Penunggang Motosikal Parah Dilanggar Pemandu Mabuk



Polis menahan seorang lelaki kerana memandu dalam keadaan mabuk sebelum terlibat pelanggaran dengan sebuah kereta dan sebuah motosikal sehingga menyebabkan mangsa cedera parah, dalam kejadian di Jalan Ayer Itam, di sini awal hari ini

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi, lelaki berusia 24 tahun itu yang berada di bawah pengaruh alkohol memandu kereta Proton Waja dari arah bulatan Ayer Itam menuju ke arah pusat bandar, dan ketika tiba di lampu isyarat Jalan Ayer Itam simpang Jalan Padang Tembak telah melanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang wanita

"Akibat pelanggaran itu, kereta Proton Waja tersebut telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan, sebelum merempuh sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 40 tahun," katanya di sini hari ini

Katanya penunggang motosikal itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, badan serta kaki kanan dan menerima rawatan di zon merah Hospital Pulau Pinang, manakala pemandu Myvi berusia 22 tahun turut cedera di badan, tangan serta kepala dan menerima rawatan di hospital sama

"Pemandu Proton Waja itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan ujian alkohol mendapati lelaki tersebut memandu dalam keadaan mabuk. Kes disiasat menurut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kematian atau kecederaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang 3 tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM8,000 dan tidak lebih RM20,000," katanya

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata polis menahan seorang lelaki berusia 30-an kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk yang dijalankan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Butterworth dekat sini awal pagi ini

Katanya dalam operasi bermula pukul 11 malam itu, lelaki tersebut memandu sebuah kereta dan tidak mengaku berada dalam keadaan mabuk serta memberikan pelbagai alasan kerana enggan memberikan polis menjalankan ujian alkohol ke atasnya

"Namun ujian alkohol mendapati lelaki itu di bawah pengaruh arak kerana baru balik berhibur di sebuah pusat hiburan dan dia ditahan untuk siasatan lanjut. Dalam operasi itu sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik," katanya

Sumber: Bernama

source https://www.thereporter.my/2020/01/penunggang-motosikal-parah-dilanggar.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2020/01/penunggang-motosikal-parah-dilanggar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Penunggang Motosikal Dirempuh Dengan Pemandu Kereta Mabuk

Tiga Penunggang Motosikal Dirempuh Dengan Pemandu Kereta Mabuk

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 384 hits
Sejak kebelakangan ni banyak pula kes kemalangan kan Kebanyakannya sebab pemandu cuai dan pemandu mabuk Orang lain yang buat hal kita yang jadi mangsa Baru baru ini ada seorang pengguna yang bernama Fauzi Aziz di Facebook berkongsi beberapa...
Video Pemandu Mabuk Dibelasah Sebabkan Kematian Penunggang Motosikal

Video Pemandu Mabuk Dibelasah Sebabkan Kematian Penunggang Motosikal

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 1029 hits
Akhir akhir ini kerap kali kita di sajikan kes kemalangan yang melibatkan pemabuk melanggar pengguna jalan raya lain Hari ini tersebar satu kes terbaru pemabuk melanggar 3 pengguna jalan raya hingga menyebabkan kematian Kejadian yang berlak...
Maut Cedera Parah Dilanggar Pemandu Mabuk Menteri Diam Mengapa

Maut Cedera Parah Dilanggar Pemandu Mabuk Menteri Diam Mengapa

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 391 hits
Kenapa tiada hukuman keras pemandu mabuk PAS menyelar kelembapan Menteri Pengangkutan kerana masih gagal meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 Rakyat mendesak Akta 333 dipinda khususnya melibatkan hukuman bagi kesalahan memandu dalam keadaan...
Lagi Pemandu Mabuk Buat Hal Kali Ini Langgar 3 Penunggang Motosikal

Lagi Pemandu Mabuk Buat Hal Kali Ini Langgar 3 Penunggang Motosikal

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 520 hits
Hi gais untuk OhTrending kali ini Oh Media membawakan kisah pemandu mabuk di Klang yang telah melanggar tiga orang penunggang motosikal Kalau korang nak tahu ulasannya korang boleh tonton video dekat bawah ni okay Sumber Oh Media
Dahlah Anak Tengah Tidur Tercampak Kereta 3 Beranak Dilanggar Pemandu Mabuk

Dahlah Anak Tengah Tidur Tercampak Kereta 3 Beranak Dilanggar Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 387 hits
The ReporterLagi kes kereta dilanggar oleh pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol dan kali ini video yang viral jelas sekali menunjukkan pemandu itu berada dalam keadaan mabuk Video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Mhd Shah ba...
Gerai Lelaki Ini Dirempuh Pemandu Mabuk Anak Gigil Trauma Hampir Dilanggar

Gerai Lelaki Ini Dirempuh Pemandu Mabuk Anak Gigil Trauma Hampir Dilanggar

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 424 hits
Hampir saban bulan rakyat Malaysia disajikan dengan berita kemalangan jalan raya melibatkan pemandu mabuk sehingga meragut nyawa yang tidak berdosa Loading Terbaru seorang peniaga Hazwan mengalami kerugian apabila gerai burger miliknya dida...
Padah Menyondol Penunggang Motosikal Pemandu Ford Ranger Vdx 3136 Ditahan

Padah Menyondol Penunggang Motosikal Pemandu Ford Ranger Vdx 3136 Ditahan

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 772 hits
Susulan viral video kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal dirempuh dengan laju oleh Ford Ranger polis telah bertindak memburu pemandu kenderaan itu Difahamkan kejadian itu berlaku pada jam 11 41 pagi 19 Januari 2020 Mangsa yang me...
Tiada Lagi Yang Akan Terkorban Dilanggar Pemandu Mabuk Dengan Alat Ini

Tiada Lagi Yang Akan Terkorban Dilanggar Pemandu Mabuk Dengan Alat Ini

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 432 hits
Foto FacebookBila agaknya kerajaan yang mentadbir akan jadi bijak Arak punca kerosakan Tapi car seat bayi yang diwajibkan manakala pemandu mabuk boleh terus melanggar orang sesuka hati kerana mudahnya mendapat arak dimana 2 3 hari ni pasti ...
5718 Isu Pemandu Mabuk Ppim Ehailing Fm 31 01 2020

5718 Isu Pemandu Mabuk Ppim Ehailing Fm 31 01 2020

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 728 hits
Isu pemandu mabuk PPIM PERTisk terpaksa bertindak menyerahkan memorandum kepada YAB Perdana Menteri tebgahhari tadi Sila ikuti sidang media khas bersama eHailingFM oleh Dato Nadzim Johan Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia serta Dat...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii