Perjumpaan Dengan Psikiatri Kali Ke 3
Perjumpaan Dengan Psikiatri Kali Ke 3 | Hari ini cik en dijadualkan untuk temujanji dengan psikiatri kali yang ke3. 2 temujanji sebelum ini iaitu pada bulan April dan awal Jun terpaksa ditunda disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diarahkan oleh pihak kerajaan. Tapi ubat cik en masih diteruskan selepas konsultan melalui telefon oleh doktor. Jadi doktor dah bagi bekalan selama 2 bulan pada masa itu. Ubat yang dibekalkan cik en pernah cerita di entri Kesan Mengambil Ubat Luvox 50. Ubat masih berbaki 2 biji dan semestinya doktor pun dah syak yang cik en ada termiss ambil ubat. hahahha. So nak tau perkembangan cik en tak? Kalau nak korang kena baca entri ini, kalau tak boleh klik pangkah. Hihihi. | Perjumpaan Dengan Psikiatri Kali Ke 3
Perjumpaan Dengan Psikiatri Kali Ke 3
Perjumpaan kali ini lebih cepat dan tak bersesak. Dari apa yang cik en dengar, hari ini ada kurang 60 orang yang bertemujanji. Cik en datang tepat pukul 9 dan tunggu pun dalam 15 minit sambil main game. Kali ke3, cik en berjumpa dengan doktor lain. Jadi 3 kali temujanji, 3 kali juga dapat doktor psikiatri yang berbeza. Kali ini doktor lelaki Melayu yang nampak ramah dan memahami apa yang cik en nak cakap. Anyway, semenjak cik en dapat OCD, pertuturan cik en sedikit lambat disebabkan cik en mencari perkataan yang sesuai. Tapi fikiran cik en masih normal dan cekap. Hihihi. Cuma untuk menceritakan mengambil masa cik en susun ayat. Mungkin itu salah satu kesan keadaan cik en. Dulu cik en berleter tak berhenti, sekarang terhenti henti. Hahahahah
Oklah, berbalik kepada Perjumpaan Dengan Psikiatri Kali Ke 3.doktor beritahu, cik en semakin menuju kearah yang positif. Yeahhhh! Even tak sepenuhnya tapi ianya memberi cik en satu sinar harapan yang sangat tinggi untuk sembuh. Hanya yang betul betul pesakit psikiatri sahaja yang berusaha untuk sembuh. Kalau yang acah acah itu, mereka lebih suka menggunakan alasan Depression, Anxiety dan sebagainya untuk membela diri.
Doktor itu tu juga, ada tanya, apa aktiviti cik en untuk cik en release bila stress? semestinyalah cik en cakap cik en blogger, even blogger sekarang ini kurang sikit sumber pendapatan dia. Tapi kebaikan pada cik en untuk lebih berkongsi lifestyle cik en pada pembaca semua. Pejumpaan tak sampai 10 minit itu beri cik en semangat hari ini. Ubat dan dose yang sama diteruskan untuk 2 bulan tapi disebabkan stok bekalan ubat kurang, jadi cik en cuma dapat untuk 2 minggu. Nanti kena pergi ambil baki yang terhutang. Kebetulan minggu depan ada temujanji untuk penyakit ke2 cik en, so minggu depan cik en nak pergi menuntut hutang di bahagian farmasi. Hahahhha
Ok lah.. Buat pesakit OCD yang baca entri ini, please be positif, buat aktivit, jangan bersendiri dan makan ubat ikut aturan. Insyallah, korang boleh sembuh. Lawan dan terus lawan. Dunia ini luas lagi. Jangan bazirkan masa yang tak lama ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nurfuzie.com/2020/06/perjumpaan-dengan-psikiatri-kali-ke-3.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+EintanNurfuzie+%28Eintan+Nurfuzie%29