Penjelasan Terperinci Mengenai Hutang Peneroka Rm7 5 Bilion


KEDUDUKAN Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dikatakan menghampiri tahap kritikal. Bagaimanakah nasib 112, 635 peneroka dan keseluruhan 2.6 juta warga tanah rancangan itu.
Kemelut hutang, pinjaman tidak dibayar menghantui FELDA sehingga dikatakan tidak mempunyai aliran tunai. Ikuti temu bual eksklusif wartawan BH, JUNITA MAT RASID bersama Pengarah Besar FELDA, Datuk Dr Othman Omar, menyingkap isu FELDA.
S: Setakat ini berapa jumlah hutang peneroka kena bayar kepada FELDA?
J: Kita ada RM5.5 bilion hutang peneroka yang sudah dimuktamadkan, (manakala) yang belum dimuktamadkan sebanyak RM2 bilion lagi. Makna kita dah kunci kira-kira sebab dalam lapan tahun pertama kita kena kira hasil dia dan hutang dia. Sebab kita bayar jumlah tertentu, jadi kena tengok hasil sudah cukup untuk berdikari, baru kita kunci kira-kira dan kita tengok muktamadkan hutang berapa banyak… RM100,000, RM80,000, RM70,000 dan kita mula tolak. Ada juga yang tiada hutang, yang sudah berjaya, yang buat sendiri, buat sendiri penanaman semula.
S: Berapa peratus kejayaan pembayaran balik hutang?
J: Sebanyak 90 peratus bayar hutang, 10 peratus yang tak bayar.. Yang tak bayar yang ‘rampas kebun’ iaitu masalahnya bila hasil tinggi atau bila harga tinggi dia ambil sendiri tak nak buat dengan kita. Kita dah tanam semula dah dapat buah hasil tetapi bila sudah dapat hasil tinggi, dia tak nak kena tolak hutang, jadi dia buat sendiri dia jual kepada orang lain.
S: Kadar pembayaran tinggi tetapi kenapa masih banyak hutang peneroka kepada FELDA?
J: Macam-macam sebab. Ada hutang tinggi sehingga RM200,000 ada RM150,000. Ada yang sebab rampas kebun ketika masa harga tinggi, buah hasil banyak tetapi selepas harga turun baru kembali kepada FELDA. Biasanya bila dia rampas kebun, dia bagi pekerja asing, Bangladesh atau Indonesia dengan kongsi 50 peratus tetapi mereka tak letak baja dan jaga kebun menyebabkan selepas tiga tahun kebun teruk sehingga jadi hutan dan kurang hasil menyebabkan mereka datang balik kepada kita.
Kita kena pulih kebun, dana banyak keluar dan kita kenakan balik, sebab itu kos lebih tinggi. Sepanjang tempoh tiga atau lima tahun itu pula tidak ditolak hutang menyebabkan hutang masih kekal, sebab itu hutang sentiasa ada. Ada juga faktor cuaca El Nino menyebabkan hasil kurang jadi tidak boleh tolak hutang, kena tangguh hutang. Kalau harga komoditi rendah juga tidak boleh potong hutang, kena minimum iaitu RM1,000. Kalau bawah RM1,000 tidak boleh potong, jadi hutang ditangguh.
Ada juga sebab banjir, ada sebab hutang tak wajar seperti sulaman tinggi, pokok mati menyebabkan kita kena ganti pokok dan ini kos tinggi. Ada juga macam-macam sebab seperti masalah gajah langgar, serangan babi merosakkan tanaman.
S: FELDA dikatakan dapat hasil jauh berkurangan berbanding dahulu. Dulu dapat berbilion sekarang dapat berjuta sahaja selepas FGV. Boleh Datuk kongsi apa strategi FELDA untuk menambahkan pendapatan?
