Persatuan Bantah Cadangan Dakwa Pemilik Premis Jika Penyewa Kendali Pusat Scam


 
Persatuan kata perjanjian sewa sudah menetapkan penyewa supaya guna premis hanya bagi tujuan yang tidak menyalahi undang-undang.
PETALING JAYA: Persatuan hartanah dan perniagaan membantah cadangan Bukit Aman untuk mempertanggungjawabkan pemilik jika penyewa mengendalikan pusat panggilan ‘scam’ di premis mereka.
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia, Persatuan Pengurusan Bangunan Malaysia, Persatuan Pusat Beli-Belah Malaysia, dan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia berkata penguatkuasaan undang-undang harus kekal sebagai tanggungjawab agensi penguatkuasaan.
“Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap pihak berkuasa penyiasatan jenayah dan kepakaran mereka dalam mengenal pasti dan menangani aktiviti jenayah,” menurut kenyataan bersama.
Persatuan itu berkata mengesan operasi penipuan memerlukan kemahiran khusus dan alat penyiasatan, yang tidak dimiliki oleh tuan tanah, pemilik hartanah, dan badan pengurusan.
“Adalah tidak logik dan tidak praktikal untuk mempertanggungjawabkan mereka kerana kami tidak berada pada kedudukan dan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memantau dan/atau mengawal aktiviti haram.”
Pada 5 Mac lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ramli Yoosuf berkata pemilik premis, badan pengurusan bersama (JMB) dan syarikat kawalan keselamatan di premis yang dikesan dijadikan pusat kegiatan jenayah, termasuk sindiket penipuan, boleh disiasat serta didakwa kerana bersubahat.
Menurutnya, polis mendapat maklumat bahawa sebahagian syarikat kawalan keselamatan dan pihak pengurusan bangunan memang mengetahui kewujudan aktiviti jenayah atau mencurigakan di kondominium mereka tetapi ia sama ada dilindungi atau tidak dilaporkan, lapor Berita Harian.
Bagaimanapun, persatuan menegaskan bahawa perjanjian penyewaan sudah menetapkan penyewa supaya menggunakan premis hanya bagi tujuan yang tidak menyalahi undang-undang.
“Ini adalah kewajipan undang-undang yang jelas menyatakan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan antara pihak yang berkontrak, berdasarkan prinsip suci hati, yang akan melindungi penyewa dan tuan tanah sambil meminimumkan aktiviti haram.”
Oleh itu, empat persatuan itu menggesa cadangan polis itu ditarik balik serta-merta.
“Kami percaya pihak berkuasa akan nampak penyelesaian yang sebenar dan praktikal kepada situasi itu dan bertindak sewajarnya untuk memastikan aktiviti penipuan dihalang secepat mungkin.” - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/persatuan-bantah-cadangan-dakwa-pemilik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cerita Pemilik Keldai Dan Anaknya

Cerita Pemilik Keldai Dan Anaknya

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 173 hits
Cerita Pemilik Keldai dan Anaknya adalah sebuah kisah yang mengandungi pengajaran tentang pentingnya berpegang kepada pendirian sendiri tanpa terlalu mengikut kata orang Cerita ini kemungkinan besar adalah kisah rakyat yang disebarkan turun...
Kenderaan Yang Tersadai Di Pelabuhan Klang Dilarikan Dari Tempat Simpanan Pemilik Kapal Repot Polis

Kenderaan Yang Tersadai Di Pelabuhan Klang Dilarikan Dari Tempat Simpanan Pemilik Kapal Repot Polis

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 176 hits
Lynelle ThamSatu siaran langsung di Tiktok menunjukkan sekumpulan individu berada di tempat simpanan kereta dan dipercayai melarikan beberapa kenderaan Kenderaan yang tersadai di Pelabuhan KlangBeberapa kenderaan tersadai di Pelabuhan Klang...
Polis Minta Pemilik Dashcam Rakam Kemalangan Maut Di Senawang Tampil

Polis Minta Pemilik Dashcam Rakam Kemalangan Maut Di Senawang Tampil

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 181 hits
BernamaDua remaja maut selepas sebuah kereta dilapor gagal berhenti di lampu isyarat merah dan merempuh dua motosikal di Senawang Khamis lalu Dua pelajar lelaki berusia 15 dan 16 tahun maut selepas dirempuh sebuah kereta yang gagal berhenti...
Kau Tak Rasa Bersalah Pun Ya Anak Muda Melayu Ja Yang Nak Kerja Di Mcd Tu Premis Mcd Melayu Punya

Kau Tak Rasa Bersalah Pun Ya Anak Muda Melayu Ja Yang Nak Kerja Di Mcd Tu Premis Mcd Melayu Punya

papar berkaitan - pada 25/3/2025 - jumlah : 168 hits
Hangat habgat Tahi Ayam Penunggang Begitu ramai Anak Melayu dan OKU hilang kerja banyak premis McDonalds di tutup pelanggan2 Mcd di panggil babi dan K9 Dulu lain sekarang lain hahaha Ustazah terkenal terpaling boikot sehingga ramai Anak2 Mu...
Pemilik Kapal Buat Laporan Polis Terhadap Ngo Semboyan Malaysia

Pemilik Kapal Buat Laporan Polis Terhadap Ngo Semboyan Malaysia

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 213 hits
Tular ketika ini isu pemilikan kenderaan yang telah mencetuskan ketegangan antara pemilik kapal MV Malaysia Star dan pertubuhan bukan kerajaan Semboyan Malaysia MV Malaysia Star telah membuat laporan polis apabila mendakwa kumpulan NGO itu ...
Ruu Psb Jamin Hak Pemilik Nilai Pampasan Lebih Adil

Ruu Psb Jamin Hak Pemilik Nilai Pampasan Lebih Adil

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 144 hits
Tunku Nashrul ketika Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan melalui media sosial pada 19 Mac 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimPUTRAJAYA 19 Mar Rang Undang Undang Pembaharuan Semula Bandar berpegang kepada prinsip utama iaitu ...
Video Warganet Serang Blackpink Jennie Dakwa Ciplak Lagu Tema Alia Bhatt

Video Warganet Serang Blackpink Jennie Dakwa Ciplak Lagu Tema Alia Bhatt

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 272 hits
Ahli kumpulan BLACKPINK Jennie Kim telah mengusik peminat dengan lagu baharunya Like Jennie Lagu ini merupakan lagu kedua dalam album debut Ruby yang dijadualkan bakal dikeluarkan pada hari ini Jumaat Pengumuman oleh Jennie di media sosial ...
Dah Berapa Kali Daddy Datang Tapi Fatima Sakit Fattah Dakwa Tak Dapat Jumpa Anak

Dah Berapa Kali Daddy Datang Tapi Fatima Sakit Fattah Dakwa Tak Dapat Jumpa Anak

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 169 hits
Pelakon dan penyanyi sensasi Fattah Amin ada memaklumkan bahawa keadaan kesihatan anak perempuannya Nur Fatima Aisya berada dalam keadaan yang tidak baik Malah Fattah turut memberitahu bahawa dia gagal berjumpa Fatima selepas beberapa kali ...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu

Masa Yang Korang Tunggu Dah Tiba Syasya Rizal Bakal Umum Sesuatu Yang Besar Tidak Lama Lagi

Patutkah Kami Terima Keadaan Begini Atuk Mengadu Penat Jaga 4 Orang Cucu Hanya Terima Rm400 Sebulan

Serangan Terhadap Iran Apa Yang Berlaku Setakat Ini

Find Your Unique Selling Point