Perasuah Dan Penyalah Guna Kuasa Adalah Pengkhianat Negara


Nik Hasyudeen



Hanya orang yang ada kuasa boleh melakukan rasuah. Ini adalah kerana tanpa kuasa itu, walaupun sedikit, dia tidak ada nilai di sisi orang yang membayar rasuah.


Di dalam masa yang sama, orang yang berkuasa boleh menyalah gunakan kuasa untuk kepentingan dirinya, keluarganya dan puak-puaknya.


Apa yang jarang diperkatakan malah sering dilupakan ialah mangsa perasuah dan penyalah guna kuasa. Di dalam kes yang melibatkan duit kerajaan, kita semualah di antara mangsanya.


Mari kita ambil kes SRC yang sudah diputuskan oleh mahkamah sehingga ke mahkamah tertinggi negara:


1. Ianya melibatkan dana RM 4 bilion milik KWAP yang melabur untuk membayar pencen penjawat awam
2. Sampai hari ini tidak tahu apa yang didapati dengan pembayaran RM 4 bilion itu
3. Oleh kerana ianya melibatkan jaminan kerajaan, kerajaan persekutuan sudah membayar RM 4 bilion kepada KWAP dari duit kutipan cukai dari kita semua


Dari hujah-hujah di atas, kita semualah yang menanggung kerugian RM 4 bilion dari kes jenayah di atas. Berapa buah sekolah dan hospital yang boleh dibina dengan duit RM 4 bilion?


Semalam KD Pendekar terkandas di perairan Johor. Ianya dilaporkan bocor kerana melanggar sesuatu di bawah air.


Apabila sebuah aset tentera laut tidak boleh digunakan, sebahagian perairan negara terdedah kepada ancaman. Bukankah ini isu keselamatan dan kedaulatan negara?


Apa kena mengena KD Pendekar dengan rasuah dan salah guna kuasa? 


Sekiranya projek Littoral Combat Ship (LCS) disiapkan  mengikut jadual asalnya, tentunya kapal-kapal TLDM itu sudah boleh berkhidmat untuk melindungi perairan dan kedaulatan negara. Jadi risiko KD Pendekar tak boleh beroperasi tidak begitu merisaukan.


Kita semua tahu bahawa projek LCS ini bermasalah disebabkan pelbagai salah laku. Ada laporan audit forensik dan ada laporan dari Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC).


Setakat ini:


1. Bilangan kapal LCS di bawah kontrak ini sudah dikurangkan dari 6 buah kepada 5 buah
2. Kos pembuatan LCS naik dari RM 9.128 bilion kepada RM 11.22 bilion, naik RM 2.092 bilion
3. Belum ada sebuah pun LCS yang siap sedangkan mengikut jadual asal sepatutnya sudah ada yang siap dan beroperasi


Saya tidak tahu apakah lagi bukti-bukti yang diperlukan oleh masyarakat untuk membenci perasuah dan penyalah guna kuasa. Mereka bukanlah manusia-manusia yang mulia. Malah, mereka tidak memperdulikan kita pun. Yang pentingnya mereka, keluarga mereka dan puak-puak mereka jadi kaya raya.


Jika LHDN menganggap pembayar cukai adalah wira negara, tentunya orang-orang yang menyebabkan dana cukai lenyap begitu sahaja adalah pengkhianat negara.


Semoga Allah membuka mata jantunghati kita dan dapat melihat kekejian perasuah dan penyalah guna kuasa.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/08/perasuah-dan-penyalah-guna-kuasa-adalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penerima Rasuah Pengkhianat Negara Satu Kepala Rm3 5k Bantu Pati Masuk Di Klia

Penerima Rasuah Pengkhianat Negara Satu Kepala Rm3 5k Bantu Pati Masuk Di Klia

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 260 hits
Kenyang dek habuan satu kepala RM3 5kKuala Lumpur Terima habuan RM500 hingga RM3 500 bagi setiap kepala warga asing yang dibantu melepasi pemeriksaan ketat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah M...
Pengkhianat Lahanat Penguat Kuasa Korup Disyaki Terima Habuan Rm2 500 Lepas Warga Asing

Pengkhianat Lahanat Penguat Kuasa Korup Disyaki Terima Habuan Rm2 500 Lepas Warga Asing

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 206 hits
FMT ReportersBayaran rasuah paling rendah adalah RM500 bagi warga Uzbekistan dan paling tinggi warga Bangladesh Antara suspek termasuk penguat kuasa yang ditahan reman kerana dipercayai terbabit sindiket membawa masuk warga asing tanpa meng...
Pengkhianat 46 Pegawai Penguat Kuasa Disyaki Terlibat Sindiket Bawa Masuk Warga Asing

Pengkhianat 46 Pegawai Penguat Kuasa Disyaki Terlibat Sindiket Bawa Masuk Warga Asing

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 230 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Lebih kurang 46 pegawai penguat kuasa disyaki terlibat sindiket membawa masuk warga asing menerusi counter setting di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Mereka disyaki susulan siasatan Suruhanjaya Pencegah...
Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Negeri Kebangsaan

Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Negeri Kebangsaan

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 345 hits
Berita baik Hari Sukan Negara 2024 kembali lagi dengan pelbagai aktiviti terbuka untuk semua Pelbagai program dan aktiviti menanti anda di seluruh negara bermula 11 hingga 13 Oktober 2024 Tahukah anda apakah itu Hari Sukan Negara dan mengap...
Orang Melayu Mesti Baca Ruu Kafir Negara Kafir Jatuh Hukuman 1mdb

Orang Melayu Mesti Baca Ruu Kafir Negara Kafir Jatuh Hukuman 1mdb

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 176 hits
Sila baca ulasan saya di bawah Rupanya negara kafir Switzerland dengan Rang Undang2 kafir mereka telah jatuhkan hukuman penjara atas dua orang penjenayah yang terlibat menipu duit rakyat Malaysia sebanyak RM7 8 Billion itu Mereka tidak dibe...
Seluruh Negara Baca Tek Yang Serupa Sapa Punya Teks Kutbah Ni

Seluruh Negara Baca Tek Yang Serupa Sapa Punya Teks Kutbah Ni

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 244 hits
Jamzuti Ardani Khutbah Jumaat hari ni pasal Hari Merdeka Saya tak pasti samada penulis teks khutbah tu yang walaun atau khatib tu yang ubah teks Tapi huraiannya tak berapa kena Bukan salah tetapi terlalu eksklusif dan lari dari konteks Samb...
Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Anakanda Sultan Perak Raja Azlan Muzaffar Shah Curi Tumpuan Dengan Wajah Tampan

Masak Nasi Lemak Simple

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Belanjawan 2026 Tarikh Pembentangan Jangkaan Intipati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Solve Your Conflict Between Yourselves Takiyuddin Tells Umno And Dap

Sabah Umno At Weakest Point Faces Critical Juncture Says Analyst

Only Emergency Royal Brakes Can Slow Down Or Stop Akmal Express High Speed Runaway Train

Esok My Befday Ke 33

Nasi Berainai Lauk Kari Kambing Di Jamal Salim Restorant Terkenal Di Bandar Baru Keningau

Ideas Beef Jerky Recipe On Pellet Smoker