J: Untuk tambah pendapatan, satunya kita kena ada duit, pada masa ini banyak penilaian kita buat tanpa duit. Tunai kita sekarang hampir kosong. Kita banyak hutang juga dengan pembekal, baja, FTP (Felda Technoplant Sdn Bhd). Strategi pelbagai. Kita banyak perlukan pelaburan kalau nak tingkatkan ladang. Kita ada sejuta ekar tanah rancangan dengan kita punya 40,000 ekar. Kita cuba tingkatkan nilai. Bila peneroka ada pendapatan kita dapat tolak hutang, kita nak bantu peneroka, kalau pendapatan peneroka tidak cukup, kita tidak boleh tolak hutang.
S: Diantara pendapatan terbesar FELDA sekarang adalah dari pembayaran hutang termasuk daripada peneroka?
J: Pembayaran hutang adalah sebanyak RM250 juta antara RM280 juta setahun. Itu bayar balik hutang.
S: Bolehkah FELDA kembali ke zaman kegemilangannya dengan mempunyai aliran tunai yang banyak sehingga RM5 bilion?
J: Masalah sekarang aliran tunai. Sebab itu kita minta kerajaan bantu. FELDA sudah memohon bantuan kerajaan bagi menangani isu aliran tunai yang kritikal dan kerajaan bersetuju memberi pinjaman RM577 juta. Selain itu bantuan juga diperlukan bagi menstruktur atau mengambilalih hutang peneroka yang mencecah hampir RM8 bilion. RM77 juta sudah dapat untuk bayar elaun sara hidup November dan Disember lalu. Lagi RM500 juta sepatutnya dapat hujung bulan untuk bantu elaun sara hidup dan hutang tertunggak. Kita ada banyak hutang. Kita ada masalah tunai. Kita ada aset, kita ada proses jualan juga tetapi masalah nak dapatkan harga yang kita nak kena ambil masa.
S: Berapa nilai keseluruhan aset FELDA yang ada pada masa ini termasuk tanah, hartanah dan sebagai?
J: Kita ada hartanah, tanah, saham, hutang yang belum dikutip dan sebagainya kita ada RM20 bilion.
S: Kalau jual aset boleh menjadi cara nak memulihkan FELDA?
J: Jangka pendek boleh bayar hutang dulu. Masalah kita sekarang ialah aliran tunai. Kita boleh jual tanah yang tidak strategik seperti tanah di Pulau Indah (Selangor) dan Gebeng (Pahang) dan hartanah seperti hotel di London yang rugi, hotel di Kota Kinabalu (Sabah) yang rugi.
S: Berapa boleh dijana kalau kita jual hotel bawah FELDA yang merugikan di luar negara?
J: Kita boleh dapat RM2 bilion bila jual hotel di luar negara. Dulu hutang kita ada RM8 bilion dan kita sudah bayar sikit-sikit jadi RM7 bilion. Bila kita jual aset, kita akan bayar hutang itu. Kita juga mahu mensturkturkan semula hutang kita.
S: Sebelum ini ketika zaman FELDA mempunyai RM5 bilion aliran tunai tetapi ketika itu ada hutang juga?
J: Secara agresif kita buat penanaman semula sejak tahun 2008. Ketika itu guna banyak duit untuk penanaman semula. FTP diwujudkan 2005 untuk penanaman semula. Kita perlu tunai untuk penanaman semula. Kita boleh hentikan penanaman semula dan hentikan letak baja kita dah boleh boleh jimat RM300 juta setahun tetapi kesan akan ada tiga tahun lagi. Jika kita hentikan penanaman semula dan baja, kita boleh dapat untung. Sekarang kita agresif penanaman semula dan ikut pertanian baik itu memberikan kos banyak. Itu pilihan kita tetapi ia tanggungjawab untuk buat apa yang betul. Sebab itu kita kena selesaikan masalah aliran tunai. Sebenarnya kita ada cukup aset untuk tampung semua pinjaman kita.
S: Berapa banyak hutang yang ditanggung berbanding aset yang dimiliki FELDA?
