Percutian Di Tok Aman Bali Beach Resort
Tok Aman Bali Beach Resort Merupakan tempat menarik di kelantan yang terbaik, bertaraf 4 bintang. Lokasinya terletak di Tok Bali, Pasir Puteh iaitu lebih kurang 50 km dari bandar Kota Baharu. Resort ini dibuka pada bulan November 2011 dan telah menepati citarasa dari segenap lapisan pengunjung. Jauh dari kesibukan bandar, resort ini membolehkan pengunjung yang datang menikmati suasana panorama pantai yang indah dan mendamaikan bersama pasangan dan keluarga tersayang.
Antara keunikan di resort ini yang tidak didapati di mana-mana adalah rekabentuknya, dimana kesemua blok menghadap kolam renang yang luas. Kolam renang terbuka ini memang sangat sesuai untuk mandi-manda terutamanya bagi mereka yang membawa anak-anak. Ditambah lagi dengan bilik permainan kanak-kanak serta kawasan permainan yang disediakan, pasti dapat menghiburkan anda sekeluarga
Menikmati suasana damai yang jauh dari kesibukan, resort ini adalan pilihan yang tepat kerana turut menyediakan pelbagai pakej keluarga yang menarik bagi menjamu selera dengan pelbagai menu masakan istimewa mahupun masakan barat. Selain itu, pengunjung juga boleh mengadakan aktiviti barbeku bersama keluarga pada sebelah malam
Percutian Hebat Di Tok Aman Bali Beach Resort Yang Pasti Menjadi Kenangan TerindahMari kita lihat butiran kawasan ini dahulu
Alamat : No. Lot 6264-1, Pantai Bisikan Bayu, 16700, Kelantan, Malaysia.Nombor Telefon : +60 9-691 8809Facebook : Tok Aman Bali Beach Resort
Info Menarik di Tok Aman Bali Beach ResortAktiviti SesuaiAktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung disini ialah:mengayuh basikalmenaiki pedal botmemancingmenaiki kayakbermain bola tampar pantaipermainan paintballwater ball8 elements obstacle coursemenaiki kenderaan buggy
Harga BilikRujuk jadual di bawah:
Penginapan yang AdaResort ini menawarkan 4 jenis bilik yang boleh dipilih oleh pengunjung iaitu Deluxe Room, Deluxe Triple Room, Family Room dan Suite. Sekurang-kurangnya disediakan 100 Deluxe Room dan Suite yang dilengkapi dengan perabot yang elegen dan mewah, termasuk katil berkembar dan sofa Cleopatra
Setiap bilik di resort ini mempunyai bilik air yang luas iaitu individual shower dan bathtub serta balkoni yang menghadap ke arah pantai dan tasik buatan manusia. Reka bentuk resort ini juga menarik kerana semua blok menghadap kolam renang yang luas. Sangat sesuai bagi mereka yang merancang untuk berbulan madu, singgah bercuti atau mengadakan hari keluarga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://feedproxy.google.com/~r/adajewnet/~3/w5DVlH5Z6PU/percutian-di-tok-aman-bali-beach-resort.html