Perwakilan Dap Tidak Masalah Pilih Calon Melayu





 
HarapandailyApril 7, 2025Perwakilan DAP tidak mempunyai masalah untuk memilih calon Melayu bagi mengisi senarai Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti berkenaan.
Menerusi kenyataan bersama dua ahli CEC DAP, Syahredzan Johan dan Young Syefura Othman, pemilihan mereka adalah selaras dengan semangat keterangkuman yang dibawa oleh parti.
“Kami ingin menegaskan bahawa DAP kekal komited untuk mendukung apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, serta pada masa yang sama mempertahankan hak dan kepentingan sah semua kaum secara adil dan saksama.
“Kehadiran pemimpin Melayu dalam DAP di pelbagai peringkat—daripada Ketua Cawangan, Ahli Majlis, Ketua Kampung, Jawatankuasa Negeri, sehingga ke peringkat tertinggi parti—jelas membuktikan bahawa DAP merupakan parti yang benar-benar inklusif dan terbuka kepada semua.
“Sebagai anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC), kami akan terus berusaha untuk mendekati masyarakat Melayu serta menguatkan sokongan di kalangan masyarakat pelbagai etnik dan agama,” menurut kenyataan tersebut hari ini.
Jelasnya, semakin ramai anak muda Melayu dan wanita menunjukkan minat terhadap DAP serta menyertai sebagai ahli parti dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
“Usaha untuk menggalakkan penyertaan baharu, termasuk daripada kalangan orang Melayu, akan terus diperkasakan selagi mana mereka mendukung prinsip dan perjuangan parti.
“Pada masa yang sama, kami juga komited untuk memperkukuhkan parti bagi menghadapi cabaran-cabaran mendatang, di bawah kepimpinan Saudara Anthony Loke Siew Fook,” menurut kenyataan itu lagi.
Untuk rekod, Syahredzan merupakan Ahli Parlimen Bangi manakala Young Syefura menduduki jawatan sebagai Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Bentong.
Sementara itu, dalam sidang media bersama di ibu pejabat DAP, Syahredzan menambah masyarakat khususnya orang Melayu tidak harus mudah terikut-ikut dengan naratif salah dan negatif dilempar pihak tertentu mengenai DAP, sebaliknya menilai mereka daripada prestasi kerja pemimpinnya di kawasan masing-masing.
“Dengan adanya penyertaan orang Melayu (dalam DAP) kita boleh secara perlahan pecahkan prejudis orang Melayu.
“Kalau mahu tahu bagaimana DAP, kalau tak yakin datanglah ke (Parlimen) Bentong dan Bangi, tengok kami buat kerja.
“Khidmat yang diberikan ini dalam menjalankan tanggungjawab kami sebagai wakil rakyat daripada bangsa Melayu dari DAP.
“Program di masjid dan surau, tidak ada masalah langsung antara DAP dan Melayu serta Islam,” kata Syahredzan yang juga peguam.









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/04/perwakilan-dap-tidak-masalah-pilih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makin Ramai Anak Muda Orang Melayu Dan Wanita Minat Dap

Makin Ramai Anak Muda Orang Melayu Dan Wanita Minat Dap

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 244 hits
Semakin ramai anak muda termasuk daripada kaum Melayu dan golongan wanita menunjukkan minat terhadap DAP dan ada yang telah menyertai sebagai ahli parti Sehubungan itu Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP Melayu iaitu Syahredzan Johan dan ...
Bn Pertaruh Yusri Bakir Calon Prk Ayer Kuning

Bn Pertaruh Yusri Bakir Calon Prk Ayer Kuning

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 246 hits
Malaysiakini nbsp BN mempertaruhkan Setiausaha Umno Bahagian Tapah Dr Yusri Bakir sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning Pengerusi BN Saarani Mohamad membuat pengumuman itu pada majlis di Tapah Perak hari ini Maj...
Setiausaha Umno Tapah Calon Bn Prk Dun Ayer Kuning

Setiausaha Umno Tapah Calon Bn Prk Dun Ayer Kuning

papar berkaitan - pada 7/4/2025 - jumlah : 317 hits
Mohamad Yusri diumumkan sebagai calon BN bagi PRK DUN Ayer Kuning dalam satu majlis di Command Center BN Perak di Kg Tersusun Hj Tahir Temoh di Tapah pada 7 April 2025 TAPAH 7 Apr Setiausaha UMNO Bahagian Tapah Dr Mohamad Yusri Bakir 54 diu...
Senarai Akhir Calon Yang Layak Bertanding Dalam Pemilihan Pkr 2024 Peringkat Cabang Diumum Hari Ini

Senarai Akhir Calon Yang Layak Bertanding Dalam Pemilihan Pkr 2024 Peringkat Cabang Diumum Hari Ini

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 256 hits
KUANTAN Senarai akhir calon yang layak bertanding dalam pemilihan PKR 2025 peringkat cabang akan diumumkan hari ini Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh berkata pengumuman itu dibuat selepas Jawatankuasa Pemilihan Parti selesai meneliti pr...
Siapa Calon Pn Bakal Bertempur Dengan Ustaz Dr Yusri Bakir Di Ayer Kuning

Siapa Calon Pn Bakal Bertempur Dengan Ustaz Dr Yusri Bakir Di Ayer Kuning

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 310 hits
Calon Perikatan Nasional dari Pas yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning Perak bakal diumum esok Poster yang tersebar di memaklumkan Majlis Pengisytiharan Calon PN itu akan berlangsung di Dataran Awan...
Amanah Ikrar Gerak Jentera Besar Besaran Sokong Calon Bn Di Ayer Kuning

Amanah Ikrar Gerak Jentera Besar Besaran Sokong Calon Bn Di Ayer Kuning

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 243 hits
SITI NUR ZAWANIApril 8 2025AMANAH menyatakan komitmen akan memberikan sokongan padu kepada calon Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil N 48 Ayer Kuning Pengarah Pilihanraya AMANAH Nasional Sany Hamzan berkata mobilisasi besar besaran melib...
Quick Diet Dinner Recipes Veg

10 Negeri 1 Wilayah Diramal Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Uqasha Senrose Tegas Rumah Baharu Dibeli Dengan Duit Sendiri Tidak Terpengaruh Kritikan Netizen


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Colours Of Life Tekken 8 Season 8 15 Dis Ghost Jalan Ranked Pun Jalan

Apple Chooses Samsung As The Main Memory Supplier For Iphone 18

Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Pihak Berkuasa Turki Menahan 115 Individu Berkait Is Dalam Operasi Terbaru

Treler Hilang Kawalan Hempas Bumbung Stesen Minyak Pelanggan Cemas Elak Tragedi