Petempatan Orang Asli Suku Temiar Pos Gob


 
Pos Gob ialah sebuah kampung serta petempatan Orang Asli di jajahan Gua Musang, Kelantan. Petempatan ini didiami kira-kira 1000 penduduk Orang Asli suku Temiar. Pos Gob terletak di tebing Sungai Puian yang mengalir ke Sungai Jentera.
 

Kedudukan Pos Gob terletak jauh di pedalaman. Jarak dengan pusat bandar Gua Musang melebihi 100 kilometer (km). Pekan terdekat adalah Kuala Betis terletak kira-kira 90 km. Perjalanan menuju Pos Gob perlu menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4x4) kerana sepanjang jalan ada tidak bertar.
 

Dalam keadaan cuaca elok atau tidak hujan pada waktu itu atau waktu sebelumnya, masa perjalanan kira-kira empat hingga lima jam. Jika berlaku hujan atau musim hujan, perjalanan boleh mencecah lebih 10 jam untuk perjalanan sehala. Jika tidak bernasib baik, perjalanan tidak dapat diteruskan dan perlu bermalam di tengah hutan rimba.
 

Cabaran menempuh perjalanan sukar ini terpaksa dihadapi penduduk di Pos Gok setiap kali ingin pergi ke bandar Gua Musang bagi mendapatkan barang keperluan atau urusan tertentu.
 

Pada musim tengkujuh, penduduk menghadapi kesukaran untuk keluar ke bandar Gua Musang yang menyebabkan berlaku keputusan bekalan makanan. Satu-satunya cara untuk menghantar bekalan makanan ialah melalui penggunaan helikopter yang dilakukan agensi kerajaan.
 

Selain keadaan jalan yang tidak elok, penduduk juga sering berdepan dengan masalah jambatan yang selalu rosak. Bagaimanapun, masalah ini telah diatasi apabila tujuh jambatan besi telah dibina untuk menggantikan jambatan kayu. Projek di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah siap sepenuhnya.
 

Selian itu, jalan sejauh 34 km dari Pos Gob ke Pos Simpor telah dinaik taraf untuk memberi keselesaan kepada pengguna.
 

Biarpun keadaan jalan itu memberi masalah dan cabaran kepada penduduk, namun ia menjadi “syurga” dan laluan terbaik kepada peminat 4x4 yang sering memilih laluan tersebut menuju ke Pos Gob.
 

Untuk memenuhi keperluan tempat tinggal yang selesa peserta kembara 4x4, di Pos Gob terdapat chalet atau inap desa bagi kemudahan pengunjung. Selain untuk peserta kembara 4x4, ia juga terbuka kepada sesiapa yang ingin menyewa dan menginat di situ. Pengunjung pasti akan terpesona dengan keadaan sekitar yang damai dan indah dengan pemandangan berlatar belakang Banjaran Titiwangsa. 

Penyediaan kemudahan inap desa membantu peningkatan aktiviti ekopelancongan di kawasan tersebut dan secara tidak langsung akan membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat.
 

Pembinaan inap desa itu dibiayai oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Selain kemudahan inap desa, terdapat juga dewan terbuka untuk memudahkan aktiviti diadakan dalam keadaan selesa.
 

Pendekatan secara holistik itu dilihat dapat memberi faedah kepada masyarakat setempat selain ia selari dengan hasrat kerajaan untuk memajukan masyarakat Orang Asli. Ia dapat membantu menangani dan membasmi masalah kemiskinan dengan kadar kemiskinan dalam kalangan golongan itu adalah yang tertinggi di negara kita.












