Peto Galim Fahami Masalah Rakyat Lebih 50 Tahun Menetap Di Inanam


 
 



Calon KEADILAN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam, Peto Galim sudah menetap di Inanam selama 54 tahun, sejak beliau dilahirkan di Kampung Tombongan, Menggatal.

 
Beliau dan ibu bapanya berasal dari kaum Dusun, dan sudah memahami segala masalah yang dihadapi rakyat di Inanam, tidak seperti calon yang tidak lahir dan membesar di kawasan itu.
 
"Saya lahir di Inanam, ibu bapa saya orang Dusun, saya kenal dengan orang Menggatal dan saya kenal dengan orang Inanam, saya tahu apa masalah mereka sebab saya sudah lebih 50 tahun menetap di sini.
 
"Hakikatnya jelas merugikan penduduk apabila ada pemimpin luar diangkat melakukan kerja di Inanam dan gagal melaksanakan. Rata-rata orang Inanam tidak puas hati dengan orang luar yang mewakili kawasan ini.
 
"Tapi saya sebagai orang Inanam, orang Menggatal dan orang Dusun, saya akan menjadi wakil rakyat untuk semua," katanya.

Beliau menceburi bidang kejuruteraan elektrik namun membuat keputusan untuk bergerak aktif dalam politik dengan menyertai KEADILAN pada 2007, walaupun parti itu masih belum mempunyai ahli yang ramai di Sabah ketika itu.

 
"Saya senyap-senyap masuk politik dan menyertai KEADILAN kerana ideologi dan perjuangan parti ini jelas iaitu membela keadilan untuk semua.
 
"Malah, Warisan Plus menjunjung perjuangan ini dan gabungan ini mengangkat kepentingan semua rakyat demi masa depan anak-anak Sabah.
 
"Pengundi juga semakin bijak dan pandai menilai, rakyat tahu dan boleh membaca sama ada perjuangan kita jelas atau tidak.
 
"Jadi marilah kita berlawan secara sihat, biar rakyat menentukan berdasarkan fakta, misi kita dan perjuangan kita," katanya.
\
Peto juga dilihat mempunyai rancangan jelas untuk membangunkan Inanam sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat pada hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

 
"Perancangan penduduk luar bandar harus diberikan pembelaan sewajarnya seperti dalam menceburi bidang perniagaan. Sama juga dengan isu telekomunikasi, jaringan jalan raya serta peluang pekerjaan harus diutamakan.
 

"Saya akan bersungguh-sungguh mencari jalan menyelesaikan masalah kronik contohnya banjir, kesesakan lalu lintas, perparitan dan kebersihan, kita akan menyelesaikan masalah ini walaupun akan mengambil masa. Ini semangat yang kita ada," katanya.

 
Peto juga tidak tergugat dengan saingan 10 penjuru di DUN Inanam, sebaliknya yakin pengundi akan memilih wakil rakyat yang paling sesuai untuk berkhidmat di kawasan itu.
 
"Orang Sabah semakin bijak dan intelek. Walaupun DUN Inanam sampai 10 calon bertanding, tapi kalau perjuangan kita jelas, rakyat akan bijak memilih.
 
"Walaupun ada calon dari kalangan bekas Yang Berhormat, itu sedikit pun tidak menggusarkan saya.
 
"Kita cuma perlu meyakinkan rakyat mengenai perjuangan kita dan pemerintahan kerajaan Warisan Plus sebelum ini terbukti berjaya. Saya yakin boleh bawa suara rakyat di Inanam," katanya.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/peto-galim-fahami-masalah-rakyat-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Facebook Malaysia Rakyat Lebih Selesa Berbelanja Secara Atas Talian

Facebook Malaysia Rakyat Lebih Selesa Berbelanja Secara Atas Talian

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 363 hits
Pengguna dilihat semakin maju dalam penggunaan teknologi digital Susulan itu pembelian secara atas talian mencatatkan peningkatan mendadak lebih cepat daripada jangkaan Tahun lepas Bain Company meramalkan bahawa bilangan pengguna digital di...
Masalah Air Semakin Teruk Sejak Warisan Pegang Kerajaan 2 Tahun Lalu

Masalah Air Semakin Teruk Sejak Warisan Pegang Kerajaan 2 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 315 hits
Masalah bekalan air bersih di kawasan Dewan Undangan Negeri Apas menjadi lebih teruk dalam tempoh dua tahun kerajaan Parti Warisan Sabah memerintah negeri itu Penyandang kerusi Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata rakyat banyak menga...
Usia Bukan Penghalang Cinta Pandang Pertama Satukan Ketua Wanita Umno Jasin Dengan Jejaka Muda Lebih 30 Tahun

Usia Bukan Penghalang Cinta Pandang Pertama Satukan Ketua Wanita Umno Jasin Dengan Jejaka Muda Lebih 30 Tahun

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 835 hits
CINTA pandang pertama Begitulah permulaan kisah Ketua Wanita Umno Bahagian Jasin Datuk Zaleha Bujang 62 dengan pasangannya yang 34 tahun lebih muda iaitu seorang ahli perniagaan bernama Ashraf sehingga mereka akhirnya disatukan di jenjang p...
Lebih 10 000 Usahawan Disasar Sertai Seldec Tiga Tahun Lagi

Lebih 10 000 Usahawan Disasar Sertai Seldec Tiga Tahun Lagi

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 460 hits
BAYAN LEPAS 11 SEPT Kerajaan Negeri menyasarkan lebih 10 000 usahawan mikro berdaftar dengan Rantaian E Bekalan Digital Selangor dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi EXCO Usahawan Rodziah Ismail berkata sasaran mampu dicapai sekiranya us...
2 Filem Animasi Monsta Bagi Tahun 2021 2022 Akan Tonjolkan Lebih Lagi Tentang Malaysia Kepada Dunia

2 Filem Animasi Monsta Bagi Tahun 2021 2022 Akan Tonjolkan Lebih Lagi Tentang Malaysia Kepada Dunia

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 587 hits
Bagi peminat animasi tanahair pasti mengikuti perkembangan syarikat animasi tempatan negara iaitu Monsta yang sebelum ini telah mengumumkan yang pihaknya terpaksa menangguhkan BoBoiBoy Movie 3 pada tahun 2022 yang sepatutnya ditayangkan pad...
Eva Celia Ulang Tahun Ke 28 Sophia Latjuba Kamu Membuat Tugasku Sebagai Single Mom Lebih Mudah

Eva Celia Ulang Tahun Ke 28 Sophia Latjuba Kamu Membuat Tugasku Sebagai Single Mom Lebih Mudah

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 319 hits
Bercerai dari Indra Lesmana setelah satu tahun menikah Sophia harus membesarkan Eva seorang diri kala itu
The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Berjumpa Pengurusi Perniagaan Jerman

Pemilihan Panas Sikit