Petua Untuk Jadi Keluarga Bahagia


 

1 SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu
 2 Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga
 3 Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV
 4 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk
 5 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari
 6 Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu - penyayang dan pengasih
 7 Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas
 8 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah
 9 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah
 10 Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada
 11 Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada tiga: Tempat tinggal, Makanan dan Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia
 12 Rasulullah SAW tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam
 13 Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati -"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata."  14 Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak, kene SABAR. Betulkan diri sendiri dulu. Kadang-kadang kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri
 15 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita
 16 Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak
 17 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan
 18 Rasulullah SAW tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan
 19 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang
 20 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia
 21 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati
 22 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka
 23 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia
 24 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah
 25 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya
 26 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa
 27 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah
 28 Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada ) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga
 29 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:Surah At-Taubah, ayat 128-129
Ini doa favourite Rasulullah SAW
 30 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:Surah Ibrahim, ayat 40
 31 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:Surah Al-Ahqaf, ayat 15
 32 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:Surah Maryam, ayat 1-10
 
 
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2024/07/petua-untuk-jadi-keluarga-bahagia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sosiolog Ungkap Dampak Buruk Judi Online Bagi Keluarga

Sosiolog Ungkap Dampak Buruk Judi Online Bagi Keluarga

papar berkaitan - pada 8/7/2024 - jumlah : 81 hits
Satgas juga diminta fokus proses penegakan hukum agar efektif berantas judi online
Menteri Luhut Klaim Investor Asing Hingga Keluarga Kaya Di Luar Negeri Tertarik Family Office Di Indonesia

Menteri Luhut Klaim Investor Asing Hingga Keluarga Kaya Di Luar Negeri Tertarik Family Office Di Indonesia

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 189 hits
Berkaca dari kesuksesan Dubai dan negara lainnya seperti Singapura Hongkong yang juga menerapkan family office Luhut yakin Indonesia juga pasti bisa
Video Terbongkar Skandal Asusila Ketua Kpu Wanita Cat Ada Curhat Urusan Keluarga

Video Terbongkar Skandal Asusila Ketua Kpu Wanita Cat Ada Curhat Urusan Keluarga

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 119 hits
Perempuan anggota Panitia Pemilihan Luar Negeri Den Haag Belanda berinisial CAT mengaku dipaksa berhubungan badan oleh Ketua KPU Hasyim Asy ari
Surat Wasiat Pria Tewas Di Koja Untuk Keluarga Ditemukan Isinya Menyentuh Hati

Surat Wasiat Pria Tewas Di Koja Untuk Keluarga Ditemukan Isinya Menyentuh Hati

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 141 hits
Seorang pria ditemukan tewas di Balai Warga RW 05 Rawa Badak Selatan Koja Jakarta Utara Rabu
Keluarga Tuntut Keadilan Buat Mendiang Pempengaruh Esha Pasal Tiktok Saya Hilang Adik

Keluarga Tuntut Keadilan Buat Mendiang Pempengaruh Esha Pasal Tiktok Saya Hilang Adik

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 191 hits
Tular di media sosial mengenai insiden menimpa pempengaruh media sosial dikenali Esha sehingga membuatkan ahli keluarga tuntut keadilan terhadapnya Esha dilaporkan meninggal dunia akibat tekanan nbsp diganggu dengan komen jelik oleh beberap...
Minibus Ditumpangi Satu Keluarga Terjun Ke Jurang Satu Meninggal Dunia Dan 10 Orang Terluka

Minibus Ditumpangi Satu Keluarga Terjun Ke Jurang Satu Meninggal Dunia Dan 10 Orang Terluka

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 162 hits
Sebelum masuk jurang mobil itu sempat menghantam pohon kemudian terguling dan beruputar putar di jurang yang diperkirakan sedalam 20 meter
Usai Memvonis 10 Tahun Bui Hakim Ungkit Urunan Pegawai Kementan Untuk Biayai Kehidupan Keluarga Syl

Usai Memvonis 10 Tahun Bui Hakim Ungkit Urunan Pegawai Kementan Untuk Biayai Kehidupan Keluarga Syl

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 134 hits
Hakim juga menghukum Syahrul Yasin Limpo dengan membayar uang pengganti Rp 14 147 144 786 ditambah 30 ribu USD
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik