Pertembungan Laut Abbasiyah Byzantium


Semasa era kerajaan Abbasiyah, tiada siapa menyangka kerajaan yang menggantikan kerajaan Bani Umayyah itu berpotensi menjadi sebagai kuasa tentera laut terbesar ketika itu. Tetapi dengan memindahkan ibu kota pemerintahan dari Damsyik, Syria ke Baghdad, Iraq, ia secara tidak langsung bukan saja mengukuhkan kedudukan kerajaan berkenaan. Malah pada masa sama, ia sebenarnya menghindarkan kerajaan yang baru bertapak itu dari diganggu kerajaan Rom Timur/Byzantine yang pasti mengintai peluang di sebalik kekecohan yang membawa kepada pengakhiran kerajaan Bani Umayyah.
Ekspedisi Tentera Laut Abbasiyah
Ekspedisi Konstantinopel 842 Masihi Setahun sebelumnya, Maharaja Rom Timur Theophilus mengadakan perjanjian damai dengan Khalifah Al-Mu’tasim dari kerajaan Abbasiyah. Perjanjian antara kedua-dua kerajaan bertahan sehinggalah khalifah mengarahkan satu ekspedisi ketenteraan digerakkan ke Constatinople pada tahun 842 Masihi. Ekspedisi tersebut diketuai panglima perang Abu Dinar dengan kekuatan tentera seramai 400 orang yang bertolak dari pelabuhan di Syam. Bagaimanapun, al-Mu’tasim mangkat tanpa mengetahui nasib malang yang menimpa angkatannya. Semasa dalam perjalanan, ekspedisi tentera laut dibadai ribut ganas yang mengakibatkan sebahagian besar kapal angkatan Abu Dinar musnah. Kapal-kapal perang yang terselamat memutuskan untuk berlayar pulang ke Syam dan Constantinople menghela nafas lega kerana terhindar dari serangan tentera laut Abbasiyah. Bagaimanapun pada tahun sama juga, Theophilus turut mangkat dan digantikan oleh Maharaja Michael III.
Ekspedisi Thessaloniki 904 MasihiSemasa era pemerintahan Leo VI Yang Bijak, baginda ditentang oleh tiga individu iaitu Andronicus, anaknya Constantine dan bangsawan Eustace. Eustace bukan calang-calang orang kerana merupakan pemimpin tentera yang paling berpengaruh dalam empayar ketika itu. Tetapi pada masa sama, beliau juga turut berpakat dengan pemimpin-pemimpin Abbasiyah untuk menyingkirkan Leo VI. Rancangan tersebut turut mendapat sokongan Nicholas Mystikos yang dilantik sebagai Archbishop Constantinople yang turut memusuhi baginda secara rahsia. Untuk mendapat kepercayaan Leo VI, mereka menggunakan seorang pendeta Arab bernama Samonas untuk berkhidmat dengan baginda. Samonas bertanggungjawab membantu Leo VI mengetahui plot rampasan kuasa yang digerakkan oleh saudara-saudara perempuan simpanannya dan bakal isterinya Zoe Karbonopsina. Atas jasanya itu, Samonas menjadi orang kepercayaan baginda dan ditugaskan memantau perkhidmatan polis rahsia.
Namun, rancangan Eustace tidak menjadi kerana pengkhianatan Samonas diketahui oleh Leo VI dan dia ditangkap semasa cuba hendak melarikan diri ke Syam pada Mac 904 Masihi. Akibat pengkhianatannya itu, tokoh gereja Arab itu dihukum bunuh oleh baginda. Pada pertengahan Syaaban 291 Hijrah bersamaan Julai 904 Masihi, satu ekspedisi tentera laut Abbasiyah diketuai laksamana mereka yang terkenal Leo of Tripoli atau nama Islamnya Rashiq al-Wardami. Pada mulanya, angkatan dengan kekuatan 54 kapal dan 200 tentera setiap kapal seharusnya menuju ke Constantinople. Tetapi selepas mengetahui kekuatan pertahanan kota berkenaan, ekspedisi mengalihkan arah ke Thessaloniki, satu perkara yang mengejutkan tentera laut Byzantine ketika itu.
Thessaloniki menjadi pilihan Rashiq kerana dinding pertahanannya yang terbiar dan kekeliruan dalam kalangan pemimpin garison yang menjaga kota berkenaan. Selepas dikepung untuk beberapa ketika, beliau bersama tentera Abbasiyah lain berjaya mengatasi pertahanan Thessaloniki dan menyerang kota tersebut pada 29 Julai 904 Masihi. Selepas dijarah selama seminggu, barulah angkatan Abbasiyah ini pulang membawa harta rampasan perang terdiri daripada 60 kapal perang dan 22,000 tawanan perang termasuk perawi John Kaminatos yang meriwayatkan kisah penawanan bandar berkenaan. Kaminatos bersama ribuan tawanan lain dibebaskan oleh kerajaan Rom Timur sebagai tukaran kepada tawanan perang beragama Islam yang berada dalam tahanan mereka.
Pertembungan kuasa laut Abbasiyah-Rom Timur
 1. Sicily
Selepas kerajaan Islam berjaya meluaskan pengaruh mereka di Afrika terutama Afrika Utara, tumpuan kini terarah pula kepada kawasan-kawasan di seberang Laut Mediterranean. Sicily sudah menjadi sasaran semasa era pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufian r.a semasa beliau berkhidmat sebagai Gabenor Syam. Selepas beliau diangkat menjadi khalifah pertama Bani Umayyah, ekspedisi pertama digerakkan oleh Gabenor Muawiyah bin Hudaij ke Qawsara (Pantelleria sekarang). Qawsara menjadi sasaran utama kerana ia boleh menjadi tapak perlancaran serangan ke Sicily. Semasa era Bani Umayyah, bukan sekali dua serangan dilakukan ke atas pulau berkenaan dan setiap kali tamat ekspedisi, mereka berjaya membawa pulang harta rampasan perang dan tawanan perang.

Pada tahun 116 Hijrah, Ubaidah bin Abdul Rahman yang pada ketika itu merupakan wakil kerajaan Umayyah di Afrika Utara mengumpul kekuatan tentera untuk menawan Sicily. Walaupun ekspedisi tersebut membawa kepada penawanan Sicily, tentera Rom Timur yang berada di situ berjaya menawan beberapa tentera Islam termasuk Abdul Rahman bin Ziyad yang menjadi tawanan mereka selama empat tahun. Penawanan tersebut bagaimanapun tidak bertahan lama dan Sicily berjaya ditawan semula oleh Empayar Byzantine. Dua tahun selepas Abbasiyah menggantikan Bani Umayyah, Abdul Rahman bin Habib yang dilantik sebagai gabenor mereka di Afrika Utara bersiap sedia untuk cuba menawan semula pulau berkenaan. Proses penawanan pulau ini bersifat jongkang-jongkit di mana ia bersifat bertukar ganti ditambah dengan penentangan hebat dan pertelingkahan dalaman membabitkan orang Rom Timur. Sicily hanya jatuh sepenuhnya ke tangan orang Islam pada tahun 965 Masihi.
Sardinia Proses penawanan Pulau Sardinia sudah bermula sejak era Bani Umayyah lagi iaitu pada tahun 89 Hijrah bersamaan 707-708 Masihi diketuai Ata’ bin Rafi. Serangan kemudian diteruskan oleh Abdullah bin Murra dengan panduan Gabenor Afrika Utara ketika itu, Musa bin Nusair.  Ekspedisi Abdullah berjaya membawa pulang ramai tawanan perang dan harta rampasan perang yang banyak termasuk emas dan perak. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu Sardinia kembali ke tangan Rom Timur. Musa kemudiannya mengetuai satu ekspedisi menawan Sardinia pada 710 Masihi dan berjaya melakukannya walaupun semasa perjalanan, angkatannya hampir musnah dibadai ribut dan ombak.
Semasa era Abu Jaafar al-Mansur, Abdul Rahman bin Habib turut mensasarkan Sardinia sebagai sebahagian daripada kempennya menawan Sicily. Berita rancangan tersebut diketahui oleh Maharaja Byzantine ketika itu Constantine V yang mengarahkan kedua-dua pulau berkenaan diperkukuh pertahanannya dan rondaan kapal perang turut ditingkatkan di perairan kedua-dua pulau tersebut. Langkah yang diambil baginda ditambah dengan masalah dalaman yang melanda kerajaan Abbasiyah ketika itu (berkemungkinan isu Abu Muslim al-Khurasani) dan pergolakan di Afrika Utara, kedua-dua pulau berkenaan akhirnya dapat menikmati keamanan yang bertahan selama setengah abad.
Cyprus Cyprus sudah menjadi sasaran kerajaan Islam sejak era pemerintahan Khulafa’ Ar-Rashidin lagi. Ekspedisi pertama tentera Islam ke Cyprus dimulakan semasa era Gabenor Muawiyah bin Abi Sufian r.a dan rancangan ini pernah dibentangkan kepada Umar al-Khattab dan Uthman bin Affan r.a. tetapi tidak mendapat lampu hijau dari kedua-dua khalifah berkenaan. Bagaimanapun, beliau berjaya juga mendarat di Cyprus dan mengadakan perjanjian dengan penduduk tempatan selepas berjaya mengalahkan mereka. Cyprus menjadi sasaran sebagai sebahagian daripada kempen perluasan kuasa kerajaan Islam ketika itu.
Dan Cyprus juga menjadi saksi kepada isu perjanjian yang dimeterai antara Khalifah Abdul Malik bin Marwan dan Maharaja Justinian. Dalam perjanjian tersebut, baginda bersetuju menyerahkan hadiah tahunan berupa wang berserta seorang hamba dan seekor kuda setiap hari kepada Justinian sebagai pertukaran kepada keamanan antara kedua-dua kerajaan. Kedua-duanya juga bersetuju berkongsi hasil pendapatan Cyprus secara sama rata. Bagaimanapun, ia tidak bertahan lama selepas kerajaan Umayyah mendapati Empayar Byzantine memindahkan sebahagian besar penduduk ke Hellespoint dan enggan menerima hadiah tahunan mereka berupa duit syiling yang dicetak dengan ayat suci Al-Quran.
Semasa pemerintahan Tiberius III, baginda memberi tumpuan kepada pertahanan empayarnya dari arah laut dan ini termasuk Cyprus. Bagi menjayakan rancangannya, baginda menghantar tiga bangsawan Cyprus yang diiringi seorang pegawai diraja untuk menyatakan permohonan melepaskan Cyprus kembali ke tangan Byzantine. Permintaan Tiberius III dikabulkan khalifah dan Cyprus kembali semula di tangan Empayar Rom Timur.
Semasa era al-Mansur, serangan ke atas Cyprus kembali dipergiatkan dan pada tahun 773 Masihi, angkatan baginda berjaya menawan pulau berkenaan dan menawan gabenor pulau tersebut. Tetapi al-Mansur tidak pula mengenakan sebarang cukai baru ke atas mereka dan membatalkan perintah kenaikan cukai yang dikuatkuasakan semasa pemerintahan Muawiyah r.a. Pada tahun 790 Masihi, Maharani Irene menghantar kapal perangnya untuk menawan semula Cyprus. Kapal perang Abbasiyah yang berpangkalan di Cyprus segera digerakkan dan berjaya menewaskan angkatan tentera laut Rom Timur. Antara tawanan perang mereka ialah komander Byzantine Theophilus yang dibawa menghadap khalifah ketika itu Harun ar-Rashid. Pada tahun terakhir pemerintahan baginda, Cyprus sekali lagi diserang bagi menamatkan pemberontakan orang Cyprus terhadap kerajaan Abbasiyah ketika itu. Serangan tersebut berjaya membebaskan 16,000 tawanan pemberontak termasuk seorang menteri Abbasiyah.
Pada abad ke-10 Masihi, laksamana tentera laut Rom Timur Himerios mengetuai serangan ke atas Damyana, komander garison Byzantine di Cyprus antara 909 hingga 910 Masihi. Menurut sejarawan al-Mas’udi, serangan tersebut berlaku akibat kegagalan pihak Cyprus mematuhi perjanjian di mana mereka harus menyerahkan separuh dari pendapatan tahunannya kepada kerajaan Byzantine manakala selebihnya diserahkan kepada kerajaan Abbasiyah. Damyana kemudiannya melancarkan kempen penawanan pulau berkenaan dan mengepungnya selama empat bulan. Serangan ini membuktikan bahawasanya Cyprus bukan lagi sebahagian daripada jajahan kerajaan Abbasiyah dan membuktikan penguasaan mereka di pulau berkenaan selama 300 tahun, bukannya pihak Rom Timur.
Crete Serangan ke atas Crete sudah digerakkan sejak era Bani Umayyah lagi. Dan semasa era Harun ar-Rashid, baginda melantik Gabenor Syam Humayd ibn Ma’yuf al-Hamdani untuk mengetuai operasi ke atas Crete. Semasa era al-Ma’mun pula, baginda menghantar Abu Hafs ‘Umar ibn ‘Isa al-Andalusi atau al-Ikritish untuk mengetuai operasi penawanan Crete. Crete turut menjadi tumpuan kerajaan Umayyah yang berpangkalan di Sepanyol sebagai salah satu tapak penentangan al-Ma’mun.
