Perlu Kajian Sebelum Buat Kenyataan Pibg


SHAH ALAM: Menteri Pendidikan perlu membuat kajian terperinci berhubung sesuatu perkara atau isu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ia membabitkan pelajar di seluruh negara.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau, Mohamad Khusyairi Abdul Aziz, berkata cadangan belajar berenang misalnya, ia disifatkan satu usul kurang bijak berikutan ia membabitkan kos dan tenaga pengajar.
“Sepatutnya menteri (Dr Maszlee Malik) membuat kajian terperinci sebelum membuat sesuatu kenyataan, kerana cadangan mengajar renang adalah bagus tetapi kurang bijak.

“Beliau perlu kaji kos pelaksanaan dan ia mungkin menjadi suatu beban kepada tenaga pengajar di sekolah.

“Banyak lagi perkara yang lebih penting demi masa depan pelajar di negara ini berbanding cadangan kelas renang itu.

“Sepatutnya beliau fokus hala tuju sistem pendidikan negara yang akan dibawa, adakah ke arah teknologi terkini atau pun kita masih di takuk lama,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Mohamad Khusyairi berkata, Menteri Pendidikan harus memberikan keutamaan kepada silibus pendidikan sesuai dengan perkembangan teknologi semasa.

“Contohnya, Korea 50 tahun dahulu mungkin setaraf dengan Malaysia tetapi hari ini mereka lebih jauh ke hadapan dalam bidang Teknologi Maklumat.

“Ini disebabkan perubahan dasar pendidikan mereka yang mengutamakan ilmu teknologi terkini diterapkan dalam sistem pendidikan mereka. Ini yang harus dicontohi oleh Menteri Pendidikan,” katanya.

Beliau berkata, Maszlee juga perlu mengkaji kelemahan sedia ada dalam sistem pendidikan negara dengan membuat penambahbaikan ke arah hala tuju negara yang lebih jelas.

“Silibus dalam mata pelajaran yang ada perlu penambahbaikan, contohnya belajar ‘coding’, ‘programming’ dan robotik.

“Kita kena hasilkan pelajar yang kreatif dan berinovasi yang boleh mencorakkan negara kita apabila mereka dewasa kelak,” katanya.

Semalam, NSTP melaporkan Kementerian Pendidikan akan berbincang dengan industri perhotelan berhubung keperluan menggunakan kolam renang mereka bagi pelajaran renang untuk pelajar sekolah yang akan diwajibkan kelak.

Maszlee berkata, ia sebagai tambahan terhadap apa yang diumumkan sebelum ini untuk menggunakan kemudahan kolam renang awam termasuk di kompleks sukan berhampiran sekolah.

Cadangan itu juga dibuat berikutan tidak semua sekolah ada kemudahan kolam renang atau berdekatan pusat kolam renang, namun hotel mempunyai prasarana kolam renang.

Sumber: Berita Harian

loading..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2018/11/perlu-kajian-sebelum-buat-kenyataan-pibg.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebelum Naik Flight Pergi Luar Negara Saya Dapat Kebenaran Doktor Almy Jawab Pertikaian Netizen

Sebelum Naik Flight Pergi Luar Negara Saya Dapat Kebenaran Doktor Almy Jawab Pertikaian Netizen

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 442 hits
Sebelum ini ada pertikaian mengenai Datin Almy Nadia yang pergi ke luar negara walaupun tengah sarat mengandung Apa yang jadi tanda tanya bagaimana Almy boleh lepas menaiki kapal terbang Almy menemani suaminya Datuk Fizz Fairuz untuk menjal...
Stadlen Tinggalkan Malaysia Sebelum Pru 14

Stadlen Tinggalkan Malaysia Sebelum Pru 14

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 328 hits
KUALA LUMPUR Bekas Pengarah Urusan Apco Worldwide Malaysia Paul Geoffrey Stadlen yang dicari bagi membantu siasatan skandal 1Malaysia DeveIopment Berhad telah meninggalkan Malaysia sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 Mei lalu Perkara itu disahk...
Bayaran Khas Rm500 Dibayar Sebelum Krismas Lim

Bayaran Khas Rm500 Dibayar Sebelum Krismas Lim

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 420 hits
MALAYSIAKINI Bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah yang dicadangkan dalam Belanjawan 2019 akan dibayar sebelum 25 Dis ini kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini Ini kali pertama kita bayar bonus pada tah...
Saya Dah Warning Sebelum Ini Syamsul Yusof Bersyukur Individu Sebar Filem Munafik 2 Di Media Sosial Didenda Rm100k

Saya Dah Warning Sebelum Ini Syamsul Yusof Bersyukur Individu Sebar Filem Munafik 2 Di Media Sosial Didenda Rm100k

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 540 hits
Saya Dah Warning Sebelum Ini Syamsul Yusof Bersyukur Individu Sebar Filem Munafik 2 Di Media Sosial Didenda RM100k Saya Dah Warning Sebelum Ini Syamsul Yusof Bersyukur Individu Sebar Filem Munafik 2 Di Media Sosial Didenda RM100k
Perhatikan 6 Cara Ini Sebelum Mantap Memilih Web Hosting Terbaik

Perhatikan 6 Cara Ini Sebelum Mantap Memilih Web Hosting Terbaik

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 369 hits
Hosting merupakan salah satu bagian penting yang harus dipilih secara seksama karena nantinya hosting akan
Quant Finance In 2026 The Age Of Hybrid Intelligence

Quantum Internet The Future Of Ultra Secure Communication

Khasiat Daun Asam Gelugur Menurunkan Kolestrol Dan Kawal Berat Badan

Yasin Tahlil Doa Selamat Kesyukuran

Anwar Heads To Indonesia For Annual Meet Abang Jo Hajiji In Tow

Pasaran Telah Memilih Strategi Menang Menang

Sukarkah Memohon Sijil Halal Jakim

Pengkhianat Dari Kalangan Penjawat Awam Ini Patut Diberi Hukuman Berat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bayi 15 Hari Antara 20 Kanak Kanak Diselamatkan Jkm Kehidupan Tanpa Penjaga Sah

29 July 1955

Akaso 360 Dilancarkan Era Baharu Penghasilan Kandungan Imersif Bermula

Masalah Tayar Kereta Tanda Tanda Cara Atasi

Resepi Kueh Teow Goreng Udang

Akan Turun Lebih Besar