Perintah Anak Isteri Solat




ANTARA arahan Allah SWT dalam al-Quran kepada mereka yang memegang tanggungjawab besar dalam keluarga iaitu bapa adalah melindungi diri serta keluarganya daripada api neraka.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (Surah at-Tahriim, ayat 6)
Tanggungjawab besar itu perlu digalas bagi memastikan anak-anak tidak melakukan dosa.
Antara dosa paling besar dan paling banyak dilakukan pada manusia hari ini dan hampir setiap rumah melakukannya adalah meninggalkan solat.
Malah, Nabi SAW menyatakan, pemisah antara Islam dan kufur adalah meninggalkan solat.
Solat yang sempurna dan diterima oleh Allah SWT pastinya dapat mencegah pelakunya daripada berbuat mungkar.
Sebab itu, seseorang yang nakal macam mana sekalipun namun jika dia melaksanakan solat, kenakalannya mesti ada hadnya.
Namun, jika seseorang itu mempunyai sahsiah yang tidak baik, ditambah pula tidak bersolat, maka kejahatannya akan lebih mudarat dan tidak bersempadan.
Kita renungi bagaimana kisah Nabi Ibrahim AS yang terpaksa meninggalkan isterinya, Hajar serta anaknya, Ismail di lembah gersang selepas menerima perintah Allah SWT.
Bagaimanapun, Nabi Ibrahim sedar apa yang dilakukannya itu kehendak Allah SWT yang pasti ada hikmah di sebaliknya.
Dalam peristiwa itu, apakah doa pertama dipohon baginda kepada Allah SWT tatkala meninggalkan isteri dan anak kesayangannya sebelum bergerak pulang?
Perkara utama Nabi Ibrahim pohon kepada Allah SWT adalah supaya menjadikan anak dan isterinya dalam kalangan mereka yang mendirikan solat.
Doa itu dirakamkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumah-Mu yang diharamkan mencerobohinya.
“Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian daripada manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka daripada berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.” (Surah Ibrahim, ayat 37)
Nabi Ibrahim tahu dia minta anak dan isterinya kekuatan untuk menunaikan solat kerana ibadat itulah yang akan menjaga diri mereka daripada segala kejahatan dan kecelakaan.
Selain itu, Nabi Ibrahim mahu mengajar solatlah yang akan memberi ketenangan serta menjamin anak dan isterinya sentiasa dipelihara Allah SWT.
Sehubungan itu, teruskan berdoa kepada Allah SWT supaya zuriat keturunan kita menjadi insan yang sentiasa mendirikan solat dan beramal soleh.
Mungkin ada dalam kalangan ibu bapa diuji mempunyai anak yang terbabit dengan masalah sosial, apatah lagi begitu jauh untuk tekun dalam beribadat.
Namun, letakkan keyakinan dan tidak sesekali berhenti berdoa agar anak itu kembali berubah.
Ini dibuktikan bagaimana kisah Nabi Zakaria AS yang diuji Allah SWT tidak memperoleh anak sehingga ke usia tua.
Malah, isterinya juga mandul sejak mereka berkahwin. Bagaimanapun, baginda tetap bersangka baik terhadap Allah SWT. Baginda tidak berputus asa dan terus berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan zuriat.
Sehinggalah berlaku keajaiban apabila Allah memakbulkan doanya dan lahirlah zuriat yang turut diangkat sebagai rasul iaitu Nabi Yahya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.
“Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.” (Surah al-Anbiyaa’, ayat 89-90)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/20/perintah-anak-isteri-solat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadikan Isteri Kedua Da I Farhan Nikah Ibu Tunggal Anak Lapan

Jadikan Isteri Kedua Da I Farhan Nikah Ibu Tunggal Anak Lapan

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 832 hits
Beberapa bulan lalu kecoh mengenai kisah rumah tangga bekas peserta program Pencetus Ummah iaitu PU Abu yang menikahi seorang janda tanpa pengetahuan isteri pertamanya Namun berbeza pula dengan juara program Da i musim kedua Da i Farhan ini...
Pasangan Suami Isteri Ditahan Disyaki Sebabkan Kematian Anak Kandung

Pasangan Suami Isteri Ditahan Disyaki Sebabkan Kematian Anak Kandung

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 470 hits
SEPANG 11 Nov Sepasang suami isteri penjawat awam ditahan Isnin lalu selepas dipercayai melakukan penderaan hingga menyebabkan kematian anak kandung yang berusia empat bulan Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata pasangan itu ...
Amalkan Solat Tahajud Suami Isteri Inilah Keajaiban Yang Akan Terjadi

Amalkan Solat Tahajud Suami Isteri Inilah Keajaiban Yang Akan Terjadi

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 1201 hits
Amalkan Solat Tahajud Suami Isteri Inilah Keajaiban Yang Akan Terjadi Keutamaan solat tahajud tak hanya membuat pelakunya mendapatkan kedudukan terpuji di sisi Allah Subhanahu wa Ta ala Namun ada pula keistimewaan yang akan diberikan Allah ...
Nak Menjadi Lelaki Berjaya Jangan Kedekut Dengan Anak Isteri

Nak Menjadi Lelaki Berjaya Jangan Kedekut Dengan Anak Isteri

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 836 hits
Lelaki kalau nak berjaya tak boleh kedekut dengan orang sekeliling Terutamanya dengan anak bini sendiri Apa yang Tuhan bagi tu bukan milik kita 100 Dalam tu ada milik orang miskin sanak saudara dan mungkin juga hakmilik anak yatim Tak musta...
Amalkan Suap Anak Dan Isteri Makan Dan Lihatlah Bagaimana Rezeki Datang Mencurah Curah

Amalkan Suap Anak Dan Isteri Makan Dan Lihatlah Bagaimana Rezeki Datang Mencurah Curah

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 318 hits
Gambar sekadar hiasan Sumber kabarmakkah comPerasan tak sekarang Dah banyak orang kita tak makan sekali dengan keluarga Kalau ada pun time makan tu masing masing leka main henset atau pun sibuk melayan tv AllahuSemasa saya di taman petang t...
Baru Kematian Isteri Bapa Tunggal Ini Bekerja Sambil Dukung Anak Undang Sebak

Baru Kematian Isteri Bapa Tunggal Ini Bekerja Sambil Dukung Anak Undang Sebak

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 620 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul Begitulah nasib seorang lelaki yang terpaksa membawa anak perempuannya ke tempat kerja demi mencari sesuap nasi Difahamkan lelaki itu baru sahaja kematian isteri sejak tiga bulan yang lalu a...
Da I Farhan Kahwin Janda Anak 8 Isteri Pertama Tak Redha

Da I Farhan Kahwin Janda Anak 8 Isteri Pertama Tak Redha

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 992 hits
Jika sebelum ini kecoh mengenai Pencetus Ummah Abu yang menceraikan isterinya ketika sarat hamil untuk berkahwin dengan seorang janda kali ini timbul The post appeared first on
Tunaikan Keinginan Anak Dan Isteri Allah Akan Membalasnya Berlipat Kali Ganda

Tunaikan Keinginan Anak Dan Isteri Allah Akan Membalasnya Berlipat Kali Ganda

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 429 hits
Menurut satu perkongsian di Facebook oleh Tuan Firdaus Shakirin ini suami seharusnya mendengar dan tunaikan permintaan anak dan isteri Abah selalu cakap Nak makan apapun beli teringin apapun beli duit boleh cari Sampai ke hari ini bila dah ...
Nak Outstation Lama Isteri Siapkan Baju Amp Makanan Untuk Suami Amp Anak Ikut Hari

Nak Outstation Lama Isteri Siapkan Baju Amp Makanan Untuk Suami Amp Anak Ikut Hari

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 367 hits
Pengorbanan isteri dan ibu sememangnya sangat besar Bukan sahaja bertarung nyawa bagi melahirkan zuriat tercinta malahan sanggup menguruskan rumah tangga supaya suami serta anak anak selesa menjalani hari hari mendatang Lebih hebat lagi apa...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian