Percutian Percuma Ditanggung Sepenuhnya Bukanlah Satu Mitos Dengan Teknik Ini
Tahukah anda, yang sebenarnya anda boleh pergi bercuti ke mana-mana destinasi dalam dunia ini dan tak perlu risau untuk mengeluarkan sebarang perbelanjaan bagi tujuan penginapan!
Apa pendapat anda kalau ada orang yang nak belanja anda pergi bercuti? Kos untuk tempat penginapan ditanggung sepenuhnya.
Benda ini macam satu mitos dan seakan-akan mustahil untuk terjadi. Saya dulu pernah mempunyai anggapan yang sama.
Tapi tahukah anda yang sebenarnya kita boleh pergi bercuti dan tak perlu bayar apa-apa belanja untuk tempat penginapan?
Saya telah alaminya, dan saya berpendapat anda juga boleh lalui apa yang saya pernah lalui. Saya akan berikan anda dua contoh daripada pengalaman saya sendiri, macam mana nak pergi bercuti tanpa perlu bayar apa-apa kos untuk tempat penginapan.
(1) Tawarkan perkhidmatan review kepada pemilik homestay atau hotel
Kerja saya sebagai seorang freelancer membolehkan saya untuk memberikan perkhidmatan menulis artikel review untuk bakal pelanggan yang mempunyai bisnes tempat penginapan.
Tak kiralah sama ada mereka mempunyai bisnes jenis hotel ataupun homestay.
Ada banyak pemilik bisnes diluar sana yang sebenarnya memerlukan perkhidmatan review seperti ini. Artikel review yang bagus, yang meyakinkan, mampu untuk menarik pembaca untuk menjadi pelanggan.
Kadang-kadang mereka yang sebelum ini tak pernah dengar tentang sesebuah hotel atau homestay, mereka agak takut untuk buat tempahan. Sebaliknya, setelah mereka baca review positif dari orang lain yang pernah menginap disitu, mereka sudah tidak teragak-agak lagi untuk buat tempahan disitu.
Saya pernah menulis tentang sebuah homestay di Tangkak dalam salah satu laman web kepunyaan saya. Jemput baca disini homestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutan.
Saya tak perlu bayar apa-apa untuk menginap disitu, sebaliknya pemilik homestay yang memberikan saya sedikit wang saguhati untuk menulis tentang bisnes homestay yang dijalankan.
Semasa berada di Tangkak, saya ambil peluang untuk jalan-jalan dan kunjungi tempat-tempat menarik yang berdekatan dengan Tangkak. Mungkin anda minat nak baca pengalaman saya bercuti di Tangkak.
(1) Gunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak
(2) Apa yang menarik di sekitar Bandar Tangkak
“Tapi saya bukan freelancer dan saya tak pandai nak tawarkan perkhidmatan macam yang awak tawarkan ni…”
Ya, saya sedia maklum perkara tersebut.
Walaupun anda bukan seorang freelancer, ini tak bermakna anda tak akan dapat peluang untuk pergi bercuti secara percuma macam yang saya lalui ini. Masih ada lagi cara lain yang anda boleh gunakan.
(2) Gunakan laman web Airbnb untuk buat tempahan homestay atau hotel pilihan anda
Semua orang boleh dapat tempat penginapan percuma, dengan syarat kena buat sedikit kerja.
Ye la… tak kanlah anda mengharap untuk dapat sesuatu yang besar nilainya secara percuma tanpa perlu buat apa-apa. Kalau begitu, baik anda minta orang lain tolong bayarkan bagi pihak anda.
Macam tu pun bolehlah dianggap percuma. Tapi ini serius, dan saya akan terangkan kenapa anda perlu pilih Airbnb untuk buat tempahan.
Mula-mula sekali, anda daftar sebagai ahli di laman web Airbnb melalui pautan ini.
Pautan tersebut akan membawa anda ke halaman seperti diatas. Klik pada butang Sign up to claim your credit.
Kelebihan buat pendaftaran melalui cara yang saya tunjukkan diatas ini ialah, anda akan menerima travel credit bernilai RM165 yang anda boleh gunakan untuk buat tempahan di laman web Airbnb.
Pecahannya adalah seperti dibawah ini.
RM120 anda boleh gunakan untuk dapat diskaun tempahan hotel dan homestay dengan syarat hotel atau homestay tersebut berharga RM290 atau lebih semalaman.
RM45 akan digunakan secara automatik untuk tempahan pengalaman di airbnb.
Travel credit bernilai RM165 ini sebenarnya ada expiry date. Anda perlu gunakan dalam masa satu tahun. Tapi tunggu dulu. Kalau boleh jangan tergesa-gesa nak gunakan travel credit ini.
Sebagai ahli berdaftar di laman web Airbnb, anda juga boleh sebarkan travel credit yang sama ini kepada kenalan anda.
Apabila anda berikan travel credit kepada kenalan anda, dan seterusnya mereka buat tempahan menggunakan travel credit, anda akan dapat travel credit tambahan setelah mereka balik bercuti.
Bawah ini adalah contoh travel credit tambahan yang saya perolehi dari Airbnb hasil saya sebarkan travel credit kepada kenalan saya.
Selepas kenalan saya ini balik dari bercuti, Airbnb akan berikan saya Travel Credit tambahan bernilai RM60 kepada saya. Ini seperti ganjaran kerana perkenalkan Airbnb kepada pengguna baru.
Anda buatlah kira-kira sendiri.
Kalau seorang anda boleh dapat RM60 travel credit, kalau anda ada 10 orang kawan, anda boleh dapat RM600 travel credit.
Bagaimana pula kalau anda ada 100 orang kawan? Pada masa itu anda akan dapat RM6,000 travel credit. Saya rasa jumlah itu agak banyak, dan boleh digunakan untuk bercuti sama ada dalam mahupun luar negara.
Baiklah.
Dua teknik yang saya kongsikan disini adalah teknik yang saya sendiri pernah gunakan. Dari pembacaan yang saya buat, termasuk baca dari laman web di luar negara, memang ada banyak lagi teknik untuk dapatkan percutian percuma, namun disebabkan saya sendiri tak pernah gunakan teknik tu, jadi saya tak beranilah nak kongsikan disini.
Tapi di masa akan datang, In Shaa Allah kalau saya temui teknik lain yang terbukti keberkesanannya, saya kongsikan juga.
The post Percutian percuma ditanggung sepenuhnya bukanlah satu mitos dengan teknik ini appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sabreehussin.biz/teknik-dapat-percutian-percuma/