J: Hutang ada RM8 bilion dan aset ada RM20 bilion. Kita masih lagi 40 peratus nisbah . Cuma kita tiada tunai. Bukan setakat peratus tetapi juga sama ada aset kita cair, kita tak sangat cair. Sebenarnya kalau di pasaran, tengok 40 peratus itu masih baik kerana ada aset tetapi kita sedang menghampiri tahap kritikal. Komitmen kita untuk membayar elaun sara hidup sahaja RM500 juta, itu tidak kira lagi kos pembangunan lain. Kalau kira sejak itu sudah RM5 bilion kita bagi kepada peneroka, tidak termasuk kos penanaman semula. Di sini kebanyakan duit pergi. Kutipan kita pun tidak banyak dalam RM200 juta setahun dari pembayaran pinjaman yang dibuat peneroka. Sejak kebelakangan ini banyak tidak boleh buat kutipan. Ada banyak faktor bagi kesan kepada kutipan bayaran seperti harga. Bila harga rendah kalau pendapatan peneroka bawah RM1,000, kita tak boleh potong (hutang). Tahun ini kita harap dapat sasaran kutipan RM240 juta, jadi itu lebih baik.
S: Bolehkan FELDA buat perniagaan lain untuk menjana pendapatan?
J: Kita boleh buat tetapi tanah tak boleh kerana ada terikat akta. Sekarang kita sedang buat tanah di Gua Musang (Kelantan). Kita minta orang ramai buat duit atau buat fertigasi, ada teknologi tinggi dan sebagainya. Kita nak tarik pelabur. Contohnya seperti solar farm, kalau ada orang nak labur dan kita boleh buat empat kali ganda pendapatan kita dapat dari kelapa sawit. Kta sedang bincang. Cuma perniagaan teras kita tetap komoditi. Cuma kita buat sekarang kita izinkan guna tanah seperti untuk burung walit. Kita tiada kepakaran, jadi kita bagi lokasi. Kita boleh dapat RM80 juta setahun.
S: Bila boleh boleh realisasikan perniagaan ini?
J: Tahun ini. Apa-apa perniagaan kita boleh buat seperti buat solar farm, sarang burung walit, tanaman durian. Kita juga ada tanah. Kita memaksimumkan penggunaan tanah.
Elaun Sara Hidup perlu dibayar semula
Pelbagai isu dihadapi FELDA perlu ditangani dengan teliti agar FELDA mampu menjana kembali keuntungan.
S: Apakah isu yang sering dibangkitkan oleh peneroka sendiri?
J: Isu yang kita jelaskan ialah isu hutang yang tinggi. Ramai merungut kenapa hutang tinggi. Satunya, jika tak nak hutang tinggi jadi tak perlu ambil elaun sara hidup tinggi banyak dan kalau banding syarikat perladangan lain. Kos kita 10 kali ganda sebab kita kena bayar kos elaun sara hidup. Jadi, tidak boleh banding kenapa kos kita banyak. Kos operasi kita sebenarnya lebih rendah tetapi bila campur wang sara hidup, itu lebih tinggi. Kita tidak galak ambil bayaran tinggi.
S: Bila kita guna perkataan elaun sara hidup, peneroka ingat itu elaun dan tidak perlu bayar cepat?
J: Sebenarnya (ia) pinjaman sara hidup. Tidak mungkin salah faham. Mereka tahu itu adalah pinjaman sebab tandatangan perjanjian tanam semula. Bila kita cakap kurangkan ambil pinjaman supaya tidak perlu hutang banyak tetapi mereka tak nak, mereka kata kita sudah berjanji nak bayar RM1,500. Pada kita jangan pinjam RM1,500 nanti tidak boleh bayar, ada pinjaman rumah lagi tetapi mereka tak nak. Bagaimana nak tukar pemikiran peneroka. Ada perkara lain sebab hutang tinggi seperti ada serangan El Nino (cuaca panas), kos harga turun, masalah banjir, masalah sulaman yang banyak rosak… jadi kos ini kena tengok.
S: FELDA perlu diselamatkan demi nasib lebih 100,000 peneroka. Jika tiada tindakan drastik dilakukan sekarang, apa akan berlaku?
J: Kalau FELDA bungkus, bungkuslah. Sebenarnya ada 112, 635 tetapi keseluruhan kira-kira 2.6 juta termasuk keluarga peneroka.
S: Proses penanaman semula menyebabkan peneroka berhutang dan FELDA terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi sehingga menjejaskan fungsinya?
J: Idea ialah kita bantu mereka dan mereka juga bantu diri dan selepas itu mereka boleh berdikari, ada pendapatan dan tahun demi tahun, ada yang berjaya dengan RM3,000… RM4,000 sebulan pendapatan. Ada peneroka yang bergantung kepada diri sendiri tanpa harap bantuan FELDA. Bagaimanapun, formula bila pusingan kedua penanaman semula, ada yang boleh buat sendiri, mereka berdikari dan ada kisah kejayaan sendiri, buat sendiri, ada tanah sendiri dan pendapatan tetapi kebanyakan mereka masih bergantung kepada FELDA untuk bantu penanaman semula. Kita membiayai penanaman semula, kita lain dari syarikat peladangan lain. Kos penanaman semula hanya 10 peratus sahaja, kos yang banyak yang kita kena tanggung ialah elaun sara hidup sebab kena bayar setiap bulan.
Pada tiga atau empat tahun pertama, tiada hasil tanaman, selepas mula berbuah, kita kena bayar pendahuluan hasil kerana hasil belum banyak lagi, jadi kita kena tampung untuk elaun sara hidup. Pada permulaannya hanya dengan RM500 sebulan sebab kita kata tak boleh membiayai keseluruhan, kita kata peneroka kena biaya sendiri kerana bila bagi pinjamanan yang banyak mereka tidak boleh bayar, kita tidak bayar sepenuhnya. Selepas lapan tahun hutang baru RM30,000, jumlah itu mampu bayar dan boleh bayar tetapi bila minta lebih (elaun sara hidup) dan kerajaan bagi sehingga sekarang kita bayar sehingga RM1,500 sebulan.
Bila dah siap (proses tanaman semula), hutang sudah mencecah RM100,000 dan usia peneroka pula sudah 70 tahun, saya rasa tidak boleh bayar lagi. Sepatutnya untuk bantu mereka tetapi bila dah tua jadi pinjaman banyak. Akhirnya hutang banyak ketika usia sudah tua. Bila banyak hutang dan berusia, anak juga tak mahu ambil alih hutang kerana kata itu hutang adalah ayah kenapa mereka kena bayar. Itu sebabnya kita mahu tengok bagi modul pinjaman ini, mungkin ambil RM1,000 tetapi kita kena seimbangkan.
S: Bayaran RM500 itu awal dulu dan banding sekarang terlampau tinggi sehingga peneroka tidak mampu bayar?
J: Naik banyak sehingga RM1,500 pada 2018, sebelum ini hanya RM700 sebulan. Niat kita hendak bantu tetapi kita tengok impak jangka panjang, kesannya mereka tidak ada duit nak bayar pinjaman. Kita kena seimbang, sama ada bagi apa yang mereka minta. Kita mahu kemukakan fakta supaya orang ramai faham, apa kebenaran. Sudah pasti kalau kita doktor, kita kata jangan ambil gula, ubat pahit tetapi kena ambil ubat, kita tidak boleh salahkan orang lain.
S: Berapa ramai yang mengambil pinjaman untuk penanaman semula. Mereka yang kena tanggung?
J: Sebanyak 42 peratus adalah peneroka asal, bakinya ada generasi kedua dan ketiga, ada yang berusia 40-an ada berusia 50-0an.
S: Peneroka lama ini secara keseluruhannya berusia 60 tahun ke atas. Kenapa tetap bagi pinjaman kepada mereka yang sudah berusia?
J: Mereka mahu pinjaman. Kalau boleh kita tidak mahu bagi pinjaman tinggi (tetapi) kalau tidak bagi pinjaman nak makan apa, pokok tak ada hasil lagi untuk tiga tahun pertama.
S: FELDA tiada program untuk menjana pendapatan peneroka sementara menunggu dapat hasil kelapa sawit?
J: Ada. Sekarang boleh bela arnab, boleh bidang ternakan dan macam-macam lagi tetapi semuanya bergantung kepada mereka. Tetapi kebanyakan mereka dah berusia. Bagi 42 peratus mereka tidak boleh buat apa, ada juga ibu tunggal, bapa tunggal, jadi tiada apa mereka boleh buat.
S: Adakah FELDA juga buat program menyeluruh dan bersepadu untuk menjana pendapatan peneroka?
J: Ada banyak pilihan dan bawah jabatan usahawan ada macam-macam usaha, produk dan boleh pilih. Mereka juga boleh membuat pinjaman, bergantung kepada kemahuan mereka. Ada yang hanya mahu kita bantu sahaja, jika kita tidak bantu, mereka habis (gagal). Ini juga membabitkan transformasi komuniti supaya mereka perlu faham, perlu betul. Kena ubah pemikiran peneroka (tetapi) kalau mereka yang sudah tua tak boleh juga. Ada juga yang muda tak minat kerana mereka sudah tinggal di bandar, sudah berjaya dan tidak mahu tinggal di kampung buat kerja ladang.
S: Ada berapa ramai usahawan dalam kalangan peneroka?
J: Ada 15,000 usahawan daripada (keseluruhan) 112, 635 peneroka (iaitu) hampir 12 peratus usahawan. Macam-macam projek seperti agrikultur, ada buat bengkel, kedai runcit. Kita bagi pinjaman dan latihan untuk mereka. Mereka buat sampingan selain tanaman sawit. Kita mahu lebih ramai terbabit supaya ada pendapatan sampingan. Mereka tinggal di kawasan FELDA. Kita mempunyai pelbagai program keusahwanan di FELDA termasuk bantuan agensi-agensi lain.
S: Untuk elaun ini semua boleh mengemukakan permohonan walaupun sudah sudah tua tetapi FELDA bagi juga?
J: Semua yang buat tanaman semula boleh dapat. Kita ada anggaran 30,000 hingga 60,000 orang yang buat penanaman semula. Jumlah berbeza, ada yang baru nak tanam semula, ada tengah buat penanaman semula. FELDA ada lebih 112,000 peneroka tetapi atas tahun kemasukan berbeza, ada masuk 1960, ada masuk 1990. Jadi ada yang sekarang ini tengah proses tananam semula, ada yang sedang tempoh berhasil dan akan tanam semula sekitar tahun ke-25. Pada masa ini ada 33,000 yang menerima pendahuluan hasil (PDH). Ini seperti elaun sara hidup juga. Elaun sara hidup untuk empat tahun pertama ketika tidak ada hasil dan selepas itu elaun dikenali PDH sebab hasil masih rendah dan kalau kita mula buat potongan, mereka masih belum ada hasil lagi tidak ada keuntungan. Jadi kita kena bayar juga.
S: Bila peneroka kena mula bayar balik? Bagaimana skim pengiraan?
J: Dia kena kunci kira-kira iaitu selepas hasil sudah cukup iaitu selepas lapan tahun, dia sudah setuju dan kita kira berapa hutang, baru kita mula tolak. Tetapi sebelum kunci kira-kira, kalau hasil masih belum cukup, ia akan sambung (elaun diteruskan). Itu jadi panjang sehingga bertahun-tahun sehingga 10 tahun. Ada bermacam faktor hasil rendah sebab hujan, El Nino dan lain-lain.
BH


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/02/25/penjelasan-terperinci-mengenai-hutang-peneroka-rm7-5-bilion/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjanjian Minyak Sawit Bernilai Rm3 4 Bilion Apa Peneroka Dapat

Perjanjian Minyak Sawit Bernilai Rm3 4 Bilion Apa Peneroka Dapat

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 365 hits
BERITA yang tersiar tentang kejayaan Malaysia menjual minyak sawit sebanyak 1 62 juta tan membuatkan ramai yang tersengih lebar Lebih lebih lagi apabila diberitakan nilai perdagangan tersebut adalah AS 890 juta berdasarkan kepada harga sema...
Peluang Azmin Bayar Hutang Felda Dan Peneroka Sekaligus Najib

Peluang Azmin Bayar Hutang Felda Dan Peneroka Sekaligus Najib

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 373 hits
Khazanah rugi RM80 juta labur syarikat baju dalam dan coli Azmin kecoh https www freemalaysiatoday com azmin khazanah rugi rm FELDA ada hutang RM8 bilion Azmin terperanjat https www freemalaysiatoday com ph tak jangka hutang f Bulan lepas K...
Pengurus Besar Felda Lantikan Ph Sahkan Hutang Untuk Kebajikan Dan Kepentingan Peneroka Najib

Pengurus Besar Felda Lantikan Ph Sahkan Hutang Untuk Kebajikan Dan Kepentingan Peneroka Najib

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 307 hits
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersyukur buat sekian kalinya kebenaran muncul lagi pada hari ini Tegasnya dalam hantaran di Facebooknya satu lagi propaganda Pakatan Harapan telah dibuktikan sebagai fitnah Selepas PRU14 saya telah beb...
Banyak Maklumat Palsu Tentang Vaksin Suami Ummi Nazera Dedahkan Info Mengenai Vaksin

Banyak Maklumat Palsu Tentang Vaksin Suami Ummi Nazera Dedahkan Info Mengenai Vaksin

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 339 hits
Dr Izzar Anwari suami kepada pelakon terkenal Ummi Nazeera telah menjelaskan tentang isu vaksi di laman instagramnya Beliau yang baru sahaja mendapatkan vaksin untuk anak sulungnya Ayra Aneesah mengakui bahawa vaksin memang isu yang hangat ...
Pendedahan Dr Mahathir Mengenai Pengakuan Hadi Cermin Perpecahan Dalam Pas

Pendedahan Dr Mahathir Mengenai Pengakuan Hadi Cermin Perpecahan Dalam Pas

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 395 hits
ULASAN PETANG PERKEMBANGAN politik Pas selepas SPRM menunjukkan taring dengan mulai menyiasat isu pemberian dan pengambilan wang RM90 juta daripada pemimpin Umno kepada pemimpin Pas menarik Perkembangan itu juga menggoda hati serta membuka ...
Jom Baca Sejarah Mengenai Penciptaan Basikal

Jom Baca Sejarah Mengenai Penciptaan Basikal

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 839 hits
Basikal pada awalnya telah dicipta di Eropah pada abad ke 19 iaitu orang yang dikatakan paling awal mencipta basikal ialah Von Drais pada tahun 1817 dan kemudian basikal tersebut di patentkan pada tahun 1818 Sejarah BasikalNamun ada teori y...
Cara Melunaskan Hutang Dengan Mengamalkan Solat Sunat Dhuha Rileks Media

Cara Melunaskan Hutang Dengan Mengamalkan Solat Sunat Dhuha Rileks Media

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 354 hits
Solat Dhuha adalah solat yang ringkas tetapi amat sukar untuk di amalkan oleh setiap orang Pelbagai halangan dan alasan diberikan untuk tidak melakukannya Sedangkan jika dilakukan memerlukan masa kurang dari 10 minit sahaja Melakukan solat ...
Kerajaan Ph Berjaya Kurangkan Hutang Negara Walaupun Baru 9 Bulan Mentadbir

Kerajaan Ph Berjaya Kurangkan Hutang Negara Walaupun Baru 9 Bulan Mentadbir

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 305 hits
Walaupun berdepan dengan cabaran ekonomi yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu angka hutang negara telah berjaya dikurangkan sehingga tahap minimum oleh Kerajaan Pakatan Harapan biarpun baru 9 bulan mentadbir Namun rakyat diminta bersab...
Kurangkan Beban Bayar Hutang Ptptn Cara Permohonan Bayar Hutang Ptptn Guna Kwsp

Kurangkan Beban Bayar Hutang Ptptn Cara Permohonan Bayar Hutang Ptptn Guna Kwsp

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 721 hits
Hye semua Masih ramai lagi yang belum melangsaikan hutan PTPTN Dengan kos hidup yang tinggi sekarang ni bukan senang nak maintain bayar PTPTN setiap bulan Tapi ada satu cara yang boleh korang gunakan untuk melangsaikan hutang PTPTN tanpa me...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp