Pentaksiran Bilik Darjah Kaedah Pentaksiran


Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan sistem pentaksiran berterusan yang digunakan di sekolah-sekolah Malaysia untuk menilai perkembangan dan pencapaian pelajar.
Pentaksiran ini bertujuan membantu guru menilai prestasi pelajar secara menyeluruh serta memberi maklum balas yang berkesan untuk meningkatkan pembelajaran.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 
Apakah Itu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)? Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan dalam sesi PdP bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian/penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan.
Semua maklumat yang diperoleh dari pentaksiran bukanlah bertujuan untuk perbandingan atau persaingan antara murid. 
Sebaliknya maklumat tersebut hendaklah digunakan untuk membantu pihak sekolah dan ibu bapa untuk merancang tindakan susulan ke arah menambah baik penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.
Mengapa PBG Penting? PBD dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang pengajaran guru. 
Melalui PBD, guru dapat: 
 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran Merancang dan mengubahsuai kaedah pengajaran Mengambil tindakan susulan Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh Melalui PBD, murid dapat: (Melalui pentaksiran kendiri dan rakan sebaya):
Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran Mengesan perkembangan diri Meningkatkan pencapaian pembelajaran Bagaimana PBD Dilaksanakan? Guru memainkan peranan penting dalam melaksanakan PBD dengan menentukan objektif pembelajaran berdasarkan Standard Pembelajaran yang hendak ditaksir, merancang dan membina instrumen pentaksiran, melaksanakan pentaksiran, merekod hasil pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan.  
PBD bertujuan menambah baik pembelajaran murid melalui pentaksiran formatif, iaitu:  
Pentaksiran Untuk Pembelajaran (Assessment For Learning)  Pentaksiran Sebagai Pembelajaran (Assessment As Learning)  Namun begitu PBD juga boleh berlaku untuk melihat pencapaian atau penguasaan murid selepas sesuatu tempoh yang bersesuaian, melalui pentaksiran sumatif.
Pentaksiran Formatif >> Pentaksiran untuk pembelajaran: Tugasan mingguan, Latihan Harian, Soal-Jawab semasa PdP
Pentaksiran untuk pembelajaran juga dirujuk sebagai pentaksiran formatif. Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan sebahagian daripada proses PdP. 
Maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran ini boleh digunakan untuk merancang strategi atau langkah seterusnya dalam pengajaran ke arah meningkatkan pembelajaran murid dan tahap penguasaan mereka. Berdasarkan tujuan ini, pentaksiran ini juga dikenali sebagai pentaksiran diagnostik.  
Satu contoh pentaksiran untuk pembelajaran ialah aktiviti soal-jawab yang dijalankan oleh guru semasa sesuatu pengajaran dijalankan. Tujuan soal-jawab itu adalah untuk mengenal pasti pengetahuan, kemahiran dan nilai murid. Maklumat yang diperoleh dari aktiviti soal-jawab itu membantu guru meneruskan PdP dan merancang pelaksanaan PdP seterusnya.  
>> Pentaksiran sebagai pembelajaran: Diari mingguan murid, Portfolio
Pentaksiran sebagai pembelajaran berlaku apabila murid membuat refleksi dan menilai perkembangan pembelajaran masing-masing. Ini membolehkan mereka memahami tujuan mereka belajar dan menyedari apa yang mereka patut lakukan bagi menguasai sesuatu objektif pembelajaran. 
Pentaksiran sebagai pembelajaran terdiri daripada pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya. Maklumat dari pentaksiran ini memberi petunjuk kepada murid tentang tahap penguasaan mereka dalam pembelajaran.  
Contoh pentaksiran sebagai pembelajaran ialah murid membina peta konsep tentang apa yang telah dipelajari bagi mempamerkan pemahaman dan hubungannya dengan pengetahuan semasa. Ini membolehkan mereka memahami apa yang perlu dicapai dan apa yang patut dilakukan bagi mencapainya. 
Pentaksiran sebagai pembelajaran menggalakkan pemikiran metakognisi iaitu memberi peluang kepada murid belajar dan memikirkan cara mereka belajar.  
Pentaksiran Sumatif >> Pentaksiran tentang pembelajaran: Ujian, Kuiz
Pentaksiran tentang pembelajaran berlaku pada akhir sesuatu tempoh, tajuk atau bidang pembelajaran. Lazimnya pentaksiran tersebut berlaku dalam bentuk ujian sumatif. Pentaksiran tentang pembelajaran juga boleh berlaku dalam bentuk pembentangan hasil projek. 
Maklumat dan data yang diperoleh dari ujian sumatif atau pentaksiran tentang pembelajaran ini seharusnya ditangani secara positif dalam proses pembelajaran murid.  Semua data pentaksiran bukan bertujuan untuk perbandingan antara murid. 
Tujuan data atau skor ujian sumatif ini perlu digunakan untuk membantu guru, ibu bapa dan pihak sekolah untuk meningkatkan tahap penguasaan murid. 
Di samping itu, guru juga menggunakan data untuk merancang dan melaksanakan strategi yang lebih konstruktif dan bermakna dalam menggalakkan penglibatan aktif murid dalam pembelajaran, memajukan pembelajaran mereka pada masa hadapan, seterusnya meningkatkan penguasaan dan pencapaian mereka dalam pembelajaran. 
Ianya bukan bertujuan untuk perbandingan antara murid. Maklumat dan data dari pentaksiran sumatif ini juga boleh menjadi petunjuk asas kepada pencapaian murid terhadap sesuatu tajuk sebelum beralih kepada tajuk atau pelajaran seterusnya.
Pentaksiran ini akan dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:
Lisan Pemerhatian Penulisan Pelaporan PBD Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah proses penyampaian maklumat pentaksiran tentang perkembangan dan kemajuan murid dari masa ke semasa. Tujuan pelaporan dilakukan adalah untuk mengesan kemajuan murid. 
Pelaporan dilakukan dengan cara melaporkan dalam bentuk Tahap Penguasaan (TP) menggunakan templat pelaporan. 
Rujuk artikel Pelaporan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah), Format & Templat Terkini untuk info lanjut. 
Tahap Penguasaan PBD Tahap penguasaan murid akan direkodkan menerusi tahap berikut:
Tahap PenguasaanTafsiranTahap 1Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asasatau memberi respons terhadap perkara yang asasTahap 2Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatuperkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasiTahap 3Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatukemahiran atau tugasan pada suatu situasiTahap 4Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatukemahiran atau tugasan iaitu mengikut prosedur atau secaraanalitik dan sistematikTahap 5Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatukemahiran atau tugasan pada situasi baharu dengan mengikutprosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal danbersikap positifTahap 6Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara analitik, sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilanidea baharu serta boleh dicontohi Rujuk artikel Tahap Penguasaan PBD untuk info lanjut. 
Maklumat Lanjut  Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila rujuk/layari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Anda juga boleh muat turun dan rujuk Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah di bawah: 

Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi 2 – 2019Download

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/pentaksiran-bilik-darjah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pentaksiran-bilik-darjah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bilik Rahsia Tempat Simpan Dua Juta Batang Rokok Seludup

Bilik Rahsia Tempat Simpan Dua Juta Batang Rokok Seludup

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 118 hits
Nur Izzati Mohamadbhnews bh com myPengarah Kastam Pulau Pinang Rohaizad Ali menunjukkan antara 2 juta batang rokok putih dan rokok kretek bernilai lebih RM1 95 juta termasuk cukai yang disorok dalam bilik rahsia terletak belakang almari ket...
Masa Darjah 4 Ibu Jadi Punca Han Sohee Perjelas Sebab Tipu Usia Sebenar

Masa Darjah 4 Ibu Jadi Punca Han Sohee Perjelas Sebab Tipu Usia Sebenar

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 174 hits
Ada sebab mengapa Han So hee menyembunyikan usia sebenarnya Artikel Berkaitan Sebelum ini satu entri di laman komuniti Korea telah tular mengenai nombor pendaftaran penduduk pelakon wanita itu dan tertera tahun kelahirannya iaitu 1993 dan b...
Anak Dedah Kaedah Home Schooling Arwah Suhaimi Saad

Anak Dedah Kaedah Home Schooling Arwah Suhaimi Saad

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 108 hits
Anak sulung kepada penyanyi Ina Naim dan arwah Suhaimi Saad Ehmad Hadie berkata dia tidak berkecil hati apabila ada pihak yang memberikan kecaman dan kritikan negatif kepada keluarganya kerana memilih untuk home schooling Hadie 16 mendedahk...
Kelantan Mayat Lelaki Ditemukan Berulat Dalam Bilik Tidur

Kelantan Mayat Lelaki Ditemukan Berulat Dalam Bilik Tidur

papar berkaitan - pada 3/11/2024 - jumlah : 109 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Misteri bau busuk dihidu jiran terungkai dengan penemuan mayat seorang lelaki berusia 53 tahun di sebuah rumah di Tanah Merah malam tadi Lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia sejak lima hari lepas berdasarka...
Kkr Aktifkan Bilik Gerakan Bencana Hadapi Monsun Timur Laut

Kkr Aktifkan Bilik Gerakan Bencana Hadapi Monsun Timur Laut

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 152 hits
MTL atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 5 November dan berterusan hingga Mac tahun depan KUALA LUMPUR Bilik Gerakan Bencana Kementerian Kerja Raya diaktifkan bagi menghadapi Monsun Timur Laut bermula 5 November 2024 hingg...
Az Havenblessed Realiti Bilik Anak Dan Ruang Keluarga Yang Sempurna Untuk Rumah Anda

Az Havenblessed Realiti Bilik Anak Dan Ruang Keluarga Yang Sempurna Untuk Rumah Anda

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 170 hits
Belum part bilik anak and family area atas Inilah realiti rumah tak sentiasa kemas Hihi Belum part bilik anak and family area atas Inilah realiti rumah tak sentiasa kemas Hihi by The post appeared first on
Full Aircond Ruang Tamu Dan Bilik

Full Aircond Ruang Tamu Dan Bilik

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 224 hits
Berita baik kepada pelanggan dimana pada bulan Nov 2024 kami telah menambaik taraf homestay kami dengan full aircond ruang tamu dan bilik dengan total 3 horsepower Memang sejuk ler Terima kasih kepada semua pelanggan kami kerana tanpa anda ...
Mak Engku Patah Tulang Leher Terjatuh Dalam Bilik Air Dah 10 Hari Di Hospital

Mak Engku Patah Tulang Leher Terjatuh Dalam Bilik Air Dah 10 Hari Di Hospital

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 152 hits
Pelakon veteran Ku Faridah Ku Shafie atau mesra disapa Mak Engku patah tulang leher selepas terjatuh dalam bilik air awal bulan lalu Perkara itu dimaklumkan oleh rakan selebriti Sharifah Shahora menerusi sebuah hantaran di Instagram hari in...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang

Sarapan Di Ashoka Curry House