Peribadi Seni Scha Alyahya






Scha sering diundang ke luar negara mewakili Malaysia ke acara fesyen antarabangsa.

Sejak kebelakangan ini semakin jarang melihat kelibat Scha Alyahya berlakon atau mengacara di kaca televisyen. Sebaliknya wanita tinggi lampai ini persis duta kecil Malaysia dalam lapangan fesyen apabila kerap terbang ke luar negara memenuhi jemputan ke acara-acara fesyen elit melibatkan jenama terkemuka dunia seperti Fendi, Bvlgari dan Gucci.

Biarpun ramai cemburu dengan pemilik nama sebenar Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya itu kerana sering menjadi antara orang pertama yang menyaksikan fesyen terbaharu jenama terkenal dunia, tuah tersebut bagaimanapun hadir dengan pengorbanan besar iaitu karier seninya.

“Bukan tidak mahu lagi berlakon atau mengacara, tetapi saya sering ke luar negara menghadiri acara fesyen mewakili Malaysia. Disebabkan itu, saya tidak mahu menyusahkan produksi kerana tidak boleh memberikan komitmen sepenuhnya.

“Bagaimanapun, untuk terus relevan dalam industri lakonan dan pengacaraan, saya perlu muncul di televisyen serta ruangan media. Saya tidak mahu peminat lupa bahawa saya adalah seorang pelakon dan pengacara,” kata Scha.

Melanjutkan bicara, isteri kepada Awal Ashaari itu tidak menafikan dia selalu berasa gementar untuk berhadapan dengan orang luar andai diberi peluang dan kepercayaan mewakili Malaysia ke acara fesyen.

“Mewakili Malaysia memang membuatkan saya gembira dan bangga, namun pada masa yang sama saya sebenarnya gementar.

“Saya susah untuk diajak berbual kerana bersikap introvert (susah bergaul). Suka atau tidak, saya tetap perlu berbual dengan orang jika menghadiri acara fesyen dan menganggapnya sebagai cabaran.

“Apa yang mengejutkan, orang Barat sangat peramah dan mereka memang tidak berhenti bercakap. Di situ, saya belajar sesuatu dan memperbaiki kelemahan diri. Tahap peramah orang Barat adalah saya pernah dipeluk secara tiba-tiba oleh pelakon filem Gone Girl, Rosamund Pike pada satu acara fesyen,” ujarnya.

Stigma orang Asia

Pernah duduk semeja dengan model antarabangsa, Bella Hadid ketika kunjungan jelitawan tersebut di Kuala Lumpur sebagai wajah baharu jenama jam tangan mewah, Tag Heuer, Scha turut memuji peribadi model ternama itu.

“Bella Hadid juga sangat peramah. Dia lebih peramah daripada segelintir artis Malaysia. Saya sangat terharu apabila dia masih mengingati saya ketika bertemu buat kali kedua dengannya di Rom, Itali. Dia sangat merendah diri,” kongsi Scha yang cukup dikenali menerusi drama bersiri Awan Dania suatu ketika dahulu.

Tambah Scha, orang Asia selalu berasa mereka terlalu kecil di mata dunia jika dibandingkan orang Barat, namun perkara tersebut sudah semakin berubah.

Hal ini kerana, berdasarkan pemerhatian Scha sepanjang mewakili Malaysia ke acara fesyen antarabangsa seperti New York Fashion Week atau Milan Fashion Week, dia berasa sangat dihargai individu sekeliling sebagai orang Asia.

“Orang Barat memang akan bercakap setiap masa apabila berjumpa terutama dengan orang Asia.

“Saya tidak tahu sebabnya, mungkin kerana kita kelihatan kecil, kuning atau putih, berlainan berbanding orang Barat. Lensa kamera di sana pun suka merakamkan foto orang Asia kerana kita tampak lain,” jelasnya.

Meski terasa kerdil, Scha mengakui telah mempelajari banyak perkara hasil pengalamannya menjelajah dunia luar menghadiri acara fesyen.

“Sebagai orang Asia, tidak dinafikan kita memiliki banyak kelemahan. Kita akan berasa ‘kecil’ apabila berada di negara orang.

“Bagi saya, suka atau tidak kita harus memberanikan diri untuk ke hadapan dan merobohkan tembok yang menjadi halangan untuk terus maju. Seperti saya cabaran terbesar adalah masalah pergaulan,” terangnya.

Lagu Cinta Kita

Selain acara fesyen, Scha juga kerap diundang sebagai juri program realiti. Terbaharu, Scha akan diberi kepercayaan sebagai juri program realiti, Lagu Cinta Kita.

Program tersebut akan mula bersiaran secara digital dan eksklusif bermula 19 April ini, setiap Jumaat dan Sabtu dalam laman YouTube, TV3Malaysia pukul 9 malam.

Bagi siaran TV3 pula, program berkenaan akan mula bersiaran mulai 21 April setiap Ahad pukul 3 petang selama dua jam.

“Peranan sebagai juri, memerlukan saya membuat penilaian terhadap karakter, keserasian dan bahasa tubuh atas pentas nanti.

“Dari segi vokal, saya serahkan kepada Hael Husaini kerana dia mempunyai kepakaran dalam bidang itu,” katanya.

Sebagai juri, Scha tidak menolak kebarangkalian, perkahwinan pemenang Lagu Cinta Kita akan ditaja andai benar menjalin hubungan cinta pada penghujung program.

“Kalau benar pemenang bercinta, pihak produksi akan menaja majlis perkahwinan mereka. Itu antara perkara yang dijanjikan.

“Saya tidak rasa mereka boleh memalsukan atau ‘berlakon’ soal perkahwinan. Perkahwinan merupakan perkara sekali seumur hidup dan bukan boleh dibuat main,” jelasnya lagi.

Lagu Cinta Kita merupakan sebuah program realiti yang diadaptasikan dariapda program popular Vietnam, Love At First Song. Program tersebut bertujuan mencari pasangan duet yang terbaik melalui pilihan lagu yang sama oleh kedua-dua pasangan serta menguji keserasian pasangan masing-masing.

Saman

Beralih bicara tentang kemenangan kes tuntutan samannya terhadap syarikat D’Haja (M) Sdn. Bhd., Scha mendedahkan bakal mengambil tindakan terhadap pengeluar minyak wangi eksklusif, Blue dan Maroon iaitu Eree International.

Katanya, tindakan itu diambil kerana kelalaian syarikat tersebut yang menyebabkan kerosakan sejumlah 3,215 botol minyak wangi.

“Pihak guaman saya sudah menghantar notis peringatan terhadap syarikat pengeluar itu kira-kira dua bulan lepas, namun sehingga kini, masih belum mendapat maklum balas.

“Oleh itu, surat tuntutan untuk bertanggungjawab atas kelalaian kerosakan jumlah botol minyak wangi itu akan dihantar pula selepas ini,” getusnya.

Tambah Scha, 35, dia tidak sewenang-wenangnya ingin mengambil kesempatan untuk menyaman mana-mana syarikat demi mendapatkan keuntungan sebaliknya ingin menuntut hak selain memberi kesedaran kepada golongan selebriti tentang kepentingan ilmu dunia perniagaan.

“Saya tidak berniat untuk mendapat keuntungan dengan mengambil tindakan undang-undang. Apa yang saya lakukan adalah untuk memberi kesedaran kepada golongan selebriti supaya berhati-hati apabila terlibat dalam perniagaan.

“Sebelum menjalankan atau terlibat dengan perniagaan perlu faham terma dan peraturan. Fahami dan baca kontrak agar perkara yang berlaku kepada saya dan suami tidak berulang kepada orang lain,” kata Scha.

Terdahulu, Scha dan suaminya, Awal berjaya memperoleh ganti rugi sebanyak RM345,305 selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpr membenarkan tuntutan saman mereka terhadap syarikat D’Haja (M) Sdn. Bhd.

Saman berkenaan adalah berhubung pelanggaran kontrak pengedaran dan penjualan eksklusif 20,000 botol minyak wangi jenama Bleu dan Maroon oleh syarikat pembekal tekstil tersebut.
Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya bangga bergelar orang Asia. Sering diberi peluang mewakili negara ke acara fesyen terkemuka dunia, Scha melihat hal itu sebagai ruang untuk memperbaiki kelemahan diri yang sebelum ini bersifat introvert.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/04/peribadi-seni-scha-alyahya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lama Menyepi Daripada Industri Seni Najwa Latif Kini Bergelar Pensyarah Muda

Lama Menyepi Daripada Industri Seni Najwa Latif Kini Bergelar Pensyarah Muda

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 377 hits
Siapa sangka penyanyi Najwa Latif pernah mencetuskan fenomena apabila lagu Cinta Muka Buku kerap diputarkan di stesen stesen radio tempatan sekali gus bergelar juara di kebanyakan carta stesen berkenaan pada suatu ketika dahulu Namun gadis ...
Prince Of Humanity Imej Seni Pasir Terbesar Di Dunia Yang Boleh Dilihat Dari Angkasa Lepas

Prince Of Humanity Imej Seni Pasir Terbesar Di Dunia Yang Boleh Dilihat Dari Angkasa Lepas

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 321 hits
Beberapa orang pengkarya seni telah menghabiskan masa selama 2 400 jam untuk menghasilkan sebentuk imej yang dibuat daripada pasir sehinggakan ia boleh dilihat dari luar angkasa Saiz imej pasir itu adalah seluas 15 876 22 meter persegi iait...
Seni Patung Tumbuhan Dan Haiwan Dari Bekas Botol

Seni Patung Tumbuhan Dan Haiwan Dari Bekas Botol

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 304 hits
Korangtentu sedar bahawa sampah di dunia ini semakin banyak Ramai pula orang yang tahu bahawa sampah khususnya plastik boleh dijadikan bahan kitar semula yang baik Tapi Veronika Richterova membuat seni kitar semula setingkat lebih mengagumk...
Scha Al Yahya Ingin Saman Pengeluar Produk Pula

Scha Al Yahya Ingin Saman Pengeluar Produk Pula

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 410 hits
Scha ambil tindakan undang undang untuk memberi kesedaran kepada golongan selebriti supaya berhati hati bila terlibat dalam perniagaan Selepas menang kes tuntutan saman terhadap syarikat D Haja Sdn Bhd pelakon dan pengacara Scha Al Yahya ba...
Awal Scha Dapat Rm345 305 Menang Kes Langgar Kontrak Minyak Wangi

Awal Scha Dapat Rm345 305 Menang Kes Langgar Kontrak Minyak Wangi

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 360 hits
NUZULSHAM SHAMSUDDIN 27 Mac 2019 3 19 PM KUALA LUMPUR Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi memerintahkan Syarikat D Haja Sdn Bhd membayar ganti rugi sebanyak
Foto Siapa Scha Elinnea Ni Katanya Artis Baru Yang Ada Mata Cantik Bak Barbie Doll

Foto Siapa Scha Elinnea Ni Katanya Artis Baru Yang Ada Mata Cantik Bak Barbie Doll

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 1285 hits
Pelakon cantik yang semakin menjadi tumpuan ramai sejak berlakon drama trending Mr Grey telah menerima respon positif mengenai lakonannya Menerusi Instagram Scha Elinnea atau nama sebenarnya Natasha Mohamed Mubeen telah menerima pujian rama...
Hiburan Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya Menang Saman Rm345 305

Hiburan Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya Menang Saman Rm345 305

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 480 hits
Selepas enam bulan turun naik mahkamah hari ini pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al Yahya menang kes tuntutan saman sebanyak RM345 305 apabila Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Syarikat D Haja Sdn Bhd membayar ganti rugi te...
Terkesan Isu Penggiat Seni Bergelut Cari Makan Sharifah Amani Tak Hadir Ffm30

Terkesan Isu Penggiat Seni Bergelut Cari Makan Sharifah Amani Tak Hadir Ffm30

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 282 hits
Sharifah Amani mengambil keputusan untuk tidak hadir ke Festival Filem Malaysia Ke 30 yang berlangsung pada malam Sabtu Pelakon berbakat besar Sharifah Amani memberitahu tidak akan menghadiri Festival Filem Malaysia ke 30 yang bakal berlang...
Jangan Perlekeh Kerjaya Di Bidang Seni Cikgu Hafiz

Jangan Perlekeh Kerjaya Di Bidang Seni Cikgu Hafiz

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 480 hits
Imej via JANGAN PERNAH HINA KERJAYA SENI Artikel ini saya ingin kongsikan kepada semua terutamanya kepada adik adik yang kreatif dan minat dalam bidang seni namun masih keliru untuk memilih bidang pengajian Saya juga pernah alami situasi ya...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord

Road Tested Saint Unbreakable Coretec Armored Motorcycle Jeans

The New 2025 Honda Prelude

Sarapan Bubur Nasi Berlauk Kak Sab

Wall Oh Shame

Bila Walaun Otak Terbalik