Persediaan Fenomena El Nino Tanam Padi Huma Supaya Stok Beras Sentiasa Cukup


Amaran bahawa fenomena El Nino melanda tahun depan, pemilik sawah dinasihatkan mengusahakan tanaman padi huma sebagai langkah proaktif menghadapi fenomena itu.
Menurut Laporan Sinar Harian, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Datuk Zakaria Othman, menjelaskan bahawa padi huma atau padi darat merupakan pilihan alternatif yang berpotensi besar untuk menjamin bekalan beras keluarga jika berlaku krisis makanan.
Katanya, tanaman padi huma juga lebih mudah dijaga dan tidak memerlukan air yang banyak seperti tanaman padi biasa.
“LZNK sudah cuba tanam sebanyak dua hektar di Sik dan kita sedang tanam lagi empat hektar di kawasan Bendang Man, Sik,” Katanya ketika ditemui selepas proses tuaian pertama padi darat di halaman kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon di sini pada Ahad.

Turut hadir menyaksikan proses tuaian itu ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Menurutnya, musim kering yang dijangka akan berlaku nanti meyakinkan orang ramai untuk memilih padi darat sebagai tanaman alternatif.
“ ia boleh ditanam walaupun di tapak sawah, malah pengalaman saya padi ni senang diurus apabila di tanam di tapak sawah yang terbiar,” katanya.

Jelasnya, rakyat di negeri ini turut disaran menanam padi darat di halaman rumah seperti yang diusahakan di halaman rumah menteri besar.
“Tanaman padi jenis bario di halaman rumah menteri Besar itu mengambil masa empat bulan untuk dituai selepas di tanam pada 28 Jun lalu.
“Apa yang kita nak cerita padi darat atau padi huma ini dia berpotensi di tanam oleh semua orang kerana mudah diurus, maknanya siapa yang ada tanah kosong dia boleh tanam,” ujarnya.
Zakaria berkata, kaedah jarak yang diguna pakai antara satu pokok ke satu pokok adalah 12 inci.
“Pengalaman kita boleh tanam lapan hingga 12 inci, sebab pertumbuhan dia tak sama dengan padi air, hendak tanam lagi rapat lagi baik bagi mengelak rumpai tumbuh dengan cepat,” katanya.
Beliau berkata tempoh tuaian padi huma adalah antara tiga hingga enam bulan mengikut variati.
“Sekilogram benih boleh menghasilkan 80 kilogram (kg) padi. Daripada setiap kg padi akan dapat menghasilkan 60 peratus beras dan ia dijual dengan harga RM26 sekilogram.
“ Rasanya sedap dan ada variati yang mengeluarkan aroma yang wangi,” katanya.
Pada Mac lalu, media melaporkan negara perlu bersedia mulai sekarang bagi berdepan kemungkinan hasil pertanian tempatan berkurangan pada 2025 akibat fenomena El Nino yang mengakibatkan cuaca panas berpanjangan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dilaporkan berkata kesan fenomena itu dapat dilihat ketika ini, apabila pengeluaran padi negara kekal pada kadar 62 peratus menyebabkan Malaysia perlu mengimport 38 peratus beras.
Sumber: Sinar Harian 
The post Persediaan Fenomena El Nino, Tanam Padi Huma Supaya Stok Beras Sentiasa Cukup appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/persediaan-fenomena-el-nino-tanam-padi-huma-supaya-stok-beras-sentiasa-cukup/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aduan Pagi Hantar Padi Ke Kilang Petang Jual Beras Import

Aduan Pagi Hantar Padi Ke Kilang Petang Jual Beras Import

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 140 hits
harakahdaily netOctober 24 2024Mohd Misbahul Munir MasdukiKUALA LUMPUR Kebimbangan rakyat berkenaan isu beras tempatan yang didakwa hilang sebaik sahaja dihantar ke kilang dibangkitkan oleh Mohd Misbahul Munir Masduki Beliau mendakwa ada pe...
Cara Simpan Stok Beras Untuk Kegunaan Kecemasan Beras Kekal Elok Bertahun Tahun Tak Rosak

Cara Simpan Stok Beras Untuk Kegunaan Kecemasan Beras Kekal Elok Bertahun Tahun Tak Rosak

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 125 hits
Bencana alam tidak dapat kita jangka boleh jadi kita keputusan bekalan beras akibat banjir kemarau dan sebagainya Sebab itulah penting untuk kita menyimpan stok beras di rumah yang juga menjadi makanan ruji kita Salah satu cara untuk menyim...
Perbezaan Antara Anxiety Dan Panic Attack Kenali Tanda Tandanya Supaya Tak Tersilap

Perbezaan Antara Anxiety Dan Panic Attack Kenali Tanda Tandanya Supaya Tak Tersilap

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 94 hits
Kadang kadang kita confuse antara anxiety dan panic attack Memang nampak serupa tetapi sebenarnya berbeza Anxiety ni macam kebimbangan yang melarat ia berlarutan kadang kadang selama beberapa hari atau minggu Panic attack pula lebih kepada ...
Peqabih Beras Ja Tahanan Dalam Rumah Ni Baik Duduk Dalam Lokap Saja

Peqabih Beras Ja Tahanan Dalam Rumah Ni Baik Duduk Dalam Lokap Saja

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 97 hits
Apa kena mengena dengan ekonomi sampai masuk dalam belanjawan Ada kena mengena sebenarnya Dia ingat banduan dalam penjara tu Tak kena caj Tentulah ada Dah tu Tahanan di rumah ada banyak kelebihannya Selain dari selesaikan masalah kesesakan ...
Kena Buat Prk Tiap Hari Baru Boleh Dapat Beras Tempatan

Kena Buat Prk Tiap Hari Baru Boleh Dapat Beras Tempatan

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 79 hits
Isu ketiadaan beras tempatan di pasaran mendapat perhatian di Dewan Rakyat hari ini apabila ahli parlimen pembangkang membangkitkan isu berkenaan Idris Ahmad berkata kesukaran mendapatkan beras tempatan turut berlaku di kawasan yang menghas...
Mat Sabu Beri Bayangan Harga Siling Beras Akan Di Naikkan

Mat Sabu Beri Bayangan Harga Siling Beras Akan Di Naikkan

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 199 hits
Mat Sabu Beri Bayangan Harga Siling Beras Akan di Naikkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu memberi bayangan harga siling beras putih tempatan akan dinaikkan masih di peringkat perbincangan Sebarang perubahan harga dan...
Pesanan Buat Rafizi Supaya Jangan Jatuhkan Taraf Berdebat Dengan Mat Jargon Dia Bukan Setaraf Anda

Pesanan Buat Rafizi Supaya Jangan Jatuhkan Taraf Berdebat Dengan Mat Jargon Dia Bukan Setaraf Anda

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 84 hits
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan beliau bersedia untuk berdebat dengan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dalam pelbagai isu termasuk isu mencetak wang dan BlackRock Begitupun tegas Ahli Parlimen Machang itu debat itu perlu dilakukan ...
Harga Maksimun Beras Putih Tempatan Tak Berubah Sejak 2008

Harga Maksimun Beras Putih Tempatan Tak Berubah Sejak 2008

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 183 hits
bharian com myOleh Oktober 16 2024 10 39amMenteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke 15 di Bangunan Parlimen Foto BERNAMAKUALA LUMPUR ...
Cukup Cukuplah Minta Maaf Akmal Kecam Insiden Kibar Bendera China

Cukup Cukuplah Minta Maaf Akmal Kecam Insiden Kibar Bendera China

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 82 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 25 2024Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh menggesa kerajaan mengambil tindakan keras terhadap penganjur sambutan Guan Gong Sedunia berikutan insiden mengibarkan bendera China pada malam perarakan di Teluk Intan se...
Global Tensions Over China S Overcapacity Will Rise Under Trump

Masih Ingin Jaga Hati Kerajaan Rakyat Dah Tau Janji Anwar

4 Ways Android Has Made Switching Even Better

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Saka Bapak Kau

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Rezeki Pagi Jumaat Yang Indah

Jovita Pearl Duri Di Hati Chord

Dilaa Asri Sia Sia Chord

Sibuk Kerja Tetap Tak Cukup

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

H Rsk Ldpaddan Och Den F Rlorade Skatten En Mystisk Saga Om Gl Dje Beg R Och Det