Pergi Umrah Tanpa Pakej Ikuti Perkongsian Mereka Ini



Umrah hanya boleh dilakukan di Mekah sahaja. Walaupun duit anda banyak, anda banyak masa sekali pun, tetapi nak buat Umrah, anda wajib buat di Mekah dan bukannya di tempat lain. Ianya merupakan suatu keindahan jika seorang Muslim berjaya pergi ke Mekah dan masuk ke Masjidil Haram dan melihat Kaabah dengan mata sendiri kan.

Jadi di Malaysia, kebiasaanya bila mereka yang ingin pergi Umrah, mereka pastinya mencari pakej Umrah dan pergi bersama Ejen Travel. Padanya anda hanya perlu bayar sahaja dan segala urusan akan diurukan oleh pihak mereka baik di Malaysia mahupun di Mekah sana. Juga diberi khidmat Mutawwif untuk guide anda ketika ingin melakukan Umrah.

Tetapi sebenarnya, kita boleh pergi sendiri menunaikan Umrah ke Tanah Suci tanpa ejen atau dipanggil Umrah DIY. Kelebihan paling ketara padanya adalah kos sahaja. Pastinya ia lebih murah berbanding pergi bersama Ejen Travel. Tetapi kelebihan lain? Terpulang kepada anda.

Jadi kalau anda ingin pergi Mekah sendiri, anda boleh ikuti perkongsian Didi Luvy di bawah, bagaimana dia bersama suami pergi menunaikan Umrah tanpa pakej. Ingatlah pergi ke Mekah tidak sama seperti Travel ya. Pergi ke sana untuk beribadah dan bukannya bercuti.

Baca Juga : Betul Ke Charge Telefon Di Airport Tidak Selamat?

Pergi Mekah Dengan Sendiri
Assalamualaikum semua. Awal 2018 yang lepas kakak ada up gambar kami suami isteri umrah tanpa pakej. Dan lepas tu ramai kawan-kawan yang minta kongsi cerita. Tapi disebabkan ramai yang ingat UMRAH DIY ni melanggar undang-undang, kami malas nak hebah-hebah kan. Tapi, sejak Saudi lancarkan tourist Visa, secara tak langsung UMRAH DIY sudah dianggap ‘halal’. Makanya, cerita ini untuk korang semua yang kakak dah janji. Sori lambat! Hehe.

Disclaimer : Kak oishii takde niat nak menunjuk, apatah lagi nak menjatuhkan periuk nasi kawan-kawan yang buat pakej umrah. Cuma ini guide untuk kawan-kawan yang nak pergi dengan plan sendiri. Tak semua orang ada cuti 12 hari untuk umrah, tak semua ada 6-7k untuk umrah. InsyaAllah trip DIY kome boleh plan sendiri, bajet sendiri, masa sendiri. Good luck!
#1 - FLIGHT BOOKINGBoleh survey semua Airlines. Biasanya Saudi, MAS, AirAsia ada direct flight. Kalau transit mungkin lebih murah, eg: Oman Air, Etihad, Sri Lankar, Turkish Airlines. Tapi masa transit tu adakah berbaloi, terpulang masing-masing

Kami hari tu amik AirAsia. RM1750 sorang without luggage/food/seat. Tersangat murah. Then kakak tambah front seat, makan, luggage jadi RM2350 return. Kebetulan masa pergi flight kosong, makanya berbaring lah deme guna 2-3 seat sorang. Selesa habis. Guideline kakak, RM2500 (all in) ke bawah boleh grab. Budget terbesar untuk umrah DIY memang flight tiket. So, choose wisely

#2 - HOTEL BOOKINGJarak hotel sangat memainkan peranan. Kat madinah rata-rata hotel dekat, murah je. Lebih murah dari Makkah. Kat Makkah, ada kawan-kawan DIY dapat rate Hilton sangat murah untuk bilik 4 orang. SAR 245/nite je! So untuk hotel dah boleh plan sesuai bajet. Tempah kat Agoda atau booking.com etc. Sama je macam korang g travel ke Europe tu. Guideline kak oishii, kome amik yang free cancellation. Bila ada offer yang lebih murah, boleh cancel yang first, book baru. Hihi
Kami stay Hotel Saraya Eiman Makkah (300m ke dataran) SAR 220/nite. Madinah Zowar International Hotel (300m ke Gate 25 – pintu wanita. Straight pergi Raudah) SAR 259/nite
This time 5 years ago. I was taken by a guy named HUSBAND. We calebrated our anniversary abit early this year. Only the 2 of us. We ate, we walked, we shopped, we date, we flirted, we ate icecream together. We realllllly enjoyed every minute of ours here (eventhough we actually missed @themirzasquad). I must admitted that this trip had re-ignited the spark that got us together 5 years back. So ladies, go and start planing for your next dating trip! 😉 To dearest husband, I LOVE YOU. 😘😘 (I know that I hutang many friends about my DIY itinerary. Will share soon. I just need to find the time 🙏🙏🙏)54 Likes, 2 Comments - Dila Luvy (@dilaluvy) on Instagram: "This time 5 years ago. I was taken by a guy named HUSBAND. We calebrated our anniversary abit early..."
#3 - VISASekarang VISA UMRAH dah bukak seawal 10 Muharam rasanya. Dan tutup 15 Syawal. So boleh plan pergi dalam tempoh masa ni. Untuk urusan Visa, kena ada flight tiket, hotel booking, surat nikah/sijil lahir, bukti cucuk vaksin, travel insurans. Untuk Visa, kami ada contact orang yang boleh buatkan. Nak yang ni, kena PM tepi. Tak boleh disclose bagi menjaga kepentingan banyak pihak. Kos RM350 sorang (Januari 2018)

Sebenarnya, kami masih pergi dengan VISA UMRAH yang sah. Jadi bagi Saudi, kami datang dari group company yang buatkan VISA UMRAH kami. Muasasah di Saudi, muasasah company tu. Jadinya, UMRAH DIY KAMI HALAL di sisi undang-undang Saudi. Yang kome baca kat paper kata UMRAH DIY HARAM tu, tak sama dengan kes kami dan kebanyakan geng-geng DIY yang lain

Tapi ini semua dulu. Sekarang 2019 dah ada VISA PELANCONG. Sangat-sangat lah senangnya. Wanita tak perlukan mahram, tak perlu kad suntik vaksin, flight, hotel semua. InsyaAllah soon kami bakal terbang dengan VISA PELANCONG ni. InsyaAllah kak oishii share lepas balik nanti ye..


#4 - MAKANBab ni pun sama korang boleh control ikut bajet sendiri. Macam kami laki bini hantu nasi arab, so memang hidup senang la kat sana. Puas makan. Kalau yang memang selera melayu tu jangan risau, ada Felda D’Saji kat Makkah n Rumah Makan Indonesia kat Madinah (update: katanya dah ada Rumah Makan Malaysia kat Hotel Dar Eiman Madinah). Bajet makan kami dlm RM50/pax/day. Kalau hotel Saraya Eiman nak fullboard makan tambah SAR40 masa tu.

#5 - GROUND TRANSPORTBoleh check facebook Umrah Taxi, Umrah Taxi Express, Umrah Cab. Kalau berdua macam kami banyak guna Uber dan Careem (apps macam grab). Untuk Umrah 2020 kakak amik pakej Umrah Taxi sebab sekali harung utk 1 keluarga. Umrah Taxi ni kita bayar masa kat sana. Cuma booking je awal-awal. Atau yang muda mudi takde anak kecik tu boleh amik SAPTCO bas. Coach selesa jugak kata kawan-kawan. Kakak tak pernah guna. Train pun kakak takde pengalaman. Dengar dari kawan-kawan je

Kebetulan sebulan sebelum kakak fly hari tu, Saudia Airlines buat offer. Jadi kami amik flight domestic Jeddah-Madinah. SAR 200 seorang return. Kalau sedan car mau SAR 400 one-way. Hihi.. Ziarah Makkah, Madinah semua kak oishii guna Uber n Careem je. Senang n murah. Ada yang kami naik bas utk niat ke Tanaim. SAR 3. Ada kawan ke masjid Quba hari-hari pun naik bas. Nanti kakak cuba.. 😃

#6 - ZIARAH & MUTAWWIFKami tak amik mutawif masa trip ni sebab rasa boleh handle sendiri berdua. So semua ziarah naik Uber je. Untuk next trip kami pergi keluarga besar, maka amik student Malaysia yang kat sana untuk ziarah Makkah, Madinah n Thaif. Sambil-sambil tolong dorang jugak. Boleh PM kakak kalau nak contact k.
Kakak dah up cerita UMRAH DIY TANPA PAKEJ kat fb. G usha sana. Akhirnya kakak kotakan janji setelah hampir 2 tahun.. 😆24 Likes, 2 Comments - Dila Luvy (@dilaluvy) on Instagram: "Kakak dah up cerita UMRAH DIY TANPA PAKEJ kat fb. G usha sana. Akhirnya kakak kotakan janji setelah..."
#7 - TRAVEL INSURANS DAN CUCUK VAKSINSangat-sangat penting. Kalau VISA UMRAH wajib ada. VISA PELANCONG takyah. Macam travel ke tempat-tempat lain jugak. Beli je online. Kakak sekeluarga memang amik annual travel plan. Vaksin pun kami amik walaupun sekarang dah tak payah ada. Tapi mencegah kan lebih baik dari mengubati


#8 - AIR ZAMZAMAir zamzam ni boleh beli kat airport Jeddah/Madinah kat luar. Sebelum kome masuk check in. SAR 5 je untuk botol 5 liter. Tapi 1 pasport boleh beli sebotol air je. And airlines tak kira 5 liter ni dalam pakej bag kita. Kira memang dorang bagi free bawak balik. 😍
9. BAJET TOTALJadi untuk trip ni total bajet kakak dalam RM 4000 seorang untuk 8 malam rasanya. (Nanti peh balik Malaysia kakak update exact figure. Ada tulis dalam buku. Kakak jauh diperantauan ni, tak ingat. Hihi..) Dengan perjalanan yang smooth, hotel dekat, kakak rasa sangat-sangat puas hati dengan DIY umrah ni. Harap yang ke depan bersama keluarga besar ni pun Allah permudahkan jugak. Kome doakan jugak ye? Nanti kakak share pengalaman yang ni pulak. Ke kome nak kak oishii update live nanti? 🤭😝
Note KakiUMRAH DIY ni kakak tak galakkan untuk first timer. Sebab kita datang nak beribadah, biarlah pakej tour uruskan semua. Kita ikut dan focus ibadah je. Yang dah pernah pergi, nak plan aktiviti dan bajet sendiri, nak rasa manisnya tak bazir banyak masa, silakan. Sekali lagi, kalau rasa bermanfaat, sharelah untuk panduan kawan-kawan lain bersama. Yang khilaf atau tak jelas, maafkanlah kami.. Mana yg tertinggal, boleh la tambah kat komen bawah. So, semua boleh baca dan dapat manfaat bersama


sumber : facebook Didy Luvy


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mohtravel.com/2019/12/pergi-umrah-tanpa-pakej.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+mohtravel%2FPaib+%28mohtravel+%E2%9C%88%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persiapan Sebelum Pergi Umrah

Persiapan Sebelum Pergi Umrah

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 189 hits
23 Nov 2019 Saya berkesempatan untuk menunaikan umrah buat pertama kalinya di usia yang agak The post appeared first on
Ikuti Perkongsian Pengalaman Bercuti Di Pulau Batam Dan Bintan Indonesia

Ikuti Perkongsian Pengalaman Bercuti Di Pulau Batam Dan Bintan Indonesia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 586 hits
Kita kalau nak cari pemandangan pantai atau kolam yang cantik kita decide nak pergi Maldives Ya di sana pemandangan lautnya sangat cantik tapi sudah pastinya kos yang diperlukan sangat tinggi kan Tapi jangan risau sebenarnya ada je destinas...
Up Grade Kapasitas Puluhan Pejabat Banyuwangi Ikuti Mo Training

Up Grade Kapasitas Puluhan Pejabat Banyuwangi Ikuti Mo Training

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 119 hits
Pelatihan tersebut menurut Bupati Banyuwangi Abdullah Azwar Anas adalah upaya untuk meng up grade cara pandang para pembuat kebijakan dalam menghadapi tantangan zaman
Ikuti 10 Tips Jimat Ini Semasa Berbelanja Secara Online

Ikuti 10 Tips Jimat Ini Semasa Berbelanja Secara Online

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 331 hits
Membeli barang secara online sememangnya telah menjadi sesuatu yang biasa pada zaman sekarang Ini juga bermakna kita boleh berbelanja tanpa keluar daripada rumah Pelbagai ecommerce muncul untuk memenuhi keperluan dan kemahuan pembelian onli...
4 Langkah Anda Perlu Ikuti Untuk Dapatkan Kembali Wang Yang Tersilap Bank In

4 Langkah Anda Perlu Ikuti Untuk Dapatkan Kembali Wang Yang Tersilap Bank In

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 280 hits
Kata orang malang tidak berbau Begitu juga dengan kecuaian diri dimana terdapat kes seseorang individu memasukkan wang ke akaun individu yang salah Sekiranya perkara ini terjadi kepada anda anda tidak perlu risau panjang kerana wang ada mas...
Peringati Hari Kanker Sedunia Pasien Hingga Penyintas Ikuti Kegiatan Lari

Peringati Hari Kanker Sedunia Pasien Hingga Penyintas Ikuti Kegiatan Lari

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 169 hits
Kegiatan ini sebagai dukungan terhadap pasien dan penyintas kanker serta memperingati Hari Kanker Sedunia Rute lari dari The Plaza Semanggi Patung Pemuda Membangun Senayan kemudian kembali ke The Plaza Semanggi
Pakej Rangsangan Jangan Jadi Seperti Sst

Pakej Rangsangan Jangan Jadi Seperti Sst

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 208 hits
Namun malangnya kesan tersebut terbukti tidak mampu bertahan lama Gambar hiasan KUALA LUMPUR Kerajaan menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan dan menggantikannya dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan supaya cukai baharu itu dapat merang...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner