Perjalanan Rafting Kesungai Selangor
Assalamualaikum, Pada seminggu yg lalu aku telah pergi berakit (rafting) dijeram sungai Selangor iaitu di Kuala kubu baru.Pergi pada hari Rabu 11.00 pagi dari Kuala Berang,melalui LPT sehingga kegenting Sempah,Dari Genting Sempah naik kegenting highland,Memandu untuk mendaki kegenting highland terpaksa melalui jalan berliku sejauh 12 km.Mempunyai laluan yang luas dan sehala.yakni menaik dan menurun dilaluan yg berlainan.Sampai kekawasan genting highland, terus ambik laluan kebatang kali.Disimpang ini yakni diround about ketinggian nya dalam 1000 mdpl tp suhunya tak sejuk,sejuk pun suam-suam kuku je..Senang cakap genting dah tak sejuk.Kira2nya tempat ni lah kemuncak laluan untuk ke batang kali,Ke-Genting Highlands sendiri mesti ambik laluan Kekanan,Genting yg popular tu masih jauh dipuncak.
Empangan sungai selangorMenuruni laluan kebatang kali terpaksa ambik laluan yang jalan nya berliku sejauh 20 km untuk sampai kebatang kali.Dilaluan ini tak ada apa yang menarik, walaupun kurang menarik, pemanduan dihidangkan dengan hutan rimba yang mcm tidak terusik,tak tau lah plk sebab2 tidak diusik,pada kebiasaannya pihak2 tertentu pantang tenguk kayu2 yg besar,kalau sebesar bocong gas,dia orang dah menitik air liur sampai lutut dah.jangan cakap lah kalau dah sampai sebesar drum..pitam dia orang ni.begitu lah rakusnya dia orang bila tengok kayu Kayan yang besar sikit.Nak tebang je kerjanya..
Dengar taklimatDilaluan genting kebatang kali ada sebatang sungai yg mengalir kehilir, Rasanya sungai ni berhulukan banjaran genting highland,iaitu sungai batang kali.Disini juga terletak sebuah resort kepunyaan bonda Rozita yakni ibu kpd Dato' Aliff Sukri yg kontroversi tu.Terletak di kanan laluan,boleh dikatakan besar juga resortnya..dah tentu,sbb diaorang orang kaya,jutawan boh.. huhuhu.
Sampai ke homestay pada pukul 5 ptg brkatan ngan pkan kuala kubu baru. Maknanya perjalanan dari Kuala berang hingga ke Kuala kubu baru mengambil masa 6 jam.Punya lah bersungguh untuk rafting..Pergi lah jgk round pekan Kuala kubu baru sambil menescaffe,tu pun bertanya jgk kpd owner homestay, kedai mana sepatutnya disinggahi..Sambil2 tu jenguk2 kut ada terjumpa dgn orang Terengganu.tapi tak ada..Dengar je orang kuala kubu baru bercakap hal harta benda dan macam2 tajuk...Bermalam untuk hari pertama dengan jayanya..
Jeram nya boleh dikatakan mencabar jgkPada hari ke dua yakni pada hari untuk berafting,Pada hari tu dengan sedihnya tak makan pagi kerana kedai tak jumpa, jenguk2 jgk Kut ada gerai jual nasi lemak atau gerai roti canai tp apa pun tak ada,mungkin terlalu awal pagi,mungkin tak kena jalur nya, tapi tak hairan sbb tempat orang,Tempat orang memang langkahnya jadi pendek,tak tau nak pergi mana,nak tanya orang malu,jadi berlapar je lah.
Sambil tunggu pukul 10.00 pagi yakni masa untuk berakit,ambik masa sikit pergi tengok empangan sungai Selangor,megah jgk empangan nya walaupun tidak sebesar empangan Kenyir.Ditepi empangan sungai Selangor merupakan laluan untuk ke bukit Fraser,didapati laluan ni tempat orang berjoging.Tak tau plk kampung nya kat mana,tenguk Google map tak nampak plk ada kampung disekitar itu.. mungkin juga pegawai empangan Selangor..
Sambil pusing2 tu ternampak deretan kereta tersadai kat tepi jalan,tenguk punya tenguk didapati tuan kereta tadah air bukit di mata air,didapati banyak sangat bekas air yang besar2.Semua nya menunggu air penuh,Orang situ cakap bahawa air yg ditadah mempunyai khasiat,Baik untuk kesihatan.Kebenaran nya tidak diketahui,Air nya sangat jernih,malah lebih jernih dari air mineral yang dijual di kedai,rasa air mata air ni macam air biasa sahaja.Kat sini lah bersarapan pagi dengan air bukit ditepi empangan sungai Selangor.Makan kacang tanah yg dibeli kelmarin masa datang...
Keadaan sungai yang macam ni sejauh 3 km..tempat yg benar2 mencabar dalam 3.5 kmPada pukul 10.00 pagi dengan tidak bersarapan yang sepatutnya,penganjur untuk rafting mengarahkan semua peserta berkumpul di sungai Selangor,Rupa2nya peserta boleh dikatakan ramai juga,sekitar 60 orang, Disangkakan peserta kurang dihari2 biasa, rupa2nya ramai.Point mula dibawah sikit dari empangan Selangor,Peserta diberikan borang untuk di isi, maksudnya biodata peserta dan status kesihatan.Penganjur sebut juga hal bayaran semada jelas atau tak..Setiap peserta dikenakan bayaran rm 180.00 seorang,Dibayar dgn cara online atau bayar ditangan.Peserta diberi taklimat hampir 30 minit,terperinci sangat dari cara pakai jaket keselamatan,cara2 berkayuh, tindakan yang sepatutnya diambil kalau berlaku kemalangan, pendek kata espek keselamatan lah yang dititikberatkan.Rasa jemu plk dgr briefing yang diberikan sebab kalau bab berkayak berakit ni, hanya lah perkara biasa sahaja samada bermain diair tenang atau berarus deras.Tapi ini tempat orang dan ada penganjur nya,mesti dengar briefing yang diberikan .
Masa berehat,Mandi di air terjun kecik..Penganjur menyediakan air mineral,biskut dan buah epal.Bermula berafting pada pukul 11.00 pagi,Setiap kayak ada lapan orang,termasuk dua orang guide,Masa berkayak pun masih lagi dengar briefing dari guide, macam2 penerangan diberikan termasuk dengan sesi berkenalan..Guide boleh lah dikatakan sangat perihatin atas sesuatu yang tidak kita ingini, contohnya menengelam kan kayak.Mungkin juga guide pun setuju kalau kayak tak ditenggelamkan,kerana faktor keselamatan, dibuat nye cedera semasa part tu,bukan kah menjadi sesuatu yang menyusahkan..
Antara titik mula dan end point ada empat jeram semuanya, yang lain merupa jeram yang biasa serta sungai yang berarus perlahan, Kawasan berjeram dalam empat kilometer dan sungai biasa dalam tiga kilometer,Titik mula sehingga titik akhir sejauh 6.5 km.
Angkat kayak di end point,guide bernama asun dan uditSampai ke end point pada pukul 1.30 tengah hari.Kat sini penganjur menyediakan makanan.Sejak pagi hingga pukul 2.00 petang baru lah boleh makan setelah berlapar sepenuhnya pada masa tersebut.Kata orang Terengganu "lapor berlepeng"Setelah makan dan mandi,bertolak ke Terengganu pada pukul 2.30 petang melalui laluan genting highland terus ke genting Sempah dan ambil LPT terus ke Kuala Berang,Sampai rumah pada pukul 8.00..SEKIAN..
video nya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://azramsulong.blogspot.com/2022/08/perjalanan-rafting-disungai-selangor.html