Pertubuhan Dakwah Islam Perlu Tolak Budaya Kerja Runcit Runcit


Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni Kerja berorientasi objektif, berstruktur di samping disiplin tinggi HARI ini saya ingin menulis berkenaan satu budaya negatif yang terkena kepada sebahagian pertubuhan dakwah Islam; iaitu budaya kerja runcit-runcit.
Bukan untuk menafikan segala sumbangan baik yang telah disumbangkan oleh banyak pertubuhan dakwah Islam, tapi sebagai satu muhasabah agar kita sama-sama melonjakkan amal jauh ke depan.
Sebahagian besar pertubuhan dakwah Islam di Malaysia hari ini bergerak dengan mungkin 90 peratus lebih tenaga sukarelawan tanpa gaji.
Bahkan, pertubuhan dakwah yang ditubuhkan oleh kerajaan juga akan menggunakan tenaga sukarelawan atau sekurang-kurangnya menggunakan pendekatan kerjasama dengan pertubuhan dakwah bukan kerajaan yang digerakkan oleh sukarelawan.
Hasil kerjanya sudah tentulah boleh dijangkakan.
Benar, mesej dakwah sampai juga kepada masyarakat tetapi untuk bersaing dengan gerakan liberal sudah tentulah tidak sepadan.
Kalaulah bukan disebabkan oleh masyarakat kita masih kuat berpegang dengan Islam hasil didikan lama, sudah tentu masyarakat Islam kita runtuh.
Tetapi, dengan kira-kira kekuatan seumpama ini, kita tidak pasti berapa lama masyarakat Islam akan mampu bertahan.
Budaya kerja runcit-runcit adalah budaya tidak sihat yang tidak akan membawa kita ke mana-mana.
Kita akan kepenatan, kesibukan atau dilihat sibuk tapi hasilnya berpusing pada putaran yang sama.
Orang kata, umpama berlari di atas kapal berlabuh yang besar. Badan letih, kapal tak bergerak ke mana-mana.
Duit habis, tenaga habis, umur meningkat tua namun umat Islam masih di takuk lama.
Kalau kita benar-benar serius dalam dakwah dan islah, perkara pertama yang akan kita lakukan sudah tentulah berfikir sehabis mungkin untuk menghuraikan apa sebenarnya yang umat Islam hadapi ketika ini.
Namun, malangnya, bab ini pun ramai pendakwah yang melakukan budaya kerja runcit-runcit.
Saya teringat satu cerita seorang pemilik kapal yang dikenakan caj tinggi oleh seorang tukang kapal.
Kapalnya rosak dan dia tidak mengetahui bahagian kapal yang rosak.
Tukang kapal datang dan membaiki dengan hanya sebatang paku, tetapi cajnya tinggi.
Apabila ditanya mengapa cajnya tinggi, sedangkan modalnya hanya sebatang paku, jawabnya yang mahal itu adalah usaha mencari di mana mahu diletakkan paku.
Begitulah permulaan usaha membaiki umat Islam ini.
Mencari di mana puncanya perlukan satu usaha memikir dan perbincangan yang tulus.
Menyenaraikan siapa musuhnya juga memerlukan satu siasatan yang mendalam dan panjang.
Melakarkan langkah demi langkah pembaikan di atas kertas juga memerlukan renungan yang tajam dan teliti.
Sejarah kejatuhan khalifah Islam Uthmaniah menunjukkan pentingnya analisa situasi dan permasalahan sebenar ini dilakukan dengan teliti.
Ketika ramai pemimpin dunia Islam memandangnya sebagai masalah mudah; sekali perhimpunan pemimpin Islam sahaja sudah cukup untuk melantik pemimpin dunia Islam yang baru, menurut mereka.
Akhirnya apa yang berlaku adalah dua kali perhimpunan pemimpin Islam tidak mampu untuk mencapai kata sepakat melantik pemimpin (khalifah) baru.
Hal ini kerana masalah sebenarnya bukan disebabkan Sultan Abd Hamid digulingkan.
Namun, masalah yang lebih dalam disebut oleh Thaqif Arsalan, pemikir Islam ketika itu: “Tidak boleh tidak, kita mesti membina asas dari bawah semula.”
Negara-negara Islam sudah hancur. Kesatuan Islam sudah tidak lagi berlaku. Kesetiaan sebahagian umat Islam kepada Barat sudah mula subur.
Begitu juga jika kita serius dalam dakwah dan islah, sudah tentulah kita akan bersungguh-sungguh mengusahakan kesatuan umat Islam.
Atas apa juga harga, kesatuan umat Islam adalah kunci kepada segala kejayaan.
Pertubuhan-pertubuhan dakwah Islam misalnya melancarkan kempen Buy Muslims’ First (BMF), menubuhkan Malakat Mall dan sebagainya.
Rantaian bekalan adalah kunci kepada kejayaan usaha ini untuk jangka panjang.
Tetapi, bagaimana rantaian bekalan dapat kita kuasai jika umat Islam tidak bersatu?
Kita juga melaungkan kuasa politik Melayu Islam melalui pelbagai pakatan.
Tapi sejauhmana usaha penyatuan umat diusahakan untuk mencapai kuasa politik tersebut?
Kesatuan umat bukan satu matlamat yang boleh dicapai dengan kerja runcit-runcit.
Lihatlah Rand Corp sebagai contoh, satu badan yang bertanggungjawab dalam melakukan kajian terhadap keselamatan Amerika.
Pada 2007, mereka menghasilkan kajian bertajuk Building Muslim Moderate Network.
Intipatinya antaranya adalah bagaimana mereka mengkaji pecahan umat Islam dan bagaimana untuk memanipulasi setiap kumpulan demi keselamatan dalaman Amerika.
Usaha untuk memecahkan pecahan umat Islam yang telah sedia terpecah pun memerlukan dana dan usaha badan sebesar Rand Corp, apatah usaha untuk menyatukan umat.
Pertubuhan-pertubuhan Islam perlu dibawa memahami saiz pertarungan sebenar.
Kalau kita nampak musuh kecil, kita tidak akan bersiap bersungguh untuk lawan.
Tapi kalaulah kita nampak saiz sebenar musuh saingan kita, barulah kita akan buat latihan dan persediaan yang setanding.
Bagi tempoh jangka panjang, pertubuhan-pertubuhan Islam perlu merancang ke arah kemampuan kewangan yang kuat untuk mendapatkan tenaga-tenaga sepenuh masa seramai mungkin dengan kualiti yang berpadanan dengan persaingan.
Budaya kerja yang tersusun dan berstruktur juga perlu dibuat, di samping disiplin kerja yang tinggi.
Kerja berorientasikan objektif mesti dijadikan sebagai budaya dalam pertubuhan. Bukan lagi susun altiviti sekadar memenuhi taqwim tahunan.
Akhirnya, kita perlu ubah budaya kerja umat ini. Tinggalkan budaya kerja runcit-runcit kerana ia tidak akan membawa umat ini ke mana-mana.
Wallahu a’lam
(*) Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni- Timbalan Presiden ISMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/pertubuhan-dakwah-islam-perlu-tolak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bank Islam Diiktiraf Bank Runcit Islam Paling Kukuh

Bank Islam Diiktiraf Bank Runcit Islam Paling Kukuh

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 290 hits
KUALA LUMPUR Bank Islam Malaysia Berhad dinobatkan sebagai Bank Runcit Islam Paling Kukuh di Malaysia untuk tahun 2020 oleh Cambridge International Financial Advisory di Anugerah Perbankan Runcit Islam ke 6 2020 yang diadakan secara dalam t...
Parti Agama Bukan Berjuang Untuk Jawatan Melainkan Dakwah Dan Islam

Parti Agama Bukan Berjuang Untuk Jawatan Melainkan Dakwah Dan Islam

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 328 hits
Cerita politik sikit pagi ini Hamdan Taha 1 Isu Exco Perak dari parti yang ahlinya para ustaz ulama dan ilmuan Apabila lima lantikan yang hanya ada empat dari umno dan satu dari bersatu kemana dari parti Pas Maka pesuruhan jaya nya pun buat...
Undi Tolak Mb Perak Bersatu Timbang Pecat Adun Titi Serong

Undi Tolak Mb Perak Bersatu Timbang Pecat Adun Titi Serong

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 349 hits
Lebih LagiAAdun Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dikatakan tidak undi sokong Besar Perak Ahmad Faizal Azumu semasa undi percaya di DUN Perak minggu lalu kata sumber Gambar Facebook 8 Disember 2020 BERSATU sedang menimbang untuk meng...
Umno Tak Tolak Kerjasama Dengan Ph Dap

Umno Tak Tolak Kerjasama Dengan Ph Dap

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 264 hits
UMNO tidak menolak kemungkinan mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan termasuk DAP bagi membentuk kerajaan negeri baharu di Perak Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini berikutan keputusan Pas dan Bersatu yang tidak m...
Mahkamah Tolak Permohonan Azilah Ketepi Sabitan Hukuman Mati Bunuh Altantuya

Mahkamah Tolak Permohonan Azilah Ketepi Sabitan Hukuman Mati Bunuh Altantuya

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 268 hits
Mahkamah tolak permohonan Azilah ketepi sabitan hukuman mati bunuh Altantuya Dikemas kini 38 minit yang lalu Diterbitkan pad
Gandingan Bersatu Dan Pas Bukan Saja Boleh Tolak Sharani Malah Bila2 Masa Boleh Jatuhkan Mb Umno

Gandingan Bersatu Dan Pas Bukan Saja Boleh Tolak Sharani Malah Bila2 Masa Boleh Jatuhkan Mb Umno

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 221 hits
Dalam mesyuarat Majlis Tertingginya semalam Bersatu membuat pendirian sebarang keputusannya mengenai penubuhan kerajaan baru di Perak akan dibuat bersama dengan Pas Ini bermakna dengan Bersatu mempunyai 5 Adun dan Pas 3 Adun gabungan kedua ...
Tolak Icerd Part Two

Tolak Icerd Part Two

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 386 hits
Sepanjang laluan LRT dari Gombak tren kami semakin sesak Ada dua amoi berhampiran Kjee Satu duduk satu lagi tak berani duduk sebab pakai hot pants Dia agak mengelabah kerana dikelilingi anak2 muda mahasiswa Tetiba terdengar announcement Mes...
Anak Muda Kelantan Tolak Pas Ph Nak Tengok Saja Ke

Anak Muda Kelantan Tolak Pas Ph Nak Tengok Saja Ke

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 320 hits
Balik dari Hospital Raja Perempuan Zainab II tadi mak naik Grab Perjalanan ke rumah mengambil masa kurang daripada 15 minit Kami bersembang sembang pasal covid19 Pasal KB masih PKPB tetapi sempadan sudah dibuka tiada lagi polis mengawal Pol...
Umno Tidak Tolak Kemungkinan Bekerjasama Dengan Ph Di Perak

Umno Tidak Tolak Kemungkinan Bekerjasama Dengan Ph Di Perak

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 208 hits
287 total views 287 views today IPOH 6 Dis Barisan Nasional dan UMNO tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pakatan Harapan termasuk DAP bagi membentuk penjajaran politik baharu di Perak Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation