Perlu Atau Tidak Tanggalkan Bateri Kereta Jika Parking Dalam Jangkamasa Yang Lama
Aku pasti ada di kalangan kita yang mempunyai lebih dari sebuah kenderaan. Okey kita teruk ke tajuk kita kali ini, “Perlu Atau Tidak Tanggalkan Bateri Kereta Jika Parking Dalam Jangkamasa Yang Lama?”.
Sebelum itu, semua bateri kereta akan kehilangan cas apabila kereta tidak bergerak. Ini disebabkan banyak peralatan elektronik yang menggunakan bateri ketika enjin tidak dihidupkan seperti alarm, jam, ecu dan lain-lain lagi.
Foto : Just Du ItKetika enjin hidup, bateri tidak akan kehilangan cas disebabkan ia sentiasa dicas semula dengan alternator. Lebih-lebih lagi kereta yang banyak fungsi elektronik yang menggunakan memori seperti memory seat, keyless entry push start dan sebagainya. Modul-modul elektronik akan sentiasa menggunakan bateri dan akan menyebabkan cas bateri hilang dengan lebih cepat.
Okey, kita berbalik pada tajuk utama kita, adakah perlu kita menanggalkan bateri kereta kita?
Abang sampaikan jawapan, ia sebenarnya bergantun kepada beberapa faktor seperti jangkamasa sereta tika digunakan dan usia bateri tersebut. Jika kereta ditinggalkan dalam tempoh yang singkat seminggu atau 2 minggu, jika bateri masih baru anda tidak perlu menanggakan bateri anda.
Dalam jangkaan abang sepatutnya cukup untuk ia bola dihidupkan semula selepas anda pulang dari bercuti. Jika kereta ditinggalkan lebih lama dari masa itu, mungkin anda boleh fikirkan untuk menanggalkan bateri atau guna altenatif lain seperti menggunakan “trickle charger”.
Namun, jika anda menanggalkan bateri , berkemungkinan anda akan kehilangan banyak setting-setting seperti radio, jam dan lain-lain. Abang juga menyarankan menggunakan Trickle Charger.
Trickle dalam bahasa Melayu ialah sedikit demi sedikit atau perlahan dimana bateri akan dicas semula pada kadar yang perlahan sama dengan kadar kehilangan cas sewaktu kereta tidak digunakan. Namun begitu penggunaan trickle charger belum popular di negara kita.
Trickle Charger
Tricker Charger berfungsi untuk mengecas semula bateri tetapi dengan kadar perlahan sama dengan kadar kehilangan cas pada bateri ketidak kereta tidak digunakan.
Charger perlu disambungkan dengan punca kuasa sebelum anda menyambungkan kepada terminal bateri kereta. Terdapat juga trickle charger yang menggunakan tenaga solar.
Bateri yang telah berusia juga tidak boleh memegang cas elektrik dengan baik seterusnya lebih risiko untuk kehilangan cas dengan mudah. Oleh itu, kereta akan tidak boleh dihidupkan walaupun selepas 1 atau 2 hari dibiarkan.
Jika anda mempunyai rakan-rakan yang boleh membantu untuk menghidupkan enjin kereta anda seaktu anda tiada adalah lebih baik.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://tigapadel.blogspot.com/2019/01/perlu-atau-tidak-tanggalkan-bateri.html