Perkembangan Baby Anas 1 Bulan
Perkembangan Baby Anas 1 Bulan | Alhamdullilah Anas dah pun masuk bulan pertama dia. Segala komplikasi Anas masa awal bersalin dulu dah pun settle. Tak perlu ke hospital untuk check masalah tu lagi.
Perkembangan Baby Anas 1 BulanHari ni Fadzi nak share dengan korang perkembangan Anas bila dia dah masuk 1 bulan ni. So far, Fadzi memang enjoy jaga Anas sebab dia tak banyak ragam sangat.
Minggu 1Dah masuk bulan pertama ni, Anas suka sangat tengok ke arah tingkap. Tingkap bilik rumah Fadzi jenis tingkap besar. Jadi memang banyak cahaya yang masuk. Bila Anas bosan-bosan baring, dia akan pandang ke arah tingkap tu.
Kalau positioning dia Fadzi letak terbalik daripada tingkap tu, memang terteleng-teleng lah kepala dia tengok cahaya. Risau jugak Fadzi takut lenguh kepala dia. Jadi, tiap-tiap kali Fadzi letak Anas dengan position yang senang dia nak tengok cahaya dari tingkap tu.
Minggu ni, makin lama pulak Anas angkat kepala masa tummy time. Even masa dukung nak burp pun, Anas dah tak letak dah kepala dia dekat bahu Fadzi. Dia angkat je. Tapi Fadzi masih lagi menjaga kepala dia sebab lembik je lagi. Cuma itu lah, kepala dia memang tegak.
Awal bulan ni Anas ada check up dekat Klinik Kesihatan dan cucuk vaksin Hepatitis B dos kedua. Masa kena cucuk tu, Anas menangis sekejap je. Lepas tu rilek dah tidur semula. Senang hati mak.
Bila Fadzi, Zul atau Aneeq bercakap dengan Anas, dia pandang je muka kiteorang tau. Rasa macam Anas faham je apa yang kiteorang cakapkan. Padahal, Anas pandang je. Kalau Anas tengah pandang tempat lain, tapi tiba-tiba kiteorang bersuara dekat dengan Anas, mesti dia bagi respon pandang dekat kiteorang.
Lepas tu, bila dia pandang orang, lagi lama pulak kali ni. Kalau sebelum ni dia tengok sekejap sekejap je. Minggu ni dia tengok orang lebih lama. Kadang-kadang Fadzi tak sampai hati nak alih muka sampailah Anas yang alih pandangan dia dulu.
Kalau bulan lepas Anas asyik buat bunyi ohh ahh je kan. Bulan ni Fadzi perasan Anas macam buat bunyi lain sikit. Lebih panjang. Tak tau nak describe macam mana tapi bunyi macam tengah berborak.
Fadzi perasan satu benda bila Anas sedar, tak tidur dan bila Fadzi saja main-main dengan dia, Anas suka buat eye contact dengan Fadzi. Rasa pandangan mata dia tu tepat masuk ke dalam mata Fadzi. Dan lama pulak tu.
Yang Fadzi paling suka tengok adalah bila Fadzi pegang objek dekat depan mata Anas, dia akan ikut sambil gerakkan kepala. Kalau bulan lepas dia hanya ikut onjek tu guna mata je, kepala tak gerak. Bulan ni, dengan kepala kepala sekali dia gerak.
Suka tengok cahayaKepala tegak sepanjang masa burp di bahuAngkat kepala lebih lama masa tummy timePandang bila dengar suara berdekatanPandang muka orang lebih lamaBuat bunyi lebih panjang macam berborakBuat eye contactIkut objek sambil gerakkan kepala
Minggu 2Masuk minggu kedua bulan pertama ni Anas dah mula senyum masa dia sedar. Biasanya dia senyum masa dia tidur je. Kali ni dia senyum masa kiteorang tengah main main dengan dia. Kali pertama Fadzi yang perasan. Kali kedua, Zul pulak yang perasan.
Tangan Anas pulak makin lama makin pandai pegang barang. Baru baru ini dia ada pegang tag bantal Fadzi. Pegang yang bersungguh-sungguh tau bukan pegang sambil lewa gitu.
Masa mandi pulak bila Fadzi pegang Anas dekat bahu sambil terbalik kan dia dan kaki di lantai, Anas akan cuba untuk melonjak. Haih lah, risau jugak die lonjak tinggi tinggi, terlepas pulak dari tangan Fdzi. Jadi Fadzi kena pegang Anas betul betul.
Sekarang ni Anas rajin bawak tangan dia dekat dekat dengan mulut. Kalau lapar je, dia akan sentuh sentuh mulut dia dan lepas tu dia macam nak makan tangan sendiri.
Senyum masa sedarGenggam barang berdekatanLonjakkan kaki bila kaki sentuh lantai atau permukaan Bawa tangan ke mulut
Minggu 3Masuk minggu ketiga ni Anas semakin suka senyum dekat orang. Mula-mula Anas akan tenung dulu muka Zul, Fadzi atau Aneeq lama-lama. Lepas tu die akan tersenyum. Ya Allah, seronok betul tengok. Fadzi tak sempat je nak ambil gambar sebab ralik tengok main dengan dia.
Tangan Anas pulak sekarang makin kuat dan selalu menggenggam objek. Biasanya dia akan genggam tangan orang, jari orang, baju, hujung bantal, tag bantal dan mainan gantung gantung tu.
Bila dah tiga minggu bulan pertama Anas ni, Fadzi detect yang Anas berak sekali seminggu je. Tapi bila dia berak tu kan, Ya Rabbi memang banyak sangat. Lepas tu dia akan jadi lapar teruk. Tiap tiap jam akan minta susu. Kalau sebelum berak tu, dia minum susu tak sekerap ini.
Zul pulak perasan satu hari tu, Anas menangis sampai keluar air mata. Rasanya itu pertama kali Anas menangis keluar air mata. Sebelum sebelum ni memang tak ada air mata lagi. Die menangis merengek rengek je.
Semakin banyak tersenyum masa sedarSemakin kuat menggenggam objek atau bajuBerak seminggu sekaliMenangis keluar air mata
Minggu 4Minggu keempat ni tak ada banyak perubahan sangat daripada minggu minggu sebelum ni. Cuma Anas makin suka mencebik sebelum dia menangis. Tapi mencebik cebik pun, nasib baik comel haahaha.
Bila masuk mingu terakhir 1 bulan ni, Anas kerap menangis kalau kena tinggal lepas mandi petang. Biasanya dalam pukul 6 petang tu, Zul akan mandikan Anas. Lepas mandi tu, Anas macam minta kena teman dan pegang tangan.
Biasanya kalau lepas mandi petang, minum susu, Anas akan terus tidur. Tapi sekarang ni, lepas mandi, minum susu, dia still tak nak tidur. Nak kena teman dekat sebelah dan pegang tangan atau duduk atas riba atau nak kena dukung. Kalau tak menangis.
Dan biasanya Anas akan tidur dalam pukul 7 malam sampai bangun nextnya pukul 12 tengah malam macam tu untuk minum susu. Tapi sekarang ni, dia tidur agak lewat. Dalam pukul 8 malam macam tu baru boleh tidur.
Itu pun lepas, kena riba, kena tepuk dodoi atau dukung atau letak atas dada. Orang kata ni nak bertukar bulan. Huhuhu. Jadi kena lah bertabah sikit kiteorang. Nasib baik menangis dia bukan menangis yang jenis teruk. Menangis sikit sikit je.
Suka mencebik muka sebelum menangisSedar lebih lamaTidur lambat sikit daripada biasaMenangis minta diteman, didukung atau dipegang tangan
Setakat ni Fadzi masih enjoy menjaga dua orang hero. Walaupun Aneeq kadang-kadang buat Fadzi naik angin tapi most of the time, dia banyak tolong Fadzi. Tolong ambilkan barang, tolong urut kaki walaupun tak sampau 10 saat dan tolong layankan Anas masa Fadzi tengah buat benda lain.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.fadzirazak.com/2018/11/perkembangan-baby-anas-1-bulan.html