Perlu Berusaha Keras 6 Selebriti Korea Ini Menghadapi Kehidupan Sukar Sebelum Popular
Setiap orang pasti akan ada kesusahan yang perlu dihadapi dalam kehidupan.
ARTIKEL BERKAITAN
Terpukau Dengan Kecantikan, Ini Antara 5 Pelakon Wanita Korea Mula Kerjaya Sebagai Model
Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 6 selebriti Korea yang menghadapi kesukaran dalam kehidupan sebelum menjadi popular.
Han Sohee
Ketika Han So-hee berumur 20 tahun, dia terpaksa berhijrah ke Seoul untuk mencapai impiannya menjadi seorang pelakon. Tidak mudah bagi pelakon cantik jelita itu untuk meneruskan kehidupan. Hal ini kerana, dia kekurangan duit untuk tampung kehidupan seharian dan kebetulan keluarganya juga ada masalah kewangan ketika itu.
Selepas mendapat banyak perhatian oleh seniman dunia hiburan, Han So-hee telah dilamar untuk berlakon di dalam muzik video ‘Tell Me What To Do’, yang dinyanyikan oleh SHINee. Dari situ, kerjayanya melonjak dengan cepat dan berjaya mendapat watak utama dalam K-Drama popular “The World Of The Married”.
Choi Daniel
Agak sukar bagi Choi Daniel, dia kehilangan ibunya ketika berusia 5 tahun. Membesar tanpa kasih seorang ibu adalah sangat sukar bagi seseorang, terutamanya ketika masih kecil. Choi Daniel dijaga oleh ibu saudara kerana bapanya tidak mampu untuk membesarkan anak dengan sempurna.
Di sekolah menengah, Choi Daniel mendapat pelbagai pekerjaan sambilan untuk menyara dirinya. Peranan besar pertamanya ialah di dalam K-Drama “High Kick Through the Roof”, di mana dia memenangi anugerah Pelakon Baharu Terbaik.
Seo Inguk
Seo In-guk memulakan kerjayanya sebagai penyanyi. Dia adalah peserta dalam program pertandingan nyanyian terkenal yang dipanggil “Superstar K.” Dalam rancangan itu, penonton bersimpati dengan Seo In-guk kerana kelihatan seperti dia sedang menjalani kehidupan yang sangat sukar. Selepas memenangi rancangan itu, kerjaya Seo In-guk mula meningkat naik dan berjaya mencipta nama dalam industri lakonan. Dia ditawarkan untuk membintangi siri klasik “Reply 1997.”
Park Bogum
Sama seperti Choi Daniel, Park Bo-gum kehilangan ibu tercinta ketika dia masih kecil. Menjadi sukar untuk bapanya apabila terpaksa menjaga Park Bo-gum dan dua orang lagi adik beradiknya seorang diri. Tambah susah, dia telah diisytiharkan bankrap pada umur yang masih muda iaitu ketika awal 20-an.
Dia bermain piano pada masa itu dan mempunyai aspirasi untuk menjadi penyanyi serta penulis lagu. Tetapi dia memutuskan untuk menceburi bidang lakonan dan berjaya mencipta nama dalam industri ini.
IU
Lain pula dengan IU, keluarganya mempunyai masalah sehingga dia dan adik lelakinya terpaksa tinggal berasingan daripada ibu bapa mereka. IU dan adiknya tinggal bersama neneknya selama lebih setahun di dalam sebuah bilik yang sangat kecil. Semasa sekolah menengah, IU menemui bakat semula jadinya untuk menyanyi. Dia menghadiri pelbagai pertandingan dan uji bakat sehingga dia mendapat tawaran untuk berada di bawah LOEN Entertainment.
Sejak itu, dia terus mengeluarkan single, EP dan album serta mengadakan konsert untuk peminatnya di seluruh dunia. Selain mempunyai bakat menyanyi, IU juga menceburi bidang lakonan dan telah mendapat banyak watak utama untuk pelbagai K-Drama popular.
Park Shinhye
Park Shin-hye pernah berkongsi cerita bahawa keluarganya miskin pada suatu ketika. Mereka semua memutuskan berpindah ke Seoul untuk menyokong kerjaya Park Shin-hye sebagai pelakon kanak-kanak. Oleh kerana dia sangat berbakat, dia pantas mendapat pelbagai peranan kecil, sebelum mendapat peranan utama dalam K-Drama popular “Stairway To Heaven”.
Sehingga sekarang, Park Shin-hye terus mencipta nama dan tidak dinafikan bahawa dia adalah salah seorang pelakon paling berjaya dalam industri ini.
Tak senang nak berjaya…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Perlu Berusaha Keras, 6 Selebriti Korea Ini Menghadapi Kehidupan Sukar Sebelum Popular first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/perlu-berusaha-keras-6-selebriti-korea-ini-menghadapi-kehidupan-sukar-sebelum-popular/