Perlu Ke Gunakan Flos Gigi


Flos gigi, jarang sekali orang nak buat. Betul tak? Fiza sendiri pun tak pernah gunakan lansung floss gigi ni sebab lebih suka memberus gigi selepas makan. Menggosok gigi tidak menjamin kebersihan gigi sepenuhnya walaupun menggosok gigi secara kerap. Masih ada kotoran dan sisa makanan pada celah gigi yang tidak boleh dicapai oleh berus

Sejak asyik berjumpa doktor gigi je tahun lepas. Tak delah asyik, kira rekod pedibadi juga setahun sampai 2-3kali jumpa doktor gigi. Kalau tak, setahun pun tak pernah selagi tak sakit gigi. Satu hari tu nak refilling gigi depan sebab rasa macam ada gap yang obvious. Sebelum ni tak berapa perasan sangat. Entahlah rasa gap tu tidak menyenangkan

Tapi doktor kata tak boleh nak rapatkan gap tu sebab perlu ada ruang antara gigi. Mungkin doktor ingat Fiza nak rapatkan gigi terus. Tak lansung! Fiza cuma nak rapatkan sikit untuk tak nampak obvious dan lebih cantik. Tapi doktor kata tak nampak sangat pun gap tu. Normal katanya. Kalau nak buat pun kena set date lain sebab ambil masa.

Takpelah dah tawar hati. Sebelum ni boleh je buat dan tak lama mana. Mungkin kali ni case berbeza. Katanya lagi kalau rapatkan nanti takut gusi bengkak. Ye, faham doktor. Dalam hati Fiza cakap"entah berapa kali nak cakap nak rapatkan sikit bukan terus tutup gap". Tapi entah macam mana nak fahamkan doktor dan doktor pun berkali kali cakap benda yang sama. Okay, mengalah je lah Fiza oii.. Doktor lebih tahu bab gigi ni. Sudahnya tak buat apa, cuma doktor polish gigi bahagian belakang tu sebab Fiza rasa macam tampalan tu retak sikit


Lagi satu, doktor berkali-kali beritahu setiap gigi perlukan jarak dan jarak itu sebaiknya jarak yang boleh beri ruang untuk floss. Ye faham doktor. Sebolehnya dia nak bagitau hal tu dengan case Fiza nak rapatkan sikit gap tu. Malas nak fahamkan doktor dan doktor pun cakap benda yang sama macam dia ingat Fiza pula tak faham. Ahh pening fikir. Nak taip pun rasa pening dah dengan cerita ni. Kau orang pening juga tak? Sorry

FLOS GIGIOkay berbalik pada flos gigi tu. Flos gigi ni rupanya seperti benang yang tahan lasak tidak mudah putus untuk membersihkan kotoran dan sisa makanan yang terlekat di celah-celah gigi



KEPENTINGAN FLOS GIGIMacam yang Fiza cakap tadi, berus gigi tak dapat capai setiap celahan gigi. Jadi, hanya flos gigi sahaja yang mampu membersihkan celahan gigi yang sempit tu. Penggunaan floss sangat berkesan dalam membersihkan dan mengeluarkan sisa makanan pada celahan gigi

JENIS-JENIS FLOS GIGIFlos berlilin atau tanpa lilinFlos berperisa atau tanpa perisaPita gigiSuper flosDental floss bertangkai (bentuk F dan Y)dan bermacam-macam jenis lagi. Fiza ikutlah saranan doktor gunakan flos gigi walaupun pesanan doktor tu seperti dah lama Fiza lupakan. Untuk permulaan, Fiza cuba guna flos berlilin dengan florida berperisa pudina


Harganya RM9.67 untuk 60meter. Berapa lama tahan kegunaan dia, Fiza tak pasti sebab baru je nak mula gunakan flos gigi ni. Siapa yang memang hari-hari guna floss gigi mungkin lebih tahu dan boleh komen di kotak komen nanti ye. Kekerapan menggunakan floss ni hanya sekali sehari sebelum tidur. Fiza gunakan tak terlalu panjang sebab nak jimat punya pasal. Kira cukup-cukup panjang benang nak lilit dua jari dan ada jarak tengah untuk bersihkan celah gigi nanti.

Cara floss gigi sangat mudah. Masukkan floss pada celahan gigi dan gerak atas bawah beberapa kali kemudian disekeliling permukaan gigi pada arasa garisan gusi. Kalau tak tahu caranya boleh tengok dekat youtube untuk lebih jelas. Yang penting, perlu sangat gunakan flos gigi ni untuk dapatkan gigi yang cantik dan sihat. Okay sekian bebelan pasal gigi hujung minggu ni



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azhafizah.com/2019/01/perlu-ke-gunakan-flos-gigi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Sendiri Biskut Untuk Anak Yang Mula Tumbuh Gigi Mudah Di Kunyah Resipi Lebih Jimat

Buat Sendiri Biskut Untuk Anak Yang Mula Tumbuh Gigi Mudah Di Kunyah Resipi Lebih Jimat

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 504 hits
Bayi yang mula tumbuh gigi boleh makan makanan jejari seperti biskut khas untuk bayi yang berumur 6 bulan keatas Pada usia ini bayi sudah boleh makan sendiri Tanda tandanya ialah apabila bayi sudah mula memegang makananya sendiri Ibu ibu pa...
Pemeriksaan Gigi Di Pusat Pergigian Uitm Sg Buloh

Pemeriksaan Gigi Di Pusat Pergigian Uitm Sg Buloh

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 974 hits
Assalamualaikum Awal bulan Januari lepas Fiza telah membawa anak bujang ke Pusat Pergigian UITM yang terletak di Sg Buloh Ini adalah lawatan pertama Fiza ke sini dan juga pengalaman pertama Thaqif bertemu doktor gigi UITM Dental CentreAmbil...
Obat Sakit Gigi Cespleng

Obat Sakit Gigi Cespleng

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 1864 hits
Resep JITU Assalamualaikum wr wbBerawal dari pngalaman pribadi sakit gigi g sembuh sembuh beberapa tahun yg lalu dapat ilmu dari seseorang Jika sakit gigi sudah kambuh rasa sakitnya bisa sampai ke ubun ubun Banyak hal yang tidak bisa kita l...
Saya Kumur Benda Nie Sa Kit Gigi Terus Hilang Sampai Sekarang Rileks Media

Saya Kumur Benda Nie Sa Kit Gigi Terus Hilang Sampai Sekarang Rileks Media

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 351 hits
Sa kit gigi berlaku pada semua peringkat umur Tidak kira kanak kanak mahupun orang dewasa kerap mengalami sakit gigi Kesakitan yang teruk boleh menyebabkan seseorang hilang fokus untuk melakukan tugas seharian Perkongsian oleh Yanti Adneen ...
Jika Ada Masalah Gigi Berlubang Kumur Air Kunyit Serius Korang Kena Cuba Petua Ini

Jika Ada Masalah Gigi Berlubang Kumur Air Kunyit Serius Korang Kena Cuba Petua Ini

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 447 hits
Jika Ada Masalah Gigi Berlubang Kumur Air Kunyit Serius Korang Kena Cuba Petua Ini Sakit gigi memang cukup menyeksakan Walaupun satu tempat yang bermasalah tetapi seluruh badan turut menerima kesannya Gusi menjadi bengkak rasa ngilu dan ber...
Isu Manogaran Spr Tiada Gigi Fakta Atau Auta

Isu Manogaran Spr Tiada Gigi Fakta Atau Auta

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 360 hits
SURUHANJAYA Pilihan Raya tiada gigi bukannya memilih mangsa Itu rakyat Malaysia jangan salah faham sehingga menuduh Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berat sebelah hanya kerana beliau dilantik ketika era kerajaan Pakatan Harapan Sebab itu sa...
15 Petua Cara Hilangkan Sakit Gigi Menurut Google

15 Petua Cara Hilangkan Sakit Gigi Menurut Google

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 803 hits
Sakit gigi merupakan satu masalah atau kesakitan yang tidak boleh dibendung dengan dipujuk oleh pasangan mahupun sesiapa saja Jangan buat hal dengan orang yang sedang merana dek sakit gigi silap hari bulan boleh kena tumbuk Kebiasaannya sak...
Braces Gigi Tersangkut Ketika Peluk Pengantin Lelaki

Braces Gigi Tersangkut Ketika Peluk Pengantin Lelaki

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 1412 hits
BAGI anda yang memakai braces atau pendakap gigi bagi mencantikkan susunan gigi yang tidak teratur atau mungkin hanya sekadar hiasan kejadian ini mungkin boleh dijadikan iktibar Dalam kejadian di sebuah majlis perkahwinan baru baru ini enta...
Waspada Jangan Sembarangan Pasang Behel Selain Di Dokter Gigi

Waspada Jangan Sembarangan Pasang Behel Selain Di Dokter Gigi

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 176 hits
Sehingga apabila seseorang ingin mencari solusi untuk merapikan giginya Irwin meminta agar masyarakat mencari dokter yang paling berkompeten di bidangnya Dia menambahkan ini tidak hanya berlaku untuk gigi tetapi juga yang lain
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi