Perpaduan Kaum Di Malaysia Semakin Rapuh Prof Dato Dr Teo Kok Seong


Oleh : Siti Lailatul Mastura Norazlan dan Asmahanim Amir

Foto : Shahiddan Saidi

BANGI - Perpaduan kaum di Malaysia dilihat semakin rapuh walaupun negara telah mencapai kemerdekaan ke-62 tahun, kata Felo Utama, Institut Kajian Etnik (KITA), Prof Dato’ Dr Teo Kok Seong.

Beliau berkata, perpaduan negara masih pada tahap sosial di mana terdapat defisit kepercayaan antara kaum.

Menurutnya, tahap ini adalah kerana asas pembentukan Malaysia adalah integrasi dalam membentuk negara bangsa dan pada hari ini iaitu tahap perpaduan adalah pada tahap sosial sahaja iaitu hasil integrasi.

“Tak adil kalau kita nak bandingkan dengan Indonesia dan Thailand sebab asas jati diri mereka adalah berbeza berbanding dengan jati diri rakyat kita. Walaupun negara kelihatan bersatu kerana tiada huru-hara, tetapi jika ditinjau hubungan etnik di Semenanjung, tidak ada kerukunan antara kaum dan saling tidak menyokong antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel Bicara Persada Ke-53 anjuran KITA UKM, bertajuk Perpaduan Rakyat: Semakin Ampuh atau Rapuh? Di Persada Canselori, Bangunan Pentadbiran baru-baru ini.

Ahli panel lain ialah Pengarah KITA, Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin; Setiausaha Agung Kehormat Harmony Malaysia, Prematilaka KD Serisena dan pelajar Fakulti Sains dan Teknologi UKM, Divagaar Siva.

Katanya, pergaulan antara tiga kaum utama di Malaysia adalah terhad dan hanya berlaku di majlis-majlis formal sahaja, tetapi tiada interaksi kerana tahap perkenalan dua pihak (kaum) adalah pada permukaan sahaja.

Prof Dato’ Dr Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Melayu berkata, sejak Merdeka, kerajaan telah melancarkan beberapa inisiatif dalam membentuk perpaduan rakyat, antaranya Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan, Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Gagasan 1Malaysia, tetapi semuanya dilihat tidak berjaya.

“Apabila inisiatif ini tidak berjaya, kita perlu melihat semula, mungkin kita gagal dalam aspek pembentukan negara bangsa,” katanya.

Sementara itu, Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri menegaskan bahawa masyarakat Malaysia perlu membina kefahaman melalui tiga pekara penting iaitu keluarga, individu dan komuniti.

“Kerapuhan kefahaman dalam tiga elemen ini boleh menyumbang kepada kegagalan perpaduan dalam kalangan rakyat di Negara ini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan kepada orang ramai untuk belajar dari sejarah kerana sejarah menjadikan bagaimana Malaysia terbentuk pada hari ini.

Forum selama dua jam itu turut menampilkan Penyampai RTM, Suhaimi Mohamed sebagai moderator.




Sumber : UKM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penaminang.com/2019/11/perpaduan-kaum-di-malaysia-semakin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
India Boikot Minyak Sawit Malaysia Teresa Kok Kata Don T Worry

India Boikot Minyak Sawit Malaysia Teresa Kok Kata Don T Worry

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 472 hits
Kenyataan Meneri DAP Teresa Kok bahawa Malaysia tidak patut bimbang dengan boikot sawit yang sekarang dilaksnakan oleh negara India dengan alasan ianya cuma nasihat dari persatuan India dan bukan dari kerajaan India adalah amat tidak bijak ...
Buah Durian Musang King Malaysia Kini Semakin Laris Di Negara China

Buah Durian Musang King Malaysia Kini Semakin Laris Di Negara China

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 1458 hits
Durian Musang King sememangnya amat terkenal di Malaysia kerana buah durian jenis D197 ini sangat berbeza daripada jenis jenis raja segala buah ini Keistimewaannya adalah sangat sedap selain isinya tebal serta berwarna kuning pekat dan tang...
Perpaduan Kaum Elak Tragedi

Perpaduan Kaum Elak Tragedi

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 2619 hits
NASIONAL Isnin 28 Mei 2012 BERITA HARIANRaja Perlis minta rakyat tidak termakan hasutan boleh gugat keharmonianOleh Shamsul Munir Safini KANGAR Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail meminta rakyat menjadikan perpaduan ma...
Negara Ku Malaysia Kenapa Kelihatan Semakin Tenat

Negara Ku Malaysia Kenapa Kelihatan Semakin Tenat

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 212 hits
Malaysia baru Malaysia Baru Slogan yang muncul apabila pemerintahan Malaysia bertukar tangan 9 May 2018 Satu tarikh bersejarah buat pertama kali sejak Malaysia wujud Barisan nasional yang memerintah sekian lama tewas di tangan pembangkang k...
Malaysia S First 64mp Quad Camera Snapdragon

Malaysia S First 64mp Quad Camera Snapdragon

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 320 hits
realme Malaysia today officially launched the realme XT Malaysia s first 64MP Snapdragon Quad Camera Smartphone realme s new line of smartphone promise in providing the best picture resolution with unbeatable details for their users For rea...
E Commerce Fingo Malaysia Sasar 60 Peratus Pembekal Tempatan

E Commerce Fingo Malaysia Sasar 60 Peratus Pembekal Tempatan

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 522 hits
Fingo Sdn Bhd operator pasaran e dagang mudah alih dalam talian yang dilancarkan pada Julai lalu menyasarkan sekurang kurangnya 60 peratus pembekal produk daripada usahawan tempatan menjelang 2022 Ketua Pegawai Eksekutifnya Lee Chee Sing be...
Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex Stad Fc Dengan Ex Malaysia U16

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex Stad Fc Dengan Ex Malaysia U16

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 472 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Perlawanan Persahabatan Bola Sepak ex STAD FC dengan ex Malaysia U16 Inilah perlawanan persahabatan yang Mrs A mention tu Perlawanan persahabatan tersebut telah diadakan di Pa...
Waspada Amaran Ribut Petir Hampir Seluruh Negeri Di Malaysia Sehingga 6 Petang Ini

Waspada Amaran Ribut Petir Hampir Seluruh Negeri Di Malaysia Sehingga 6 Petang Ini

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 216 hits
Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan satu notis amaran ribut petir yang bakal berlaku melibatkan semua negeri di Malaysia Menurut kenyataan yang dikeluarkan sebanyak 8 negeri akan dilanda ribut petir sehingga jam 5 ...
Pertukaran Lesen Memandu Malaysia Bermula Esok

Pertukaran Lesen Memandu Malaysia Bermula Esok

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 183 hits
PUTRAJAYA 31 Okt Rakyat Malaysia dan peserta program Malaysia My Second Home yang memiliki lesen memandu luar negara boleh menukar kepada lesen memandu Malaysia bermula esok Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Seri Shaharuddin K...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih

Tinggi Protein Dan Mikronutrien Ini Manfaat Ikan Susu Untuk Kesihatan

Upiak Hari Raya Duit Tak Ada Chord

Nadia Rosli Hati Yang Tercemar Chord

Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat