Perbezaan Dan Perpecahan Membawa Kepada Persengketaan Dan Polarisasi Part 1


 


Kita memerlukan ahli politik yang boleh menyatukan rakyat, mengatasi perbezaan dan menetapkan sasaran bagi memastikan masyarakat bergerak ke arah yang sama

By

 K Haridas



Cartoon: ZUNAR

Politik identiti menyangkal keperluan asasi dalam sesebuah masyarakat.

Garis buta melibatkan identiti ini dipergunakan, dan secara emosi ia bersangkutan dengan keluh-kesah orang ramai. Namun, ia bukanlah isu harian yang perlu dipertanggungjawabkan kepada ahli politik.

Keadilan sosial, kesaksamaan, kebebasan, inflasi, kos sara hidup dan keperluan bagi menyediakan peluang setara pula kemudiannya diketepikan, saatnya isu yang menggerakkan emosi yang melibatkan tuduh-menuduh serta saling menyakiti inilah yang merangsang pengundi dan mempengaruhi undi mereka.

Sama ada ia melibatkan isu yang berkaitan dengan warna kulit, etnik, agama atau kewarganegaraan, ia sama-sama dirasai oleh semua orang dengan cara yang berbeza, dan demokrasi kemudiannya menjadi mangsa kepada para majoriti.

Isu identiti cukup ramai yang mengikutinya, dan rakyat akan mengundi berdasarkan emosi dan prasangka mereka yang digembar-gemburkan oleh ahli politik. Mentaliti ‘mangsa’ sekali gus membutakan mereka kepada realiti kehidupan yang lebih asas.

Mereka yang dipilih ke tampuk kekuasaan itu pula ialah ahli politik yang mempunyai hanya sedikit keupayaan untuk menyatukan ‘panglima perang’ yang telah pun berada di Parlimen selama beberapa dekad, dan tidak banyak perubahan yang mahu dilakukan mereka.

Dan kini kita mempunyai seorang bekas perdana menteri yang mempromosikan Wawasan 2020 namun mempersoalkan pula keadaan pelbagai etnik masyarakat yang wujud di Malaysia.
Walau bagaimanapun, ramai daripada mereka juga telah berhasil menjadi kaya melangkaui pangkat mereka, memperkayakan diri sendiri atas nama kaum dan agama. Cukup hebat melihat bagaimana kita ditipu selama ini!

Semakin mereka memecahkan, semakin berpecah belah kita akhirnya. Pakistan boleh menjadi contoh yang baik. Sebuah negara yang diasaskan atas prinsip agama yang lahir daripada perpecahan meneruskan sihir yang terus memecahbelahkan penduduknya sekarang. Perpecahan dalam Islam sendiri berlaku, dan kadangkala perpecahan di antara suku turut merumitkan lagi isu di peringkat akar umbi. Kerajaan, tentera dan politik tidak dapat membantu bagi memenuhi keperluan rakyat, walaupun Pakistan adalah sebuah negara Islam.

Perpecahan tidak pernah inklusif, dan ia hanya akan mengakibatkan lebih banyak perpecahan. Lihatlah bagaimana perkauman telah dimainkan di Sri Lanka, sebuah negara pulau yang indah dan makmur. Isu di antara penduduk etnik Sinhala dan Tamil serta sengketa sivil yang berlarutan sangat menjejaskan sumber negara dan menumpahkan banyak darah warganya.

Apa jadi kepada mereka yang menang? Apabila sengketa itu selesai, banyak dendam yang tersisa, namun ahli politik yang berkuasa tetap berhasil mencari kekayaan untuk diri mereka sendiri. Mereka melupakan kepentingan rakyat marhaen Sri Lanka , dan hari ini negara itu terus goyah dek terkesan kerana keganasan etnik dan salah urus ekonomi. Penderitaan dirasai oleh ramai rakyat kebanyakan di Sri Lanka.

Ambil contoh Afrika Selatan, sebuah negara yang dilahirkan dengan visi yang dipegang Nelson Mandela melalui Kongres Kebangsaan Afrika itu. Rasuah dan politik identiti telah mengalihkan tumpuan tentang keperluan rakyat biasa di Afrika Selatan. Malah, presiden sekarang juga goyah dengan skandal yang cuba dikambus yang nampaknya masih belum selesai sepenuhnya.

Bekas Presiden Jacob Zuma didakwa atas pelbagai pertuduhan rasuah manakala dua beradik daripada keluarga kaya Gupta (sama seperti Jho Low di Malaysia) telah melarikan diri dari negara itu dan tidak diketahui keberadaan mereka hingga sekarang.

Seperti Sri Lanka, Afrika Selatan menghadapi isu ekonomi yang serius, dan ANC mempunyai banyak cabaran menuju pilihan raya akan datang.

Di India, kita mempunyai BJP dan walaupun pemimpinnya telah melakukan beberapa perkara positif, kita tidak boleh terlepas pandang bagaimana mereka juga memanipulasi isu ‘Hindu’. Ramai warga India yang berpendidikan juga terjerumus dengan muslihat menggunakan taktik ketakutan ini yang berasaskan mitos. Sentimen anti-Islam dikipas untuk mendapatkan undi di bawah panji Hindutva. Di sini, sekali lagi politik yang memecahbelahkan serta digerakkan oleh khalayak majoriti menjejaskan kualiti demokrasi India.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/perbezaan-dan-perpecahan-membawa-kepada_27.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbezaan Dan Perpecahan Membawa Kepada Persengketaan Dan Polarisasi Part 2

Perbezaan Dan Perpecahan Membawa Kepada Persengketaan Dan Polarisasi Part 2

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 225 hits
CARTOON BY ZUNARDi Malaysia kita juga telah mempergunakan perkauman terlalu lama Ia adalah laluan mudah untuk memenangi pilihan raya tetapi tahap kepimpinan yang dihasilkan cukup lemah Negara ini telah melahirkan kleptokrat yang terkenal di...
Perjalanan Kisah Pesakit Anxiety Part 2

Perjalanan Kisah Pesakit Anxiety Part 2

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 191 hits
Siapa yang dah baca part 1 Angkat tangan Haha Alhamdulillah ramai yang PM untuk sambungan cerita ini Sebelum tu I cakap mula mula I kena Anxiety Disorder I jauhkan diri dari family dan orang orang yang rapat dengan I I berkurung dalam bilik...
Mission Impossible Dead Reckoning Part One Meletup Di Pawagam Kutip As 235 Juta Pada Minggu Pembukaan

Mission Impossible Dead Reckoning Part One Meletup Di Pawagam Kutip As 235 Juta Pada Minggu Pembukaan

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 247 hits
Filem aksi terbaru Tom Cruise Mission Impossible Dead Reckoning Part One mengambil alih kedudukan pertama box office global pada minggu lalu dengan mengutip AS 235 juta seluruh dunia Menurut Deadline daripada kutipan tersebut sebanyak AS 80...
Part Ii Jilbab Boba Queen Style Full Modis

Part Ii Jilbab Boba Queen Style Full Modis

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 351 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank You AIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber
Anwar Defends Principled Zahid Calls Dap Part Of Our Family

Anwar Defends Principled Zahid Calls Dap Part Of Our Family

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 262 hits
Anwar Ibrahim addressing the Ceramah Madani at the Seberang Jaya expo ground during which he launched the PH BN unity coalition that will contest the state elections SEBERANG JAYA Prime Minister Anwar Ibrahim has defended Barisan Nasional c...
Daniel Dubois Saya Akan Melepaskan Neraka Di Oleksandr Usyk Kami Akan Membawa Pulang Gelar Berita Tinju

Daniel Dubois Saya Akan Melepaskan Neraka Di Oleksandr Usyk Kami Akan Membawa Pulang Gelar Berita Tinju

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 181 hits
Daniel Dubois bersumpah untuk membawa gelar kembali ke rumah saat dia berhadapan langsung dengan Oleksandr Usyk menjelang pertarungan gelar kelas berat dunia mereka pada 26 Agustus Pasangan itu datang bersama untuk konferensi pers mereka di...
Lebih Bermakna Kedua Dua Pihak Ketepi Perbezaan Daripada Tuding Jari Mazlan

Lebih Bermakna Kedua Dua Pihak Ketepi Perbezaan Daripada Tuding Jari Mazlan

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 191 hits
PETALING JAYA Sebuah NGO menyeru pertikaian antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkait pelupusan hutang peneroka dihentikan demi kepentingan warga Felda Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan berk...
Anwar Has Become Inspector Saab Pas Info Chief Says

Isteri Bolot Duit Jual Buah Pinggang Suami Lari Dengan Kekasih

Where Will Our Money Come From If We Don T Tax The Rich Anwar Says Tnb Tariff Hike Won T Affect 85pc Of Malaysians

Photo Goes Viral Ministers Deputies Missing From Dewan Rakyat

Eco Friendly Housing How Wellcamp S Prefab Homes Reduce Environmental Impact

Gluten Pengertian Bahaya Kesihatan Dan Panduan Diet Bebas Gluten

Dewan Rakyat Kecoh Pembangkang Dakwa Kerajaan Derhaka Titah Agong

Perencah Nasi Ayam Hainan Yang Mudah Dan Sedap Digunakan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Bufet Ramadan 2025 Merentasi Tradisi Pentas Citarasa Di Restoran Zest Lifestyle Hotel Marriott Putrajaya

Lirik Lagu Terapi Percuma Aepul Roza Sharul Kamal

Panduan Lengkap Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Buat Pasport Malaysia Antarabangsa Kanak Kanak

Designing Easy Websites And Apps

Aktiviti Perbincangan Ppim Bersama Pkns Ppim 05 02 2025