Beberapa tahun selepas itu, berlaku pemberontakan oleh orang-orang Cordova ke atas amir mereka, Amir al-Hakam di Andalusia. Orang-orang Andalus ini tiba di Iskandariyah antara 814-815 Masihi dan terpaksa mempertahankan diri mereka daripada ancaman musuh. Mereka turut melantik Abu Hafs sebagai ketua rombongan mereka dan membantu beliau menawan Iskandariyah pada tahun 816 Masihi. Mereka menduduki kota berkenaan selama beberapa tahun sebelum baginda menghantar jeneralnya Abdullah bin Tahir ke Mesir untuk menyelesaikan permasalahan yang tercetus di Mesir.
Laut Marmara Semasa era al-Mahdi, baginda menghantar tentera laut Abbasiyah ke Laut Marmara sebagai kesinambungan konflik baginda dengan kerajaan Rom Timur antara 781 hingga 782 Masihi. Bagaimanapun, ekspedisi tersebut hampir-hampir berakhir dengan kegagalan. Bagaimanapun, putera baginda dan pengganti al-Hadi iaitu Harun ar-Rashid berjaya mengadakan perjanjian di mana pihak Byzantine membayar sejumlah wang sebagai tanda penghormatan kepada Baghdad, gencatan senjata selama tiga tahun dan pembinaan pasar bagi membolehkan orang Islam membeli makanan di situ. Keadaan ini diteruskan semasa era Maharani Irene tetapi berakhir selepas Nicephorus I enggan memenuhi perjanjian sama dengan baginda. Murka dengan tindakan Nicephorus I, baginda meneruskan kempen ke atas Constantinople.
Kempen pertukaran tawananPada abad kesembilan Masihi, hubungan Abbasiyah dengan Byzantine bersifat diplomatik di mana kedua-dua kerajaan sedia duduk semeja dan berunding berkenaan soal perang dan keamanan. Ini satu cara bagi membolehkan mereka mendapatkan keseimbangan dari segi kekuatan tentera masing-masing memandangkan kedua-duanya kerap menyimpan tawanan perang. Lokasi pertukaran selalunya dibuat di satu dataran di Sungai Lamis di mana tentera Islam berada di tebing timur sementara tentera Byzantine di tebing barat. Dalam 12 pertukaran, pertukaran selalunya mengambil masa antara dua hingga enam hari tetapi untuk pertemuan pertama, ia mengambil masa 40 hari.
Theophilus – al-Ma’mun: pertukaran tawanan perang 7,000 orang dengan bayaran tebusan 100,000 dinar. Baginda turut menghantar John the Grammarian sebagai duta baginda untuk mengeratkan lagi hubungan Constantinople-Baghdad. (831-832 Masihi)Michael III – al-Mutawakkil: pertukaran tawanan perang 2,000 tentera Abbasiyah dengan 1,000 tawanan perang Byzantine dengan hadiah berupa safran, kasturi dan sutera tanpa wang tebusan.Leo VI – al-Muktafi: Selepas berunding selama empat tahun, kedua-dua pihak bersetuju melepaskan tawanan masing-masing dengan pihak Byzantine menghantar Basil, salah seorang daripada orang kuat baginda di Constantinople untuk memantau proses pertukaran tawanan perang.
Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2018/11/pertembungan-laut-abbasiyah-byzantium.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak Ini Beritahu Kaki Seperti Ditarik Seseorang Ke Dalam Laut Tetapi Sebenarnya Ini Yang Berlaku

Budak Ini Beritahu Kaki Seperti Ditarik Seseorang Ke Dalam Laut Tetapi Sebenarnya Ini Yang Berlaku

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 333 hits
Budak Ini Beritahu Kaki Seperti Ditarik Seseorang Ke Dalam Laut Tetapi Sebenarnya Ini Yang BerlakuBudak Ini Beritahu Kaki Seperti Ditarik Seseorang Ke Dalam Laut Tetapi Sebenarnya Ini Yang Berlaku
Agar Agar Dasar Laut

Agar Agar Dasar Laut

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 264 hits
Beberapa hari lepas anak buah ana Ujie posting kat FB nya gambar agar agar dasar laut Memang cun hasil tangan Ujie ni cantik sangat jadi ana pun teringin nak buat sendiri Duk chat dengan Ujie di whatsapp tanya kan caranya Senang sangat rupa...
Obama Berkunjung Lagi 14 November Sambil Perang Laut China Bakal Meletus

Obama Berkunjung Lagi 14 November Sambil Perang Laut China Bakal Meletus

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 371 hits
Kami pernah menceritakan apa akan terjadi sebelum Presiden Amerika Barrack Obama tiba untuk lawatan ke negara kita satu waktu dulu Kami menceritakan persiapan dan kerja kerja risik dan networking yang bakal di buat agensi keselamatan dan pe...
Perang Mungkin Tercetus Di Laut China Selatan

Perang Mungkin Tercetus Di Laut China Selatan

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 427 hits
Rakyat Malaysia yang otak nya ada sedikit mental akan persoal berkenaan kesiapsiagaan tentera Selepas bajet 2016 di bentang kan ada pula yang bertanya berkenaan perbelanjaan ketenteraan Dia terlupa di Negara ini bajet tentera termasuk perum...
Duterte Kecam Latihan Militer Di Laut China Selatan

Duterte Kecam Latihan Militer Di Laut China Selatan

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 266 hits
Duterte Kecam Latihan Militer di Laut China Selatan Duterte mengaku tidak keberatan semua orang pergi berperang Namun Filipina akan menjadi yang pertama menderita apabila ada tembakan di situ
Guna Sunscreen Petal Velvet Sunaway Berjemur Dan Mandi Laut Terbukti Kulit Tetap Mulus Tanpa Sunburn

Guna Sunscreen Petal Velvet Sunaway Berjemur Dan Mandi Laut Terbukti Kulit Tetap Mulus Tanpa Sunburn

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 515 hits
Guna sunscreen Petal Velvet Sunaway berjemur dan mandi laut terbukti kulit tetap mulus tanpa sunburn hi there happynya bila kotak pink Althea sampai rumah T T beauty addicts yang sukakan K cosmetics and skincare mesti happy kalau dapat kota...
Larangan Melancong Ke Tempat Yang Dimurkai Allah Seperti Laut Mati Di Jordan

Larangan Melancong Ke Tempat Yang Dimurkai Allah Seperti Laut Mati Di Jordan

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 342 hits
Larangan Melancong Ke Tempat Yang Dimurkai Allah Seperti Laut Mati Di JordanLarangan Melancong Ke Tempat Yang Dimurkai Allah Seperti Laut Mati Di Jordan
Suami Jadi Korban Lion Air Jt 610 Seorang Wanita Menangis Histeris Dan Ingin Meloncat Ke Laut

Suami Jadi Korban Lion Air Jt 610 Seorang Wanita Menangis Histeris Dan Ingin Meloncat Ke Laut

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 293 hits
Jatuhnya pesawat Lion Air JT 610 di perairan Karawang pada Senin lalu memang meninggalkan duka yang mendalam Terutama bagi keluarga korban jatuhnya pesawat Lion Air JT 610 yang hingga kini belum semuanya terevakuasi Hal ini seperti yang dir...
Dubes As Ke Natuna Dukung Kedaulatan Ri Dalam Isu Laut China Selatan

Dubes As Ke Natuna Dukung Kedaulatan Ri Dalam Isu Laut China Selatan

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 218 hits
Ini merupakan kunjungan bersejarah karena Donovan merupakan Dubes AS pertama yang bertandang ke salah satu gugus kepulauan di pelosok Indonesia itu
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu