Peruntukan Rm13 Juta Perkasa Siasatan Jenayah D11 Seksual Wanita Kanak Kanak Kpn


Kumara Sabapatty Acryl Sani Abdullah Sani KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan peruntukan serta penambahbaikan yang diumumkan pada Bajet 2022 dimanfaat sepenuhnya bagi memperkasakan perkhidmatan pasukan keselamatan itu.
Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, peruntukan yang diterima itu menunjukkan kerajaan sentiasa menghargai khidmat penjawat awam dan petugas barisan hadapan.
Katanya, peruntukan sebanyak RM17 bilion yang diberikan kepada Kementerian Dalam Negeri bagi inisiatif pertahanan dan ketenteraman awam amat dihargai PDRM.
“Ia termasuklah pengumuman bantuan khas kewangan sebanyak RM700 untuk kakitangan awam gred 56 ke bawah dan RM350 bagi pesara kerajaan, gantian cuti rehat (GCR) yang dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari serta segala bantuan yang diumumkan untuk penjawat awam.
“Di bawah strategi kedua iaitu membangun sebuah keluarga Malaysia, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan mendapat peruntukan sebanyak RM13 juta untuk memperkasa bahagian tersebut termasuk pewujudan 100 perjawatan baharu.
“Peruntukan ini akan meningkatkan keberkesanan siasatan oleh Bahagian D11 JSJ Bukit Aman yang akan diperkasa di setiap kontinjen dan meninggikan mutu perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah beliau, peruntukan yang diumum itu juga akan memastikan PDRM khususnya bahagian D11 dapat menyampaikan perkhidmatan terbaik dalam aspek siasatan jenayah seksual melibatkan mangsa yang terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak.
Sementara itu, Acryl Sani berkata, penambahan lapan Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) antaranya di Pagalungan, Sabah dan Temong Mura, Sarawak akan meningkatkan lagi tahap kawalan keselamatan sempadan yang berterusan anggota penguatkuasaan.
Menurut beliau, infrastruktur berkenaan akan memantapkan keupayaan PDRM dalam memastikan keselamatan di kedua-dua negeri tersebut terus terpelihara.
“Pos-pos yang bakal dibina akan menyumbang secara langsung kepada peningkatan kapasiti PDRM untuk memastikan kawalan keselamatan sempadan negara sentiasa di tahap terbaik.
“PDRM turut berterima kasih atas pengumuman peruntukan yang melibatkan kerja-kerja penggantian dan pembaikan lif serta kuarters PDRM
“Perkara tersebut merupakan bukti komitmen kerajaan yang sentiasa menjaga kebajikan ahli keluarga PDRM dalam menyediakan kuarters yang lebih selesa dan selamat untuk didiami,” ujarnya.
Dalam pada itu, Acryl Sani menyambut baik pengumuman peningkatan elaun penugasan Sukarelawan Simpanan Polis (PVR) daripada RM7.80 kepada RM9.80 sejam untuk pegawai dan daripada RM6.00 kepada RM8.00 sejam untuk anggota, yang bakal memanfaatkan hampir 10,000 pegawai dan anggota PVR.
Katanya, peruntukan terbabit merupakan komitmen kerajaan yang akan memberi motivasi dan semangat bagi lebih ramai ahli masyarakat untuk menyertai pasukan sukarelawan tersebut dan bersama-sama dalam memerangi jenayah. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/peruntukan-rm13-juta-perkasa-siasatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mat Sabu Persoal Status Siasatan Dakwaan Bekas Kpn Tentang Rasuah Dalam Politik

Mat Sabu Persoal Status Siasatan Dakwaan Bekas Kpn Tentang Rasuah Dalam Politik

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 294 hits
Mat Sabu persoal status siasatan dakwaan bekas KPN tentang rasuah dalam politik Presiden Amanah Mohamad Sabu mempersoalkan sama ada terdapat sebarang siasatan yang dilakukan terhadap dakwaan bekas Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berhub...
Warga Emas Didakwa Atas 5 Tuduhan Lakukan Amang Seksual Anak Teman Wanita

Warga Emas Didakwa Atas 5 Tuduhan Lakukan Amang Seksual Anak Teman Wanita

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 311 hits
KOTA BHARU Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan teman wanitanya yang berusia 15 tahun di dua lokasi berlainan di Jelawat Bachok pada Mei lalu Ter...
Ketua Wanita Dap Puji Bajet Besar Untuk Polis Tangani Keganasan Seksual

Ketua Wanita Dap Puji Bajet Besar Untuk Polis Tangani Keganasan Seksual

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 225 hits
Sayap wanita DAP memuji langkah kerajaan menambah peruntukan bagi memperkasakan Bahagian Siasatan jenayah Seksual Wanita dan Kanak Kanak dalam menangani jenayah seksual Dalam satu kenyataan hari ini ketua wanita DAP Chong Eng berkata jumlah...
Wanita Terkejut Batu Yang Hampir Dibuang Dalam Tong Sampah Rupanya Berlian Bernilai Rm11 Juta

Wanita Terkejut Batu Yang Hampir Dibuang Dalam Tong Sampah Rupanya Berlian Bernilai Rm11 Juta

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 320 hits
LONDON Seorang wanita warga emas terkejut apabila dia menemui sebutir berlian 34 karat yang bernilai 2 juta yang hampir dibuang ke tong sampah semasa membuat kerja pembersihan Batu berlian itu telah dibeli oleh wanita itu pada jualan car bo...
Awani Ringkas Covid 19 63 Kematian Baharu Mycreative Sambut Baik Peruntukan Rm288 Juta

Awani Ringkas Covid 19 63 Kematian Baharu Mycreative Sambut Baik Peruntukan Rm288 Juta

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 275 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Hiburan Fikry Ibrahim Harap Peruntukan Rm188 Juta Diguna Sebaik Mungkin

Hiburan Fikry Ibrahim Harap Peruntukan Rm188 Juta Diguna Sebaik Mungkin

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 227 hits
Pelakon Fikry Ibrahim akui berasa gembira dan menyambut baik segala usaha dan suntikan dana daripada mana mana pihak dengan tujuan menggalakkan lagi pertumbuhan sektor seni ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementIa susulan pengumuman dibuat Menteri...
Denda Rm10 Juta Menanti Pelaku Jenayah Alam Sekitar

Denda Rm10 Juta Menanti Pelaku Jenayah Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 188 hits
Oleh Pindaan AKAS 1974 mencadang mewujudkan denda minimum tidak kurang daripada RM5 000 dan denda maksimum tidak lebih RM10 juta kepada pelaku jenayah pencemaran alam sekitar Foto hiasan NSTP PUTRAJAYA Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1...
Wanita Bawa 23 Ahli Keluarga Ikut Dating Untuk Makan Free

Wanita Bawa 23 Ahli Keluarga Ikut Dating Untuk Makan Free

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 258 hits
BEIJING Helah seorang wanita yang membawa bersama 23 orang ahli keluarganya ke sebuah janji temu dengan seorang lelaki untuk menguji sifat pemurah lelaki itu tidak menjadi apabila dia akhirnya terpaksa membayar sendiri bil makanan yang dipe...
Lepas Tvlar Video Wanita Mengamvk Nak Masuk Butik Trkenal Tak Pakaimask Sekali Ini Tindakan Kj

Lepas Tvlar Video Wanita Mengamvk Nak Masuk Butik Trkenal Tak Pakaimask Sekali Ini Tindakan Kj

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 275 hits
Video seorang wanita mat salih bertengkar dengan beberapa pekerja di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur tular di media sosial Seorang pengguna Twitter DFEfiercefun memuatnaik dua video yang setakat ini telah menerima hampir 500 000 ...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Ford S Suv Recall A Commitment To Driver Safety

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

Merpati Band Kamu Tak Sendiri Chord

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Dapur Sambal Jb Kini Dibuka Kerjasama Istimewa Dengan Cerebral Palsy Johor Untuk Menyokong Komuniti

Your Tanks Neil Woodman Practical Fishkeeping

Understanding Sentiment Analysis In Natural Language Processing

7 Lelaki Didakwa Bunuh Tanam Rakan Dalam Kolah

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Panduan Lengkap Persiapan Menyambut Bulan Ramadan