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://hwaliman.blogspot.com/2024/07/gob.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
320 Keluarga Orang Asli Pos Pulat Perintis Tanaman Kenaf

320 Keluarga Orang Asli Pos Pulat Perintis Tanaman Kenaf

papar berkaitan - pada 27/7/2024 - jumlah : 80 hits
KIRA KIRA 320 keluarga di penempatan Orang Asli Pos Pulat di Gua Musang menjadi komuniti pertama yang diperkenalkan kepada tanaman kenaf serba guna oleh Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara Keluarga Orang Asli ini kini boleh terlibat dalam pel...
Sekolah Kebangsaan Sri Permai Pos Pasik Gua Musang

Sekolah Kebangsaan Sri Permai Pos Pasik Gua Musang

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 345 hits
Sekolah Kebangsaan Sri Permai atau nama ringkasnya SK Sri Permai merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Pos Pasik Gua Musang Kelantan SK Sri Permai terletak di kawasan pedalaman Orang Asli di Kelantan Sebelum ini SK Sri Permai...
Waktu Operasi Pejabat Pos Di Malaysia 2024

Waktu Operasi Pejabat Pos Di Malaysia 2024

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 281 hits
Waktu Operasi Pejabat Pos di Malaysia 2024 Pejabat Pos Malaysia memainkan peranan penting dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan pos dan logistik kepada rakyat Malaysia Sebagai pusat perkhidmatan ia menyediakan pelbagai perkhidmatan sepert...
Gibran Ungkap Kriteria Kandidat Menteri Di Pos Pos Penting

Gibran Ungkap Kriteria Kandidat Menteri Di Pos Pos Penting

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 225 hits
Capres dan cawapres terpilih Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka akan dilantik pada Oktober 2024 mendatang
Sarawak Tarik Rm4 2b Pelaburan Diluluskan Pada Suku Pertama

Sarawak Tarik Rm4 2b Pelaburan Diluluskan Pada Suku Pertama

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 140 hits
KUALA LUMPUR Sarawak menarik sebanyak RM4 2 bilion pelaburan yang diluluskan untuk suku pertama 2024 meletakkannya di tempat keempat dari segi nilai aliran pelaburan kata Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul T...
Inovasi Haji 2024 Ada 158 Pos Kesehatan Gratis Di 11 Sektor Hotel Penginapan Jemaah Haji

Inovasi Haji 2024 Ada 158 Pos Kesehatan Gratis Di 11 Sektor Hotel Penginapan Jemaah Haji

papar berkaitan - pada 21/7/2024 - jumlah : 286 hits
Mulai 2024 KKHI Makkah mengaktifkan 158 pos kesehatan agar lebih cepat menangani jemaah yang memiliki keluhan kesehatan
Beli Cincin Berlian Asli Yang Simple

Beli Cincin Berlian Asli Yang Simple

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 287 hits
Beli Cincin Berlian Asli Yang Simple Diamond adalah teman setia wanita Betul tak Tapi nak beli diamond ni agak sudah sebab harganya yang agak tinggi Lagi pula jika beli diamond susah nak jual balik Orang kata kalau beli diamond kena pakai s...
Isu Pemilikan Tanah 90 Orang Asli Setuju Pindaan Perlembagaan

Isu Pemilikan Tanah 90 Orang Asli Setuju Pindaan Perlembagaan

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 238 hits
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor berkata kebanyakan Orang Asli menetap secara bertaburan di Kelantan Kedah Perak Selangor Wilayah Persekutuan Melaka Negeri Sembilan Pahang dan Terengganu GUA MUSANG Sebanyak 90 Orang Asli b...
Humans Thinking S Pattern

How Huawei S Ai Ubb Tech Is Reshaping The Internet

I Ve Never Been A Member Of Any Political Party Says Igp

Play88 Login Fast Secure Access To Malaysia S Top Online Casino

Baru Ku Tahu Ada Taman Hobbit Di Putrajaya

Fdm 3d Printing In Malaysia A Cost Effective Solution For Prototyping And Production

Ti Lian Ker Mca Jangan Terbeban Dengan Janji Madani Segera Umumkan Keluar Daripada Kerajaan Perpaduan

Kisah Saya Dengan Bank Rakyat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Top Green Startup Ideas

Berhenti Beli Emas Orang Tengah Jimat Harga Kilang Dealer Orodesign

Kenapa Aku Tak Nak Jadi Terkenal

Kotak Hadiah Custom Serlahkan Keunikan Jenama Anda Dengan Pembungkusan Eksklusif

Rehat Sebentar Dengan Chocodate Milk

Navigating Intellectual Property Law Protecting Innovations And Creativity