Persamaan Dan Perbezaan Antara Hibah Amanah Asb Dan Hibah Amanah Tabung Haji


 



Hibah Amanah ASB -vs- Hibah Amanah Tabung Haji : Apa Persamaan dan Perbezaannya?


Hibah Amanah ialah pemberian Harta Hibah oleh Pemberi Hibah semasa hidupnya kepada Penerima Hibah atas dasar kasih sayang dan sukarela, tanpa paksaan dan tanpa mengenakan sebarang balasan dan berlakunya akad ijab dan qabul di antara Pemberi Hibah dan Penerima Hibah di mana Harta Hibah tersebut akan dipegang oleh Pemegang Amanah dan akan diserahmilik kepada Penerima Hibah selepas kematian Pemberi Hibah.
Dalam topik perbincangan kita kali ini :
-Pemberi Hibah maksudnya ialah pendeposit yang memegang unit amanah dalam ASB dan juga pendeposit yang menyimpan wang di dalam akaun Tabung Haji.
-Penerima Hibah maksudnya ialah individu yang dinamakan di dalam Surat Ikatan Hibah Amanah oleh Pemberi Hibah di mana individu tersebut akan menerima unit saham atau wang simpanan Pemberi Hibah selepas kematian Pemberi Hibah.
-Harta Hibah maksudnya ialah unit amanah dalam ASB (minimum RM1,000) dan juga wang simpanan di dalam akaun Tabung Haji (minimum RM1,200).
Pemegang Amanah dalam Hibah Amanah ASB ialah pihak ASNB manakala dalam Hibah Amanah Tabung Haji, Pemegang Amanah ialah Pemberi Hibah dan pihak Tabung Haji pula sebagai Pemegang Amanah Gantian.
Kedua-dua Hibah Amanah ASB dan juga Hibah Amanah Tabung Haji ialah hibah bersyarat di mana ia menjaga kebajikan Pemberi Hibah dari sudut hak menggunakan harta yang telah dihibahkan. Ini bermaksud, Pemberi Hibah masih boleh menikmati faedah atau manfaat harta yang telah dihibahkan selagi Pemberi dan Penerima Hibah masih hidup. Akaun simpanan hanya akan diberikan keseluruhannya kepada Penerima Hibah selepas kematian Pemberi Hibah.
Pemberian hibah amanah ini tidak tertakluk kepada hukum faraid maka sesiapa sahaja layak menerima harta hibah. Harta yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak boleh dituntut oleh waris2 lain mengikut hukum faraid. Maka pemberian hibah ini boleh menjadi sebagai alternatif penyelesaian bagi pembahagian harta kepada anak angkat, mualaf atau mereka yang tidak mempunyai waris lelaki atau waris asobah.
Secara umumnya kedua-dua Hibah Amanah ini nampak sama sahaja dari sudut fungsi dan objektif perlaksanaannya. Dan kebanyakan kita memang menganggap semua hibah adalah sama sahaja. Tapi sebenarnya, ada sedikit perbezaan yang tidak disedari ramai orang. Apakah yang membezakan antara 2 hibah amanah ini?
Hibah Amanah ASB ialah hibah bersyarat ruqba manakala Hibah Amanah Tabung Haji ialah hibah bersyarat mutlak. 
Hibah bersyarat ruqba bermaksud bila Pemberi Hibah mati barulah harta dipindahmilik kepada Penerima Hibah. Tetapi jika Penerima Hibah yang mati dahulu , harta hibah akan berpatah balik kepada Pemberi Hibah dan dia boleh menggunakan semula harta itu atau menghibahkan harta tersebut kepada pihak lain pula. 
Sama juga dengan Hibah Amanah Tabung Haji di mana bila Pemberi Hibah mati harta akan dipindahmilik kepada Penerima Hibah. Itu adalah ciri hibah bersyarat. Namun bezanya ialah jika keadaan sebaliknya berlaku iaitu Penerima Hibah mati dahulu maka harta hibah tersebut akan menjadi harta pusaka milik Penerima Hibah dan perlu diserahkan kepada waris2 Penerima Hibah mengikut hukum faraid (ciri hibah mutlak). Walaupun Pendeposit/Pemberi Hibah masih hidup tapi hartanya telah menjadi harta pusaka milik waris2 Penerima Hibah. Itulah beza utamanya.
Kenapa saya buat perbandingan antara hibah ASB dan TH? Kerana ini salah satu contoh untuk menunjukkan bahawa adanya kepelbagaian jenis hibah di Malaysia. Nampak sama tapi kesannya berbeza. Nak buat hibah kat mana2 pun tak kisah tapi yang penting kena faham dan fully aware dengan kesan2 hibah yang kita buat tu. 
Apapun kaedah perancangan harta yang anda pilih, itu adalah lebih baik daripada anda tidak membuat apa2 perancangan langsung. Pastikan apa yang kita usahakan hari ini, hasilnya dapat dimanfaatkan oleh orang yang kita sayang apabila kita tiada nanti. 


