Peristiwa Pembunuhan Ali Bin Abu Thalib



Langkah berani dan tegas Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib memerangi orang-orang Khawarij di Nahrawan menimbulkan dendam di kalangan para pemberontak ini. Hingga akhirnya muncullah peristiwa yang membuatkan sepupu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ini menyandang syahid di akhir hayat.

Ibnu Jarir dan sejarahwan lainnya mengisahkan, ada tiga orang Khawarij berkumpul. Mereka adalah Abdurrahman bin Amr yang dikenal dengan Ibnu Muljam, Al-Barrak bin Abdullah, dan Amr bin Bakr. Mereka bercerita mengenang teman-teman mereka di Nahrawan.

Salah seorang di antara mereka berkata: “Apa yang kita lakukan sepeninggalan mereka? Mereka adalah sebaik-baik manusia yang paling banyak solatnya, mengajak manusia kepada Allah, tidak takut cemuhan orang-orang yang mencela dalam menegakkan agama Allah. Bagaimana kalau kita tebus dengan mendatangi pemimpin-pemimpin yang sesat itu, kemudian kita bunuh mereka. Sehingga kita membebaskan negara dari kejahatan mereka dan kita balas kematian teman-teman kita.”

Ibnu Muljam berkata: “Aku akan membunuh Ali bin Abu Thalib.”
Al-Barrak bin Abdullah menyambut: “Aku akan membunuh Muawiyah bin Abu Sufyan.”
Dan Amr bin Bakr berkata: “Aku yang membunuh Amr bin al-Ash.”

Mereka berikrar, mengikat perjanjian untuk tidak mundur dari rancangan jahat itu sampai masing-masing berhasil membunuh sasarannya atau terbunuh dalam misi tersebut. Mereka hunuskan pedang sambil menyebut nama sasaran masing-masing. Operasi pembunuhan ini akan dilaksanakan pada 17 Ramadhan 40H. Berangkatlah tiga orang ini menuju para sahabat yang mulia itu.

Ibnu Muljam berangkat ke Kufah. Di sana dia menyembunyikan identitinya. Apabila sampai kepada kumpulan pemberontak yang dulu turut bersamanya di Perang Nahrawan, ketika itu pula hadir seorang wanita cantik, yang ayah dan kakaknya dikalahkan oleh pasukan Ali di Nahrawan. Namanya Qathami. Ibnu Muljam cuba meminangnya. Qathami mahu menerima pinangan itu dengan beberapa syarat, iaitu mahar tiga ribu dirham, seorang pembantu, budak wanita, dan membunuh Ali bin Abu Thalib. Ibnu Muljam berkata: “Engkau pasti mendapatkan syaratmu itu. Demi Allah, aku datang ke kota ini memang untuk tujuan membunuh Ali.”


Semakin dekat hari di mana Ibnu Muljam hendak melaksanakan misinya. Isterinya menyertakan pemuda dari kaumnya yang bernama Wardan untuk melindungi suaminya. Kemudian Ibnu Muljam merekrut Syabib bin Barjah yang juga merupakan veteran Perang Nahrawan. Masuk bulan Ramadhan, Ibnu Muljam mengetuai misi akan dilaksanakan pada tanggal 17 Ramadhan. Kumpulan Ibnu Muljam bergerak, ketiga-tiganya menghunuskan pedang bersembunyi di pintu yang menjadi tempat kebiasaan Ali keluar.

Ali keluar berteriak membangunkan masyarakat: “Solat!!.. Solat!!..” Ketika itulah dengan cepat Syabib menghayunkan pedangnya ke leher Ali dan Ibnu Muljam memukul kepala sahabat yang mulia ini. Darah Ali mengucur membasahi janggutnya. Ibnu Muljam berkata: “Tidak ada hukum kecuali milik Allah. Bukan milikmu dan bukan milik teman-temanmu, hai Ali!” Dia membaca ayat:

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ
“Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.” [Al-Baqarah: 207]

Ali berteriak: “Tangkap mereka!”

Pengawal terbunuh dalam kejar-mengejar, sementara Syabib berhasil meloloskan diri dan Ibnu Muljam tertangkap.

Akhirnya, Ali bin Abu Thalib menghembuskan nafas terakhir pada 21 Ramadhan 40H.

Di tempat lain, Al-Barrak menyabit Muawiyah yang sedang mengimamkan solat subuh. Muawiyah terluka. Tapi serangan itu tak sampai membunuhnya. Sementara Amr bin Bakr salah dalam sasarannya. Pada hari itu, Amr tidak dapat mengimamkan solat kerana sedang sakit. Imam penggantinya, Kharijah bin Abu Habib pun terbunuh. Ketiga-tiga Khawarij ini berjaya ditangkap dan dihukum mati.

Rujukan:
- Katsir, Ibnu. 2004. Terj. al-Bidayah wa an-Nihayah. Jakarta: Darul Haq.
- Al-Khamis, Utsman bin Muhammad. Huqbah min at-Tarikh, Terj. Inilah Faktanya. Jakarta: Pustaka Imam Asy-Syafi’i.

+ Kisah Muslim
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/peristiwa-pembunuhan-ali-bin-abu-thalib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pu Abu Kena Basuh Kaw Kaw Dengan Wardina

Pu Abu Kena Basuh Kaw Kaw Dengan Wardina

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 543 hits
Ustaz Orang Beragama Gatal Sangat Menjijikkan Ini Pesan Wardina Buat PU AbuIsu Pencetus Ummah Abu yang menceraikan isterinya yang sedang mengandung 7 bulan menerusi Whatsapp mendapat liputan meluas media Netizen rata rata mengkritik tindaka...
Khulafa Ar Rasyidin Abu Bakar Ash Shiddiq 9355

Khulafa Ar Rasyidin Abu Bakar Ash Shiddiq 9355

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 661 hits
Keelokan Aisyah dan Turunnya Ayat Tayamumby SALAH satu keelokan yang ditunjukkan oleh Aisyah kepada kaum muslimin adalah bahwasannya dia menjadi sebab turunnya ayat tayamum Dari Aisyah istri Nabi saw dia berkata Kami bepergian bersama Rasul...
Pu Abu Lu D I A M Jelah Bo H G I L A Kau Ni Ini Luahan Hanif Hamzah Pada Pu Abu

Pu Abu Lu D I A M Jelah Bo H G I L A Kau Ni Ini Luahan Hanif Hamzah Pada Pu Abu

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 439 hits
Please follow and like us 0 Penyampai radio ERA Hanif Hamzah berharap agar bekas peserta realiti Pencetus Ummah Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan Menerusi entri di Twitter Hanif m
Saya Takkan Bagi Kenyataan Sehingga Arahan Daripada Ayah Saya Pu Abu

Saya Takkan Bagi Kenyataan Sehingga Arahan Daripada Ayah Saya Pu Abu

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 420 hits
PU Abu akhirnya kembali ke tanah air untuk berhadapan kontroversi rumah tangga yang menjadi perhatian ramai selepas beberapa minggu di Makkah BACA melaporkan PU Abu terkejut melihat media yang sedang menunggu kehadirannya di KLIA namun teta...
Awak Tengok Macam Mana Saya Sekarang Inilah Diri Saya Pu Abu Dah Selamat Pulang

Awak Tengok Macam Mana Saya Sekarang Inilah Diri Saya Pu Abu Dah Selamat Pulang

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 447 hits
Awak tengok macam mana saya sekarang inilah diri saya PU Abu dah selamat pulang Selepas beberapa minggu mengikuti rombongan mengerjakan umrah Pencetus Ummah Abu Sufyan akhirnya kembali ke tanah air untuk berhadapan kontroversi rumah tangga ...
Pu Abu Sufyan Mohon Maaf

Pu Abu Sufyan Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 740 hits
Ustaz selebriti PU Abu membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menceraikan bekas isterinya ketika wanita itu sedang sarat hamil hari ini PU Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi 25 berkata dia menyesal deng...
Kisah Pu Abu Menjandakan Isteri Sendiri Tika Hamil Demi Menikahi Janda Lain Bikin Para Nitizen Marah

Kisah Pu Abu Menjandakan Isteri Sendiri Tika Hamil Demi Menikahi Janda Lain Bikin Para Nitizen Marah

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 880 hits
KISAH keruntuhan rumah tangga Pencetus Ummah Abu Sufyan Muhamad Mokhtar Rozaidi terus panas dan terus terang apabila mendengar akan kisah ini pada mulanya daku rasa macam eeeeeeeee kenapa mesti ceraikan Isteri tengah ngandung kot Isteri pun...
Abang Bersalah Ceraikan Ain Maafkan Abang Pu Abu Menyesal Ceraikan Isteri Sedang Hamil

Abang Bersalah Ceraikan Ain Maafkan Abang Pu Abu Menyesal Ceraikan Isteri Sedang Hamil

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 976 hits
SITUASI yang melanda rumah tangga Pencetus Ummah Abu Sufyan dan bekas isterinya terus mejadi perhatian ramai hingga ada yang membuat pelbagai tuduhan dan spekulasi Lebih membimbangkan ada sesetengah pandangan yang diberikan dilihat hanya be...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Muda Duit Kawan Atau Lawan

Tiramisu Sds

De La Te Coffee Alor Setar Cafe Ini Sesuai Untuk Lepak Santai

17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa