Pertemuan Tunggal Dengan Syed Husin Ali


 

Saya hanya pernah menemui arwah Dr Syed Husin Ali sekali, banyak tahun dulu. Anehnya dalam banyak silang acara dan wacana akademik, kami tidak bertembung. Perjumpaan itu di malam hari, agak rahsia sifatnya dan atas inisiatif Pak Chong Gerak Budaya. Topik pertemuan itu juga agak hangat menyala.
Syed Husin sendiri masih seorang senator. Beliau membaca dan menyunting beberapa makalah akademik saya ketika itu. Saya baru sahaja menyertai Universiti Kebangsaan Malaysia dari Aswara. Jadi perjalanan akademia seakan baru bermula, walaupun campur tolak pengajian sarjana dan doktorat saya sudah sedekad. Syed Husin mempersoalkan beberapa rujukan saya, akan tetapi bukan kerana beliau skeptikal atau ingin menyanggah, tetapi lebih kerana beliau prihatin supaya kerja itu rapi, elok, tidak bias, dan betul-betul ada rujukan yang senonoh.
Dengan secangkir kopi, mungkin juga teh, dia kemudian membebel mengenai segelintir siswa yang kurang membaca. Dia mengomel macam-macam bahawa karya sastera pun sudah ‘tidak lagi sedap’ dibaca.
Dr Syed Husin Ali meninggal dunia pada 29 Jun 2024 lalu. Untuk ahli akademik, Syed Husin ada gah tersendiri. Beliau mantan pensyarah di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya pada 1985 hingga 1990, dan tentu telah memupuk dan menerbitkan sejumlah ramai anak bangsa. Sejumlah kerja akademik beliau antara lain adalah “Social Stratification in Kampung Bagan” (1966); “Malay Peasant Society and Leadership” (1975); “Kemiskinan dan Kelaparan Tanah di Kelantan” (1978); yang terkenal tentunya “The Malays, Their Problems and Future” (1981); juga “Poverty and Landlessness in Kelantan, Malaysia” (1983); dan “Ethnicity dan Class and Development, Malaysia” (1984).
Arwah juga antara pengasas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dalam arena politik, arwah adalah Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) antara 1990 sehingga 2001, sebelum parti itu bergabung dengan Parti Keadilan Nasional (keADILan) pada Ogos 2003 dan membentuk Parti Keadilan Rakyat. Ketika saya menemui beliau, Syed Husin adalah senator Dewan Negara antara 2009 hingga 2015.
Sebenarnya tatkala pertemuan tunggal saya dengan Syed Husin itu, akal dan fikiran beliau cukup cerdas dan tajam. Kalau kita membaca perbahasan atau penyata Dewan Negara dalam tempoh beliau di situ, Syed Husin seorang cendekiawan yang banyak menyumbang idea hebat.
Sewaktu Syed Husin memperihalkan mengenai ‘membaca’ itu, beliau mengaitkannya dengan pendidikan. Dalam tahun itu, ketika saya bertemu dengannya, arwah ada mengkritik sistem pendidikan negara.
Kata beliau, “pendidikan di Malaysia sudah kehilangan rohnya dan oleh itu tidak mengeluarkan lagi generasi baru yang mempunyai roh yang baik.” Apabila beliau menyebutkan ‘roh’, yang dimaksudkan adalah “semangat, nilai, dan idea yang membentuk teras bagi seseorang individu yang menentukan perlakuannya.” Ini sangat penting kerana roh ini yang akan mendasari ‘pembentukan bangsa’.
Syed Husin menginginkan, “individu-individu bersemangat yang mempunyai nilai serta peribadi berasaskan moral tinggi yang penuh dengan ilmu dan idea dan yang disatukan oleh warisan matlamat serta rasa kekitaan bersama.” Bangsa yang rohnya utuh ini “akan berkeyakinan dan boleh berdiri gagah menghadapi dan mengatasi walau apa pun yang melanda.”
Beliau tidak sekadar menceceh, Syed Husin menegaskan kaedah “mengembalikan roh itu ke dalam sistem pendidikan” akan sangat “bergantung antara lain pada senarai bacaan yang lengkap serta kukuh bagi tiap-tiap tahun persekolahan dari peringkat rendah hingga menengah untuk subjek-subjek penting seperti bahasa, sastera, sejarah, sains dan teknologi.”
Beliau percaya bahan bacaan hendaklah “membina minda, memperkasakan hati sanubari dan memupuk semangat.”
Tetapi, buku yang bagaimana?
Almarhum berpendapat, buku yang betul untuk pembajaan roh bukanlah buku-buku tarbiyyah dan ‘healing‘ tetapi “buku-buku mengenai tokoh-tokoh besar yang memberikan inspirasi dan membantu membina perwatakan, buku-buku yang menceritakan perjuangan serta pergerakan manusia dan rakyat yang mengingatkan betapa pentingnya berjuang untuk keyakinan kita.”
Oleh demikian, pada tahun 2010 itu arwah sudah terkehadapan menggesa agar “senarai bacaan di sekolah harus terbuka dan meliputi sumbangan seluruh dunia, pelbagai pandangan hidup dan juga kepercayaan serta agama. Kesemuanya harus terletak di atas kepentingan-kepentingan yang tidak harus terletak pada kepentingan yang sempit.”
Bukan sahaja harus bersikap terbuka, Syed Husin mahu kita mendedahkan kepada anak-anak “tokoh-tokoh dan pejuang-pejuang daripada pelbagai aliran serta latar belakang yang berusaha dan menyumbang untuk menentukan kejayaan negara kita.”
Contoh mudah, silibus sejarah bukan mesti hanya mengenai nasionalis Umno semata-mata tetapi ikut mengintimi tokoh aneka aliran; beliau bahkan menambah, “galakkanlah mereka membaca dan didik tentang semua pejuang daripada pelbagai kaum dan latar belakang politik supaya mengenali latar belakang mereka dan apakah sumbangan mereka.”
Bukan itu sahaja, tokoh besar ini menekankan, supaya “galakkan juga mereka untuk membaca tentang sejarah dan ajaran agama-agama besar yang mempengaruhi kehidupan kita. Mereka boleh juga memilih tokoh-tokoh yang mereka sukai yang boleh menjadi role model mereka. Semua ini boleh memandu jalan kehidupan mereka dan membantu mereka dalam keadaan yang mencabar sekarang. Kalau mereka mempunyai kekukuhan ini, tidak mudah rasanya perkara-perkara buruk boleh melanda mereka.”
Hari ini, kita suka menentukan pembaca dengan satu aliran sahaja, satu mazhab sahaja, atau satu jenis gagasan sahaja. Jikalau ada beza sedikit dengan kita, maka dicop sesat, liberal, atau sihir. Kalau Persuratan Baru maka Persuratan Baru sahajalah yang benar, maka yang lain gagal. Jika Islamisasi ilmu betul, maka hanya itu sahaja yang mesti dibaca padahal ada banyak kerangka berfikir yang lain yang mesti digulati dan dicernalumatkan. Kelompok ini terlupa kisah di Tehran, bahawa lipas tidak boleh diislamkan.
Pertemuan tunggal saya dengan Dr Syed Husin Ali amat berbekas. Beliau membisikkan bahawa saya perlu menulis mengenai minoriti, dan bahawa saya mesti terus menerokai wacana dan tren alternatif. Tidak ada salahnya belajar yang lain, dan tidak mesti yang arus perdana itu selamanya absah. Walaupun berjumpa sekali, disela kopi dan perbualan serius — saya berpegang sungguh dengan amanat arwah — sehingga hari ini.
Selamat jalan Dr Syed Husin Ali. Kalau menteri pendidikan yang PKR hari ini rajin menyelongkar penyata Dewan Negara beliau pasti menemukan pesan-pesan di atas. Ada banyak buku yang mesti dinilamkan oleh pelajar sekolah dan IPT.
Kalau betul ingatkan almarhum, bertafakur seminit di Dewan Rakyat tak memadai; silalah pastikan pelajar membaca memoir “Dua Wajah” karya beliau. Supaya generasi akan datang, akan tahu rupa apa penguasa negara ini sebelum 2018. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/07/pertemuan-tunggal-dengan-syed-husin-ali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syed Husin Ali S Finest Hour

Syed Husin Ali S Finest Hour

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 191 hits
From Terence NettoSyed Husin Ali steady tribune of socialist causes in a lifetime of service to them has died at the age of 87 A death in the ninth decade of life cannot be described as untimely Yet that is what ought to be said of a Malays...
Pkr Founder Member Syed Husin Ali In Critical Condition

Pkr Founder Member Syed Husin Ali In Critical Condition

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 112 hits
Syed Husin Ali a founding member of PKR is said to be in critical condition In a text message his son Ali Syed Hussein said his father is currently unconscious His health deteriorated very suddenly Please pray for him he said Syed Husin 87 ...
A Champion Of The Oppressed Syed Husin S Spirit Lives On Says Anwar

A Champion Of The Oppressed Syed Husin S Spirit Lives On Says Anwar

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 208 hits
Syed Husin Ali led Parti Rakyat Malaysia into a merger with Parti Keadilan Nasional to form PKR PETALING JAYA Prime Minister Anwar Ibrahim has penned a tribute to the late Syed Husin Ali recalling his fighting spirit and endeavour for the d...
Syed Hussein Meninggal Dunia

Syed Hussein Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 140 hits
Innalillahi wa innailaihi raji un Mendapat perkabaran hiba dan duka Pengasas Parti Keadilan Rakyat Dr Syed Husin Ali baru sahaja meninggal dunia Didoakan supaya roh beliau dirahmati Allah swt dan dipermudahkan segala urusan Al Fatihah
Syed Hussein Di Rawat Di Hospital Selayang

Syed Hussein Di Rawat Di Hospital Selayang

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 98 hits
Zunar Tadi sempat menziarah Dr Syed Husin Ali seorang tokoh penjuang veteran bekas Timbalan Presiden PKR dan juga sahabat saya Beliau sekarang dirawat di Hospital Selayang kerana Pancreatic Cancer Sama2 lah kita mendoakan kesihatan beliau A...
Syed Saddiq I M All For Removing Mp Pensions Including Mine

Syed Saddiq I M All For Removing Mp Pensions Including Mine

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 236 hits
Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman has called it unfair for politicians to receive lifetime pensions and is advocating for Employees Provident Fund contributions instead This is especially when considering how civil servants have to toil...
Boleh Kena Sihir Kalau Tak Angkat Kain Di Ampaian Waktu Maghrib Ini Jawab Ustazah Asmak Husin

Boleh Kena Sihir Kalau Tak Angkat Kain Di Ampaian Waktu Maghrib Ini Jawab Ustazah Asmak Husin

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 130 hits
Selalu kita dengar orang orang tua akan berpesan untuk tidak lupa untuk mengangkat kain jemuran sebelum tiba waktu maghrib kerana percaya ia boleh menjadi faktor hal hal yang tidak baik Baru baru ini tular di platform Facebook apabila seora...
Fizi Ali Timang Anak Perempuan Isteri Bertarung Nyawa 6 Jam Bersalin Normal

Fizi Ali Timang Anak Perempuan Isteri Bertarung Nyawa 6 Jam Bersalin Normal

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 188 hits
Penyampai radio Hot FM Fizi Ali timang anak perempuan apabila isterinya Siti Zulaikha bersalin secara normal siang tadi Menerusi posting yang dibuat oleh Fizi Ali atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin bin Alimudin 37 isterinya telah bertarung...
Tun Ismail Ali Peneraju Amanah Dan Integriti Paragon Of Trust And Integrity

Tun Ismail Ali Peneraju Amanah Dan Integriti Paragon Of Trust And Integrity

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 166 hits
Buku Tun Ismail AliSelesai urusan di Ampang dan Sasana Kijang akhirnya mykoleksi dapat juga membeli 2 buah buku bertajuk TUN ISMAIL ALI PENERAJU AMANAH DAN INTEGRITI PARAGON OF TRUST AND INTEGRITY yang sudah lama tertangguh nbsp Santai Cafe...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation