Perlukah Ibu Hamil Ambil Sebarang Vitamin Ataupun Suplemen Kesihatan Sepanjang Kehamilan


Perlukah ibu hamil mengambil sebarang vitamin ataupun suplemen kesihatan sepanjang kehamilan? Adakah bakal ibu masih tercari-cari apakah vitamin atau suplemen kesihatan yang sesuai semasa kehamilan?
Apabila disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan. Salah satu soalan yang sering ditanya oleh ibu hamil ialah berkaitan keperluan pengambilan vitamin atau suplemen kesihatan.

Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Justeru itu, ibu hamil dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan.
Walau bagaimanapun,terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalan kandungan. Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.
Apakah vitamin dan suplemen kesihatan yang penting bagi ibu hamil?
Secara amnya, ibu hamil disarankan mengambil vitamin dan suplemen mengikut keperluan dirinya atau saranan daripada doktor dan ahli farmasi. Beberapa vitamin dan suplemen yang biasanya perlu di ambil oleh ibu hamil adalah:
Asid Folik
Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.
Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil. Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.
Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor. Sebagai contohnya:
Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu. Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik. Ibu hamil yang menghidapi penyakit kencing manis. Zat Besi
Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.
Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.
Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.
Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.
Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.
Kalsium
Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
Biasanya suplemen ini akan diperskripsikan untuk wanita hamil yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka. Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).
Asid Lemak Perlu
Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Memandangkan omega-3 adalah sangat penting untuk bayi, adalah idea yang baik untuk berbincang dengan doktor sama ada ibu memerlukan suplemen tambahan yang mengandungi omega-3 ataupun tidak.
Vitamin D
Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan. Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka. Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.
Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.
Tips pengambilan vitamin dan suplemen
Sebelum membeli sebarang vitamin atau suplemen, baca label dengan teliti bagi memastikan dos dan kandungan yang tepat dan selamat dipilih agar sesuai dengan keperluan ibu.
Berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang penggunaan ubat serta gaya hidup bagi menentukan vitamin dan suplemen kesihatan yang terbaik dan selamat diambil.
Pastikan ibu hamil tidak mengambil sebarang vitamin atau suplemen kesihatan selain yang dicadangkan oleh doktor ataupun ahli farmasi.
Bagi mengelakkan loya, cuba ambil suplemen kesihatan pada waktu malam sebelum tidur. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil sebarang vitamin atau suplemen kesihatan selepas makan bagi mengurangkan iritasi dengan perut kosong.
Bincanglah dengan doktor atau ahli farmasi mengenai multivitamin khas untuk kehamilan. Ia seharusnya mengandungi asif folik, zat besi, vitamin D dan kalsium. Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin B seperti B6 dan B12, potassium, zink dan vitamin E.
Multivitamin bagi kehamilan tidak mengandungi retinol, iaitu vitamin A daripada sumber haiwan, kerana jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Ibu hamil juga perlu mengelakkan makanan yang mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi seperti hati dan juga produk berasaskan hati seperti minyak hati ikan (fish liver oil). Bagaimanapun, vitamin A boleh diambil dalam bentuk provitamin A, iaitu betakarotin yang diperolehi daripada sumber tumbuhan dan selamat untuk bayi.
Sumber: MyHealth Portal
The post Perlukah Ibu Hamil Ambil Sebarang Vitamin Ataupun Suplemen Kesihatan Sepanjang Kehamilan? appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/perlukah-ibu-hamil-ambil-sebarang-vitamin-ataupun-suplemen-kesihatan-sepanjang-kehamilan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Hipotiroid Hamil Dan Risiko Zuriat Rendah Iq

Ibu Hipotiroid Hamil Dan Risiko Zuriat Rendah Iq

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 197 hits
Terkejut Bertenang dahulu Kita rungkaikan satu persatu permasalahan ini Persoalan asas yang pertama APA ITU HIPOTIROID HIPOTIROID Keadaan di mana hormon tiroid tidak mencukupi GEJALA Pesakit hipotiroid mengalami simptom simptom yang berkait...
4 Vitamin Untuk Wanita Yang Digalakkan Untuk Menjaga Kesihatan Diri

4 Vitamin Untuk Wanita Yang Digalakkan Untuk Menjaga Kesihatan Diri

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 276 hits
Wanita adalah istimewa kerana mereka melalui banyak tahap perubahan sepanjang hidup mereka iaitu mengalami menstruasi hamil melahirkan menyusukan dan fasa menopause Sekali fikir hidup wanita memang rumit Tetapi itulah dia Maha Hebatnya Alla...
Vitamin Dan Suplemen Anak Anak Dengan Teknik Grounding

Vitamin Dan Suplemen Anak Anak Dengan Teknik Grounding

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 312 hits
Anak Kerap Tidak Sihat Dalam keadaan sekarang dan musim yang panas terik dan sejuk tak menentu memberi impak kepada kesihatan anak anak khususnya Dalam entry The post appeared first on
Ibu Moden Menggalakkan Anak Gadisnya Memasang Alat Pencegah Hamil Untuk Elak Hamil Luar Nikah

Ibu Moden Menggalakkan Anak Gadisnya Memasang Alat Pencegah Hamil Untuk Elak Hamil Luar Nikah

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 379 hits
Sebagai Bolgger saya ingin menegaskan bahwa saya bukan dokter atau ahli kesehatan Namun saya dapat memberikan beberapa saran umum yang sering direkomendasikan untuk mencegah kehamilan 1 Kontrasepsi hormonal Gunakan pil KB patch suntikan ata...
Elak Baring Duduk Saja Ibu Aktif Waktu Hamil Rendahkan Risiko Masalah Paru Paru Anak

Elak Baring Duduk Saja Ibu Aktif Waktu Hamil Rendahkan Risiko Masalah Paru Paru Anak

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 345 hits
Tak perlu senaman yang berat cukup hanya senaman ringkas setiap hari untuk mengekalkan tenaga ibu hamil sepanjang kehamilan Paling penting kecergasan tubuh ini juga buat ibu lebih bersedia untuk proses kelahiran kelak Rupanya bukan hanya ib...
Apa Kita Doa Memang Betul Betul Terjadi Doa Ibu Makbul Waktu Hamil Aisyah Hijanah Kongsi Tip

Apa Kita Doa Memang Betul Betul Terjadi Doa Ibu Makbul Waktu Hamil Aisyah Hijanah Kongsi Tip

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 239 hits
Jangan putus doa untuk anak anak kita kerana doa ibulah yang paling mujarab Selebriti media sosial Aisyah Hijanah turut berkongsi kuasa doa buat dua anaknya ketika dia hamil Menurut perkongsian Aisyah di Instagramnya dua anaknya Hassan dan ...
Ibu Hamil Dan Sakit Lutut

Ibu Hamil Dan Sakit Lutut

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 174 hits
1 Biasanya sakit lutut yang berlaku pada ibu yang hamil disebabkan oleh masalah yang dinamakan osteoarthritis 2 Osteoarthritis adalah masalah keradangan pada bahagian sendi lutut akibat penipisan tulang rawan yang berlaku secara beransur an...
Atasi Masalah Tekanan Emosi Dengan Essential Oils Bagi Ibu Lepas Bersalin

Atasi Masalah Tekanan Emosi Dengan Essential Oils Bagi Ibu Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 249 hits
Masalah Psikologi Sering Dihadapi Oleh Ibu Lepas Bersalin Tekanan emosi atau masalah psikologi boleh berlaku buat sesiapa sahaja yang mengalami masalah Masalah ini juga The post appeared first on
Hiburan Kita Tahu Awak Sangat Kuat Ubai Tak Dapat Tahan Sebak Bergambar Dengan Foto Ibu Ketika Di Majlis Akad Nikah

Hiburan Kita Tahu Awak Sangat Kuat Ubai Tak Dapat Tahan Sebak Bergambar Dengan Foto Ibu Ketika Di Majlis Akad Nikah

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 313 hits
Perkahwinan yang dinanti nanti antara penyanyi Shila Amzah dan jejaka pilihan pensohor media sosial atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini Pasangan itu sah bergelar suami isteri...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever