Pertuduhan Pada Muhyiddin Jelas Kata Mahkamah Rayuan


 https://www.malaysiakini.com/news/704660






Pertuduhan pada Muhyiddin jelas, kata Mahkamah Rayuan


Diterbitkan:  May 6, 2024 




Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bekas perdana menteri *Muhyiddin Yassin tidak diperdaya dalam empat kes salah guna kuasa program Jana Wibawa.*


Dalam alasan penghakiman bertulis yang dikeluarkan pada Jumaat lalu, panel tiga hakim berpendapat hal itu kerana butiran penuh empat pertuduhan yang dihadapi Muhyiddin memadai untuk dia tahu apa yang dihadapinya.


Panel itu dipengerusikan hakim Hadhariah Syed Ali


Pada 28 Feb lalu Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan dan membebaskan (DAA) bekas perdana menteri itu.


Mahkamah Rayuan juga dan mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa ke atas ahli parlimen Pagoh berkenaan.


Dalam penghakiman bertulis, Hadhariah berkata, pada pendapat mereka butiran dalam setiap empat pertuduhan ke atas Muhyiddin memadai untuk memberi notis kepada responden mengenai perkara didakwa.


“Responden tidak terkeliru dalam apa cara sekalipun hanya kerana kekurangan butiran.


"Oleh itu, tiada keperluan bagi pihak pendakwaan untuk menetapkan cara atau memberikan butiran lanjut tentang bagaimana kesalahan (yang didakwa) dilakukan.


"Dalam hal ini, kita dapati yang arif hakim mahkamah tinggi tersilap apabila dia berpendapat pertuduhan tidak jelas dan responden diperdaya," katanya.


Ahli Parlimen Pagoh juga masih menghadapi tiga pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram yang belum selesai di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.


Pada Mac tahun lalu di mahkamah sesyen, Muhyiddin mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta yang dikaitkan dengan Jana Wibawa.


Empat pertuduhan salah guna kuasa itu, dirangka mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 yang mendakwa Muhyiddin menggunakan kedudukan sebagai perdana menteri dan Presiden Bersatu mendapatkan untuk suapan RM232.5 juta daripada tiga syarikat dan seorang individu, antara 1 Mac 2020 hingga 20 Ogos 2021.


Tiga syarikat itu ialah Bukhary Equity, Nepturis Sdn Bhd, dan Mamfor Sdn Bhd, manakala individu terbabit ialah Azman Yusoff.


Tiga pertuduhan pengubahan wang haram itu dibentangkan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amlatfpuaa) - dibaca bersama Seksyen 87(1) akta sama.


Muhyiddin didakwa menyalahgunakan kuasanya untuk Bersatu menerima RM125 juta hasil daripada aktiviti haram daripada Bukhary Equity - antara 25 Feb 2021 hingga 8 Julai 2022.


Tuduhan itu tidak mendakwa bahawa pembayaran dibuat kepadanya.


Wang itu didakwa dicuci dengan menerima wang yang dimasukkan ke akaun Bersatu.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/05/pertuduhan-pada-muhyiddin-jelas-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Muhyiddin Kluster Mahkamah Mudah Dapat Passport

Kenapa Muhyiddin Kluster Mahkamah Mudah Dapat Passport

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 111 hits
8Oleh Adam Malik Muhyiddiin Kluster Mahkamah begitu mudah dapat Passport untuk keluar negara menjadi bualan rakyat Mungkin mahkamah yang ada hak menentukan sama ada seorang kluster mahkamah yang miliki banyak kes babit ratusan juta wang rak...
Jelas Kenapa Keahlian Adun Selat Klang Terhenti Tegas Muhyiddin

Jelas Kenapa Keahlian Adun Selat Klang Terhenti Tegas Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 54 hits
Muhyiddin Yassin menepis komen Abdul Rashid Asari yang bertegas beliau masih ahli Bersatu selepas dikatakan menyertai kempen parti lawan HULU SELANGOR Berada di atas pentas pihak lawan dengan ucapan yang menentang parti sudah memadai untuk ...
Mahkamah Tinggi Tolak Rayuan Siti Bainun Kekal Hukuman Penjara 12 Tahun

Mahkamah Tinggi Tolak Rayuan Siti Bainun Kekal Hukuman Penjara 12 Tahun

papar berkaitan - pada 2/5/2024 - jumlah : 61 hits
Rayuan Siti Bainun ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun kerana mengabai serta menganiaya remaja perempuan Sindrom Down Bella Terdahulu Mahkamah Sesyen telah menjatu...
Mahkamah Rayuan Memutuskan Sokongan Kepada Sc Menentang Bekas Naib Pengerusi Mmm Dato Ramesh

Mahkamah Rayuan Memutuskan Sokongan Kepada Sc Menentang Bekas Naib Pengerusi Mmm Dato Ramesh

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 69 hits
Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi 2021 yang telah membebaskan bekas Naib Pengerusi Eksekutif Malaysian Merchant Marine Berhad Dato Ramesh Rajaratnam atas kes ins...
Panas Pu Syed Kata Harap Mb Diganti Baru Selepas Pu Syed Tegur Tapi

Panas Pu Syed Kata Harap Mb Diganti Baru Selepas Pu Syed Tegur Tapi

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 80 hits
Tegur tanda sayang tapi kalau kerap sangat ditegur tapi masih tak dengar saya harap digantikan menteri besar yang baharu bagi menggantikannya Tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dirakam sedang menyanyi di ata...
Kata Penutup Ppt Di Dalam Dunia Kerja Dan Kuliah Bijak Dan Menarik

Kata Penutup Ppt Di Dalam Dunia Kerja Dan Kuliah Bijak Dan Menarik

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 64 hits
Kata penutup PPT dalam sebuah presentasi sangat penting karena mereka meninggalkan kesan terakhir yang kuat pada para pendengar PPT sendiri merupakan singkatan dari PowerPoint sebuah perangkat lunak presentasi yang dikembangkan oleh Microso...
Wan Rezaudeen Berhasrat Pencen Awal Kata Sepupu

Wan Rezaudeen Berhasrat Pencen Awal Kata Sepupu

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 62 hits
Wan Rezaudeen Kamal Zainal Abidin disifatkan memiliki peribadi menyenangkan GOMBAK Juruterbang Helikopter Operasi Maritim Tentera Laut Diraja Malaysia Wan Rezaudeen Kamal Zainal Abidin yang terkorban dalam tragedi helikopter terhempas di Pa...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Xiaomi Pad 6s Pro 12 4 Idea Besar Pada Skrin Yang Lebih Besar

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Sambutan Ulang Tahun Vivo Malaysia Yang Ke 10 Dan Berpeluang Untuk Menang Perjalanan Ke Shenzhen China

Tahniah Izzat Upkk

Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura

Kangen Band Setengah Mati Mengejar Dia Chord

Airasia Santan Menu Baru Harga