Peroleh 7a Dalam Spm Sedangkan Result Trial Teruk Pelajar Ini Buka Rahsia Siapa Dorong Dia Study



Peroleh 7A dalam SPM sedangkan result trial teruk. Pelajar ini buka rahsia siapa dorong dia study.
Kisah saya dan SPM
Ketika saya masih 17 tahun, saya merasakan SPM ialah segala-galanya. Penentu hidupku di masa hadapan. Yang akan membahagiakan bila berjaya dan akan menderitakan bila gagal. Masa terus berjalan dan saya pun melalui SPM dengan aman.
Akhirnya, saya pun dapat result SPM saya.
ADVERTISING
Saya bukanlah seorang yang bijak sangat dalam akademik. Buktinya SPM saya tidak dapat straight A pun. Sejujurnya, saya nak sangat dapat straight A. Bohonglah kalau saya kata saya tak ingin pun kan? Ketika saya form 3, saya amat yakin untuk dapat straight A SPM, tapi ianya kekal sebagai mimpi dan cita-cita.
Mengapa saya amat yakin?
Ketika darjah 6, saya dapat 6A dalam UPSR (Dulu ambil Bahasa Arab additional subject). Ketika itu saya dapat semangat yang tinggi bahawa saya seorang yang hebat dan boleh jadi pelajar yang cemerlang sampai bila-bila. Saya teruskan momentum ketika menyambung alam persekolahan di sekolah menengah.
Ibu ayah saya hantar saya masuk sekolah Tahfiz di Kelantan Darul Naim, di mana saya kena fokus belajar 3 elemen. Akademik, dinniah dan hafaz Quran.
Dipendekkan cerita: Ketika ambil exam PMRU (Dinniah) dan PMR, saya dapat best student. Ketika itu saya rasa saya sangat hebat kerana dapat adapt diri dengan pressure akademik, dinniah dan tahfiz. Saya bagaikan rasa dah di top of the world dah.
Dan saya expect untuk dapat kecemerlangan yang sama dalam peperiksaan SPM dengan keyakinan yang tinggi, dan untuk dipendekkan cerita lagi, ternyata saya silap.
Jom tengok result saya:
Result saya dalam trial SBP 2013. 3A dan 1A-, serta 1D dan 1G. Nampak macam gempak kan ada 3A tu tapi hakikatnya 1A tu subjek Pendidikan Jasmani (Mana ada PJK masuk SPM mak oi!). Balik rumah cerita kat mak dapat 3A solid, tapi rupanya satu tu PJK je. Haha. (Sorry kalau Ummi tengah baca penulisan Aiman ni.)
Result trial saya ada 1 gagal je kan? Apa lagi, result Add Math lah (how bout you?) Dan exam hujung tahun (sebelum trial SBP), saya ada 4 GAGAL kot (Ataupun lebih). Tak perlu tanya subjek apa lah kan, tapi mesti korang dah tau: Fizik, Kimia, Bio dan Add Math. Dan subjek Add Math sahaja yang kekal fail bermula awal form 4 sampai lah trial SPM.
Ketika ini saya merasakan bahawa sayalah pelajar paling bodoh.
Ye lah, ketika exam hujung tahun dapat banyak subjek gagal. 4 GAGAL. Tapi saya usaha juga study. Lepas itu, study sungguh-sungguh untuk trial SPM, dapat 3A SAHAJA dan ada fail lagi. Walaupun saya dah study sungguh-sungguh, masih juga tak dapat straight A. Dan saya rasa sangat kecewa dengan diri saya sendiri. Saya bukan sahaja kecewakan diri, tetapi juga kecewakan mak ayah, cikgu-cikgu dan warga sekolah juga.
Ketika itu saya takut, tiada Universiti yang hendakkan saya. Ketika itu juga saya amat khuatir saya akan tanam anggur (Baca: menganggur). Saya takut saya mereput di rumah saja.
Di saat itu, saya baru sahaja dapatkan result percubaan SPM (Tanpa kira Pendidikan Jasmani. Cis)
2A
1A-
1B+
3B
2C
1D
1G
Ketika itu saya berfikir, “kalau lah result sebelum ni 4 gagal apatah lagi SPM sebenar?
“Kalau result TRIAL SPM pun dah teruk, apatah lagi SPM sebenar. Lagi susah dan payah!”
Lebih baik give up dan jadi pelajar bodoh sepertimana yang aku patut jadi kan? Buat apa usaha last minute, bukannya dapat apa-apa pun. Akan tetap hampeh juga. Buat apa belajar sungguh-sungguh sekarang, adakah aku expect untuk dapat straight A tiba-tiba? Mustahil!
Lalu, aku pun ambik bantal dan tidur seperti biasa.
- Hari ambil result SPM 2013 –
Saya beratur untuk ambil slip SPM. Jantung berdebar-debar yang teramat. Kawan-kawan lain ada yang menangis, ada yang senyum memanjang. Apakah nasib saya nanti?
Setelah lama beratur, tiba giliran saya; Cikgu saya pandang muka saya lama, dan dia hulurkan slip SPM saya disusuli dengan ucapan “Tahniah.”
Tahniah sebab apa? Saya tengok slip saya;
7A daripada 11 subjek. Tiada fail langsung.
Eh, kenapa 7A?
Kenapa banyak sangat?
Saya flashback balik, ketika saya ambil bantal nak tidur, tiba-tiba ada seorang kawan ketuk pintu bilik saya dan ajak study.
“Oi, SPM dah dekat. Jom la study bro!”
Saya mengeluh, “aku bukannya dapat straight A pun, sia-sia je study sekarang. Aku ni bukan budak pandai macam kau. Aku bodoh.”
“Kalau aku yakin kau boleh berjaya. Takkanlah diri kau sendiri tak nampak masa depan dalam diri kau sendiri. Aku yakin kau boleh jadi hebat dan berjaya. Jom study. Aku sanggup ajar kau mana yang kau tak faham. Lagipun kau jangan lupa, Kau tu pelajar hafiz kan dulu, dapat best student untuk PMRU dan PMR. UPSR kau pun power kan? Nampak tak? Kau tu hebat sebenarnya. Kau tak bodoh pun. Kau yang bodohkan diri sendiri. Dan kau yang terlupa bahawa kau pandai. Dah-dah, jom study.”
Di saat aku putus asa dengan diri sendiri, ada lagi orang yang tidak putus asa dengan aku. Tapi.. Aku tak putus asa untuk berputus asa. Aku menambah;
“Ni dah last minute dah. Bukan boleh buat apa-apa pun..Dulu aku usaha awal-awal. Boleh la jadi gitu...”
“Bukan kau atau aku yang menentukan result SPM, tapi Allah lah yang memberikan kejayaan. Allah Maha Pemberi Kejayaan. Jadi, jangan putus asa. Jom usaha sama-sama.”
Dia ambil tangan saya dan tarik saya sampailah study atas meja sama-sama.
Dan kata-kata dia itulah yang menjadi sumber motivasi buat saya untuk dapatkan 7A SPM. Saya rasa nak menangis, dia memang dah best student sekolah waktu itu tapi masih ada rasa untuk tarik saya berjaya bersama dengan dia sekali. Maka bermulalah episod siang dan malam bersama study.
Dan hasil tunjuk ajar dia dan nasihat dia, saya dapat 7A.
Jadi dah nampak kan apa tips kat sini;
Cari kawan yang macam kawan saya tadi. Hehe.
Apa yang perlu dibuat bila dah last minute?
1. Jangan putus asa.
2. Jangan downgrade diri sendiri.
3. Rapat dengan orang yang positif.
Dan 3 perkara paling penting yang perlu dibuat sebagai seorang pelajar:
1. Minta maaf dengan semua cikgu.
2. Minta maaf dengan mak ayah.
3. Minta maaf dengan Allah (Ini paling utama)
Kerana tip terbaik untuk berjaya dunia akhirat ialah keberkatan.
Muhasabah, adakah hidup kita sudah cukup berkat?
Ada cerita sikit yang saya nak tambah;
Kalau nak tahu, kawan saya itu dapat 10A+ dan 1A untuk SPM 2013. (Sikit lagi nak 11A+) Dan sekarang ini dia melanjutkan pelajaran di Jepun dengan jayanya. Subhanallah. Saya doakan sahabat saya itu terus menerus berjaya hasil keberkatan dan kebaikan dia. Amin. Moga Allah kurnia Syurga buatmu sahabat!
Pengajaran yang boleh kita dapat ialah; JANGAN KEDEKUT ILMU dan JANGAN RASA NAK HEBAT SORANG2.
Last but not least, untuk pelajar SPM, kalau ada soalan SPM yang confirm bocor, mohon jangan ambil. Jujurlah kepada diri sendiri dan yakinlah Allah Maha Melihat. Amanahlah dengan kawan-kawan yang menghadapi peperiksaan SPM se-Malaysia. Soalan bocor nak tak nak HARAM untuk kita ambil. Jikalau soalan spot SPM oleh cikgu-cikgu, ok lagi. Soalan ramalan cikgu bagi itu takpe. Cuma jangan ambil bocor. Ini soal keberkatan juga.
Konlusinya ialah;
SPM bukan segalanya tetapi sebagai seorang pelajar SPM, buat masa ini SPM ialah perjuanganmu sebagai seorang Muslim kebanggaan Nabi. Oleh itu, buatlah sungguh-sungguh!
Amalkan ini: DUIT.
D- Doa.
U- Usaha
I- Istiqamah
T- Tawakal.
Moga Allah kurniakan kejayaan dan kurnia Syurga buatmu.
Moga bermanfaat.
Moga Allah redha!
Sumber: Facebook Aiman Banna
Sumber


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2019/03/peroleh-7a-dalam-spm-sedangkan-result.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendaftaran Pengajian Kemasukan Ke Mahsa College Sabah Campus Ambilan Mac 2019 Di Buka Untuk Pelajar Lepasan Spm 2018

Pendaftaran Pengajian Kemasukan Ke Mahsa College Sabah Campus Ambilan Mac 2019 Di Buka Untuk Pelajar Lepasan Spm 2018

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 1293 hits
PENDAFTARAN PENGAJIAN KEMASUKAN KE MAHSA COLLEGE SABAH CAMPUS AMBILAN MAC 2019 DI BUKA UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM 2018PENGAMBILAN PELAJAR SAINS KESIHATAN PERUBATAN MAC 2019 Informasi penting kepada lepasan SPM yang berminat dalam bidang Sain...
Spm 2018 Result Analisa Ranking Mrsm

Spm 2018 Result Analisa Ranking Mrsm

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 660 hits
SPM 2018 result Analisa Ranking MRSM Biasanya aku akan update pasal MRSM terlebih dahulu Kali ni aku taruk SBP dulu Sedih beb Tun Ghafar Baba masih mengungguli carta kebangsaan Beseri Tempat aku dulu nampaknya drop abisss Dari top 20 ke bot...
Spm Kerajaan Terengganu Tawar Biasiswa Kepada Empat Pelajar Cemerlang

Spm Kerajaan Terengganu Tawar Biasiswa Kepada Empat Pelajar Cemerlang

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 646 hits
KUALA TERENGGANU Kerajaan negeri menawarkan penajaan biasiswa kepada empat pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2018 yang diumumkan serentak seluruh negara hari ini Pelajar cemerlang tersebut Muh...
Pelajar Kutip Derma Sejak Dulu Asri Tanya Rahsia Pusat Tahfiz Terlepas Tindakan

Pelajar Kutip Derma Sejak Dulu Asri Tanya Rahsia Pusat Tahfiz Terlepas Tindakan

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 308 hits
Mohd Asri Zainul Abidin tertanya tanya rahsia kebanyakan pusat tahfiz yang mengeskplotasi pelajar mereka beroperasi sekian lama tanpa sebarang tindakan Simpati kepada anak anak yang masih remaja Tertanya kita apakah rahsia sehingga aktiviti...
Semua Dapat A Spm 2018 27 Pelajar Yik

Semua Dapat A Spm 2018 27 Pelajar Yik

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 386 hits
KOTA BHARU Seramai 27 pelajar sekolah Yayasan Islam Kelantan memperolehi kesemua A setiap mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2018 yang diumum hari ini Manakala pelajar yang memperolehi 9A hingga 12A seramai 120 orang ...
Result Spm 2018 Keluar Hari Ini

Result Spm 2018 Keluar Hari Ini

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 420 hits
Result SPM 2018 Keluar hari ini Alhamdulillah dan tahniah kepada pelajar SPM 2018 Keputusan SPM dah pun keluar hari ini Tahniah umi ucapkan kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang Penat lelah yang diusahakan selama ini berbaloi deng...
Tiada Pengalaman Mengambil Result Spm

Tiada Pengalaman Mengambil Result Spm

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 1251 hits
Assalamualaikum Hari ini adalah hari bersejarah buat adik adik yang telah mengambil peperiksaan SPM tahun 2018 Tahniah kepada adik adik tidak kiralah keputusan cemerlang atau tidak sebab mereka semua telah buat yang terbaik Cemerlang hari i...
Rahsia Buka Pintu Rezeki Paling Asas Memang Rugi Kalau Korang Tak Nak Ambil Tahu

Rahsia Buka Pintu Rezeki Paling Asas Memang Rugi Kalau Korang Tak Nak Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 400 hits
Ini adalah asas pintu rezeki Konsep rezeki ini adalah berdasarkan kejar akhirat dunia akan mengejar kita Semua orang mahu rezeki cuma bukan semua orang sanggup nak buat perkara yang buka pintu rezeki Kebanyakan kita menganggap usahalah yang...
Graduan India Paling Teruk Didiskriminasi Dalam Permohonan Kerja

Graduan India Paling Teruk Didiskriminasi Dalam Permohonan Kerja

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 499 hits
KEADILAN DAILY Lepasan universiti berbangsa India paling teruk didiskriminasikan dalam permohonan kerja di sektor swasta demikian dapatan firma kajian sains sosial dan tingkah laku The Centre for Governance and Political Studies Cent GPS me...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner