Perokok Tidak Serik Denda Dan Statistik Kematian



Tabiat merokok adalah aktiviti negatif yang membawa impak buruk kepada kesihatan dan tubuh badan seseorang. Dilaporkan kira-kira 10,000 penduduk negara ini mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan rokok seperti kanser, angin ahmar dan kardiovaskular.

Berdasarkan kajian, dalam sebatang rokok ada kira-kira 4,000 jenis bahan beracun yang disedut ke dalam tubuh ketika seseorang itu merokok. Antara kandungan asap rokok yang memudaratkan dan membahayakan ialah tar, nikotin dan karbon monoksida.

Menurut laporan terbaru WHO, di samping peningkatan cukai rokok, peningkatan harga rokok sehingga 10 peratus juga diharap mengurangkan peratusan penggunaan rokok di antara empat dan lapan peratus setahun. Usaha ini hendaklah dilaksanakan tanpa sebarang kompromi agar statistik penggunaan rokok dapat dikurangkan segera.

Artikel 6 Rangka Kerja Konvensyen Mengenai Kawalan Tembakau (FCTC) iaitu perjanjian perundangan antarabangsa berdasarkan kepada bukti saintifik berkaitan kawalan hasil tembakau menunjukkan keberkesanan langkah dan usaha kerajaan mengurangkan penggunaan rokok di negara ini melalui strategi serta aplikasi langkah tegas percukaian dan kawalan harga rokok.

Peningkatan percukaian dan penetapan harga minimum rokok diyakini dapat mengurangkan serta mengekang permintaan terhadap bahan beracun dan berbahaya itu terutama di kalangan remaja dan pelajar yang dilihat semakin ramai terjebak ke dalam kancah penagihan rokok dewasa ini.

Kajian mendapati, seorang daripada setiap dua lelaki dewasa di negara kita yang berusia antara 25 hingga 64 tahun adalah perokok.

Jumlah yang direkodkan di negara kita ini amat tinggi berbanding negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Singapura dan negara Kesatuan Eropah.  Di Amerika Syarikat, hanya 35 peratus penduduknya merokok, manakala di United Kingdom (UK), 38 peratus rakyatnya merokok.

Di samping itu, di AS, jumlah kematian akibat barah paru-paru iaitu penyakit utama kesan daripada merokok, meningkat hampir lima kali ganda dari 1945 hingga 1975. Menurut statistik WHO pula, jumlah kematian akibat merokok di seluruh dunia dijangka mencapai 10 juta orang pada 2020.

Perangkaan ini begitu menggerunkan dan perokok sedia ada perlu menghentikan aktiviti buruk mereka dengan kadar segera agar mereka tidak mati sia-sia.

Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada setiap 31 Mei di seluruh dunia, menuntut kerajaan melalui agensi bertanggungjawab, NGO, pihak media dan masyarakat secara keseluruhannya perlu berganding bahu menyokong usaha, kempen dan gerakan antimerokok di seluruh negara.

Tindakan tegas ke atas syarikat pengeluar dan pemodal rokok serta golongan perokok itu sendiri melalui pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang adalah perlu bagi mengelak gejala ini berpanjangan.

Seksyen 11(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 melarang tegas aktiviti merokok di dalam pusat hiburan atau teater; hospital atau klinik; lif atau tandas awam; tempat makan atau kedai berhawa dingin; dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam; dalam mana-mana bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta; lapangan terbang; premis kerajaan; dewan orang ramai; institusi pendidikan; taman asuhan kanak-kanak; dan dalam bas sekolah.

Di samping itu larangan merokok juga diwujudkan di kaunter perkhidmatan dalam bank dan institusi kewangan, Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Pos Malaysia Berhad; di kompleks beli- belah; kawasan stesen minyak; dalam stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium; dalam bangunan awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan; dalam perpustakaan; dan kafe internet.

Jika didapati bersalah dan disabitkan, maka denda tidak melebihi RM10,000 boleh dikenakan atau hukuman penjara tidak melebihi tempoh dua tahun boleh dijatuhkan oleh mahkamah.

Denda dan hukuman yang lebih tinggi hendaklah dikenakan sekiranya berlaku penyelewengan, manipulasi harga dan penyalahgunaan rokok di samping penerapan kaedah kaunseling dan kempen kesedaran nilai murni kepada perokok tegar bagi mengekang tabiat ketagihan ini di negara kita.

Kaedah perubatan dan pemulihan moden serta tradisional bagi mengurangkan ketagihan dan menyekat aktiviti negatif ini perlu dipertingkatkan lagi melalui kajian dan R&D di bawah seliaan dan bantuan dana penyelidikan kerajaan dan pihak swasta.

Inovasi dan penciptaan ubat penawar kepada masalah ini amat perlu dilaksanakan segera. Pengalaman dan kaedah komprehensif negara maju seperti AS dan Eropah yang berjaya membasmi serta mengurangkan aktiviti penagihan ini hendaklah dipelajari dan diberi perhatian oleh semua pihak.

Kerajaan mengambil beberapa langkah untuk membendung tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia, seperti menaikkan tarif produk tembakau dan larangan penjualan paket kecil 14 batang rokok dan kurang.

Turut diharamkan ialah iklan dan poster rokok di tempat awam termasuk kedai kopi dan pasar mini, di samping tidak membenarkan syarikat tembakau menaja kejohanan bola sepak sejak 2004 dan perlumbaan Formula One (F1) sejak 2005.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/fdq.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Smrt Menghadapi Denda 1 9 Juta Untuk Kematian Dua Pelatih Dan Kejadian Banjir

Smrt Menghadapi Denda 1 9 Juta Untuk Kematian Dua Pelatih Dan Kejadian Banjir

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 242 hits
SMRT menghadapi denda 1 9 juta untuk kematian dua pelatih dan kejadian banjirSINGAPURA Operator kereta api SMRT menghadapi denda berjumlah 1 9 juta bagi dua insiden dalam tempoh dua tahun yang lalu yang mengganggu perkhidmatan kereta api Sa...
Bila Kematian Awie Wings Digembar Gemburkan

Bila Kematian Awie Wings Digembar Gemburkan

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 214 hits
Awie Masih Hidup Tidak Terbabit Dengan Kemalangan jalanraya KUALA LUMPUR Penyanyi Awie masih hidup dan baharu sebentar tadi BH Online menghubunginya menerusi aplikasi WhatsApp BH Online menghubungi Awie berikutan laporan yang tersebar dalam...
Beberapa Fakta Tentang Kematian

Beberapa Fakta Tentang Kematian

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 368 hits
Berikut adalah sejumlah fakta tentang kematian yang terjadi di seluruh dunia 1 Dalam waktu tiga hari setelah kematian enzim enzim yang dicerna setelah makan malam akan mulai makan tubuh mayat Ruptur sel menjadi makanan bakteri untuk hidup d...
Hukum Meraung Dan Meratapi Kematian

Hukum Meraung Dan Meratapi Kematian

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 193 hits
Dalam memperkatakan mengenai meratapi kematian menangis dan meraung dengan kuat sehingga mencarik carikkan pakaian dan mencakar cakar muka hukumnya adalah HARAM Sabda Rasulullah s a w yang bermaksud Bukanlah dari kalangan umatku orang yang ...
Siasatan Awal Punca Kematian Tiga Beranak Lemas Di Dalam Sungai Arau Tiada Unsur Jenayah

Siasatan Awal Punca Kematian Tiga Beranak Lemas Di Dalam Sungai Arau Tiada Unsur Jenayah

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 451 hits
Ketiga tiga mayat anak beranak yang ditemui maut kelmarin dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk dibedah siasat semalam Foto MUHAMAD IQBAL ROSLI Kosmo KANGAR Bedah siasat yang dibuat oleh tiga pakar forensik terhadap tiga maya...
Erdorgan Sedia Beri Kenyataan Kematian Jamal Khashoggi

Erdorgan Sedia Beri Kenyataan Kematian Jamal Khashoggi

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 254 hits
ISTANBUL 21 Okt Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan memaklumkan beliau akan membuat kenyataan berhubung pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi dalam mesyuarat bersama dengan ahli parti AK di Parlimen Selasa Saya akan membuat kenyataan berkaita...
Tips Mengurangi Resiko Kematian Burung Kenari Pada Masa Perkawinan

Tips Mengurangi Resiko Kematian Burung Kenari Pada Masa Perkawinan

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 290 hits
Hallo sobat penggemar burung kenari di Indonesia tahukah anda bahwa saat ini sudah sangat banyak sekali penggemar burung kenari Bahkan bisa dibilang burung kenari peminatnya terbanyak dan berada di urutan teratas Karena mengingat kenari ada...
Malaysia Towards Icerd Ratification Kematian Perkara 153 Semakin Hampir

Malaysia Towards Icerd Ratification Kematian Perkara 153 Semakin Hampir

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 593 hits
Malaysia Towards ICERD Ratification Kematian perkara 153 semakin hampir Ingat tak den pernah tulis pasal ucapan perbahasan daripada YB Batu kawan yang yang menegaskan mengenai aspek Human Rights dalam perbahasan menyokong usul dasar hala tu...
Kronologi Pembakaran Polsek Bendahara Buntut Kematian Tersangka Narkoba

Kronologi Pembakaran Polsek Bendahara Buntut Kematian Tersangka Narkoba

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 210 hits
Kapolsek sudah dicopot langsung oleh Kapolda saat ini masih diproses mereka semua dia menandaskan
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien