Leads In Pulai

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 283 hits
JOHOR BY ELECTIONS The high stakes Pulai by election was hampered by menacing skies and strong winds discouraging voters from turning up today The polls will determine if Prime Minister Anwar Ibrahim can have a two thirds majority in the De...
Jentera Ph Bn Serasi Di Pulai Simpang Jeram Akmal Saleh

Jentera Ph Bn Serasi Di Pulai Simpang Jeram Akmal Saleh

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 234 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 29 2023 8 45 AMKeserasian jentera Pakatan Harapan Barisan Nasional dilihat menyerlah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram kata Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Sale...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Buang Masa Cari Kerja Atau Perniagaan Yang Anda 100 Suka Tak Akan Jumpa

Sarat Hamil 8 Bulan Comel Je Baby Bump Maryam Durian Kimchi

First Time Jaga Anak Berkhatan Doktor Beri Tip Mudah Cepat Sembuh

10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value