Pernahkah Terfikir Berapa Kali Perlu Mandi Dalam Sehari Ini Jawapannya Berdasarkan Jenis Kulit


Mempunyai tubuh badan yang sihat adalah impian bagi semua orang. Dengan badan yang sihat, aktiviti seharian dapat berjalan tanpa sebarang masalah.
Antara langkah paling mudah untuk menjaga kesihatan adalah dengan kerap membersihkan diri, iaitu mandi. Tapi bila disebut kerap, pernah terfikir tak berapa kali sebenarnya anda perlu mandi sehari? Ada kaitan tak dengan kulit anda?
Ikuti kupasan dan jawapan daripada Hello Doktor dibawah.
Berapa kalikah anda mandi dalam sehari? Atau anda mandi hanya apabila perlu? Pernahkah anda terfikir berapa banyak kalikah anda perlu mandi dalam sehari?
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, jangan malu untuk teruskan bacaan anda melalui artikel ini. Mungkin selepas ini boleh mengubah tabiat lama anda.
Mandian mengikut jenis kulit Setiap individu memiliki jenis kulit yang berbeza, dan setiap kulit yang berbeza ini boleh berubah keadaannya bergantung kepada cuaca dan persekitaran. Ada individu yang memiliki jenis kulit yang normal, tetapi ada juga yang memiliki jenis kulit yang agak kering. Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai jenis kulit kering, kulit mereka akan menjadi lebih kering pada musim sejuk jika mandi dengan kerap. Tahu mengapa?
Sebenarnya, mandian yang terlalu kerap akan menanggalkan lapisan minyak semula jadi yang terdapat pada permukaan kulit. Minyak ini berfungsi sebagai lapisan perlindungan yang mengekalkan kelembapan kulit daripada menjadi kering akibat persekitaran luar kulit. Bukan sahaja kekerapan mandi akan mempengaruhi hal ini, malah waktu mandi dan suhu air turut boleh menjejaskan kelembapan kulit.
Kenapa tidak boleh mandi terlalu lama? Anda sebenarnya tidak digalakkan untuk mandi terlalu lama. Cukup sekadar beberapa minit untuk menghilangkan kekotoron dan terus keluar dari bilik mandi anda. Mandian yang terlalu lama sehingga menjangkau 20 atau 30 minit boleh menanggalkan lapisan minyak semula jadi kulit anda atau juga disebut sebagai ‘sebum’. Selain itu, anda disarankan untuk mandi dengan menggunakan air bersuhu suam atau pada suhu bilik. Air mandian yang terlalu sejuk atau panas sangat tidak digalakkan. Saranan ini juga adalah atas satu sebab yang sama; lapisan minyak semula jadi kulit.
Bagaimana hendak menentukan kekerapan mandian harian? Sebenarnya, tiada bilangan khusus untuk mandian yang ideal. Kuncinya adalah anda perlu mengenal pasti diri anda sendiri. Apakah jenis kulit anda dan keadaan semasa diri anda. Bagi mereka yang banyak terlibat dengan kerja-kerja fizikal dan luar bangunan, anda mungkin perlu lebih kerap mandi berbanding mereka yang bekerja di dalam ruangan berpendingin hawa. Individu yang bekerja di kawasan beriklim tropika yang terkenal dengan cuaca hujan dan panas, anda perlu lebih kerap mandi berbanding mereka yang tinggal di kawasan yang sejuk. Kenapa? Kerana cuaca yang panas dan lembap menjadikan anda lebih berpeluh dan berbau.
Kerap peluh, kerap mandi Bagi mereka yang bekerja di kawasan yang agak terdedah kepada kekotoron dan mereka yang kerap berpeluh, anda disarankan untuk mandi dengan lebih kerap terutamanya apabila baju anda sudah mula dibasahi cucuran peluh. Peluh boleh merengsakan kulit, dan sekiranya anda membiarkan tubuh badan dibasahi peluh dalam waktu yang lama, ia akan mendedahkan anda kepada risiko jangkitan bakteria atau kulat. Anda juga boleh mendapat penyakit kulit yang dipanggil ‘dermatitis neglecta’ sekiranya anda tidak mandi berminggu-minggu atau berbulan-bulan.
Bagi mengelakkan kekeringan kulit setelah mandi, sapukan pelembap pada kulit anda. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan kekeringan. Bagi mereka yang selalu berpeluh pula, tidak perlu ‘berlagak’ seperti anda berada di negara-negara bermusim sejuk dengan tidak mandi dalam sehari. Kami hanya kasihankan rakan sekerja anda, apatah lagi yang berada betul-betul bersebelahan dengan anda. Hendak ditegur busuk, risau terasa je.
Sumber: Hello Doktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/12/pernahkah-terfikir-berapa-kali-perlu-mandi-dalam-sehari-ini-jawapannya-berdasarkan-jenis-kulit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kulit Khinzir Berjaya Digunakan Untuk Merawat Mangsa Melecur Buat Pertama Kali

Kulit Khinzir Berjaya Digunakan Untuk Merawat Mangsa Melecur Buat Pertama Kali

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 348 hits
Di dalam dunia perubatan terdapat banyak usaha untuk mencari organ gantian kerana umum diketahui tidak banyak manusia yang menderma Oleh itu antara cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan menggunakan organ dari khinzir Terkini pen...
Dalam Sehari 5 Kali Ulang Cakap Anak Tak Ikut Baru Boleh Tunjuk Rotan

Dalam Sehari 5 Kali Ulang Cakap Anak Tak Ikut Baru Boleh Tunjuk Rotan

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 311 hits
Sikap tegas mak ayah bertukar garang sebenarnya kerana emosi Jika diikutkan tegas dan garang sangatlah ketara bezanya Dalam kamus istilah tegas bererti jelas terang dan lantang Manakala garang pula bermakna menyerang dengan buasnya atau mar...
4 Cara Kenal Pasti Jenis Kulit Wajah Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai

4 Cara Kenal Pasti Jenis Kulit Wajah Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 711 hits
4 Cara Kenal Pasti Jenis Kulit Wajah Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai Baru baru ni aku plan nak beli pencuci muka dekat satu website ni Tetiba aku jadi blur sekejap tak tahu nak pilih pencuci muka jenis apa sebabnya aku sendiri konfius...
10 Jenis Kain Yang Adem Di Kulit Cocok Untuk Cuaca Panas

10 Jenis Kain Yang Adem Di Kulit Cocok Untuk Cuaca Panas

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 253 hits
10 jenis kain ini memiliki bahan yang adem dan sejuk di kulit cocok untuk pakaian di cuaca panas Beberapa di antaranya adalah chambray dan cotton combed
Masih Ramai Yang Keliru Berapa Kali Anak Perlu Vaksin Ini Jadual Imunisasi Kkm 2019

Masih Ramai Yang Keliru Berapa Kali Anak Perlu Vaksin Ini Jadual Imunisasi Kkm 2019

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 693 hits
Masih kelirukah ibu bapa dengan jadual untuk bayi dan anak anda menerima imunisasi Kami kongsikan Jadual Imunisasi Kebangsaan yang diberikan secara percuma kepada warga Malaysia di klinik kesihatan kerajaan yang dikongsikan oleh Sebagai ibu...
Sikit Sikit Gaduh Gaduh Dengan Suami Ingat Balik Berapa Kali Cuci Tandas Rumah

Sikit Sikit Gaduh Gaduh Dengan Suami Ingat Balik Berapa Kali Cuci Tandas Rumah

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 712 hits
Kebersihan bilik air selalu dipandang ringan maklumlah jarang sekali kalau ada yang berkunjung ke rumah mahu menumpang guna tandas Biasanya orang lebih mementingkan kebersihan ruang tamu dan dapur tetapi sebenarnya tandas adalah ruang yang ...
Biarlah Kulit Tak Berapa Cantik Waktu Pregnant Asalkan Tak Salah Pakai Produk Beracun

Biarlah Kulit Tak Berapa Cantik Waktu Pregnant Asalkan Tak Salah Pakai Produk Beracun

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 455 hits
Wanita sememangnya sukakan kecantikan Mengandung mahupun tidak kecantikan adalah salah satu perkara yang dititikberatkan oleh kaum ibu Mahu tampil berkeyakinan serta memikat hati suami Mungkin ada sesetengah wanita hamil tidak suka melawa t...
2 Jenis Tikus Yang Paling Banyak Menyusahkan Rakyat Malaysia Di Kawasan Bandar

2 Jenis Tikus Yang Paling Banyak Menyusahkan Rakyat Malaysia Di Kawasan Bandar

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 488 hits
Kalau anda tinggal di kawasan bandar kat Malaysia ni agak pelik kalau tak pernah terserempak dengan tikus Kalau siang mungkin boleh diterima untuk tidak terserempak dengan tikus Walaupun di sesetengah tempat waktu siangpun ada banyak tikus ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord