Perak Kini Bebas Kes Aktif Covid 19



PERAK kini negeri bebas daripada kes aktif Covid-19 selepas dua pesakit terakhir yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, sembuh dan dibenarkan keluar semalam.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ini menjadikan kesemua 247 pesakit positif Covid-19 yang direkodkan di negeri itu pulih daripada wabak berkenaan.

"Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Ding Lay Ming, hari ini. Maka, hospital seluruh Perak adalah sifar pesakit Covid-19, Alhamdulillah " katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Faizal hadir pada majlis penyampaian sumbangan barangan keperluan untuk petugas barisan hadapan antaranya peralatan perlindungan diri (PPE) daripada syarikat My Vista dan Syarikat Kangsor Hydro yang diserahkan kepada Dr Ding.

Ahmad Faizal turut menerima sumbangan berjumlah lebih RM600,000 daripada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak, Syarikat Renesas International bersama-sama Syarikat Carsem (M) Sdn Bhd, Syarikat Kuala Lumpur Kepong Bhd dan Syarikat Kangsor Hydro untuk Tabung Bencana Covid-19 Negeri Perak selain sumbangan pek makanan kering bersempena Ramadan oleh Syarikat Headlines International Sdn Bhd.

Menteri Besar berkata, bagaimanapun, perkara itu tidak bermakna rakyat Perak boleh terus selesa dengan tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebaliknya perlu membiasakan diri dengan kebiasaan baharu untuk tidak bersalaman, mengamalkan jarak sosial dan menjaga kebersihan diri.

"Saya menyarankan semua rakyat jangan fikir PKP telah pun tamat, PKP masih ada ...tetap amalkan jarak sosial. Saya fikir itu satu budaya baharu yang kita perlu amalkan selama-lamanya," katanya.

Sementara itu, Dr Ding berkata, sehingga 12 tengah hari semalam, sebanyak 253 kes positif Covid-19 dan enam kematian direkodkan di Perak.

"Bagaimanapun, kesemua 247 kes positif Covid-19 (253 kes positif tolak enam kematian) telah pulih dan dibenarkan pulang dengan dua pesakit terakhir di HRPB dibenarkan pulang petang semalam," katanya.

Jabatan Kesihatan Negeri Perak melalui laman sosial media Facebook rasminya semalam melaporkan Perak masih kekal dengan dua kawasan zon merah iaitu Durian Sebatang di daerah Hilir Perak dan Ipoh di daerah Kinta.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/perak-kini-bebas-kes-aktif-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Sahkan 13 Daerah Kekal Zon Merah Bagi Kes Aktif Zon Hijau Perlu Kekalkan Daerah Bebas Covid 19

Kkm Sahkan 13 Daerah Kekal Zon Merah Bagi Kes Aktif Zon Hijau Perlu Kekalkan Daerah Bebas Covid 19

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 322 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya telah mengeluarkan maklumat jumlah pecahan kes mengikut negeri setakat jam 12 pm 22 April 2020 Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dike...
Kes Aktif Stabil Telok Panglima Garang Kini Zon Hijau

Kes Aktif Stabil Telok Panglima Garang Kini Zon Hijau

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 516 hits
SHAH ALAM 30 APRIL Telok Panglima Garang di daerah Kuala Langat menjadi mukim terbaharu di Selangor diisytihar zon hijau selepas mencatatkan sifar kes Covid 19 hari ini Perkembangan tersebut menjadikan 33 dari 56 mukim di negeri ini berstat...
Perak Bebas Zon Merah Covid 19

Perak Bebas Zon Merah Covid 19

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 233 hits
Balqis Jazimah Zahariam hmetro com myGAMBAR hiasan FOTO arkib NSTPPERAK berada di tangga teratas dalam senarai perkembangan terbaik dalam memerangi penularan pandemik wabak Covid 19 Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata negeri...
Petaling Kembali Zon Merah Selepas Rekod 52 Kes Aktif Covid 19

Petaling Kembali Zon Merah Selepas Rekod 52 Kes Aktif Covid 19

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 324 hits
Kawasan hijau Covid 19 terus mencatatkan peningkatan daripada 86 kepada 111 daerah PETALING JAYA Daerah Petaling kembali menjadi zon merah hari ini apabila mencatatkan 52 kes aktif di kawasan tersebut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat ...
Semua Kes Positif Pulih Sepenuhnya Perlis Negeri Pertama Bebas Covid 19

Semua Kes Positif Pulih Sepenuhnya Perlis Negeri Pertama Bebas Covid 19

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 189 hits
PUTRAJAYA Perlis negeri pertama di negara ini bebas daripada wabak koronavirus selepas 18 kes positif sebelum ini telah pulih sepenuhnya Menerusi data yang dikeluarkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Kebangsaan kesemua daerah di n...
Kkm Kota Belud Kini Zon Hijau Tidak Lagi Mempunyai Kes Positif Covid 19

Kkm Kota Belud Kini Zon Hijau Tidak Lagi Mempunyai Kes Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 419 hits
Ini menjadikan bilangan zon kuning berkurangan daripada 80 menjadi 79 KKM Kota Belud kini zon hijau tidak lagi mempunyai kes aktif COVID 19 Kota Belud Sabah tidak lagi mempunyai kes positif Covid 19 menurut data yang dikeluarkan oleh Kement...
Covid 19 Singapura Catat 690 Kes Baharu Jumlah Keseluruhan Kini Lebih 15 000 Kes

Covid 19 Singapura Catat 690 Kes Baharu Jumlah Keseluruhan Kini Lebih 15 000 Kes

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 177 hits
SINGAPURA 29 April Singapura hari ini mengesahkan tambahan 690 kes baharu jangkitan COVID 19 termasuk enam melibatkan kes dalam komuniti manakala jumlah terbesar dari penghuni asrama pekerja Kementerian Kesihatan republik ini dalam satu ken...
Kedah Negeri Ketiga Tiada Kes Aktif Covid 19

Kedah Negeri Ketiga Tiada Kes Aktif Covid 19

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 310 hits
Kedah menjadi negeri terkini yang tidak mempunyai kes aktif Covid 19 seperti Kelantan dan Perlis MR Tahniah Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus sila subscribe via telegram dan untuk forum sila ke oo000oo MINDARAKYAT 1439 Hakcip...
Kes Menurun Kini Naik Kembali Ke Tiga Angka Akhirnya Dr Noor Hisham Bongkarkan Mengapa Kes Positif Covid 19 Naik Semula

Kes Menurun Kini Naik Kembali Ke Tiga Angka Akhirnya Dr Noor Hisham Bongkarkan Mengapa Kes Positif Covid 19 Naik Semula

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 357 hits
PENULARAN Covid 19 di negara ini merekodkan 105 kes baharu menjadikan keseluruhan 6 176 kes setakat Sabtu Daripada jumlah kes itu 11 adalah kes import Ini bermakna kes penularan tempatan adalah sebanyak 94 kes dengan 60 kes dikesan dari lok...
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Lanwuu Imagine By Aurora Design In Yunnan China

Raffa Affar Pelita Dalam Doa Chord

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Ringgit Closes Higher As Investors Shift From Safe Haven Currencies

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Traditional Seats No More A Factor In Pn Says Gerakan