Petai Oh Petai



Assalamualaikum.

Hi korang
Siapa yang suka petai? SA x makan petai tapi suka bau petai kalau dicampur dalam masakan. Tak kisah jenis masakan macam mana pun..Sambal tumis, Gulai dan macam- macam lagi. SA pernah termakan beberapa ulas petai dalam sambal..tapi bila buang air kecil..aduhai...memang bau boleh tahan dan buat pening...tapi bagusnya makan petai ni..dia adalah agent pelawas untuk buang air besar. Kata orang- orang yang cerdik pandai dan mengamalkan makan makanan ulam- ulaman ni la. Bagus untuk usus katanya...SA tak pasti sejauh mana kebenaran dan mencari sendiri melalui wikipedia. SA copy dan share kat sini juga..untuk kita sama- sama dapat ilmu tentang khasiat petai dan salah silah wujudnya ia di muka bumi...

Pokok petai atau dalam bahasa saintifiknya disebut Parkia speciosa ( juga disebut kacang pahit, kacang klaster berpusing, yongchaa, yongchaak atau kampai, zawngtah atau kacang busuk). Tumbuhan ini hadir dalam genus Parkia dalam keluarga Fabaceae. Mempunyai salut berbentuk papan yang panjang, dengan isi kacangnya yang berwarna hijau terang serta saiz dan bentuk seperti kacang almond namun mempunyai bau yang busuk dan kurang menyenangkan. Namun rasanya agak pahit jika dimakan mentah, tapi sedap dimakan secara mentah, dibakar atau bersama sambal. Bau busuk yang agak kuat yang keluar dari petai adalah bau gas metana semulajadi yang tersimpan dalam isi kekacangnya

Ciri fizikal
Pokok Petai merupakan pokok saka yang besar dan rendang, dan boleh tumbuh setinggi 30 meter. Buah petai terdapat dalam deretan panjang dan nipis yang dikenali sebagai "papan". Setiap papan buah mempunyai antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang sepanjang buah. Buah ini, yang panjangnya sehingga 50 sentimeter apabila cukup tua, mempunyai kulit yang tebal tetapi lembut, benih dan licin berwarna kemerah-merahan. Biji-biji inilah yang dimakan kadang-kadang mentah dan kadang-kadang dibakar. Buah petai sering dimakan sebagai ulam oleh peminat, tetapi kurang popular kerana mempunyai bau yang kuat. Biasanya, petai dicicah dengan sambal untuk dimakan bersama nasi. Biji-biji petai yang dikupas, biasa juga dimasak sambal tumis bersama udang atau kerang



Abah SA beli untuk buat sambal udang

Cantik dan besar matanya kan..



Jenis -Jenis Petai
Pokok Petai (Parkia speciosa)Pokok Petai Kerayung (Parkia javanica)Pokok Petai Maranti ( Parkia ingsularis)Pokok Petai Nering ( Parkia sumatrana).Pembiakan
Pokok petai mula berbunga ketika berusia lima tahun. Pendebungaan pokok ini adalah melalui spesies kelawar Eonycleris spelaed yang juga merupakan agen pendebungaan bagi Pokok Durian. Oleh kerana pokok petai dan pokok durian adalah bermusim, kelawar Eonycleris spelaed mencari makan dari madu pokok Bakau jenis Sonneratia pada musim yang lain

Pokok petai biasanya ditanam menggunakan biji benih

Khasiat Petai.
Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C

Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan

Menerusi informasi dari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), En. Tajuddin Abd. Manap. Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai). (Kosmo 28 Mei 2011)
Petai juga berkemampuan untuk membekalkan tenaga yang tinggi kerana, biji kekacang petai mengandungi gula semulajadi seperti fruktosa, glukosa, sukrosa dan kombinasi daripadanya. Petai juga mengandungi Trytophan, yang mampu mengawal tekanan seseorang, trytophan dapat bertukar kepada serotonin dimana dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil. Kandungan zat besi dalam petai mampu mengurangkan risiko mendapat anemia di kalangan pengamalnya. Vitamin B6 petai membantu mengawal paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami kebingungan tatkal mendapat sindrom premenstrual

Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendam garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok. Petai juga mempunyai serat tumbuhan yang baik bagi pengahadaman dan dapat mengelakkan gejala sembelit dari mudah berlaku. Terdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan madu, adunan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba petai, madu dan susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras cecair badan ketahap seimbang. Petai juga baik bagi seseorang yang telah memberhenti dari menghisap rokok dan dalam proses rehabilitasi. Kandungan Vitamin B6 dan B12 serta kalium dan magnesium dapat membantu dalam mengatasi kesan langsung akibat pemberhentian pengambilan nikotin

Kulit licin di bahagian dalam poket biji petai boleh diusap pada bahagian bengkak atau kemerahan-merahan di kulit disebabkan oleh gigitan nyamuk

Namun begitu memakan petai pada kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal.[3]
Di antara kebaikan atau rawatan hasil memakan petai ialah:
Kemurungan Keputusan kaji selidik di kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai. Ini kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang badan bertukar kepada serotonin, yang yang dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil

PMS (sindrom pra-haid) Vitamin B6 petai membantu mengawal atau meneutralkan paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami mood tidak stabil ketika berdepan sindrom premenstrual

Anemia Zat besi yang tinggi di dalam biji petai boleh merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah dan seterusnya membantu dalam kes-kes anemia atau pesakit kekurangan darah

Tekanan darah tinggi Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendah garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok. US Food and Drug Administration telah hanya menyenarikan petai sebagai buah yang mampu mengurangkan risiko tekanan darah dan strok

Kuasa minda Khasiat petai lain ialah kemampuannya di dalam meningkatkan kekuatan tenaga minda. Ini berdasarkan laporan di USA yang dijalankan di mana petai diberikan kepada pelajar semasa sarapan sebelum peperiksaan

Kajian terhadap 200 pelajar sebuah sekolah di Twickenham telah membuktikan pelajar yang terlibat memakan petai dapat meningkatkan kuasa otak mereka dan membantu mereka lebih segar, bertenaga dan memberi tumpuan dalam pembelajaran

Sembelit Petai juga dapat mengatasi masalah sembelit. Petai mengandungi tinggi serat dan boleh membantu penghadaman dan menggalakkan pembuangan air besar tanpa menggunakan julat. Petai boleh membantu memulihkan tindakan usus yang normal

Keletihan Cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat jus petai dicampur dengan dengan madu

Pedih ulu hati Petai mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan, jadi jika anda mengalami pedih ulu hati, cuba makan petai untuk mengurangkan kesan kesakitan

Gigitan nyamuk Satu amalan yang biasanya dilakukan orang kampung ialah menggunakan kulit petai untuk mengurangkan kesan gatal gigitan serangga dan nyamuk. Kulit petai digosok pada bahagian yang kena gigit. Insyaalah, rasa gatal, sakit, bengkak, kerengsaan atau lebam akan beransur kurang

Saraf Petai yang tinggi vitamin B yang membantu menenangkan sistem saraf

Berat badan yang berlebihan Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi punca pengambilan makanan berlebihan. Dengan memakan petai, kita dapat mengawal badan daripada ketagih mengambil makanan berkarbohidrat tinggi. Dengan cara itu dapat mengatasi masalah berat badan berlebihan

Ulser Petai mampu meneutralkan lebihan asid dan mengurangkan kerengsaan oleh salutan lapisan perut. Jadi, ia dapat membantu mengatasi penyakit ulser

Kawalan suhu Petai dianggap "penyejuk" dan boleh menurunkan suhu fizikal dan emosi, termasuk kepada ibu-ibu mengandung. Di Belanda, sebagai contoh, wanita hamil makan petai untuk memastikan bayi yang dilahirkan dengan suhu yang sejuk

Merokok Petai juga boleh membantu orang yang cuba untuk berhenti merokok. Petai yang kaya dengan kandungan vitamin B6, B12, serta kalium dan magnesium dapat membantu badan pulih daripada kesan-kesan nikotin terhadap tubuh. Kalium (potasium) dan magnesium dalam petai boleh mengurangkan keinginan untuk merokok. Merokok adalah membahayakan kesihatan. Biar mulut berbau petai daripada berbau rokok

Tekanan perasaan (stres) Potassium atau kalium merupakan bahan mineral untuk kesihatan vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam badan anda. Apabila kita tertekan, kadar metabolisme kita meningkat, sekali gus mengurangkan kadar potassium. Ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek petai yang tinggi potassium

Mengatai masalah cacing dalam badan Petai juga dapat membunuh cacing di dalam perut dan usus di mana ia akan keluar bersama najis

Merawat demam kuning. Bahagian daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai di mana kemudian airnya diminum dan ulang beberapa kali

Strok Menurut kajian dalam "The New England Journal of Medicine" makan petai sebagai sebahagian daripada diet yang teratur dapat mengurangkan risiko kematian oleh strok sebanyak 40% "

Ketuat Mereka yang ada ketuat pada badan, boleh mencuba untuk menghilangkannya dengan meletakkan biji petai pada bahagian yang berkenaan. Gunakan plaster atau kain untuk melekatkan biji petai di bahagian ketuat itu

Mengurang kemabukan Terdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan madu, adunan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba petai, madu dan susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras cecair badan ke tahap seimbang

SUMBER : WIKIPEDIA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suriaamanda.com/2021/07/petai-oh-petai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Pkp Beli Petai

Kisah Pkp Beli Petai

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 231 hits
Dah lama mem tanya ada nampak tak orang jual petai teringin nak makan Setiap hari Cik shima balik ada la sorang abang ni jual petai di tepi jalan sebelum PKP1 0 tetapi semenjak PKP lama lama sekali baru nampak Masa Cik Shima rasa nak beli t...
Tips Memilih Petai

Tips Memilih Petai

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 840 hits
Mem Berapa ni CS Sepuluh hinggit Mem Tu dia hang beli no Tengok ni biji dia pun nipis ja Hang pi beli kalau aku tak beli dah CS Ala tak dak biji makan ja la yang ada biji lagipun kesian la mak tengok dia la ni kita sambil beli sambil bantu ...
Nasi Goreng Petai Yang Simple

Nasi Goreng Petai Yang Simple

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 357 hits
Nasi Goreng Petai Yang Simple Assalamualaikum Hai selamat pagi awal update blog hari hihihi hari ini Cik Ash nak kongsi sarapan pagi dengan nasi goreng petai siapa dekat sini penggemar nasi goreng kita geng ya Apa apa jenis nasi goreng bole...
Petai Belalang

Petai Belalang

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 957 hits
Sumber Google Penerangan Petai Belalang ialah sebuah pokok daripada keluarga kekacang Pokok ini adalah antara tumbuhan pemberi sumber protein terbaik untuk makanan lembu Pokok ini semakin mendapat tempat dalam memulihkan tanah mengawal haki...
Menu Buat Suami Tambah Nasi Sambal Tempoyak Bilis Petai Makan Nasi Panas Panas Perhhh

Menu Buat Suami Tambah Nasi Sambal Tempoyak Bilis Petai Makan Nasi Panas Panas Perhhh

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 495 hits
Sekarang ni musim durian ada tak peminat tempoyak Jika anda salah seorang peminat tempoyak wajib cuba menu sambal tempoyak ikan bilis ni Makanan ni biasanya popular dalam kalangan orang Pahang Tapi sekarang semua dah menggemarinya Mungkin s...
Falling Trees Reveal Nation S Rotting Roots

Apa Nasib Veteran Tentera Malaysia

Why The Us Can T Win The Trade War With China And Shouldn T Try

Mudahnya Jadi Cikgu Sekolah

Hukum Baca Quran Dan Berzikir Tanpa Wuduk

Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

Khai Bahar Bawa Hatiku Bersama Kamu Chord



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Gulai Udang Nenas

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Mitarashi Dango