Permohonan Young Talent Development Programme Mara
PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MUDA MARA @ YOUNG TALENT DEVELOPMENT PROGRAMME (YTP) 2022
Permohonan Young Talent Development Programme (YTP) dibuka kepada pelajar cemerlang SPM 2021 untuk melanjutkan pengajian tinggi bermula peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.
Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang ditetapkan.
Berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan dan cara semakan permohonan.
Apakah Young Talent Development Programme @ YTP MARA?
Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar
cemerlang lepasan SPM 2021 bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar
negara.
Ujian psikometrik secara atas talian dijalankan semasa pemohon mengisi permohonan Program YTP MARA.
Pastikan pemohon telah menduduki ujian psikometrik tersebut sebelum menghantar permohonan.
SYARAT UMUM
Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.Lulus pemeriksaan kesihatan.
SYARAT KHUSUS
Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2021.Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan.
Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.
Baca juga:
Jumlah Pinjaman Yang Akan Diterima
Pinjaman pelajaran di peringkat persediaan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan.Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung. Pinjaman pelajaran akan diteruskan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Baca juga:
Tarikh Permohonan YTP MARA 2022
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal MARA http://www.mara.gov.my mulai 17 Jun 2022 (Jumaat) hingga 27 Jun 2022 (Isnin).
Cara Permohonan
Layari Portal MARA http://www.mara.gov.myPemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu di pautan https://myeduloan.mara.gov.my/v2/ sebagai
pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.Pemohon dikehendaki melengkapkan maklumat permohonan seperti berikut:i. Maklumat peribadi dan keluargaii. Cadangan Pengajianiii. Ujian Psikometrikiv. Perakuan keterangan
NOTA:
Senarai kursus, bidang dan Institusi Pengajian Tinggi terpilih yang ditetapkan oleh pihak MARA boleh dirujuk di dalam syarat kelayakan program yang diletakkan di Portal MARA.
Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini pilihan kursus dalam tempoh ditetapkan setelah keputusan peperiksaan SPM diumumkan.
Semakan Keputusan
Semakan Keputusan Young Talent Development Programme (YTP) MARA 2022 akan diumumkan selepas selesai sesi pemilihan dan saringan.
Bagi calon yang memohon, sila ambil maklum dan buat semakan pada hari keputusan diumumkan kelak.
Link semakan: https://www.mara.gov.my/
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim yang disediakan atau emelkan kepada
[email protected]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/ytp-mara-young-talent-development-programme/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ytp-mara-young-talent-development-programme