Penyanyi Rap Wanita Yang Berhijab
Bunga Penyanyi Rap Wanita Malaysia Pertama Tampil Imej Berhijab
Dunia hiburan di Malaysia dihiasi dengan pelbagai variasi muzik yang merancakkan lagi industri tersebut. Genre rap yang semakin membina nama di Malaysia telah mendapat sambutan yang baik dalam kalangan remaja tidak kurang juga golongan kanak-kanak dan orang dewasa. Apa tidaknya, bait-bait lirik yang diturunkan di dalam lagu-lagu rap kebiasaannya memberi kesan yang mendalam terhadap diri penyanyi dan juga pendengar
Dunia rap di Malaysia bukan sahaja dirancakkan oleh kaum lelaki sahaja seperti Joe Flizzow, Malique, Altimet dan Sonaone, malah turut disertai oleh kaum wanita. Nama-nama besar seperti Sophia Liana dan Zizi Kirana menjadi bukti bahawa Malaysia mempunyai penyanyi rap wanita yang semakin menjadi bualan dunia. Terbaru, nama Bunga, seorang gadis belasan tahun berasal dari Perak yang baru berkecimpung di dalam dunia rap Malaysia semakin dikenali ramai
Bunga, atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari merupakan penyanyi rap yang terkenal dengan pemakaian baju kurung ketika membuat persembahan. Imej yang dibawa olehnya itu dianggap sesuatu yang baru menghiasi dunia hiburan rap yang sering dianggap hanya untuk lelaki
Terdahulu, Bunga yang ketika belum dikenali ramai sering memuat naik rakaman-rakaman lagu rap yang dinyanyikannya ke dalam Youtube sebelum dihubungi oleh pengurus Joe Flizzow yang membolehkan dirinya untuk turut serta di dalam persembahan 16 Baris. Sejak itu, popularitinya semakin melonjak dalam industri muzik Malaysia
Membidas tanggapan segelintir masyarakat mendakwa genre rap merupakan genre kasar yang tidak sesuai dinyanyikan oleh kaum wanita, Bunga menyatakan bahawa menjadi penyanyi rap wanita tidak semestinya perlu berkelakuan seperti lelaki dan juga samseng
Membawa imej berbaju kurung dan dilengkapi dengan tudung, ianya sedikit sebanyak dapat membantu penerimaan orang ramai terhadap penyanyi lagu rap wanita yang sebelum ini dimomokkan sebagai genre yang kasar
Walau bagaimanapun, Bunga tidak menafikan bahawa terdapat cabaran yang perlu dihadapi ketika membuat persembahan
Saya tidak boleh melompat begitu banyak ketika memakai baju kurung. Saya telah dikritik kerana telah menjatuhkan imej wanita yang memakai tudung.Bunga yang kini telah menetap di Kuala Lumpur berharap dapat menghasilkan lebih banyak lagu sehingga dapat menerbitkan sebuah album. Dia juga mengimpikan untuk terus mengembangkan kariernya sehingga ke seluruh dunia
Walau bagaimanapun, Bunga bukan sahaja dikenali di Malaysia, malah popularitinya tersebar hingga ke luar negara seperti di Singapura. Perkara ini dapat dilihat menerusi sambutan hebat oleh warga Singapura ketika membuat Bunga persembahan di ‘Pesta Raya’ festival di Singapura baru-baru ini
Active Search Results Search Engine
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adajew.net/2019/07/penyanyi-rap-wanita-yang-berhijab.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29