Permulaan Menjual Servis Penulisan Ghostwriter


Teringat dulu, diawal menjual servis penulisan. Kata orang, susah nak menjual servis yang tidak nampak ni. Sekarang dipanggil dengan servis digital, tanpa hadir ke lokasi klien. Sekitar tahun 2020, saya aktif sebagai Copywriter sahaja. Yang mana, saya bantu pemilik bisnes dengan Copywriting media sosial. Iaitu ayat untuk buat bakal pelanggan membeli tanpa paksaan.
Di awal pembabitan, Copywriting adalah sumber kerezekian saya ketika itu. Sehingga hari ke- 28 saya bergelar seorang Ghostwriter. Dilantik sebagai penulis content di page Facebook klien . Bila mana dilantik sebagai penulis content di page, saya dibayar secara bulanan dengan 4 angka.
Hasil Reccomended rakan-rakanHilang arah sebagai Penulis ContentJanji Allah asbab dari kehilanganAllah dah tunjuk JalanSerius berbloggingPenulis Artikel SEOLamaran pertama daripada klien niche kesihatanJob tulis bersambungLeader kepada penulis di website pelangganMenjadi Content Writer websiteOptimize Artikel SEO di websiteMengapa artikel SEO tidak muncul di Google?Kesimpulan : Menjual servis penulisan lebih mudah Hasil Reccomended rakan-rakan Dengan izin Allah ketika itu, rakan saya yang juga mempunyai bengkel kereta. Beliau yang bantu saya reccomend servis kepada networking mereka.
Orang kata, Word Of Mouth ( WOM ) ni bagus. Betul lah tu, klien datang ke rumah saya terus close deal.
Memandangkan saya pernah bekerja sebagai kerani bengkel kereta ( baik pulih kereta dan pembekal tayar-tayar kereta ) dan sebelumnya pernah bekerja bahagian sparepart motor. Jadi, mereka tahu saya tidak pernah bosan dalam industri begitu.
Bahagian engine dan kerosakan kereta, saya tahu serba sedikit.
Hasil tersebut, saya dapat 2 orang klien dalam bidang automotif. Iaitu Servis kereta Continental dan tayar kereta.
Hilang arah sebagai Penulis Content Dalam tempoh hampir 2 tahun, selain niche automotif. Saya terlibat dengan klien lain seperti kedai dobi, restoran, tudung, dan produk kesihatan ( agent dan stokis ) .
Hilang arah, selepas saya keguguran pada tahun 2022 . Asbab tersebut, saya tolak kesemua job-job yang dapat ketika itu.
Janji Allah asbab dari kehilangan Kesedihan saya, kini digantikan dengan servis artikel SEO.
Rupa-rupanya, Allah dah susun jalan saya. Cumanya, saya tidak tahu ketika itu.
Nak dijadikan cerita, saya sebenarnya sudah aktif menulis pada tahun 2012 di blog. Ketika itu, saya masih bekerja dan masih menunggu untuk berhenti kerja sebagai kerani bengkel .
Dalam pada saya nak berhenti kerja. Saya jalankan bisnes secara part time. Iaitu menjadi agen produk-produk kesihatan yang viral ketika itu. Dari menjadi agen vitamin C, kolagen rumpai laut dan banyak lagi.
Allah dah tunjuk Jalan Saya menulis di blog nurimanqhaisara ketika itu, tapi asyik menjual. Masih tidak faham apa itu SEO.
Tapi, semangat ini yang membawa saya menulis.
Dari blog nurimanqhaisara, kemudian saya buat blog peribadi 3 site lagi. Bagi saya, menulis ini seronok. Sebab dapat menulis diari seperti pengalaman hidup sebagai seorang ibu dan isteri.
Serius berblogging Sekitar tahun 2017 jika tidak silap. Saya beranikan diri untuk menyertai Kelab Blogger Ben Ashaari ( KBBA9 ).
Antara team blogger yang popular ketika itu.
Disebabkan team tersebut popular, abang Ben Ashaari buat interview. Akhirnya, saya melepasi tapisan. Haha. Kelakar wei, ingatkan dah kena reject. Maklum lah, saya tidak cantik dan popular.
Namun, saya beritahu abang Ben. Skill saya boleh bawa klien untuk team Kbba dan selalu berkongsi kerezekian. Approved!
Masya-Allah. Terima kasih juga abang Ben. Banyak dah job saya dapat daripada beliau. Paling saya ingat, job Teh Boh dan Event Champ. Sudi terima saya menjadi ahli sehingga sekarang ( artikel ditulis pada bulan September 2025 ). Cumanya, saya dah tak buat kerja blogger. Hanya share rezeki sahaja kepada team ( jika klien berminat dan mempunyai bajet khas ).
Saya doakan abang Ben sekeluarga dalam rahmat allah serta rezekinya seisi keluarga tak putus-putus masuk.
Saya undur diri, sebab tidak selesa bila ke mana-mana. Ada yang DM cakap nampak saya ada di Mall. Rasa privacy terganggu tau. Itu belum lagi, ada yang cakap muka saya macam Nurul Izzah Anuar .
Jadi, biar sahaja saya jadi Ghostwriter atau penulis upahan sahaja. Biar orang tidak mengenali saya, tapi dalam diam bantu usahawan bangunkan content di website sebagai penulis artikel SEO.
Penulis Artikel SEO Disebabkan saya sering menulis artikel di blog peribadi. Saya dilamar oleh klien menerusi email.
Lamaran pertama dengan job 90 artikel SEO.
Dalam tempoh tersebut, saya memang dah stop ambil job sebagai penulis content dan Copywriting media sosial. Bagi saya, semangat telah hilang bersama kerjaya ketika itu.
Mungkin ada yang cakap saya bodoh, sebab tinggalkan begitu. Ada banyak testimoni dan case study dalam servis berikut.
Namun, hati saya serius untuk menulis artikel di website.
Lamaran pertama daripada klien niche kesihatan Antara lamaran pertama saya adalah daripada niche kesihatan.
Klien jumpa saya menerusi artikel yang pernah ditulis. Syukur!
90 Artikel SEO, saya tidak mampu menulis keseorangan. Ini kerana deadline adalah 90 hari.
Ditambah pula, saya penulis artikel SEO yang baharu.
Saya tidak tahu rentak bagaimana kerja seorang penulis artikel menguruskan projek besar.
Jadi, saya berkongsi dengan rakan-rakan bloggers. Syukur!
Klien sudah diberitahu awal, bahawa penulisan tersebut adalah bersama.
Job tulis bersambung Selepas kejayaan 1 job, klien yang sama. Telah minta saya menulis artikel review dan copywriting kesihatan.
Seterusnya, tawaran artikel SEO dan copywriting daripada klien produk kecantikan.
Diikuti dengan projek kecil-kecilan seperti 10 artikel Islamik, teknologi seperti gajet, artikel pelancongan daripada syarikat, artikel mengenai zakat negeri, artikel dalam niche servis aircond dan lain-lain.
Leader kepada penulis di website pelanggan Oleh sebab pelanggan memang mahir dalam SEO. Cuma, pelanggan ketiadaan masa menguruskan artikel-artikel SEO di website.
Beliau mengupah saya untuk lakukan Research Keyword pada projek artikel yang bakal ditulis.
Seterusnya, saya menyerahkan keyword kepada para penulis dalam website pelanggan.
Beliau juga memberi saya peluang untuk menjadi penulis tamu .
Jika korang nak tengok artikel saya :
Rujuk contoh artikel SEO mengenai kesihatan . Ia mengenai ekzema di kaki dan rawatan sesuai . Artikel SEO seterusnya mengenai strategi pengusaha tadika iaitu 5 Hiasan dinding tadika dapat pengaruhi kanak-kanak . Menjadi Content Writer website Dalam tempoh 5 bulan, saya diberi kepercayaan sebagai Content Writer di website pelanggan. Niche tersebut adalah produk kesihatan farmasi. Syukur!
Artikel kesihatan dengan 1500 patah perkataan.
Saya terlibat dengan web developer. Jadi, teknikal SEO yang ringan juga saya bantu fix di website pelanggan.
Optimize Artikel SEO di website Selain dari menulis artikel-artikel SEO pelanggan.
Ini antara tugasan yang mencabar bagi saya.
Manakan tidaknya, saya perlu menganalisa kenapa 100 artikel daripada website pelanggan tiada dalam carian Google.
Mengapa artikel SEO tidak muncul di Google? Banyak yang saya perasan, pelanggan keliru tentang keyword dalam artikel.
Jadi, sebagai penulis artikel yang berpengalaman :
Saya optimize artikel sedia ada, supaya mesra pembaca dan artikel mesra SEO. Kebanyakan artikel yang ditulis jargon. Jadi, susah orang awam faham artikel tersebut. Artikel menggunakan tajuk peribahasa. Image tidak optimize. Banyak lagi kesalahan pada 100 artikel pelanggan, sehingga menjadikan spam. Setiap bulan, pelanggan mengupah saya untuk optimize artikel yang ada dalam website beliau.
Kesimpulan : Menjual servis penulisan lebih mudah Bagi saya, menjual servis penulisan lebih mudah jika tahu cara dan minat. Kena kuat mental dan fizikal juga.
Dahului dengan personal branding jika mahu teruskan servis secara digital.
Buat networking sekiranya mahu dapatkan klien secara fizikal.
Selain kenalan, networking juga boleh dibina dengan menyertai mana-mana kelas berbayar. Dari sini pun boleh dapatkan projek-projek penulisan.
Walau bagaimanapun, media sosial tetaplah perlu aktif untuk bina portfolio sebagai Ghostwriter .
Sehingga kini, saya mengambil upah menulis artikel SEO dan bangunkan content di website klien. Lain-lain kelas Basic SEO untuk owner bisnes yang mempunya website.
Perlukan servis tulis artikel di website? tekan pautan ini . Servis tulis artikel SEO : Azlina Ghostwriter
The post Permulaan Menjual Servis Penulisan Ghostwriter first appeared on Ghostwriter Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/permulaan-menjual-servis-penulisan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=permulaan-menjual-servis-penulisan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kotak Packaging Custom Rahsia Tarikan Visual Yang Buat Produk Lebih Menjual

Kotak Packaging Custom Rahsia Tarikan Visual Yang Buat Produk Lebih Menjual

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1388 hits
Dalam dunia bisnes hari ini kotak packaging custom bukan sekadar pembungkus produk semata mata Ia adalah senjata branding yang mampu mempengaruhi keputusan pembelian pelanggan Packaging yang menarik bukan sahaja melindungi produk malah bole...
Pitch Your Startup To Investors

Kotak Packaging Custom Rahsia Tarikan Visual Yang Buat Produk Lebih Menjual

Perak Masjid Ubudiah Kuala Kangsar 2025

Surah Al Kahfi Al Mulk Atau Yassin Dalil Kelebihan Bacaan Hari Jumaat

Betul Ke Kat Bawah Sungai Amazon Ada Sungai Lagi

Tular Video Bella Astillah Bersalam Dengan Ibu Syed Saddiq Netizen Persoal Cara Salam

Malaysia Sarong Music Run 2025 Edisi 2 0 Kembali Dengan 40 000 Kuih Muih Tradisional

Malaysia Day More Than A Holiday Less Than A Celebration


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Paper Bowl Printing Pilihan Praktikal Stylish Untuk Produk Makanan Panas Sejuk

Pm Anwar Gesa Isu Sempadan Thailand Kemboja Dibawa Ke Meja Rundingan Melalui Jbc

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Amira Othman Tak Pernah Terlintas Dalam Hati Saya Cemburu Dengan Rezeki Kakak

Rakaman Video Nahas Ufo Dimuat Naik Di Arkib

Kerjasama Pas Bersatu Berisiko Terburai

Pm Anwar Mahu Pemulihan Prasarana Bantuan Mangsa Banjir Sabah Disegerakan