Persiapan Kejohanan Merentas Desa
Ya Allah penat betul badan
sekarang sebab sekarang tengah terlibat dengan persiapan Kejohanan Merentas
Desa sekolah anak-anak.
Kaki sakit terutama di bahagian betis. Nak minta anak-anak urut pun tak sampai hati sebab mesti mereka pun penat juga. Tarikh kejohanan bakal
berlangsung adalah pada hari Jumaat ni. Itupun selepas berlaku pertukaran
tarikh di saat akhir.
Memang kelam kabut masing-masing
dan ada juga ibu bapa yang sedih sebab tak dapat turun padang beri sokongan
memandangkan kejohanan dibuat pada waktu bekerja.
Tahun lepas memang meriah dan lokasi sekolah buat dalam taman tapi tahun ni tukar berlari di kawasan perumahan pula.
Cerita tahun lepas baca dekat sini, kejap je setahun Merentas Desa
Persiapan Kejohanan Merentas Desa
Kalau ikut perancangan selain
bantu sekolah carikan sukarelawan, aku dan beberapa orang ibu bapa lain bantu latihan
panaskan badan rumah sukan - Kuning.
Oleh sebab tak mahu otot
anak-anak terkejut, sengaja kami pilih hari Rabu untuk bertemu muka dengan
anak-anak. Masing-masing teruja nak tunjuk
belang. Semoga masing-masing dapat sumbang pingat dan sumbang mata untuk rumah
sukan ya.
Selepas ini dijangka aku akan sibuk dengan hari sukan pula.
Latihan Panaskan Badan – Rumah Sukan
Kuning
Jadi untuk latihan panaskan
badan, kami cuma buat aktiviti ringan dan kongsi beberapa tips yang anak-anak
mampu buat.
Risau kalau heavy training kang
muscle terus tak boleh perform. Kalau ikutkan aku bukan lah atlet waktu sekolah
dulu. Aku cuma suka aktiviti-aktiviti
luar macam ni. Alang-alang nak buat latihan tu, sempat selit pesanan untuk
anak-anak.
Bagi aku ini jelah peluang untuk
aku dekat dengan anak-anak. Waktu bermain lah waktu paling sesuai nak faham dan
tegur mana yang tak betul.
Aku faham je kalau ada suara
sumbang yang kata kami ni emak-emak yang over. Bagi aku simple je, selagi tak
kacau kain orang maksudnya kena jalan terus saja.
Latihan pun kami buat sejam 15
minit saja. Mula on time dan habis pon on time. Waktu salam nak balik tu
masing-masing masih belum puas berlatih. Cukup lah itu jadi tanda aras
yang latihan sesingkat itu mampu menaikkan semangat anak-anak. Ada masa boleh
repeat lagi program macam ni dengan anak-anak lain pula.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2025/04/persiapan-kejohanan-merentas-desa.html