Persoalan Berkaitan Ura Ura Pelantikan Abdul Wahid


 A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger.
Abdul Wahid Omar diura-urakan sebagai Pengerusi Bursa MalaysiaLAPORAN media ekonomi yang belum sah mengenai kemungkinan Abdul Wahid Omar dilantik menjadi Pengerusi Bursa Malaysia Berhad menggembirakan banyak orang yang tidak tahu dan mendukacitakan sebilangan kecil yang tahu.
Umumnya, bekas Menteri Kabinet era Mohd Najib Abdul Razak itu mendapat “review” yang positif. Malah dia sering diuar-uarkan sebagai antara eksekutif korporat Bumiputera terulung.
Saya bernasib baik mengenalinya agak lama. Tetapi sebaik saja diumumkan yang dia dijadikan Senator dan dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai ekonomi pada tahun 2013, saya segera memberitahunya bahawa dia telah melakukan kesilapan menerima pelantikan itu.
Dia menjawab: “National service.” (Khidmat negara). Itulah alasan yang kerap saya dengar tetapi paling tidak saya yakini.
Ketika itu dia Presiden dan Pegawai Eksekutif Malayan Banking Berhad.
Apa yang tidak diketahui ramai - termasuk saya sendiri - ketika itu adalah pelantikannya ada kaitan dengan “jasa” yang dia lakukan untuk Mohd Najib.
Maaf cakaplah kalau saya kata bahawa kerana “jasa” kepada Mohd Najib itulah maka Abdul Wahid mungkin tidak layak diberi tugas dan kepercayaan untuk mengepalai Bursa Malaysia.
“Jasa” Abdul Wahid kepada Mohd Najib itu telah membawa padah besar kepada negara. Ia ada kaitan dengan peristiwa dan perkembangan yang akhirnya membawa kepada tuduhan rasuah dan pecah amanah terhadap Mohd Najib dan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 2018.

KWAP-SRC
1. Pada tahun 2011, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) telah memberi pinjamam RM2 bilion kepada SRC International Sdn Bhd dan pada tahun berikutnya, RM2 bilion lagi dengan dijamin oleh kerajaan melalui Kementerian Kewangan.
2. KWAP adalah badan yang diamanahkan menjaga duit pencen kakitangan awam. SRC International pula adalah syarikat bermodal RM2 yang asalnya milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
3. Sampai hari ini pun kita tidak tahu apa perniagaan SRC International dan kegunaan duit RM4 bilion itu selain dakwaan kononnya sebanyak AS$60 juta (kira-kira RM258 juta) telah dilaburkan bagi membuka lombong arang batu di Mongolia – negeri Altantuya.
4. Apa yang kita tahu adalah sebanyak RM42 juta masuk ke dalam akaun peribadi Mohd Najib dan kira-kira RM3.6 bilion dihantar ke seberang laut melalui beberapa buah anak syarikat luar pantai dan didepositkan ke dalam bank-bank persendirian seperti BSI Bank, Switzerland dan Julius Baer & Co, Hong Kong.
6. Duit inilah yang sebahagiannya dipercayai masuk ke dalam akaun Jho Low dan sekutu-sekutunya, termasuk anak tiri Mohd Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz.
7. Sehingga Oktober tahun lalu, Kementerian Kewangan telah membayar RM1.73 bilion kepada KWAP bagi pihak SRC International. Ini adalah duit rakyat jelata dan pembayar cukai.
8. Ketika SRC International meminjam daripada KWAP, Mohd Najib adalah Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
9. Abdul Wahid adalah antara ahli Panel Pelaburan KWAP yang meluluskan pinjaman RM4 bilion tersebut. Yang lain termasuklah Mohammed Azlan Hashim yang baru saja dilantik semula menganggotai Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad.
10. Bursa Malaysia ini adalah tonggak kepada pasaran modal negara. Bursa Malaysia Berhad adalah syarikat milik kerajaan melalui Kementerian Kewangan. Peranannya ialah menguruskan Bursa Malaysia. Serentak itu, sahamnya turut diniagakan di pasaran tersebut.
Kesimpulannya, walaupun saya kenal baik dengan Abdul Wahid dan menyanjungi idealismenya sebelum terpalit dengan politik dan dia pula terus menunjukkan kesopanan (civility) terhadap saya, namun saya rasa cadangan untuk melantiknya bagi mempengerusikan Bursa Malaysia wajib difikirkan semula.
Apatah lagi Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz, sendiri dilaporkan telah menggunakan isu tadbir urus (governance) sebagai alasan menamatkan perkhidmatan Shireen Ann Zaharah sebagai Pengerusi Bursa Malaysia.
Ramai tahu bahawa Abdul Wahid dan Zafrul berkongsi latarbelakang sebagai eksekutif tertinggi Malayan Banking.
Persoalannya, apakah Kerajaan Perikatan Nasional tidak tahu semua ini atau ia tahu tetapi tidak peduli kerana ia mempunyai kuasa untuk menyingkir dan melantik.
Saya juga hairan dan kecewa dengan sikap majoriti pemimpin Pakatan Harapan mendiamkan diri membiarkan eksekutif yang mereka sendiri lantik secara kolektif dibuang dan dianiaya.
Kalau inilah sikap dan amalan pemimpin politik Malaysia, hanya eksekutif dan ahli profesional kelas ayam saja yang bersedia dilantik ke jawatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Wallahuaklam. Terima kasih.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2020/04/persoalan-berkaitan-ura-ura-pelantikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abdul Wahid Omar Dilantik Pengerusi Bursa Malaysia Bermula 1 Mei 2020

Abdul Wahid Omar Dilantik Pengerusi Bursa Malaysia Bermula 1 Mei 2020

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 304 hits
Bursa Malaysia Bhd hari ini mengumumkan pelantikan Abdul Wahid Omar sebagai pengerusi bukan eksekutif barunya berkuat kuasa 1 Mei ini Dalam satu kenyataan Bursa Malaysia berkata perlantikan itu dibuat oleh menteri kewangan mengikut Seksyen ...
Pelantikan Abdul Hadi Sebagai Duta Khas Sangat Penting Parti Politik Turki

Pelantikan Abdul Hadi Sebagai Duta Khas Sangat Penting Parti Politik Turki

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 349 hits
Abdul Hadi Awang KUALA TERENGGANU 17 April Pelantikan Ahli Parlimen Marang Dato Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah adalah sangat penting bagi mengembalikan semula keamanan di sana Presiden Parti Saadet T...
Salasilah Keturunan Dan Warisan Kekayaan Yb Dato Sri Haji Mohammad Najib Bin Tun Haji Abdul Razak

Salasilah Keturunan Dan Warisan Kekayaan Yb Dato Sri Haji Mohammad Najib Bin Tun Haji Abdul Razak

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 1166 hits
Salasilah Keturunan dan warisan kekayaan YB Dato Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul RazakSalasilah Keturunan dan warisan kekayaan DS NajibSALASILAH KETURUNAN DAN WARISAN KEKAYAAN DATO SERI NAJIB RAZAK Selama ini sedarkah kita yang D...
Berstatus Bangsawan Prince Abdul Mateen Tetap Suka Tampil Sederhana Idola Cewek Indonesia

Berstatus Bangsawan Prince Abdul Mateen Tetap Suka Tampil Sederhana Idola Cewek Indonesia

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 91 hits
Tapi banyak banget yang menyanyangkan kalau warganet Indonesia terlalu lebay dalam menyikapi ketampanan Prince Mateen Menurutmu gimana
Covid 19 Abdul Hadi Bantu Bawa Pulang Rakyat Terkandas

Covid 19 Abdul Hadi Bantu Bawa Pulang Rakyat Terkandas

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 267 hits
Provided by Berita Harian Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein melakukan pertemuan dengan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Wisma Putra hari ini Foto BERNAMAbhnews bh com myKUALA LUMPUR Pelantikan ...
Don T Feel Left Out If You Don T Receive Food Basket Aid Says Abdul Rahim

Don T Feel Left Out If You Don T Receive Food Basket Aid Says Abdul Rahim

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 261 hits
The B40 and M40 groups as well as single individuals need not feel left out if they do not receive additional assistance such as food baskets said Deputy Finance Minister I Abdul Rahim Bakri He said there are many other forms of assistance ...
Abdul Hadi Dihormati Orang Arab

Abdul Hadi Dihormati Orang Arab

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 255 hits
PELANTIKAN Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat bertaraf Menteri disifatkan sebagai tepat kerana beliau disegani dan dihormati masyarakat serta pimpinan Arab Mursyidul Am PAS Datuk Hashim ...
Duta Khas Ulama Dunia Zahir Sokongan Kepada Abdul Hadi

Duta Khas Ulama Dunia Zahir Sokongan Kepada Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 262 hits
Sheikh Ahmad Ar Raisuni bersama Tuan Guru Abdul Hadi MARANG 21 April Kesatuan Ulama Islam Sedunia menzahirkan sokongan kepada Ahli Parlimen Marang Dato Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas kerajaan Malaysia ke Timur Tengah Berta...
Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Absolute Power Corrupts Absolutely

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Udon Noodle Soup

Beli Hadiah Untuk Ibu Tanpa Rasa Terbeban Siap Dapat Diskaun Boleh Bayar Kemudian Guna Je Aplikasi Best Ni