Permohonan Orang Kurang Upaya Oku


PERMOHONAN ORANG KURANG UPAYA OKU (Cara Daftar Kad)

Jika anda ingin tahu tentang cara-cara untuk membuat pendaftaran orang kurang upaya (OKU), berikut adalah perkongsian tentang PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA.
 
APA TUJUAN PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA?
Pendaftaran OKU adalah bertujuan seperti berikut:
Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program dan perkhidmatan berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi serta latihan; Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU; dan Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian/ketidakupayaan mereka.  
DEFINISI OKU
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”.
 
JENIS PENDAFTARAN
Terdapat beberapa jenis pendaftaran, berikut adalah jenis pendaftaran OKU:
PENDAFTARAN BAHARU OKU
Pendaftaran baharu adalah permohonan pendaftaran OKU dibuat kali pertama.  Permohonan pendaftaran memerlukan dokumen seperti berikut:
Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya Pindaan 2019 (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC)  sahaja atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR) sahaja samada dari hospital/klinik kerajaan atau hospital/ klinik swasta; Satu (1) salinan sijil kelahiran/ MyKid/ MyKad; Satu (1) keping gambar berukuran pasport bagi pemegang Sijil Kelahiran/ MyKid. PENDAFTARAN SEMULA
Pendaftaran semula adalah pendaftaran yang dibuat semula bagi pemegang Kad OKU lama yang berdaftar sebelum tahun 2011. Pemohon perlu melengkapkan BPPOKU Pindaan 2019.
Pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan adalah diperlukan bagi kes-kes seperti berikut sahaja:
Semua kategori OKU yang tidak dinyatakan sub kategori di mana-mana laporan bertulis.  Maklumat diperlukan bagi tujuan mengemaskini sub kategori dalam Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU);
OKU fizikal yang mempunyai ketidakupayaan yang tidak jelas
 
PERUBAHAN KATEGORI DAN SUB KATEGORI OKU
Bagi perubahan kategori / sub kategori OKU pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register (NSR) dari Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/ Klinik Swasta.
 
PENGGANTIAN KAD
Permohonan penggantian Kad OKU adalah untuk keadaan seperti berikut:
Kad OKU rosak/ hilang Perubahan alamat di mana pemohon perlu menguruskan pertukaran alamat dalam Kad Pengenalan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pertukaran pada Kad OKU; dan Cetakan sub kategori pembelajaran pada Kad OKU bagi OKU pembelajaran yang telah dinyatakan sub kategori dalam SMOKU atau di mana-mana laporan bertulis Penggantian Kad tidak memerlukan pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan.  
KATEGORI OKU
Terdapat tujuh (7) kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti berikut:
KURANG UPAYA PENDENGARAN
Bilateral hearing loss Kurang upaya Pendengaran diambil kira sekiranya: Tahap pendengaran ≥40dBHL (dewasa) di telinga yang lebih baik berdasarkan purata 4 frequensi: (500Hz, 1KHz, 2KHz, 4KHz) Tahap pendengaran ≥ 30dBHL (kanak-kanak) di telinga yang lebih baik berdasarkan purata 4 frequensi: 500Hz, 1KHz, 2KHz, 4KHz) Single sided deafness (SSD) / Profound unilateral hearing loss Tahap pendengaran sangat teruk melebihi ≥ 91dBHL di sebelah telinga berdasarkan purata  4 frequensi: (500Hz, 1KHz, 2KHz, 4KHz) Kecacatan telinga kekal / sindrom berkaitan  telinga /sindrom berkaitan pendengaran contoh: microtia, atresia, anotia, Treacher Collins, Goldenhar syndrome etc. Lain-lain KURANG UPAYA PENGLIHATAN
Terhad di kedua-dua belah mata penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation Buta di kedua-dua belah mata penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixation di kedua-dua belah mata Buta di sebelah mata penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixation di sebelah mata Lain-lain gangguan penglihatan kekal Contoh : albanism KURANG UPAYA PERTUTURAN
Kecelaruan Pertuturan dan Bahasa/ Kecelaruan komunikasi kompleks (Complex Communication Disorders) Contoh : Kanak kanak : pediatric speech and language disorders Dewasa : Aphasia Berlaku apabila individu sukar untuk menghantar, menerima, memproses dan memahami konsep sesuatu sistem simbol secara lisan, bukan lisan atau maklumat grafik. (Termasuk berkaitan masalah Kelewatan Perkembangan (GDD), pendengaran, masalah berkaitan sindrom, Autisme, ADHD, Stroke , Kecederaan Otak  dan lain-lain berkaitan). Kecelaruan motor pertuturan (Motor Speech Disorder) Contoh : Apraxia, Dysarthria Kelemahan dan ketidakfungsian struktur dan otot yang menghasilkan bunyi pertuturan menyebabkan kadar, kelancaran dan kejelasan pertuturan terganggu. Kecelaruan Suara (Voice Disorders) Contoh : Dysphonia/ Aphonia Kualiti, kelangsingan dan kekuatan suara seseorang individu berbeza dari individu-individu lain yang mempunyai usia,jantina,budaya dan kedudukan geografi yang sama dengan individu tersebut. Kecelaruan kelancaran Pertuturan/Kegagapan (Fluency disorders) Contoh : Stuttering Cluttering Gangguan pada aliran pertuturan yang dicirikan oleh pengulangan, pemanjangan, sekatan dan hentian bunyi, perkataan dan ayat termasuk Spasmodic dysphonias dan Laryngeal tremor Kecelaruan Resonan (Resonance Disorder) Contoh :  Hypernasality Hyponasality Masalah kesengauan pertuturan disebabkan oleh gangguan pada mekanisma pengaliran udara berpunca dari keabnormalan struktur pertuturan saperti sumbing lelangit (Cleft Palate), sekatan, masalah neurologi kegagalan fungsi velofaringeal dan Oromandibular dystonia
KURANG UPAYA FIZIKAL
Limb Defect (Acquired / Congenital) Keadaan di mana berlaku  kehilangan separa atau sepenuhnya mana-mana bahagian anggota badan termasuk kehilangan: Tangan Kaki Jari tangan / jari kaki kehilangan mana-mana ibu jari atau kehilangan keseluruhan mana-mana dua (2) jari kehilangan mana-mana jari yang melibatkan tulang metacarpal/metatarsal. Spinal Cord Injury Kecederaan saraf tunjang akibat trauma atau bukan trauma yang menjejaskan fungsi otot, deria serta autonomik di bahagian bawah aras kecederaan. Strok Keadaan di mana berlaku kekurangan atau kehilangan fungsi secara tiba-tiba melibatkan pertuturan, otot, deria, kognitif atau lain-lain  sebahagian tubuh badan akibat kekurangan oksigen atau pendarahan di dalam otak. Kerdil (Achon-droplasia) Keadaan di mana ketinggian bagi seseorang adalah kurang daripada 142cm bagi lelaki dan kurang daripada 138cm bagi wanita. Traumatic Brain Injury Keadaan di mana berlaku kekurangan atau kehilangan fungsi secara tiba-tiba melibatkan pertuturan, otot, deria, kognitif atau lain-lain melibatkan sebahagian tubuh badan akibat kecederaan otak. Cerebral Palsy Keadaan kekal di mana berlaku masalah  pergerakan dan postur yang menghadkan aktiviti akibat  gangguan bukan progresif di bahagian otak .  Terbahagi kepada tiga (3) jenis seperti berikut: Hemiplegia Diplegia Quadriplegia Lain-lain Contoh Duchenne Muscular Dystrophy dan penyakit kronik yang menyebabkan kurang upaya fizikal. KURANG UPAYA PEMBELAJARAN
i.Global Developmental Delay (GDD)
Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:
Ringan Sederhana Teruk Keadaan di mana berlaku perkembangan lewat sekurang-kurangnya dua (2) standard deviation dalam sekurang-kurangnya dua (2) domain samada gross motor/fine motor, speech/language, cognition, social/personal atau activities of daily living bagi pemohon berumur kurang dari lima (5) tahun.
ii.Sindrom Down Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:
Ringan Sederhana Teruk Berpunca dari kecelaruan kromosom yang terlebih iaitu pada kromosom 21.
iii.  Attention Defisit Hyperactivity Disorder (ADHD)
Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:
Ringan Sederhana Teruk Kesulitan sepanjang hayat yang melibatkan tahap tumpuan serta kawalan impuls.
iv.Autisme (Autism Spectrum Disorder)
Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:
Ringan Sederhana Teruk Autisme merupakan gangguan neurologi yang memberikan impak negatif kepada kanak-kanak dari segi kemahiran interaksi sosial dan imaginasi.
v.Intelektual
Terbahagi kepada tiga (3) tahap seperti berikut:
Ringan Sederhana Teruk Kurang upaya intelektual merupakan kekurangan dari segi fungsi intelek (terencat akal / mental retardation) bagi kanak-kanak berumur lima (5) tahun ke atas.
vi.Specific Learning Disability (Specific LD)
Dyslexia : Perbezaan cara otak berfikir dalam menghubungkan simbol visual dan bunyi seterusnya mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira.
Dyscalculia: Keadaan yang mempengaruh keupayaan pemohon meguasai/memperoleh kemahiran arimetik.
Dysgraphia: Keadaan yang mempengaruh keupayaan skil motor halus pemohon seterusnya mendatangkan kesulitan membentuk huruf, menulis dan lain-lain.
vi. KURANG UPAYA MENTAL
i.Organic Mental Disorder yang serius dan kronik
Dementia in Alzheimer’s disease
Vascular dementia
Other mental disorders due to brain damage and dysfunction and to physical disease
 
ii.Schizophrenia, Schizotypal and Delusional Disorders
Schizoaffective Disorders;
Persistent Delusional Disorder; and
Other non organic psychotic disorders
 
iii.  Mood Disorder
Bipolar affective disorder;
Recurrent depressive disorder;
Persistent mood disorders; and
Other mood disorders.
iv.Severe Anxiety Disorder
Phobic Anxiety disorders (Fobia),
Panic disorder;
Generalized anxiety disorder;
Mixed anxiety and depressive disorder; dan
Obsessive Compulsive Disorder (OCD)
KURANG UPAYA PELBAGAI
Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities) bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan.
KOD BAGI KATEGORI OKU
DE – Pendengaran BL – Penglihatan SD – Pertuturan PH – Fizikal LD – Pembelajaran ME – Mental MD – Pelbagai DOKUMEN PENGENALAN SEMENTARA ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Dokumen Pengenalan Sementara OKU ialah dokumen yang dikeluarkan setelah permohonan pendaftaran OKU diluluskan.
Dokumen ini dikeluarkan atas permintaan OKU/ waris yang memerlukan dan sah dalam tempoh tiga puluh (30) hari sementara Kad OKU dicetak.
CARA PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA 2020 ONLINE
Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian atau muat turun borang permohonan melalui pautan di Borang Pendaftaran OKU. Isikan borang permohonan dengan betul dan lengkap. Sertakan dokumen sokongan seperti salinan sijil kelahiran atau Kad Pengenalan. SEMAKAN SYARAT PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA 2020
Antara syarat-syarat pendaftaran Orang Kurang Upaya adalah seperti berikut:
(a) Warganegara yang bermastautin di Malaysia
(b) Telah disahkan/ diperakui oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan/ Pakar Psikiatri atau Pakar Perubatan Swasta.
CARA BUAT RAYUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN OKU
Pemohon boleh membuat rayuan sekiranya permohonan pendaftaran OKU ditolak dengan mengemukakan surat permohonan kepada Ketua Pendaftar beserta laporan sosial pemohon untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Pendaftaran OKU di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MBOKU) bagi pihak Menteri untuk membuat keputusan.
CARA PEMBATALAN PENDAFTARAN OKU
Pendaftaran OKU terbatal apabila pemegang Kad OKU telah; meninggal dunia; atau terhenti menjadi OKU (telah pulih dan tidak lagi mengganggu kefungsian).
Waris/ pemegang Kad OKU hendaklah mengembalikan Kad OKU di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan.
 
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN OKU 2022 ONLINE
Anda boleh buat SEMAKAN ONLINE STATUS eBantuan JKM
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN OKU PINDAAN TERKINI 2019
SILA KLIK DI SINI UNTUK MENCETAK GARIS PANDUAN PENDAFTARAN OKU
 
ARTIKEL LAIN 
Baca tentang CARA PERMOHONAN STIKER/PELEKAT  OKU
The post PERMOHONAN ORANG KURANG UPAYA OKU (Cara Daftar Kad) appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/oku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bazaar Ramadhan Tempat Pelbagai Juadah Atau Kurang Pahala Puasa

Bazaar Ramadhan Tempat Pelbagai Juadah Atau Kurang Pahala Puasa

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 196 hits
kredit https www mstar com my Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat sahabat semua Sebut sahaja Bulan Ramadhan tidak lengkap dengan bazar Ramadhan Di bazar Ramadhan menyedia pelbagai jenis makanan dan minuman Tinggal membawa ...
Rupa Kuih Kole Kacang Kurang Seri Tapi Rasa Tu Ada

Rupa Kuih Kole Kacang Kurang Seri Tapi Rasa Tu Ada

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 181 hits
Payah ye nak cari kuih kole kacang sedap yang mencapai KPI tekak sendiri Nak jumpa kuih kole kacang pun payah inikan nak dapat kuih kole kacang sedap Kuih kole kacang terkenal di negeri Johor Sejenis kuih yang rare tapi ada penggemarnya Say...
Kalau Duit Kurang Dan Anu Tak Kuat Jangan Poligami Menyesal Sahaja Sebab Gold Dingger Tak Suka

Kalau Duit Kurang Dan Anu Tak Kuat Jangan Poligami Menyesal Sahaja Sebab Gold Dingger Tak Suka

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 135 hits
Gagal berlaku adil dalam poligami Iman Zulkarnain nasihat para lelaki jangan sengaja cari penyakitApril 9 2022 Meskipun pada awalnya Iman Zulkarnain yakin mampu berlaku adil semasa berpoligami dia akhirnya akur apabila sangkaan berkenaan me...
Anies Klaim Bangun 341 Kilometer Trotoar Di Jakarta Kurang Dari 4 Tahun

Anies Klaim Bangun 341 Kilometer Trotoar Di Jakarta Kurang Dari 4 Tahun

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 133 hits
Menurutnya ketika trotoar dibangun warga Jakarta menjadi terbiasa berjalan kaki Kegiatan jalan kaki katanya membangun kesetaraan
Kurang Makan Badan Lebih Sihat

Kurang Makan Badan Lebih Sihat

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 309 hits
Mengurangi makan dapat menyebabkan kesihatan badan Kebanyakan penyakit berasal dari banyak makan Apabila banyak makan maka lemak akan berkumpul di dalam usus dan urat akibatnya timbul bermacam macam penyakit sehingga terhalang untuk beribad...
Dah Kurang Cerita Best Kerap Promote Filem Lgbt Punca Netflix Hilang 200 000 Pelanggan Di Suku Pertama 2022

Dah Kurang Cerita Best Kerap Promote Filem Lgbt Punca Netflix Hilang 200 000 Pelanggan Di Suku Pertama 2022

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 333 hits
Syarikat penstriman dunia Netflix dilaporkan mengalami kejatuhan saham sebanyak 30 peratus pada Rabu sekali gus menyebabkan nilai pasaran syarikat itu yang berpangkalan di California merundum lebih 45 bilion dolar iaitu merosot hampir 60 pe...
Permohonan Program Khas Jpa Mara 2022

Permohonan Program Khas Jpa Mara 2022

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 211 hits
PERMOHONAN PROGRAM KHAS JPA MARA 2022 PROGRAM KHAS JPA MARA Permohonan adalah dipelawa kepada calon calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2021 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dalam b...
Permohonan Penang Future Foundation Pff 2022

Permohonan Penang Future Foundation Pff 2022

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 223 hits
PERMOHONAN PENANG FUTURE FOUNDATION PFF 2022 Pelajar yang berkelayakan boleh memohon bantuan pembiayaan pembelajaran melalui program biasiswa kerajaan negeri Penang Future Foundation Bagaimamana cara untuk membuat permohonan rogram inisiati...
Ramai Tidak Lepas Permohonan Rm10 000 Kwsp Ini Sebab Utamanya

Ramai Tidak Lepas Permohonan Rm10 000 Kwsp Ini Sebab Utamanya

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 223 hits
Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh Fasa Peralihan Ke Endemik sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID 19 Berapaka...
Maksud B60 Dan Perbezaannya Dengan B40

Showcase Misha Omar

Pac To Hold Inquiry Into Bayan Baru Sewage Treatment Plant Delay

Makanan Dari Bakal Kakak Ipar

Sabah Rep Implicated In Video Says He Was Just Joking

Gadis Maut Dua Penumpang Parah Kereta Bertembung Suv

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Lupakan Sakit Hati Nikmatilah Hidup Dengan Gembira


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Relatif Berdasarkan Perbandingan

Munas Iv Relawan Tik Indonesia Hani Purnawanti Lanjutkan Tongkat Estafet Kepemimpinan

Lelaki Pengsan Dipukul Bekas Teman Wanita

Berang Kena Kacau Warga Asing Korek Mata Lelaki Tempatan

Happy Birthday To Me 16 November 2024

Jepun S Coffin Cafe A Chill Spot To Unwind And Think About Life And Death