(Untuk info lanjut tentang Hibah Amanah di atas, boleh rujuk sumber di asnb.com.my dan tabunghaji.gov.my)


Sumber: FB Roslina Sabiyah & Co


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zulkbo.com/2022/09/persamaan-dan-perbezaan-antara-hibah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwa Tabung Haji Berjaya Dibawah Mereka Ini Kronoliginya

Dakwa Tabung Haji Berjaya Dibawah Mereka Ini Kronoliginya

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 115 hits
DEKAT PILIHANRAYA DAH MULA CLAIM BERJAYA ADA HAL MEREKA MEREKA INILAH YANG MEMFITNAH TABUNG HAJI SIAPA MEREKA RAKYAT DAPAT MENILAIYA BILA SATU SATU KEGAGALAN TIDAK DAPAT DISELESAIKAN
Pemuda Pas Jangan Hipokrit Pemulihan Tabung Haji Dilakukan Ph

Pemuda Pas Jangan Hipokrit Pemulihan Tabung Haji Dilakukan Ph

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 147 hits
Kenyataan Dewan Pemuda Pas berhubung prestasi memberansangkan Tabung Haji yang kononnya akibat pemulihan dilakukan oleh kepimpinan parti itu dalam kerajaan BN PN dibidas KEADILAN Cabang Kemaman Terengganu Menurut kenyataan KEADILAN Cabang K...
Hibah Amanah Th

Hibah Amanah Th

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 222 hits
HIBAH AMANAH TH Kepada pendeposit tabung Haji yang yang membuat hibah amanah kini anda boleh membuat permohonan melalui Hibah Amanah Tabung Haji yang merupakan perkhidmatan pengurusan harta yang disediakan oleh Tabung Haji Disini kami akan ...
Kuo Populariti Iphone 14 Pro Max Mungkin Dorong Apple Hasilkan Lebih Banyak Perbezaan Antara Iphone 15 Pro Dan Pro Max

Kuo Populariti Iphone 14 Pro Max Mungkin Dorong Apple Hasilkan Lebih Banyak Perbezaan Antara Iphone 15 Pro Dan Pro Max

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 133 hits
Sehingga kini model iPhone 14 Pro Max dilaporkan telah menyumbang kira kira 60 daripada peningkatan tempahan bagi model Pro suggest Dengan trend sebegini yang memperlihatkan pengguna lebih memilih untuk membeli model paling mahal Ming Chi K...
Cara Link Tabung Haji Bank Dengan Bank

Cara Link Tabung Haji Bank Dengan Bank

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 237 hits
CARA LINK TABUNG HAJI BANK DENGAN BANK Tabung Haji kini telah memudahkan pelanggannya bagi urusan semakan baki akaun Tabung Haji serta membuat transaksi dengan link kan akaun TH dengan kebanyakan bank di Malaysia Sekarang sebagai pengguna S...
Pas Seperti Hidup Di Dua Alam Berbeza Kata Amanah Kedah

Pas Seperti Hidup Di Dua Alam Berbeza Kata Amanah Kedah

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 142 hits
N Faizal GhazaliKeinginan Abdul Hadi Awang agar Dewan Himpunan Penyokong PAS meraih sokongan pengundi bukan Melayu seperti diperolehi DAP sifatkan sebagai tidak berpijak di bumi nyata Pengerusi Amanah Kedah Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata k...
Cara Simpan Duit Asb Online Tanpa Ke Kaunter Mudah Cepat

Cara Simpan Duit Asb Online Tanpa Ke Kaunter Mudah Cepat

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 236 hits
CARA SIMPAN DUIT KE ASB SECARA ONLINE Sekarang ni banyak betul kes orang hilang duit dalam akaun bank Sampai ada yang beratus ribu duit lesap entah dipindahkan ke akaun mana Bila tanya dan report ke bank proses siasatan akan memakan masa da...
Kedah Amanah Chief How Can Pas Malay Agenda Win Non Malay Support

Kedah Amanah Chief How Can Pas Malay Agenda Win Non Malay Support

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 151 hits
INTERVIEW PAS president Abdul Hadi Awang s desire for the party s non Muslim supporters wing to get as much support as DAP is unrealistic said an Amanah leader Kedah Amanah chief Phahrolrazi Mohd Zawawi said this is due to PAS messaging and...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Bila Duit Nak Masuk

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Rahsia Katil Homestay Bonda Banda Hilir Melaka

Kembali Menulis

Lagu Popular Thailand Tahun 2024

Starting Somewhere

Ktm Kenalkan 4 Model Motosikal Duke Sempena Ulangtahun Ke 30

Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke