Perlecehan Proklamasi Darurat Adalah Khianat Derhaka


malaysiakini.com
Diterbitkan 13 Jan 2021, 1:57 pm

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na'aman berkata, mempersoalkan motif proklamasi darurat adalah perbuat khianat dan derhaka serta harus dihukum.

Faiz berkata perkenaan Yang di-Pertuan Agong untuk menerima permohonan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk proklamasi darurat adalah berdasarkan kebijaksanaan baginda.

Katanya, bahawa selain perdana menteri, Seri Paduka juga telah menerima taklimat daripada penjawat awam utama sebelum keputusan itu diambil.

“Oleh yang demikian, sebarang perlecehan, ejekan, sindiran, putar-belit akan niat sebenar proklamasi darurat seperti yang dinyatakan dalam perutusan rasmi Istana Negara, boleh dianggap sebagai khianat serta derhaka.

“Sama ada ia dilakukan oleh orang biasa atau mereka yang ternama, secara terang-terangan atau terselindung, ia wajar dilihat sebagai suatu bentuk hasutan dengan niat jahat untuk menghilangkan hormat dan ketaatan rakyat terhadap institusi Raja Berperlembagaan di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan Faiz itu bertajuk: Titah darurat: Penderhaka harus dihukum!

Istana Negara semalam mengesahkan bahawa Yang Di-Pertuan Agong telah berkenaan untuk memenuhi permohonan Muhyiddin untuk mengisytiharkan darurat negara dengan alasan untuk memerangi wabak Covid-19.

Namun, pengkritik, khususnya dari Umno, menuduh Muhyiddin berusaha untuk terus berkuasa setelah kehilangan majoriti di Dewan Rakyat.
Anggota parlimen turut Umno menarik balik sokongan kepada Muhyiddin, yang juga adalah presiden Bersatu, dalam usaha untuk menekannya supaya membubarkan Dewan Rakyat agar pilihan raya umum dapat diadakan.

Faiz, dalam kenyataannya, juga mendakwa bahawa mereka yang "menyalak" mengenai pilihan raya harus belajar kesan penularan setelah pilihanraya negeri (PRN) Sabah diadakan pada September lalu hingga mencetuskan gelombang ketiga wabak Covid-19.

“Mereka yang terdesak mahukan PRU segera ternyata datang dari kalangan ahli-ahli politik yang berpolitik 24 jam terutama dari Pakatan Harapan (PH) serta kelompok kluster mahkamah dari Umno,” katanya.

Istilah "kluster mahkamah" telah digunakan untuk menyindir sekumpulan pemimpin Umno kanan yang berdepan tuduhan rasuah dan didakwa menuntut konsesi daripada perdana menteri.

Sebaliknya, kata Faiz, apa yang didambakan oleh rakyat adalah pemulihan ekonomi, keselamatan nyawa dan sistem keadilan yang utuh.

Faiz juga membidas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang berkata Muhyiddin memilih jalan pendek, terdesak dengan memohon proklamasi darurat, sambil mengingkatkan presiden PKR itu bahawa Yang di-Pertuan Agong sebelum ini pernah memberikan pengampunan kepadanya.

“Dan khusus kepada ketua pembangkang yang juga merupakan seorang bekas banduan, Anwar Ibrahim, saya ingin ingatkan jika rakyat boleh hormat keputusan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini yang membebaskan dan mengampunkan anda dari hukuman penjara kes liwat, walaupun ada yang tidak setuju dengan tindakan Agong ketika itu, kenapa tidak pihak anda hormat saja keputusan Agong sekarang mengisytiharkan darurat tidak kiralah apa jua sebab untuk darurat itu?” katanya.

Faiz menegaskan bahawa proklamasi darurat itu bukan keputusan Muhyiddin semata-mata tetapi keputusan kolektif oleh kerajaan.
“Sebelum proklamasi darurat diumumkan, Yang di-Pertuan Agong telah menerima mengadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan mendengar sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negera, Mohd Zuki Ali; Peguam Negara, Idrus bin Harun; Panglima Angkatan Tentera, Affendi Buang; Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador; Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Abdul Ghani Salleh,’ katanya.

Justeru, tambah Faiz, Yang di-Pertuan Agong telah bertindak secara adil, berkecuali dan bebas tanpa dipengaruhi sebarang kepentingan selain dari kepentingan negara adil.

Muhyiddin, dalam ucapannya mengenai pengisytiharan darurat, menekankan bahawa tindakan itu bukan rampasan kuasa tentera dan perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan.
Malah, katanya, kerajaan awam akan terus berfungsi seperti biasa di peringkat persekutuan dan negeri sepanjang tempoh pelaksanaan darurat itu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/perlecehan-proklamasi-darurat-adalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berikut Adalah Kaitan Kajian Ringkas Proklamasi Darurat Mohon Jawab Kajian Ringkas Ini Dan Sebarkan

Berikut Adalah Kaitan Kajian Ringkas Proklamasi Darurat Mohon Jawab Kajian Ringkas Ini Dan Sebarkan

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 208 hits
Assalamualaikum dan Salam SejahteraBerikut merupakan pautan kajian ringkas berkaitan PROKLAMASI DARURATMohon jasa baik tuan puan untuk jawab kajian ringkas ini dan sebarkanDemi kebaikan kita bersama
Fahami Maksud Dan Tujuan Proklamasi Darurat Dilaksanakan

Fahami Maksud Dan Tujuan Proklamasi Darurat Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 1043 hits
Maksud Dan Tujuan Proklamasi Darurat Dilaksanakan hi there sekali lagi kita melalui fasa PKP 2 0 namun kali ini hanya beberapa negeri tertentu sahaja yang terlibat untuk PKP manakala negeri yang tidak terlibat akan dikategorikan dalam kumpu...
Proklamasi Darurat Kelulusan Polisi Tidak Terikat Agong Boleh Gubal Ordinan Prof Dr Shamrahayu A Aziz

Proklamasi Darurat Kelulusan Polisi Tidak Terikat Agong Boleh Gubal Ordinan Prof Dr Shamrahayu A Aziz

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 489 hits
Pengisytiharan proklamasi darurat membolehkan perundangan atau polisi diluluskan tanpa terikat dengan peruntukan dalam Perlembagaan negara khususnya dalam mengawal penularan COVID 19 Pakar Perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berk...
Teks Penuh Ucapan Khas Proklamasi Darurat Malaysia Sehingga 1 Ogos 2021 Muhyiddin

Teks Penuh Ucapan Khas Proklamasi Darurat Malaysia Sehingga 1 Ogos 2021 Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 460 hits
Intipati Utama Pengumuman Khas Darurat Perdana Menteri Januari 2021Ordinan Darurat perlu untuk kekang penularan COVID19 daripada menjadi serius Darurat Kerajaan awam akan terus berfungsi Proklamasi darurat yang diisytihar bukan satu bentuk ...
Proklamasi Darurat Bantu Pemulihan Ekonomi Tengku Zafrul

Proklamasi Darurat Bantu Pemulihan Ekonomi Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 188 hits
PUTRAJAYA Dakwaan yang mengatakan proklamasi darurat menakutkan golongan pelabur adalah tidak tepat sebaliknya ia mampu membantu pemulihan ekonomi negara kata Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Beliau berkata Malay...
Intipati Proklamasi Darurat Covid 19

Intipati Proklamasi Darurat Covid 19

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 218 hits
by1Media my January 13 2021KUALA LUMPUR 12 Jan Berikut adalah intipati Proklamasi Darurat yang diisytiharkan oleh Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah untuk memerangi wabak COVID 19 dan pengumuman sus...
Agong Berkenan Laksana Proklamasi Darurat

Agong Berkenan Laksana Proklamasi Darurat

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 434 hits
Setelah memperhalusi penjelasan YAB Perdana Menteri dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki bin Ali Peguam Negara Tan Sri Idrus bin Harun Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham bin Abdullah Pengerusi ...
Adakah Proklamasi Darurat Sah

Adakah Proklamasi Darurat Sah

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 203 hits
Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan menyatakan seperti berikut Jika Yang di Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam di dalam Persekutua...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran