Penyeludup Lari Tinggalkan Lembu Dan Lori


N Faizal Ghazali
Terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa, sekumpulan lelaki disyaki penyeludup melarikan diri dan meninggalkan lori bersama tujuh ekor lembu dipercayai diseludup dari negara jiran.
Pada kejadian sekitar jam 12.30 tengah malam tadi di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Rahmat, Lubuk Stol, Rantau Panjang itu, dilakukan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) ketika melakukan rondaan dan pemantauan rutin.
Pegawai Pemerintah PGA9, Superitenden Nor Azizan Yusof berkata dalam kejadian jam 12.30 malam tadi, anggota bertugas mengesan sekumpulan lelaki dan sebuah lori berwarna putih dalam keadaan mencurigakan.
Jelasnya, ketika anggota menghampiri kumpulan lelaki itu mereka bertindak melarikan diri ke semak berhampiran dan gagal dikesan.
"Hasil pemeriksaan terhadap lori tersebut mendapati terdapat tujuh ekor lembu dipercayai dibawa masuk secara seludup melalui negara jiran, Thailand, untuk tujuan pasaran tempatan dan seluruh negara bergantung kepada permintaan," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953, manakala nilai rampasan lembu tersebut dianggarkan RM70,000.
Tambah Nor Azizan, pihaknya turut menerima maklumat ladang kelapa sawit berkenaan menjadi tempat transit dalam kalangan penyeludup kerana kedudukannya agak tersorok bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
"Kesemua lembu terbabit termasuk lori dirampas dan dibawa ke Balai Polis Lubok Stol untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum ternakan ini diserahkan kepada Jabatan Veterinar negeri Kelantan," katanya.
Dalam perkembangan berasingan PGA9 turut merampas pelbagai jenis barangan runcit seludup seperti beras dan tepung bernilai hampir RM50,000 yang dibawa menaiki lori berdekatan Masjid Beijing, di Rantau Panjang pada jam 6.40 petang semalam.
"Anggota turut menangkap pemandu lori yang juga seorang lelaki berusia 57 tahun dan diserahkan ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut
"Hasil siasatan barangan seludup ini untuk menampung keperluan pasaran tempatan selain dijual sekitar pasar-pasar utama di Kota Bharu, dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967," kata Nor Azizan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/penyeludup-lari-tinggalkan-lembu-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lembu Punya Susu Sapi Nak Nama

Lembu Punya Susu Sapi Nak Nama

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 296 hits
MOHD SHAH RIMAt least bagilah kredit pada Persatuan Buddhist Tzu Chi Kelantan kerana menyumbang katil tilam dan bantal jika dak pesakit nak baring macam mana kat PUTIK
Menyorok Dalam Lori Untuk Rentas Negeri

Menyorok Dalam Lori Untuk Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 285 hits
Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN LELAKI warga India yang bersembunyi di bahagian muatan sebuah lori untuk merentas masuk ke negeri ini ditahan polis dalam sekatan jalan raya di Paya Berenjut di Kemaman hari ini KEMAMAN Seorang lelaki ...
Al Fatihah Tiga Maut Nahas Ngeri Treler Hempap Lori

Al Fatihah Tiga Maut Nahas Ngeri Treler Hempap Lori

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 379 hits
BATU PAHAT Tiga maut dalam kemalangan ngeri melibatkan sebuah lori dan sebuah treler di hadapan stesen minyak Petronas di Jalan Kluang Batu Pahat di sini pada Jumaat Dalam kejadian jam 6 28 pagi lori seberat tiga tan dengan muatan peralatan...
Kingston Melancarkan Pemacu Usb Berbentuk Lembu Sempena Tahun Baru Cina

Kingston Melancarkan Pemacu Usb Berbentuk Lembu Sempena Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 370 hits
Perayaan Tahun Baru China 2021 jatuh dalam tahun lembu Seperti tradisi tahun tahun sebelumnya pelbagai peranti dan aksesori edisi khas dilancarkan untuk memperingatinya Hari ini Kingston 2021 Mini Cow USB Flash Drive telah dilancarkan denga...
Sambut Tahun Lembu Dengan Suasana 1960 An Di The Curve

Sambut Tahun Lembu Dengan Suasana 1960 An Di The Curve

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 521 hits
Walaupun suasana Tahun Baru Cina yang lebih tenang tahun ini Curve teruja di Tahun Lembu dengan jalur ingatan dengan tema Treasures of Yesteryears yang nostalgia yang diilhamkan oleh pemandangan ikonik dari Chinatown Kuala Lumpur tahun 1960...
Oh Baser Lembu Buat Roblok Sini Hina Polis Di Media Sosial Lelaki Ditahan Siap Berkonvoi Bawa Balik Ke Balai

Oh Baser Lembu Buat Roblok Sini Hina Polis Di Media Sosial Lelaki Ditahan Siap Berkonvoi Bawa Balik Ke Balai

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 520 hits
Oh baser lembu buat roblok sini Hina polis di media sosial lelaki ditahan siap berkonvoi bawa balik ke balaiGara gara memuat naik kenyataan menghina anggota Polis Diraja Malaysia sebagai lembu di media sosial seorang lelaki yang juga pemand...
Pemandu Maut Penumpang Parah Kereta Bertembung Lori

Pemandu Maut Penumpang Parah Kereta Bertembung Lori

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 303 hits
Oleh Keadaan kereta mangsa yang remuk selepas bertembung dengan sebuah lori dalam nahas di KM 4 Jalan Yong Peng Muar hari ini Foto Ihsan Bomba BATU PAHAT Seorang pemandu maut manakala penumpangnya parah apabila kereta yang dinaiki mereka be...
Driver Takde Otak Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori Dek Pemandu Buka Pintu Secara Tiba Tiba

Driver Takde Otak Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori Dek Pemandu Buka Pintu Secara Tiba Tiba

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 576 hits
Driver takde otak Penunggang motosikal maut digilis lori dek pemandu buka pintu secara tiba tibaGara gara tindakan seorang wanita yang membuka pintu kenderaannya secara tiba tiba menyebabkan penunggang motosikal berusia 38 tahun meninggal d...
Quick Diet Dinner Recipes Veg

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae

Najib Guilty In 1mdb Case Major Milestone In Fight Against High Level Corruption

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

10 Negeri 1 Wilayah Diramal Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Pihak Berkuasa Turki Menahan 115 Individu Berkait Is Dalam Operasi Terbaru

Treler Hilang Kawalan Hempas Bumbung Stesen Minyak Pelanggan Cemas Elak Tragedi

Income Pasif Tanpa Kerja Adakah Ia Realistik Atau Sekadar Mitos

Income Pasif Automatik Cara Jana Pendapatan Tanpa Pantau Chart Setiap Hari