Penyokong Indonesia Rosakkan Kerusi Snbj


Penyokong Indonesia Rosakkan Kerusi SNBJ. Sebanyak 44 kerusi bernilai kira-kira RM11,000 dirosakkan penyokong Indonesia ketika perlawanan aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 yang menyaksikan Malaysia menewaskan skuad Garuda 2-0, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Penyokong Indonesia Rosakkan Kerusi SNBJ Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Nik Razeen Adam Daud, berkata laporan kerosakan itu akan diserahkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat untuk tindakan susulan.
“Setakat ini, terdapat 44 kerusi yang dilaporkan pecah dan perkara itu akan disampaikan kepada FAM, secara kebiasaannya dan mengikut perjanjian sebelum ini, pihak terbabit akan menanggung kos kerugian peralatan stadium.
ANTARA kerusi penonton yang dirosakkan penyokong pasukan bola sepak Indonesia pada perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia diantara Malaysia menentang Indonesia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. NSTP/Mohd Yusni Ariffin.
“Bagaimanapun, prosedur operasi standard (SOP) FAM pula menetapkan sebarang aduan diterima perlu disampaikan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kita akan tunggu keputusannya nanti (tindakan susulan laporan kerusi stadium rosak),” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mengulas lanjut, Nik Razeen berkata insiden itu bukan isu besar sehingga memerlukan mendesak PSM mengadakan perjumpaan dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi membincangkan isu berbangkit.
“Ini bukan isu besar (rosakkan kerusi stadium), tidak perlu sampai nak jumpa menteri (Syed Saddiq).
“Isu ini antara PSM dan FAM, bagaimanapun pada akhirnya menteri akan mendapat laporan penuh mengenai insiden yang berlaku,” katanya.
Ditanya jika kerajaan Indonesia harus memikul tanggungjawab terhadap insiden itu, Nik Razeen berkata pihaknya tiada hak untuk menyatakan sedemikian sebaliknya ia tertakluk kepada bidang kuasa FAM.
Sementara itu, seorang pengguna Twitter, Nazrin Ahmad menggesa Syed Saddiq untuk meminta Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Zainudin Amali tampil bertanggungjawab terhadap kes kerosakan kerusi berkenaan.
“Jika mereka (kerajaan Indonesia) tidak bayar (ganti rugi), panjangkan perkara ini kepada FIFA.
“Ia bagi memastikan Indonesia mendapat pengajaran supaya (bersikap) lebih bertanggungjawab apabila berkunjung ke tempat orang,” katanya. -BH Online-

The post Penyokong Indonesia Rosakkan Kerusi SNBJ appeared first on Berita Viral Terkini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaviralterkini.com/penyokong-indonesia-rosakkan-kerusi-snbj/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fam Jangan Jual Tiket Kepada Penyokong Indonesia

Fam Jangan Jual Tiket Kepada Penyokong Indonesia

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 305 hits
Malaysia football fans are pictured during the AFF Suzuki Cup 2018 final against Vietnam at the Bukit Jalil National Stadium December 11 2018 Bernama picKUALA LUMPUR 17 Nov Penyokong bola sepak tempatan dinasihatkan tidak menjual tiket yang...
Fru Masuk Stadium Penyokong Dipercayai Bertindak Baling Cabut Kerusi

Fru Masuk Stadium Penyokong Dipercayai Bertindak Baling Cabut Kerusi

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 481 hits
Perlawanan bagi Kumpulan G untuk kelayakan Piala Dunia 2022 Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi telah memberikan tiga mata penuh kepada pasukan Malaysia selepas dua gol cantik dijaringkan oleh Safawi Rasid Walau ba...
Kedutaan Indonesia Minta Warganya Yang Turun Ke Snbj Malam Ini Jaga Tertib Hormat Undang Undang Malaysia

Kedutaan Indonesia Minta Warganya Yang Turun Ke Snbj Malam Ini Jaga Tertib Hormat Undang Undang Malaysia

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 384 hits
Kedutaan Besar Republik Indonesia di Malaysia pada baru baru ini telah mengeluarkan notis kepada rakyatnya yang merancang ke Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini untuk menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Indonesia Menurut kenyataan ...
Rosakkan Kerusi Sekolah 4 Pelajar Sekolah Agama Dipanggil Polis

Rosakkan Kerusi Sekolah 4 Pelajar Sekolah Agama Dipanggil Polis

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 728 hits
https ift tt 2QH616D Susulan viral video sekumpulan pelajar lelaki membelasah kerusi di sebuah sekolah agama di Kota Bharu polis telah mengenal pasti empat suspek terbabit Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Mohd Suhaimi Al...
Setan Apa Yang Merasuki Korang Dik Last Day Sekolah Pelajar Rosakkan Kerusi

Setan Apa Yang Merasuki Korang Dik Last Day Sekolah Pelajar Rosakkan Kerusi

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 727 hits
Hari terakhir persekolahan 2019 sepatutnya diraikan dengan cara yang baik tetapi tidak bagi sekumpulan pelajar lelaki ini yang memilih untuk merosakkan harta benda sekolah Viral di media sosial ketika ini video sekumpulan remaja lelaki mero...
Polis Kelantan Siasat Pelajar Rosakkan Kerusi Sekolah

Polis Kelantan Siasat Pelajar Rosakkan Kerusi Sekolah

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 1102 hits
Polis Kelantan masih belum menerima laporan mengenai video membabitkan beberapa pelajar di sekolah dipercayai di negeri ini bertindak merosakkan kerusi yang tular di media sosial pagi hari ini Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Abdullah Moha...
Walaupun Kami Disambut Dengan Balingan Lupakan Kisah Lalu Penyokong Indonesia Disambut Mesra

Walaupun Kami Disambut Dengan Balingan Lupakan Kisah Lalu Penyokong Indonesia Disambut Mesra

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 358 hits
Jika diimbau kembali kontrovesi yang melibatkan penyokong Harimau Malaya yang dipercayai diserang oleh penyokong penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno tiga bulan yang lepas pelbagai spekulasi yang timbul ekoran perkara itu Walaup...
Malaysia Jaring Gol Pertama Penyokong Indonesia Cetus Provokasi Lempar Suar Di Stadium

Malaysia Jaring Gol Pertama Penyokong Indonesia Cetus Provokasi Lempar Suar Di Stadium

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 573 hits
Setelah pasukan Harimau Malaya mendahului Indonesia dengan satu jaringan gol nampaknya situasi di stadium Gelora Bung Karno bagaikan berulang lagi apabila penyokong Indonesia mula membuat provokasi Dapat dilihat menerusi perkongsian video d...
Syed Saddiq Mahu Polis Siasat Dakwaan Penyokong Indonesia Dipukul

Syed Saddiq Mahu Polis Siasat Dakwaan Penyokong Indonesia Dipukul

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 366 hits
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu pihak polis melakukan siasatan terhadap dakwaan terdapat penyokong Indonesia dipukul selepas perlawanan membabitkan pasukan negara itu Pada Selasa lalu Malaysia menewaskan Indonesia...
Optimal Iron Filtration For Well Water A Guide To Clean Water

Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Our Soft Offer

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik

Gambaran Suit Power Rangers X Digimon Adventure Bergabung Meletop

Ipang Sahabat Kecil Chord

Lyla Kamu Cantik Kamu Baik Chord