Pertama Kali Makan Sotong Bakar Jalan Bellamy Jalan Istana
Terpaksa akui, walaupun 3 tahun dah kerja di Petaling Jaya, hari ini baru pertama kali Makan Sotong Bakar Jalan Bellamy atau juga orang panggil Jalan Istana. Teringin nak makan ikan bakar dan sotong bakar bellamy dah berbulan-bulan, baru hari ini terlaksana. Punyalah eksaited kalah orang mengandung, haha.
Kebetulan hari ini memang free sikit. Markah semua dah settle, jadi kita try lunch jauh sikit dari office. Actually tak jauh mana pun Jalan Bellamy dengan Taman Medan. Dalam 15 km sahaja. Kalau aku yang merempit (read : kura-kura jalan lagi laju), dalam 20 minit dah sampai bergantung kepada trafik.
GERAI IKAN BAKAR JALAN BELLAMYDengar cerita orang Ikan Bakar Bellamy ni padu. Entah, aku pun tak pasti maksud padu tu merujuk kepada apa. Adakah rasa ikan bakarnya? Atau sambal perapnya? Atau sambal cicah ikannya? Atau harganya?
Let's cekidaut....
Rupanya ada banyak deretan gerai kat Jalan Bellamy ni! Dah sampai baru aku tahu, haha. Ingatkan ada 1 gerai gitu je.
Biasanya yang kawan aku selalu pergi tu, gerai depan sekali, Gerai Seri Menanti. Tapi kebetulan hari ni gerai seri menanti tutup, jadi kami masuk je mana-mana gerai ikan bakar yang bukak. Supposedly sama?
Banyak gila ikan bakar dan sotong yang dah siap bakar, duduk kat tepi je tunggu orang mintak. Datang je kat depan, maklumkan kat brother yang ada kat tepi tu nak ikan jenis apa atau sotong. Kalau mintak sotong nanti dia guntingkan supaya senang nak makan. Tadi yang aku nampak, ada ikan kembung & pari.
Dah siap gunting silakan ambik nasik kat tempat lain. Kena masuk dalam sikit ada nampak dapur. Haa, kat sini baru ambik nasi sendiri. Sambal cicah ikan ada kat sebelah tempat bakar ikan.
Aku pilih S.O.T.O.N.G la, ape lagi. Kata peminat seafood tegar! Dapat je sotong, terus curah sambal. Mandi basah sotong aku.
Taraaaaa....Adakah dia nampak seksi? Aum!
Inilah sotong yang mandi basah tadi. Yang atas tu sotong kawan aku.Masa ni tak sempat ambik nasi lagi. Cop meja dan jadi food photographer sekejap.
Close-up.
Bagaimana rasa sotong bakar Bellamy yang kami makan hari ni?Pada aku, yang hari ni kurang kick. Not to my expectation. Hm. Dari segi saiz sotong, memang besar. 1 markah.
Sambal? Ada 2 jenis, sambal kicap cili atau cili merah. Yang merah tu pedas.
Rasa sotong? Haaa, ini yang kureng sikit. Aku lagi suka kalau sotong tu bakar lama sikit, ada rasa grill. Dan perapan lebih banyak menyelimuti sotong itu. Cewah. Overall, mungkin aku akan datang lagi, dan nak cuba kedai lain pulak. Baru kita boleh bandingkan selayaknya, kan?
Geng Menyotong.Jangan kau tanya kenapa tudung aku macam dilanda angin taufan.
Nak ke sini kena keluar awal. Idealnya sampai pukul 12 tengahari. Sebab selepas 12 tengahari, orang datang nak makan berjujuk-jujuk! Penuh meja! Lepas tu nanti parking penuh, susah gak cari parking. Jalan pun kecik je. Bawak Myvi aku sesuai sangat mencelah. Tapi kalau korang keluar awal sangat dah kenapaaaa? Tak kerja ke? Kahkah.
Gerai Ikan Bakar Jalan BellamyLorong Bellamy & Jalan Istana, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nurulshahira.com/2019/11/pertama-kali-makan-sotong-bakar-jalan.html